Sunday, March 22, 2009

MALAM ASPRESIASI SENI

Malam Aspresiasi Seni-‘Seni TERBILANG Mahasiswa Gemilang.’

Malam tadi berlangsungnya Aspresiasi Seni di Dewan Resital. Aku dijemput untuk melihat persembahan dan menilai (walaupun ilmu aku rasa2 cam tak cukup nak menilai…hurmm tapi bila diberi kepercayaan oleh Pn.Asmiaty dan kesempatan melihat bagaimana hasil seni dibentangkan dengan “keTERBILANGnya”..benda ni menarik minat aku). Aspresiasi Seni ni sebenarnya subjek PPIB yang diajar oleh Puan Asmiaty..malam ni merupakan malam yang bakal mengumpulkan kesemua pelajar2 dari pelbagai course..yang mengambil subjek ni. Dan malam ni gak mereka akan menginterprestasikan seni dalam pelbagai medium, ada yang buat persembahan dan ada gak yang buat pameran seni. Markah dinilai bergantung pada penilaian ahli penilai yang melihat bagaimana pelajar menonjolkan kesenian melalui hasil seni mereka melalui pameran ataupun seni persembahan.

Malangnya apa yang dipersembahkan malam itu mengecewakan dan kurang momentum pada aku sebagai penonton dan penilai. Maaf..aku bukan sesuka hati nak menilai atau membahaskan apa tu “seni”..Memang seni tu ada pelbagai tapi kena berhati2 perlu ada guide tertentu..cara penyampaian yang betul. Barulah orang yang melihat seni tu tahu mcm mana nak menghargai seni..Seni tu sangat berharga, kalau kita salah menterjemahkannya ia akan menjadi semata-mata HIBURAN….dan orang senang nak perlekehkan seni.

Rata2 persembahan yang dibuat malam tadi sekadar melepaskan batuk ditangga..(ketepikan sekejap soal protokol, tenaga teknikal, barisa ajk pengurusan yang bertungkus lumus menjayakan majlis sebab aku tahu mereka sangat berusaha..)sebaliknya fokus pada persembahan yang mengangkat tema malam itu“SENI TERBILANG MAHASISWA GEMILANG.”

Dibawah ni merupakan senarai persembahan yang buat oleh pelajar pada malam tu.

1. Lakonan Sketman..aku kurang faham pembawaan lakonan yang dibawa oleh kumpulan ni..Konsep apa yang cuba diketengahkan?kalau sekadar ingin mendapatkan gelak ketawa penonton(mungkin mereka berjaya) tetapi pengisian cerita lakonan ini tak jelas..apa aspresiasi yang cuba ditonjolkan..kalaulah mereka nak bawak unsur humor dan lawak slapstick, sepatutnya mereka harus bermain dengan lebih serius(wlaupun lawak tapi menyampaikan maksud@ pengajaran..bukan sekadar hiburan semata) Dr.Zainal pensyarah seni yang mengajar teater kat SPS pernah cakap..”kalau nak bermain..main betul-betul” maksud kata2 dia sangat mendalam..kalau nak berlakon, bermain dgn watak itu bersunguh2.Baru maksudnya tercapai.

2. Mix dance- yang ni lagi satu..penari dah cukup baik..tarian dah ok, kostum dah elok..tapi yang kurang adalah dari penari tu snd..Energy setiap gerak perlu dibuat dengan bersungguh2, bukannya sekadar menari menunjukkan lenggok tubuh..Aku pernah belajar basic tarian..nak menari perlukan keseragaman dan kerjasama semua penari.Yang indah tentang seni tari tu bila semua penari tahu menghargainya, caranya?dgn bersungguh2 membawa tarian itu bersama2. Bukan syok sendiri nak menunjukkan dirinya pandai menari berbanding yang lain. Nak menari mudah. Tapi nak menyatupadukan semua kombinasi gerak tari dengan adanya ‘kepercayaan’ sesama ahli sangat sukar. Aku kecewa bila kumpulan ni hanya (hafal tarian) tapi tak bersungguh dengan tarian tu, pada aku mereka boleh buat lebih baik dari yang mereka psembahkan mlm tadi.Aku terus tertanya2 mana unsur kesenian yang mereka cuba tonjolkan? Kalau kepelbagaian kaum..kenapa aku rasa tarian tadi tak menonjolkan ciri2 kebudayaan?

3. Tarian Kebangkitan Malam-aku perasan ada beberapa budak seni yang menari dalam kumpulan tarian ni..patutlah ada unsur spectacular yang sangat baik pada aku..Walaupun aku rasa tarian kontemporari ni “tak asli” sebab dicedok dari satu idea ke satu idea menjadi satu gerak tari, tapi koreografi tarian ini dapat mengabungkan satu persembahan yang sgt menarik..Yang mencacatkan persembahan ni bila tarian ni dimasukkan dengan seorang pelakon yang mabuk(mesej penceritaan aku faham..gadis sosial yg selalu mabuk akhirnya insaf setelah mendapat mimpi ngeri.Persembahan-jalan cerita disampaikan dgn gerak tari)..penghayatan pelakon kurang. Observisasi terhadap orang mabuk perlu dilakukan lagi…walaupun nampak mudah dan watak kecil tapi risikonya mencacatkan psembahan sgt besar. Lagi satu aku kurang setuju bila ada ayat2 suci al-quran dimasukkan bagi menyedarkan gadis tu..Kalau sekadar slide mungkin ok..tapi ntah la ada yang pelik disitu bila ditambah bacaan al-quran selepas menari kontem’..Seolah2 ada yang tak ngam..itu yang boleh aku gambarkan…

4. Lakonan Nighthunter-Aku kenal sorang budak dari kumpulan ni. Aku rasa sangat bagus bila sseorg tu dapat menghasilkan karyanya sendiri kemudian dipentaskan. Namun malangnya pemilihan pelakon2 sgt mengecewakan..Mechanical acting, vocal lemah..dialog bercelaru..bloking tak dijaga, level antara pelakon..hurmm ada byk kecacatan sampaikan aku keliru mana satu nak tgk..sebab byk yg berckp.Aku terkilan sebab setahu aku budak yg aku kenal dalam kumpulan ni biasa berlakon. Maaf..mgkin atas factor berada dlm kmpln lemah menyebabkan dia turut sama lemah?atau mungkin..ntah lah..set sebagai latar pun ala kadar.benda2 yg boleh diguna pakai di dewan itulah yg jadi set..nampak sgt mereka tak bersedia dan tak bersungguh2 menjayakan karya mereka yg bertajuk “TANAH..” Sekali lagi aku mencari..mana unsur kesenian yg cuba mereka tampilkan?

5. Fantasia tradisional dance.-Arrgh..nama pun dah tradisional dance..tapi kostum moden bukannya tradisional??apa kes?disini aku menilai mereka tak faham konsep..Gerak tari nampak seragam tapi kurang menyerlah.Sebabnya?aku nak bgtau..internal explain external..Apa yg ada didalam akan ditunjukkan mlalui luaran. Nmpak sgt penari ni tak nak menari..sekadar mendapatkan markah ja..Buat kumpulan,buat persembahan..Nak menari kena ada hati..walaupun tak suka, hargailah tarian tu..khazanah tu ..Sebab penilai menilai mcmna cara pelajar menghargai kesenian tu. Lagi satu .. pakaian tu mencacatkan persembahan….tak kena dengan tarian….

6. Nasyis Al-iman-Kumpulan ni dah kuat dari segi vocal...cumanya aku tak paham..bila adanya 4perempuan betudung kat tepi..Kalau dorang jadi korus kan lebih baik?lagi cacat bila suara penyanyi perwmpuan yang turut sama menyanyi tu..vokal lelaki dah mantap,tetiba dia menyanyi aiiish..lari pitching…nak nyanyi?nyanyi lah betul2..variasikan lagi nyanyian ikut rangkap..mungkin lelaki nyanyi rangkap 1,pempuan nyanyi rangkap 2..selang seli..tak la jugak nampak 4pempuan tu mcm penggerak yg hanya terhuyung haying kiri kanan,dah la vocal tak jelas…tak da sebab mereka perlu ikut bersama.Cuba bawa alat muzik,mungkin menyerlah sikit kumpulan ni..gerak tangan penyanyi pun tak seragam..walaupun suara bagus,tapi keseragaman tiada…persembahan tetap menghampakan….

7. Akustik-kumpulan ni cam tiada variasi..sempoi sangat.Tiada yang menarik,kalau hanya men gitar,piano..dan nyanyi..terlalu “biasa”..Aku boleh katakan mereka masih tak dapat menarik perhatian aku untuk rasa teruja….begitu juga kumpuln yg lain..

8. Lakonan Rock or Batu-lawak slapstick yang berpanjangan..adegan lucu yang melebih2,serabut,dialog kacau dan tak teratur..bloking pelakon, estetika seni lakon tak teratur..tak menyampaikan mesej cerita..semata2 mengundang ketawa dari penonton tak memberi aku apa2 pengisian…Lakonan menghiburkan , ada masa aku ketawa tapi sebab ‘unsur lucu yang tak dirancang’... Kumpulan ni patut dipuji sebab kesungguhan kumpulan ni nak mempamerkan setiap watak yang berbeza bila berlakon.(untuk capai tahap aku..masih jauh) kostum pun kira kreatif…Cuma mengecewakan aku unsur humor..lawak slapstick..berpanjangan seolah2 seni yg mereka bawa itu hanya untuk menghibur dan memancing gelak ketawa penonton sehingga mereka lupa..pengisian sebenar cerita..

9. Maintain girl- Banyak2 kumpulan..haiiishh..kumpulan ni paling lemah..Aku tak dengar langsung vocal pelakon. Seolah2 mereka bercakap sendiri.Walaupun dewan recital tu dewan akustik boleh mengemakan suara pelakon..tapi, lontaran vocal yg jelas tu perlu..Pelakon ikut sukahati berdialog(malangnya dialog pun tak dengar langsung) Lagi satu masalah pelakon, yang paling aku tak suka bila pelakon membelakangi penonton bila bercakap…dah la tak jelas, tambah tak dengar terus satu apa pun dorang cakap..kostum dah ok..tapi kostum tu mberi mskh bila mereka dok menari plak..hmmm…lemah..itu ja yang boleh aku komen.

10. Tarian Nyanyian-Aku penat sangat tunggu mana satu kumpulan yang boleh bagi aku teruja..rasa bersemangat tengok hasil karya dorang-sepadan dgn tema SENI TERBILANG…tapi smua seni yg dorang tampilkan cam hilang ja…kumpulan ni..sangat sempoi..terlalu mudah.Menyanyi dengan men gitar,..merapu sekejap.pastu abis mcm tu ja..huuu kecewanya aku…mana SENI yg baik dari mereka yang nak aku nilai berbaloi dengan psembahan ni??

11. LiveBand-kumpulan ni ada budak seni..majoriti la..Agak biasa sebab hanya menyanyi, tapi dengan vocal yg sangat baik muzik yang bertenaga, sebab penyanyi2 yg menyanyi tu budak muzik..jadi dorang dapat buat aku relaks skit dari tension tgk persembahan yg lain..agak mengecewakan penari backup kat belakang tak seragam langsung….Sekali lagi aku terasa letih..kalau boleh nak keluar dewan…huuu

12. Drama tari-Aku rasa kumpulan nie ada kesungguhan buat hasil karya mereka..sebabnya?semua tu dibuktikan dengan persembahan yang kira agak molek..Kostum match..ada narrator yg bercerita..hmm..kalau dari segi pelakon tu..dah tentula vocal. Aku tak dengar apa yg dorang cakap kat atas pentas tu,tapi nasib dapat diselamatkan dgn tarian…

Aku rasa tak ada salahnya membuat persembahan dan pameran..Kita sama2 belajar berkarya..disinilah ‘hasil seni kita’ dinilai, disinilah tahap kemampuan diri kita yang sebenar. Apa yang boleh aku lahirkan selepas melihat persembahan malam tadi (yg bagi aku sebagai kemuncak malam aspresiasi) agak mendukacitakan dan mengecewakan…..semuanya tak mencapai tahap @ mutu. Atau lebih tepat lagi tak setara dengan tema itu sendiri...Persembahan malam tadi tidak menunjukkan kesungguhan pelajar membawa setiap watak, tari atau..berlakon dengan penuh penghayatan.Aku agak kecewa bagaimana mereka menginterprestasikan seni tu sendiri..Seolah2 mereka hanya melepaskan tanggungjawab mereka.”Asalkan aku buat persembahan cukuplah..”Sebenarnya aku cuba mencari apakah pengisian malam aspresiasi ni? Aku cuba memahami kesungguhan setiap individu yang sedaya upaya menarik perhatian penonton. Malang sekali ternyata hambar(pada kapasiti aku sebagai penonton dan penilai). Puan Asmiaty , pensyarah seni yang turut menilai ternyata sangat kecewa..masing2 boring….kalau dorang dah rasa cam tuh ni kan lagi aku…?

Aku cuba menilai dengan pengalaman dan ilmu seni yang aku pelajari di sekolah aku..kalau lah aku dapat turun dari tempat aku duduk tu..PAUSE sekejap..aku ajar semua pelajar..tentang ilmu pentas yang aku pelajari,ilmu lighting yang aku tahu..seni tari..persembahan..satu persatu..kan bagus??Aku agak tersekat bila hanya menjadi penilai..bagi aku aku tak dapat membantu mereka mengubah tahap mereka menjadi yang baik..kepada yang lebih baik. Aku faham bukan senang nak mempersembahkan seni lakonan, tarian, nyanyian…Cuma sedikit renungan penat lelah datang latihan..tak berbaloi kalau apa yg kita buat tu tak bersungguh2.Yang dapat hanya PENAT.

KU TAK PERNAH

Malam kelam yang bertandang
Hanya bulan yang menyinari
Mengungkap sebuah misteri
Mengungkap mimpi kisah silam..

Kembaliku padamu..
Menyentuh sebuah bait cinta
Yang kian mengukir
Dilubuk sanubari

Kutak pernah meminta
Ku tak pernah mengharap
Terjalinnya sebuah cerita
Derita sebuah kehidupan
Menyingkap segala rahsia..

Seribu satu misteri
Mengundang mimpi ngeri
Merungkai kasih yang tersimpul
Terlerai tanpa simpati
Akan ku bangunkan mu
Menjadi sebuah kenangan
Yang tak akan kulupa
sehingga hujung hayatku

Kutak pernah meminta
Ku tak pernah mengharap
Terjalinnya sebuah cerita
Derita sebuah kehidupan
Menyingkap segala rahsia..

Nie cth lirik,tuk montage filem thriller waris danau rimba..Lagu dicipta oleh Zul budak muzik SPS (YDP PESAN). Ehee..promote dia jap. Penyanyi yg nyanyi lagu nie nama dia Melley.(Suara dia serak2 basah~Uuh..bestt! I luv u melley!!)First dengar lagu ni memang rasa sedih isk.isk..aku suka intro part piano lagu nie..Tsentuh hati bila dengar.T_T wuu..

INGATKAH LAGI?




Kawan..
Ingatkah lagi?
Kita pernah ketawa bersama,
Kita berkumpul bagai satu keluarga.
(Entah esok masih ada lagikah masa begini?)

Kawan..
Ingatkah lagi?
Kita berkongsi makan megi..
Walaupun lapar kita tetap gembira..
Kawan..Gelas aku,gelas kau juga..
Air pun kita kongsi..
Ingatkah lagi?(Esok lusa..entah bila masih ada lagikah seperti ini?)

Kawan..
Ingatkah lagi?
Malam hari kita bernyanyi beramai-ramai..
Walaupun suaraku lebih merdu,
Aku tetap membiarkan suara sumbangmu
melalak lebih dariku
Kawan..kau mesti mengaku hakikat ini..
Suaraku lebih sedap..
(Esok lusa aku mesti merindu suaramu)

Kawan..
Ingatkah lagi?
Aku demam,kau ketawakan aku..
Tapi jauh didalam hatimu kau berdoa aku..
Kerana aku sedar raut mu yang bersimpati.
Kau bertentang dengan sikapmu sebenar..

Kawan..
Ingatkah lagi?
Kita menonton wayang beramai-ramai?
Masa kita keluar bersama teman tapi mesra bersama2..
Wayang tu dah tutup..
Tapi kita tetap keluar makan angin bersama..
Ingatkah lagi?(Entah adakah masa untuk kita keluar bersama lagi?)

Kawan..
Ingatkah lagi aku mengadu masalahku..
Walaupun hakikatnya aku tahu penyelesaiannya..
Sengaja aku ingin mendengar bebelanmu..
Jadi kau marah aku..
(Esok,lusa..aku akan sunyi jika tiada bebelanmu..)

Kawan..
Andai hari ini aku pergi,
Jangan pernah sesali..
Sebab aku selalu ada didalam hatimu..
Merindu saat kita berkumpul bersama.

Kawan..
Andai kita berjumpa lagi..
Sambutlah aku dengan senyummu yang paling bahagia!
Kerana kita akan bercerita panjang
Minum dikedai kopi..
Bersengkang mata malam itu,
mengenang
Saat-saat kita bersama.