Tuesday, June 28, 2011

Punca Sakit Belakang





Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjuang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ.Sesuatu organ akan sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal (NW1) dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan rendah ke tulang Coccyx (tulang sulbi). Proses ini akan memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.

Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjuang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ.
Apabila suatu organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang sebelum diproses untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman ini lah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebabkan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga yang berterusan ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah tercedera atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang iala slip disk.
Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap normal, rasa kesakitan telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.APABILA sakit belakang, semua pergerakan terasa tidak kena, malah ada yang tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana masalah ini. Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.

Boleh dikatakan semua orang pernah merasai bagaimana peritnya apabila belakang badan, terutama pada bahagian bawah tulang belakang, terasa sakit. Bahagian bawah tulang belakang menerima paling banyak tekanan, terutama ketika kita duduk berbanding apabila berdiri atau baring. Ini sebabnya kita berasa sakit belakang jika duduk terlalu lama dan masalah ini boleh diatasi dengan berehat, bangun dan berjalan-jalan seketika sebelum menyambung kerja.

Tulang belakang adalah struktur yang sangat unik. Ia membabitkan 33 tulang vertebra dan di antara setiap tulang mempunyai satu cakera mengandungi cecair yang berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan (supaya tulang belakang boleh dilentur ke sisi, depan dan belakang) serta mengagihkan berat badan dengan seimbang.

Menurut Perunding Bedah Ortopedik dan Tulang Belakang, Dr David Wong, biasanya masalah sakit belakang berlaku pada golongan muda berumur antara 20 hingga 40 tahun yang aktif bersukan.Bagi kebanyakan kes, kesakitan bermula pada umur 20-an dan menjadi semakin teruk apabila usia meningkat kesan aktiviti harian serta tidak mendapatkan rawatan.

“Pesakit mengalami kesukaran untuk bangun dari katil atau kerusi dan ramai mengambil ubat tahan sakit. Bagaimanapun, ubat tahan sakit tidak mampu mengatasi masalah ini.

“Mereka masih berasa sakit walaupun mengambil ubat dan keadaan ini menjejaskan kualiti hidup pesakit. Kesakitan ini juga membuat ramai pesakit berasa rendah diri. Mereka tidak yakin untuk melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang keadaan bertambah buruk.
“Bahkan 20 hingga 30 peratus pesakit mengadu tertekan dan murung. Gangguan emosi ini lebih dirasai individu yang terlantar kerana pada masa sama mereka mengalami masalah peningkatan berat badan,” katanya selepas pelancaran buku Patient Beyond Borders anjuran bersama Singhealth dan Badan Pelancongan Singapura (STB).

Sakit Belakang:

Otot
o Otot tergeliat 
o Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan 
o Otot letih 

• Tulang
o Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah 
o Pecah tulang belakang 
o Tulang yang cacat 
o Kanse tulang 

• Lain-lain
o Kedudukan badan yang tidak betul 
o Penyakit Radang Pelvic (PID)  
o Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis 
o Penyakit batu karang 
o Psikologi 

ƒ Berkaitan dengan stres

Komplikasi Sakit Tulang Belakang?
Bergantung kepada sebab dan puncanya,  sakit belakang yang tidak dirawat boleh 
menyebabkan komplikasi :-  
• Lemah atau lumpuh otot-otot kaki  
• Kecacatan kekal  
• Kanser yang tidak dapat dikesan

Namun bak kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat. Justeru, belajar menjaga tulang belakang kita dengan:

1. Memastikan tulang belakang dalam posisi asal, sama ada ketika berdiri, duduk atau melakukan kerja.
2. Kurangkan berat badan, terutama bagi individu obes, kerana berat badan berlebihan memberi lebih tekanan kepada tulang belakang.
3. Gunalah produk yang diiktiraf oleh pakar tulang yang dijamin memberi kesan yang baik untuk tulang belakang. Justeru itu sarankan untuk gunakan produk Premium Beautiful iaitu korset yang berkualiti tinggi yang direka khas untuk wanita ataupun lelaki sesuai untuk mereka yang mengalami sakit belakang. Keberkesanannya amatlah menakjubkan. 

Ia juga bukan sahaja untuk sakit belakang tetapi untuk mereka yang mengalami kegemukan, asma, gatal-gatal pada kulit atau alergi, mereka yang kahwin tetapi belum peroleh cahaya mata, senggugut (period pain), alami keputihan yang kronik, cancer stage 1 dan macam-macam penyakit lagi.


kekalkan berat badan yang ideal; berehat seketika untuk meregangkan badan serta ambil kalsium dan nutrisi lain pada kadar mencukupi bagi mengelakkan osteoporosis.


Pemulihan 
Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan 
Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja


Apabila kita mengalami 80 peratus masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka dan kira-kira 50 peratus pula mengalami sakit leher atau sakit tengkuk. Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
  • Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu. 
  • Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja. 
  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat. 
  • Berdiri terlalu lama. 
  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang. 
  • Duduk membongkok di kerusi.
  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin. 
  • Memakai kasut bertumit tinggi.

kredit to: klik sinibharian.