Tuesday, July 28, 2009

Pencarian Skrip2 Back to School~




huuu..sora dah hilang nie susah nak bkomunikasi ngn member..huuhu..@_@



Sekarang aku tgh kusut mcari skrip2 yg ditugaskan oleh lecture aku..hmmm sesape yg rajin bleh la buat sistem barter ngn aku..actually aku da jumpa skrip tu tahun lalu tapi tak sangka plak kena cari balik dan guna tahun ni untuk kelas sinografi..urrghh ada lah dekat 4jam aku berkabung dalam library ni dok mencari benda alah tu...dah la aku menghasilkan bunyi2an yg huhuhuu menakootkan(aku kan batuuk dah masuk library ni,nak batuuk pun segan..wuwuwuwu) tension gak dah la kepala aku berat jer...jisim otak aku membesar eceh...tak la..hehe..pening ar..dah lar aircond kat belakang ni sloww..eeeiiish..nak mencari bahan pun payah.

Ooyek..member2 aku (geng gaban) kalau nak g DBP jom g sama2 bleh cari bahan kat sana..sesi aku mencari bahan ni tak abis lagi..Lepas skrip ada lagi bahan aku kena wat..bertambah lagi assigmnt aku...skg nak wat logo untuk komunikasi grafik, skg aku dah back to school..projek akhir kitaorang (budak teater) kena siapkan. Aku ngn zyan kena wat design logo/poster untuk "selendang mayang" untuk projek akhir ni...huhuhu otak da tumpul ni kena asah balik.....

adeeeh aku dah start peeening balikk..~huhuuuhu@_@ oksigen..oksigenn

What is Theater?

Pengenalan dan Sejarah Teater
1.0 PENGENALAN1.1 KONSEP DAN DEFINISI TEATER

- jPerkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani ( greek tua ).- Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.- Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.- Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.
1.2 Kumpulan Kerja Kreatif
A. Kumpulan kerja kreatif:
Penulis naskah lakon (playwright)
Pengarah
Pelakon
Pereka – pereka
Tatacahaya
Tatabunyi
Tatarias
Rekabentuk pentas
dan set Pereka tari
Pereka muzik
Pereka gerak
Busana
Kesan khas
B. Kumpulan pengurusan
1. PentasPenolong pengarah / pengurus(Ikut dalam sukatan)
1.2 CIRI-CIRI TEATER-
Teater sesuatu yang hidup.
- Cermin atau gambaran masyarakat realiti
- Berbeza dengan drama tv atau filem kerana teater dipersembahkan secara langsung dan boleh mewujudkan interasi 2 hala.
- Pengalaman berkumpulan.
- Berbeza dgn bahan seni yang lain ia boleh dinikmati sendirian. Dipersembahkan secara berpasukan.
- Kombinasi pelbagai unsur seni. Satu persembahan yang mengkolaborasikan pelbagai unsur seni seperti seni visual, busana, muzik, tari, lakon, pertukangan,
- Tranformasi kertas ke pentas memerlukan pentafsiran daripada sebuah skrip untuk dipersembahan kepada khalayak.- Pengarang perlu interpretasi skrip, menentukan konsep dan sinografi.
1.3 ELEMEN-ELEMEN DALAM TEATER
- Pelakon
- Ruang lakon (pentas)
- Skrip atau idea (Jika tanpa skrip)
- Penonton
- Elemen visual
- Subjek
- Struktur dramatik
- Koordinasi semua elemen
- Keperluan sosial
1.4 JENIS-JENIS TEATER
- Tragedi- Cerita di akhiri dgn kesedihan. Wira dimatikan
- Cerita menyentuh perasaan kerana yang baik biasanya ditimpa kesusahan(Nasib tidak menyebelahi orang yang baik)
-Jalan ceritanya seseorang yang ditimpa bencana yang membawa kesusahan dalam hidupnya Tragedi – pergelutan manusia melawan takdir/berakhir dengan duka/ kematiann
Komedi – penuh tawa/ gembira / berakhir dengan kegembiraann
Komedi tragedi / Tragikomedi – gabungan komedi dan tragedi / ketawa yang diakhiri dengan kedukaan.
Melodrama – penuh kesyahduan/ biasanya dipadukan dengan muzik
Farce – gerak yang berlebihan/ tidak wajar/ karikaturaln
Satira – cemohan / ejekan / sindirann
Muzikal – seluruhnya diiringi dengn muzik dan dinyanyikan / dialog diubah menjadi nyanyian
1.5 JENIS-JENIS PENTAS
- Arena- Prosenium
- Thrust
- Persekitaran (fleksible)
- Open Stage
- Frame
- Black Box
- Amphitheatre
1.6 BENTUK DAN ALIRAN
- Eksperimental
- Muzikal
- Neutralisme
- Bangsawan
- Sandiwara

Sejarah
2.1 Asal usul
1. Kepercayaan kepada ‘SUPER NATURAL’: Semua kejadian mempunyai kuasa, atau penunggu.Ada perantara SHARMAN dipilih oleh masyarakat untuk menjalankan upacara. Unsur-unsur teater telah dijelmakan dalam upacara mereka.
2. Penglipurlara/ bercerita. Cerita mempunyai nilai dramatic dipersembahkan dikhalayak.
3. Permainan kanak-kanak berimprovisasi.
2.2 Perkembangan teater barat :
1. Teori awal sejarah teater di Barat 1200 – 500SM
2. Asal perkataan teater diambil – Theatron ( tempat menonton )
3. Mendapat tampat di dalam acara festival Memuja Dewa Dioynisus ( Dewa kesuburan dan Wine).Acara tersebut dikenali sebagai Dionysia.
4. Persembahan selama lima hari dimusim bunga. Persembahan yang bemotifkan tujuan keagamaan.
5. Diprsembahkan disebuah panggung yang dibina dilereng bukit di Akrapolis boleh menempatkanseramai 14000 penonton (setengah daripada rakyat Athens)
6. Hari pertama persembahan dimulakan dengan pertandingan dikenali sebagai DITHYRAMBS-lagu puji-pujian yang dinyanyikan oleh korus.Diikuti pula persembahan drama:Komidi (lima drama) – 1 hariTragedi – 3 hari (sehari satu drama dan diikuti dengan drama satira sebagai comic reliefTragedi – Drama serius yang membabitkan perihal isu politik ( kehidupan, kematian dan Dewa)Satyrs (satira) dipersembahkan diakhir tragedy – setengah manusia setengah kambing – sindiran di dalam bentuk komidi.Komidi – Drama lucu berkisar tentang kehidupan seharian
7. Cerita yang dipersembahkan berdasarkan mitologi Yunani
8. Pelakon mengambil bahagian semuanya adalah lelaki.
9. Pelakon pertama THESPIS ( 550SM ) – bertukar daripada bentuk upacara keagamaan kepada persembahan teater.
PENULIS DRAMA
Aeschylus ( 525-456 SM )
– Agamemnon ( 458SM )
Sophocles ( 496 -406 SM )
– OedipusEuripides ( 480-406 SM )
– MadeaTeater Yunani
– Tragedi
– Sophocles
– Aristotle ( Abad 3 SM )
- Ciri – ciri teater tragedi antaranya
Watak utama terdiri daripada anak bangsawan.Golongan bangsawan.
Telah diramalkan akan menghadapi kecelakaan.
Wira berlawan dengan takdir untuk mendapatkan kejayaan.
Wira tewas di dalam perjalanan melawan takdir.
Berakhir dengan kematian atau darah.
KRONOLOGI SEJARAH TEATER BARAT
800-277 Teater Yunani
753 – 27 SM – Teater Rom
500 – 1453 – Zaman Pertengahan ( Keagamaan dan secular )
1454 – 1700 – Renaissance
Abad ke 18 – Permodenan
Abad ke 19
Abad ke 20
p/s: nota buat adik2 1st year..yg nak cari fakta tul2 g cari kat library keh..huhu takat ni jer gaban bleh bantu..selamat beramal..ehehe