Monday, April 1, 2013

TRANSISI GERBANG PERKAHWINAN



Proses nak ke arah satu gerbang alam remaja memang payah, sebab kat sana kita proses mencari identiti diri kita,konflik nak kenal diri, kenal kawan-kawan, kenal kehidupan..Jika berjaya melepasi gerbang nie,bagusla..kira selamat la anda. Kenapa selamat, kerana anda telah memilih kehidupan anda sebagaimana yang anda mahu. Apapun keputusan hidup itu adakalanya berkait rapat dengan orang disekeliling anda yang mencorakkan anda. Setelah memilih kehidupan yang anda sendiri SATU LAGI GERBANG bakal dan perlu kita lalui iaitu gerbang alam dewasa. 

Orang kata dewasa tue, bila kita boleh laksanakan tanggungjawab terhadap kehidupan kita sendiri dan berupaya mengisi dan berkebolehan menjaga seseorang. Bila berkemampuan menjaga bermakna bertanggungjawab memikul satu lagi misi untuk mengembangkan generasi, yakni alam perkahwinan.

SETAPAK melangkah ke gerbang alam berumahtangga memerlukan komitmen dalam kehidupan kita. Persediaan mental fizikal, persefahaman, kepercayaan, saling memaafi dan menerima seadanya membantu proses ke gerbang silaturrahim antara dua keluarga terjalin dengan baik


p/s : persediaan dari sekarang itu perlu..dan sudah semestinya transisi ke alam perkahwinan ini memerlukan persediaan mental dan fizikal,memakan waktu, masa, wang dan tenaga untuk dikorbankan demi mencapai istilah permulaan kelahiran semula dan penyambungan generasi.