Monday, April 20, 2009

AL-FATIHAH...CERITA NI SEKADAR CERITA...

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.
Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

Shooting Filem HANTU
















KORANG PECAYA kewujudan benda lain..selain manusia kan?..heee..kali nie aku nak bawak korang jenjalan ronda melihat kewujudan mereka yang selama ni tak disedari oleh kita baik dikala waktu siang atau malam...hiiii~Gambar yg aku upload ni cuba korang perhati btul2 apa kat tepi tu....mmmm......

Eceh..saje jer aku wat thriller hehehe...tgh boring nie.>_<.

Adeeeh..da 6 hari tak update blog..Sgt bz gila2 beberapa ari nie.Nasib temperature da turun sket..darjah ksibukan aku da ditahap stabil..Rasa nak mgeluh ja skg nie tapi tak leh..tak leh..kena kuat seemangat~yaa..chaiyo!fightingg!!ganbate!berusaha!!bertekad cemerlang..

Sebenarnya tujuan aku letak gambar HAntu tu saja nak promote filem pendek ceta seram yg dibuat oleh bebudak visual yg amik major perfileman..hee..Tadi aku baru ja selesai tolong bebudak Visual, aku kena jadi hantu pontianak huuu..kami shoot' kat bilik green screen..Dorang skg bz wat final tuk filem pendek ceta hantu dorang..Adeeeh~Sakit mata kena bedak jhonson&baby @_@...Orait jugak la tak pakai byk sgt make-up darah2 just bubuh bedak tempek kat muka..(yg paling penting wig pjg berjurai dan baju putih labuh..)time aku bubuh bedak tuh adeehh ntah cmana termasuk kat mataa..arrr..sket aku juling!Ok gak la...T_T

Pas aku selesai shoot trus aku lepak kat SPS..sunyinya ari nie maybe sbb semua btungkus lumus dok pulun study heehe..Sunyi2 pun yg best pekena ICE_CREAM ntyumm..nyum..timaseh Dol sbb sbg pengarah ko ingat gak krew2 ekk..best gila makan ice-cream pastu berceta ramai2..

Owwyerk...aku nak say CONGRATES..tuk senior2+pelakon2 1st year+pelakon2 dr sekolah lain+student luar yg join DEKON UMS ari tue..Aku cekewa=kecewa tak dapat tgk semua psembahan..huhuhuhu sayang sangat2...T_T tapi apapun tahniah..Opie sirius aku suka pameran ko yg simple..lagi satu sbb kaler hitam+merah..hehehe...pameran yg lain pun cantik gak cuma aku lebih tertarik dengan pameran ANGKARA..horror and simple. KOrang just letak tapak tgn n poster memang sempoi..Tajuk dah memadai.best2 aku suka.

p/s: Hah!yg nie tuk YUSUf NUR..hehee..lupa nak bg komen pasal ko blakon dalam dekon "ANGKARA" ari tuh..watak utama aisehmen..Tahniah3x~..CUp2 aku suka dialog ko yg nie..jap aku quote balik.......
Hafifi: Dari cerita-cerita yang dia kisahkan, dari lembaran-lembaran sejarah di masa lalunya, Aku mendapat gambaran sebenar. Nor Izzati sebenarnya sudah ditinggal pergi oleh kekasih yang sangat dicintai, Wan Badri. Seorang bakal guru dan anak orang berada. Wan Badri mencurangi cinta mereka dengan memilih wanita lain. Kasihan Aku melihatnya.Sejak hari itu, kami mula bersahabat dan sering bertemu. Sedikit demi sedikit, Aku dijajah rasa sayang pada Nor Izzati. Senyumannya, kerlingan matanya dan suara gemersik merdu miliknya membuatku tidak tenteram. Ada rasa ngilu yang indah memenuhi salur darahku. Sehingga dalam siang Aku berangan dan dalam tidur Aku bermimpi. Semua adalah Nor Izzati.Akhirnya, setelah 3 bulan aku berkenalan dengan Nor Izzati, aku nekad memberanikan diri meluahkan rasa. Biar semua yang aku simpan bisa Nor Izzati ketahui ; betapa hakikat, Aku sudah merindui, menyayangi dan mencintainya.

Hafifi: Nafasku jadi tercungap kerana mendengar kata-kata Nor Izzati. Aku terlalu bahagia. Sejak detik itu, hari-hariku menjadi ceria. Indahnya saat itu juga membuatku tidak sedar, masa bergerak, sehingga setahun berlalu.Satu hari, Aku membawa Nor Izzati ke sebuah restoran. Di bawah cahaya lampu yang samar-samar dan romantis, Aku ingin meluahkan hasrat hatiku padanya. Sebelum sempat Aku meluahkan rasa, Nor Izzati yang terlebih dahulu berbicara..
Penuh pghayatan hohoo~Aku tak mo komen banyak arr..sbb aku da jmpa ko aritu komen tntg lakonan ko,especially vokal ko..tapi respek arr gak satu percubaan yg baik utk org baru "ko yg suh aku komen camni" ahaha..

Piei~ramai geng ko turun tgk pformance ko kan..hohoho...Time aku g anjung siswa ngn Thipan cari borang aku jumpa Kak su, Bell, Mas..skali ngn abg Azri n abg hafiz..Aku tanya ar ada tak dorang turun g resital tgk DEKON,nmpknya..kwn2 ko smua turun padang tgk pframnce arituu~~yeeea aku pun turun hehe..CONGRATES arr!!!kumpulan ko dapat anugerah DEKONIS TERBAIK..dasat2!!hebat2..best ar..