Friday, November 5, 2010

5 November

Ceramah slps solat hajat bkenaan mcari ilmu dan Keredhaan-NYA.
5.November.2010 selepas solat isyak..Aku lapangkn diri ikut berjemaah kat masjid. Sekarang da November da masuk minggu study week n exam. Jadi sembahyang hajat da kerap kali dijalankan kat sini.


Buat pertama kalinya sekali lagi aku kenakan tudung hitam dan baju hitam..bertolak menuju ke Masjid. Hmmm~rindu plak rasa tenang mcm ni. Terima kasih kat Aina sebab bg pnjm tudung dia kat aku..Hujan renyai maghrib tu, tapi niat nak smbhyg hajat diteruskan juga. Aku kna cari keredhaanNya..


Bercakap pasal redha, baru ja selesai solat hajat kat Masjid ceramah yg disampaikn oleh ustaz pun berkaitan mencari ilmu dan keredhaan-Nya. Perumpamaan mdapat keredhaan yg dikaitkn oleh ustaz tu mnarik phatian aku. Ceta psl anak beranak dan keldai. Si ayah dan anak yg mbawa seekor keldai. Si anak mnaiki keldai apabila org yg lalu lalang melihat situasi itu trus b’bisik “apa la si anak ni tak kesian kt org tuanya”, maka si anak pun trn dr keldainya dan mberi ayahnya pula yg mnaiki keldai tu.Mrk pn teruskn pjlnn.


Org yg mlihat si ayah mnaiki keldai trs berkata "apalah si ayah ni sgp m’biarnya si anak berjln kaki" maka si ayah pun trn dr keldai dan bersama2 anaknya bjalan kaki. Sekali lg org yg mlihat keadaan itu trus bkata "apalah manusia ni ada keldai tapi tak guna"~maka mengeluhlah si ayah dan berkata "kalau semua org asyik mengata mcm ni baik kita angkat sajalah keldai ni"


Apa yg dikaitkn oleh ustaz disini adalah berkaitan ilmu dan redha..Kalau kita nak dapat keredhaan dr manusia maka rugilah kita. Alangkah baiknya kalau kita mcari keredhaan-Nya. Kalau kita hanya nak mendapatkan redha manusia smpi bila2 kita tak akan senang kerana x semua manusia disekeliling kita memahami apa masalah kita atau memahami apa kehendak diri kita yang sebenar.


Maka kerana ingin dilihat baik dimata orang, kita melupakan adakah kita lakukan itu untuk keredhaan diri kita, orang lain atau Allah. Kalau kita berilmu kita tidak akan mudah terpengaruh dgn kata2 org yg cuba memanipulasi atau memprovok diri kita tak kiralah tentang peribadi kita, pendirian kita atau.. cuba memperlihatkan diri mereka lagi betul dari diri kita.


Walaupun benar, kita adakalanya perlu mendengar nasihat orang lain/sahabat/keluarga..kerana tak semestinya semua berkenaan diri kita adalah betul dan kita sering tersasar. Tetapi dengan adanya ilmu, kita dapat membezakan yang mana terbaik utk diri kita dan bukannya untuk orang lain. Paling penting apa yang kita hendak capai adalah mencari keredhaanNya.