Thursday, February 16, 2012

SKIZOFRENIA


Menerangkan sedikit tentang APA ITU SKIZOFRENIA....bukan hesteria yer  :'( tapi SAKIT OTAK...

Skizofrenia ini menyerang manusia tanpa mengira umur meskipun ada tanggapan yang mengatakan dalam kategori usia 16 hingga 33 tahun lebih risiko mengahdapinya...

Skizofrenia nie adalah digolongkan dalam PSIKOLOGI BIZALIM, dimana PSIKOLOGI BILAZIM itu  adalah dimana ianya tertumpu dalam bidang TINGKAH LAKU. Erti kata lain, ianya adalah masalah yang tingkah laku bilazim
(tak adnormal) itu dari segi kecelaruan tingkah laku dan kecelaruan mental.

SKIZORFRENIA adalah merupakan KECELARUAN PERSONALITI yang mane ianya dicirikan oleh GANGGUAN KOGNITIF, GANGGUAN EMOSI, dan TARIK DIRI SOSIAL.

SKIZORFERNIA ni juga adalah KECELARUAN MENTAL yang SERIUS...SERIUS...kenapa ianya dikatakan SERIUS...kita akan lihat 1 per 1.

SKIZOFRENIA ni ada DUA bentuk yang dapat dibezakan iaitu.....SKIZOFRENIA TENAT dan SKIZOFRENIA KRONIK...

kita tgk dulu SKIZOFRENIA TENAT...ia adalah dimana masalh terbentuk secara mengejut tanpa adanya sejarah lampau kecelaruan mental. Sesiapa yang mengalami SKIZOFERNIA TENAT ni mempunyai peluang lebih baik unutk sembuh...

manakala...

SKIZOFRERNIA KRONIK pula dimana individu mempunyai sejarah SKIZORFERNIA yang panjannmg dan mempunyai peluang yang tipis unutk sembuh.

tue jenisnya dan dapat dibezakan...

ok...sekarang kita tengok pulak CIRI-CIRI nya....


1. KECELARUAN KOGNITIF...

dimana ia akan terjadi gangguan kognitif iaitu sesiapa yang mengalami akan seperti "tidak berpijak di alam nyata". Pesakit ini BIASAnya MEMPUNYAI KEPERCAYAAN yang GANJIL dan TIDAK BETUL, mempunyai PERSEPSI yang herot, memperlihatkan PEMIKIRAN dan BAHASA yang terpisah2 dan tidak logik. Mereka juga mempunyai kecelaruan tumpuan, di mana ia tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara atau peristiwa.

Kecelaruan PERSEPSI adalah dikenali sebagai HALUSINASI...dan kecelaruan KEPERCAYAAN pula dikenali DELUSI.

nak tahu apa itu HALUSINASI dan DELUSI nie... :-\ sebab ianya berkait rapat dgn penyakit nie..ok...

HALUSINASI...halusinasi nie...merupakan PENGALAMAN PERSEPSI tetapi tanpa kehadiran rangsagan deria. pesakit skizorfernia nie..mungkin dapat melihat, mendengar,merasa, atau bau perkara yang ganjil tanpa SEBENAR nya WUJUD perkara tau rangsangan2 tersebut  dalam persekitaran. Mendengar suara merupakan  halusinasi yang biasa. Misalnya....Seseorang itu terdengar suara yang mengejek2nya...padahal suara itu SEBENARNYA TIDAK ADA..senag kata ...BISIKAN2 ditelinganya...ni dari segi mendengar...kalau halusinasi pandangan pulak...seperti melihat Tuhan, Nabi dan sebagainya...apa2 yang x logik laa...dan halusinasi yang berbentuk pengalaman nie seperti PENGALAMAN yang MENAKUTKAN dan MENYAKITKAN seperti....kene pukul...dera dan sebagainya....

ok..sekarang  DELUSI...delusi nie adalah KEPERCAYAAN PALSU yang biasanya tidak dikongsi sama ahli2 lain dalam  masyarakat. Orang mngalami skizofrenia misalnya PERCAYA behawa beliau adalah orang yang terkenal...maksudnyer..dikenali oleh semua...iaitu dikenali sebagai DELUSI GRANDEUR. semntara itu DELUSI PENGANIAYAAN pula merupakan KEPERCAYAAN PALSU bahawa sesetengah orang itu cuba menipu, memalu, mengintip,menjatuhkan,mencederakan, membunuh atau menhancurkan diri mereka.

2. GANGGUAN EMOSI...

Dimana ada gangguan emosi bagi mereka yang mengalaminya.Gangguan ini antaranya tidak atau kurang menunjukan GERAK BALAS EMOSI atau ada GERAK BALAS EMOSI tetapi  TIDAK SESUAI dengan SITUASI...contoh paling simple menagis ketika orang bergembira, gembira dan ketawa ketika orang lain bersedih seperti berada dalam kematian.

3. TARIK DIRI SOSIAL...

dimana ada penarikan diri dalam PERHUBUNGAN SOSIAL iaitu mereka ingin hubungan yang rapat dengan orang lain, tetapi TAKUT kepada orang ramai, atau menunjukkan KURANG MINAT terhadap orang lain. Mereka nie kadang kala hilang motivasi dan tiada aktiviti berarahkan matlamat.

4. KECELARUAN MOTOR...

Dimana kecelaruan ini adalah termasuk dalam melakukan EKSPRESI MUKA yang GANJIL, TERLALU AKTIF, atau sebaliknya TIDAK BERGERAK LANGSUNG atau seperti ROBOT. kadang kala bahasa pesakit skizofrenia nie sukar difahami. Mereka juga boleh bertindak seperti kanak-kanak, tingkah laku yang tidak sesuai di khalayak ramai misalnya dari segi pemakaian.

sekarang kita tengok pulak JENIS-JENIS SKIZOFRENIA...

1. Skizofrenia PARANOID

Pesakit yang mengalami skizorfrenia PARANOID nie adalah mereka yang mempunyai KEPERCAYAAN PALSU atau DELUSI...seperti yang dijelaskan kat atas tue...

2. Skizofrenia TIDAK TERATUR (KACAU BILAU)

Dimana skizofrenia nie adalah tahap yang serius dan cenderung berlaku diperingkat awal hidup seseorang. Ia dicirikan oleh tarik diri sosial yang EKSTRIM, halusinasi, delusi, kebodohan, ketidaksesuaian ketawa, tingkah laku yang ganas, dan tingkah laku yang danjil dari yang lain.
Biasanya pesakit menunjukkan tingkah laku yang tdak senonoh, tidak sopan, dan sebaginya.Skizofrenia jenis nie menyababkan terjadinya PERPECAHAN PERSONALITI dan pesakit mempunyai peluang tipis untuk sembuh.

3. Skizofrenia KATATONIK

Dimana pesakit sering tidak menunjukkan PERGERAKKAN (tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri, atau mengongcangkan badan yang melampau. Biasanya ia akan bertindak kedua-dua tindakan itu, berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan badan dalam waktu yang lain. Meraka mugkin berada dalam keadaan yang  kaku sehingga beberapa jam lamanya.

4. Kecelaruan DELUSI

kecelaruan delusi nie agak jarang berlaku dimana ia adalah dicirikan sebagai paranoid.

Kita tengok pulak FAKTOR-FAKTOR penyebab SKIZOFRENIA.

1. PENDEKATAN BIOPSIKOLOGIKAL

Dimana pendekatan ini menekankan FAKTOR-FAKTOR GENETIK, BIOKIMIA, dan NEUROLOGI.
Skizofrenia berkait rapat dengan FAKTOR GENATIK, dimana seseorang itu LEBIH CENDERUNG mengalami skizofrenia SEKIRANYA...mempunyai IBU BAPA atau ADIK BERADIK KEMBAR SEURI yang juga bermasalah skizofrenia.
Dari segi KIMIA OTAK, di dapati  PENEUROPANCAR DOPAMINE memainkan peranan penting dalam menyumbangkan kepada skizofrenia di mana kelebihan DOPAMINE menyebabkan aktiviti di SINAPS bertambah pesat. Selain itu juga skizofrenia ini ada kaitannya dengan KETIDAKFUNGSIAN NEURONLOGI dimana berkaitan rapat dengan aktiviti OTAK yang luar biasa.

2. PENDEKATAN PSIKODINAMIK/PSIKOANALISIS

Dimana dari pendekatan psikodinamik / psikoanalisis ini seseorang yang mengalami skizofrenia adalah gagal untuk mengatasi KEBERGANTUNGAN keatas ibu bapa mereka dan akibatnya mereka mempunyai lekatan diperingakat ORAL. Ini memberikan mereka ego yang lemah yang gagal untuk mempertahankan mereka dari kebimbangan yang disebabkan implus ID bawah sedar dan tekanan-tekanan luaran. Sebaliknya mereka berdaya tindak keatas kebimbangan dengan mengalihkan kepada tingkah laku yang bercirikan di peringkat oral termasuk berkhayal (fantasi), tindakan bodoh, bercakap secara tidak selaras, dan berfikir secara tidak rasional.

3. PENDEKATAN BERHAVIORISME (tingkah laku)

Dimana, ahli teori tingkah laku yang menekan peranan pembelajaran, mengandaikan bahawa orang mengalami skizofrenia adalah diberi ganjaran apabila tingakh laku dalam keadaan ganjil.Meraka juga mengandaikan bahawa seseoarang  yang terlibat dalam tingkah laku danjil mendapat penolakn sosial dan seterusnya menyumbangkan kepada PERASAAN CURIGA terhadap orang lain dan tarik diri sosial.

4. PENDEKATAN KOGNITIF

Dimana pandangan kognitif menekankan bahawa skizofrenia adalah disebabkan oleh GANGGUAN terhadap TUMPUAN atau PERHATIAN dan PEMIKIRAN iaitu penerimaan maklumat yang di sampaikan itu dengan pelbagai cara yang kdang kala mengelirukan dantidak rasional.

5. PENDEKATAN HUMANISTIK 

Dimana ia disebabkan oleh ketidak kelarasan diantara KENDIRI AWAM dengan KENDIRI SEBENAR yang mana ianya terjadi apabila seseorang itu membentuk kendiri awam palsu unutk menghadapi sesuatu situasi kehidupan yang mencabar. Pelarian daripada  realiti ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami kendiri sebenar. PEMIKIRAN, BAHASA, dan TINGKAH LAKU GANJIL seseorang yang mengalami skizofrenia ini merupakan tanda-tanda pelarian daripada realiti ini.


sekian dari ana...sedikit penerangan apa itu SKIZOFRENIA.

waallahualam...





BERBANDING wanita, lelaki yang mengidap penyakit mental atau schizophrenia lebih sukar untuk sembuh kerana beberapa faktor antaranya tanggungjawab komuniti dan tekanan.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Hussain Habil, berkata penyakit itu mempunyai jenis dan kategorinya yang berkaitan dengan tindak balas psikologi pesakit.

Justeru, antara lelaki dan perempuan, lelaki lebih mengambil masa untuk sembuh. Bagaimanapun, kita perlu tahu apa jenis masalah mental yang dihadapi pesakit,” katanya.

Jika dilihat dari segi sosio-ekonomi kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan awal bagi mengatasi masalah schizophrenia adalah mereka yang mempunyai pendidikan sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima.

Dr Hussain berkata, dengan pendidikan dan pendedahan mengenai penyakit ini, serba sedikit ia membantu mereka mendapat rawatan moden dan tidak terpedaya dengan kepercayaan karut.

Sebab itu antara tiga etnik di Malaysia, Melayu, Cina dan India, orang Melayu masih terkebelakang dalam mendapatkan rawatan. Mereka lebih selesa berubat dengan dukun, bomoh atau guru agama.

Kebanyakan keluarga pesakit Melayu juga tidak mahu menerima schizophrenia sebagai masalah perubatan. Sebaliknya mereka lebih cenderung untuk percaya masalah itu disebabkan buatan orang, santau dan ilmu hitam.

Pandangan begini sangat bahaya dan masalah itu menyebabkan mereka terus beranggapan rawatan terbaik adalah menerusi kaedah tradisional, katanya.

Sehubungan itu, katanya kebanyakan pesakit Melayu yang datang dari kawasan pedalaman hanya mendapatkan rawatan doktor perubatan selepas keadaan sudah menjadi kronik.

Beliau berkata, masalah ini berlaku mungkin kerana mereka kurang berpendidikan atau pendedahan.

"Sepanjang pengalaman saya, pesakit yang datang awal untuk rawatan adalah penduduk bandar. Satu daripada sebabnya mungkin komuniti bandar lebih sensitif dalam hal-hal begitu.

Kalau anak mereka berhadapan dengan masalah mental, mula merayau, meracau, bertindak berang dan memarahi jiran-jiran, ibu bapa pesakit akan berusaha mendapatkan rawatan untuk anaknya.

Berbanding di kampung, komunitinya lebih bersifat toleran dengan kes-kes begini,"katanya.

Schizophrenia adalah masalah gangguan kimia dalam otak. Apabila rawatan tidak dibuat pada peringkat awal, jangka waktu rawatan mengambil masa dan berulang-ulang berdasarkan janji temu.

"Tetapi selalunya keluarga atau pesakit tidak menyudahkan janji temu atau berhenti makan ubat dengan sendiri tanpa merujuk doktor kerana beranggapan sudah sembuh.

"Kalau ditanya mengapa berhenti memakan ubat, jawapan yang biasa saya terima, tok bomoh suruh berhenti kerana ubat itu adalah pelali atau ubat tidur semata-mata," katanya.

Beliau berkata, anggapan ini salah kerana ubat yang diberikan kepada pesakit bukanlah ubat tidur atau pelali sebaliknya ubat khusus untuk pesakit schizoprenia yang menghadapi masalah berkaitan dengan gangguan kimia dalam otak.

"Apabila pesakit diberikan ubat, ia bukan bermakna mereka terpaksa bergantung dengan ubat untuk seumur hidup. Kita bahagikan kepada tiga kategori, iaitu 30 peratus, 30 peratus dan 30 peratus.

"Maksudnya 30 peratus yang pertama pesakit boleh berhenti makan ubat dengan cepat, 30 peratus lagi berhenti selepas mengambil ubat untuk tempoh lima ke enam tahun manakala 30 peratus lagi makan secara berterusan atau seumur hidup.

"Ia seperti pesakit yang didiagnos dengan diabetes," jelasnya.

Begitupun, dengan pemantauan dan berjumpa doktor, perkembangan pesakit dapat dipantau dengan teliti.

“Jika pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat, dos yang diberikan mungkin berkurangan yang mana banyak bergantung kepada perkembangannya,” katanya.

Beliau berkata, pesakit yang ingin berhenti mengambil ubat perlu mendapatkan nasihat doktor yang juga akan memantau perkembangan mereka sebelum membuat keputusan.

“Memang kalau dilihat, penduduk bandar lebih banyak berhadapan dengan masalah schizoprenia. Mungkin antara penyebabnya ialah faktor persekitaran dan tekanan dalam kehidupan berbanding kehidupan di kampung.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh juga menolak kemungkinan, orang bandar lebih mudah mendapat akses ke hospital misalnya berbanding di kampung yang mungkin lebih ramai jumlah pesakit tetapi tidak dilaporkan," katanya.

Dr Hussain berkata, satu lagi perkembangan yang perlu diketahui, sesetengah jenis dadah terutama ganja dan designer drug, syabu dan ectasy boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat schizoprenia atau tercetusnya schizoprenia atau memburukkan lagi penyakit itu.

Fakta: Rawatan awal bantu kawal kemelaratan

Schizophrenia dianggarkan memberi kesan kepada satu peratus populasi dunia dan jumlah ini kian meningkat.

Simptom schizophrenia muncul antara usia 15 ke 35 tahun.

Secara gender, lelaki dan perempuan memiliki risiko yang sama untuk mendapat schizophrenia tetapi simptom lebih cepat muncul pada lelaki.

Sekitar 80 peratus pesakit boleh menikmati kehidupan yang selesa dan produktif dengan mengikuti rawatan dan mendapatkan ubat-ubatan mengikut jadual.

Pesakit schizophrenia lebih ramai membunuh diri jika dibandingkan dengan populasi umum. Dianggarkan 10 peratus pesakit (terutama lelaki muda) membunuh diri.

Schizophrenia boleh terjadi dalam keluarga. Risiko mewarisinya bagi mereka yang memiliki keluarga terdekat mengalami schizophrenia adalah 10 peratus manakala 40 peratus bagi mereka yang memiliki ibu bapa atau kembar yang schizophrenia.

Info: Menarik untuk diketahui

Schizophrenia bermaksud minda yang terpisah dan ia mungkin anggapan salah mengenai split personality bermula. Seorang psikiatri Sweden, Eugen Bleuler menggunakan perkataan ini buat pertama kalinya pada 1911 untuk menjelaskan keadaan pesakit yang pemikirannya seakan tidak boleh lagi bersambung.

sumber; ehealthMD.com


BLOG MENARIK TENTANG SKIZO KORANG LEH LAWAT

SI PISAU CUKUR


Sebut pasal pisau cukur, teringat filem Pisau Cukur yang dilakonkan oleh Maya Karin dan Fazura.. Mengikut simpulan bahasa Melayu, Pisau cukur memberi maksud perempuan yang suka mengikis duit lelaki..so cane nak kenal si pisau cukur?


1. Di awal perkenalan di dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.




2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.




3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata




4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.




5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.




6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.




7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.




8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituj?b?rleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.




9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.




10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.


APA KOMEN ARTIS TENTANG PEREMPUAN PISAU CUKUR???


(MAYA KARIN)


Secara peribadi, kata Maya Karin yang kini sudah lebih setahun bergelar isteri,(ex-wife dah skg..huhu) dia juga memandang serong terhadap 'wanita pisau cukur' atau dalam bahasa Inggerisnya 'gold digger' ini ketika usia masih muda dan remaja."Sebenarnya, saya tidak setuju gadis muda menjadi pisau cukur untuk menjalani hidup mewah. Namun, apabila usia meningkat dewasa, saya lebih faham dengan situasi mereka atau kenapa mereka memilih jalan hidup sedemikian.


"Tidak dinafikan, ramai gadis muda sekarang yang mengejar lelaki kaya untuk hidup mewah. Saya memang tidak setuju jika mereka memilih cara hidup seperti itu. Bagaimanapun, itu adalah jalan hidup yang mereka pilih dan tiada kaitan dengan hidup saya. Siapalah saya untuk menghalang mereka memilih jalan hidup seperti itu?," katanya. Kata Maya, dia memang tidak boleh terima jika wanita pisau cukur yang berkahwin dengan orang kaya, tetapi berlagak sombong selepas hidup senang lenang."Lebih teruk lagi, wanita pisau cukur yang hidup mewah itu tidak sedar diri dan asal usul mereka. Saya juga lebih menghormati wanita yang hidup mewah kerana usaha dan titik peluh mereka sendiri dan bukan menumpang kesenangan orang dengan mengikis harta mereka," katanya. 

(FAZURA)


."Secara peribadi, pada pandangan saya, wanita pisau cukur adalah isu sensitif untuk diperkatakan orang. Apapun, ia terpulang pada individu itu sendiri kerana setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara ini."Sebelum bergelar artis, memang ada orang yang menganggap saya mengejar lelaki kaya untuk hidup mewah. Secara peribadi, saya tidak pernah peduli dengan cakap-cakap orang pada saya selama ini," katanya. 


Apapun kata Fazura, dia tidak faham kenapa apabila seseorang selebriti yang memakai jenama mewah atau jam mahal pasti orang menganggap ada pihak yang menajanya."Tidak cukup dengan itu, apabila seseorang selebriti itu memakai kereta mewah, orang juga menganggapnya dia ditaja Datuk atau perempuan simpanan VIP. Apa, mereka fikir artis kita ini sengkek (tidak berduit) sangat ke?," katanya. 


BACA SUKA SUKI