Friday, April 3, 2009

Pamplet Cinta

..Nyamperin matahari dari satu sisi,
Memandang wajahmu dari segenap jurusan.

Aku menyaksikan zaman berjalan kalang-kabutan.
Aku melihat waktu melaju melanda masyarakatku
Aku merindu wajahmu.
Dan aku melihat wajah-wajah berdarah para mahasiswa.
Kampus telah diserbu mobil berlapis baja.
Kata-kata telah dilawan dengan senjata.
Aku muak dengan gaya keamanan semacam ini.
Kenapa keamanan justeru menciptakan ketakutan dan ketegangan.
Sumber keamanan seharusnya hokum dan akal sihat
Keamanan yang berdasarkan senjataa dan kekuasaan adalah penindasan.

Suatu malam aku mandi di lautan.
Sepi menjadi kaca.
Bunga-bungaan yang ajaib bertebaran di langit.
Aku inginkan kamu,tetapi kamu tidak ada.
Sepi menjadi kaca.

Apa yang bisa dilakukan oleh penyair
Bila setiap kata telah dilawan dengan kekuasaan?
Udara penuh rasa curiga.
Tegur sapa tanpa jaminan.

Air lautan berkilat-kilat.
Suara lautan adalah suara kesepian.
Dan lalu muncul wajahmu..
Kamu menjadi makna.
Makna menjadi harapan.
…sebenarnya apakah harapan?

Harapan adalah karena aku akan membelai rambutmu.
Harapan adalah aku akan tetap menulis sajak.
Harapan adalah karena aku akan melakukan sesuatu.
Aku tertawa…
Angin menyapu rambutku.
Aku terkenang kepada apa yang telah terjadi.

Sepuluh tahun aku berjalan tanpa tidur.
Pantatku karatan aku seret dari warung ke warung.
Perutku sobek di jalan raya yang lengang….
Tidak. Aku tidak sedih dan kesepian.
Aku menulis sajak dibordes kereta api.
Aku bertualang di dalam udara yang berdebu.
Dengan bertemankan anjing-anjing geladak
dan kucing-kucing liar,
aku menyanyi menikmati hidup yang kelabu.

Lalu muncullah kamu.
Nongol dari perut matahari bunting
Jam dua belas seperempat siang.
Aku terkesima.
Aku disergap kejadian tak terduga.
Rahmatku turun bagai hujan
Membuatkan aku segar,
Tapi juga mengigil tertanya-tanya
Aku jadi bego!

Ya... mencintai kamu adalah bahagia dan sedih.
Bahagia karena mempunyai kamu di dalam kalbuku,
Dan sedih karena kita sering terpisah.
Ketegangan menjadi pupuk cinta kita..

Tetapi bukankah kehidupan sendiri adalah bahagia
Dan sedih?
Bahagia karena nafas mengalir dan jantung berdetak
Sedih karena fikiran diliputi bayang-bayang.
Adapun harapan adalah penghayatan akan ketegangan.

…nyamperin matahari dari satu sisi,
Memandang wajahmu dari segenap jurusan.


P/s : Rendra. Puisi dia salah satu buku puisi yang aku sangat suka.

Mengenalnya Satu Detik

Antara Oktober dan November..
Aku mencium bau angin dan hujan.
Aku menyebut didalam hati.
Kata-kata aku lepaskan dalam tangisku.

Demikian aku mengenalnya.
Menjadi rahsia.
Tapak tanganku menjadi saksi degup jantungnya.
Pernah.
Aku pernah mendengar degup jantungnya.

Demikian aku mengenalnya.
Adakah aku dendam kepada derita?
Aku meneka hidup ini satu teka teki.
Berada didasar.
Terkunci dilemari.

Kau meneka tapi tidak menemui jawaban.
Hari ini meneka menebak.
Esok kau terus meneka.
Mataku tetap saja kosong.
Tidak berperasaan.
Lantas kau nikmati mataku.
Terpesona.Imaginasimu menyentuh bibirku.
Tanpa sedari kau berbisik
Teringin mencuri bibir mungil.
Tanggapan kau mengenal jiwaku.
Tersedar.

Jauhkan tak perlu terucap.
Resah.Pusing.Kau tidak mengenal hatimu.
Lebih jauh.Semakin kenal.Indah menyayangi aku.
Semakin tebal rasa benci.
Benci melihat mataku kosong.
Nyata kau rahsiakan nyata.
Sengaja terbiarkan aku terasa.
Sengaja terbiarkan aku lupa.
Sedang aku mengenalmu resah.

Esok.Matamu menjamu redup mataku.
Akhirnya terdengar sedu dibalik mata.
Ah!!debar?Mana bisa.Mustahil..
Kau gugup atau terpanah?

Menangiskah aku.
Demikian aku mengenalnya.
Dalam rangkul erat.Hati menjadi erat
Berat.Ah!Aku tidak mengerti rasaku.
Tapi.suaranya degil sayang mata kosongku..
Demikian mengenalnya.
Dia mengingatkan aku pada catatan
Menarik aku menyandarkan dibahunya.
Bahagia mengusap lembut rambutku mengerti
Benciku.
Senduku.

Tangis semahunya pada bahunya.
Lewat pasti ada bahagia
Jangan pernah benci bahagia.
Demikian mengenalnya.
Kejauhan menjagaku.
Merindu ku kala bersendiri dan sepi.

Ketika Udara Bising

Ya, apakah ertinya sebuah kata yang ditulis di atas pasir?
Apakah ertinya undang-undang yang dicetak di atas air?

Derapan barisan langkah-langkah terdengar.
Barisan langkah-langkah siapa?

Tak ada apa-apa.
Tak terjadi apa-apa.
Kesepian tanpa keheningan.
Kebisuan tanpa angin.

Apakah ertinya janji yang ditulis di pasir?
Apakah ertinya pegangan yang hanyut di air?
Apakah ertinya tatawarna dari naluri rendah kekuasaan?
Apakah ertinya kebudayaan plastik dan imitasi ini?

Seorang gadis yang berwajah penasaran bertanya….

Aku mendengar derup-derap langkah-langkah berjalan.
Langkah-langkah siapa?
Dari mana datangnya?
……Kuman-kuman!
Yang tumpah bersama ludah yang mereka semburkan
Yang penuh kebohongan dan penjilatan!

Kemudian aku bertanya:
Di dalam kemelut kentut zaman ini,
Deru-derap barisan siapakah itu?
Deru-derap barisan penindasan?
Ataukah deru-derap barisan pembebasan?

SATU PENYELESAIAN ATAU AKAN BERTERUSAN??



(Aku agak busy nak update blog..)Tapi ari ni aku terpanggil balik nak menulis sebab banyak benda nak explain..Ari tu aku dapat satu mesej dari salah sorang penari recital tari..Dia nak bersemuka ngan aku..face2face..Hmmm…aku da agak mesti nak respon pasal blog aku. Bila dia ajak aku g berjumpa, dia ckp nak mendapatkan kepastian daripada aku sendiri..nak dengar dari mulut aku bukan mulut orang len. (lagipun kan aku komen tentang graduan tari dan dia terlibat sbg tenaga pengurusan..) aku pun bersetuju la. So, ari isnin tu aku berjumpa la ngan dia. Pertama sekali aku ingatkan hanya seorang sahaja yang datang sebab yg msg aku tu seorg ja. Tapi tak sangka yg datang tu bertiga..seolah2 dah dirancang plak..Ok..so, takpe la..Of course kedatangan dorang sebab tak puas ati ngan aku, sebab aku komen tentang dorang dalam blog aku….Aku terima kedatangan dorang seperti yang dijanjikan..

Sebelum aku lanjutkan ceta, aku harap yang baca blog aku memahami apa yang aku sampaikan..dan tidak terus menerus beranggap negatif pada kumpulan yang membuat persembahan pada malam tu, (bukan apa aku terkejut mendengar respon dari org yg datang berjumpa aku) aku cuma menegur bahagian yang aku nampak ada kelemahan..perkara tu perlu dibaiki. Aku BUKAN berharap adanya perselisihan faham antara aku dengan orang yang aku tegur sebaliknya aku harapkan PERUBAHAN (baik skg atau masa akan datang) supaya dorang dapat memperbaiki kelemahan di bahagian yang kurang..(Itu tujuan aku menulis) Bila aku mengkritik@menegur sesuatu yang lemah..bermakna aku kisah tentang hal tu, dan melihat perkara itu perlu diperbaiki..(kadang2 perlu kritikan untuk kita sedar apa kelemahan kita) Aku cakap camni sebab, dorang cakap ngan aku dorang terasa selepas aku buat kritikan dalam blog aku..dorang cakap “org pandang” dorang mcm ja..(seolah2 org memandang rendah ngan mereka) selepas aku mengkritik…

Bila dorang meluah cam tu..Aku tak nak la orang salah anggap kat dorang.. Sebab tujuan aku mengkritik untuk membangunkan, menyedarkan apa kelemahan yang ada..yang perlu diatasi. Baik pihak yang membaca atau yang aku komen.. Walau cammana pun aku tak menghalang kalau orang nak komen apa2, terpulang la. Itu hak masing2 dan bergantung pd org tu jugak..nak terima atau tak nak terima. Kita cuma nak bagi pandangan. Mana yang lemah, baiki. Mana yang salah sedarkanlah supaya tak terus buat salah. Mana yang dikritik ambil benda tu sebagai satu iktibar. Jadi apa yang aku komen take it as positive..Tak kan la kita nak dipuji baik je memanjang so, macamna kita nak tau kelemahan diri kita kan?? So kritikan tu kena ada PRO dan KONTRAnya..baru kita melihat ada perkembangan @ pembaikan yang kita bleh buat.

Pertemuan tu, honestly la..memang berdebat gak sebab masing2 nak tegakkan pendirian masing2..APA yang aku agak terkilan bila dorang (aku rujuk pada pkataan dorang, sebab 3orang yg berjumpa ngan aku) cakap aku seolah2 menjatuhkan sekolah sendiri…(hmm..kalaula aku ni dianggap pencemar atau merosak nama baik/ imej sekolah…aku akan respon hal berkaitan menjatuhkan nama baik sekolah ni jap lagi) skg nak ceta apa yang terjadik time aku bersemuka ngan 3orang sahabat ni….hmm jap..jap..apa yang aku akan cakap ni atas perjumpaan 2pihak k. Jangan risau kami tak bercakap benda bukan2 cuma nak memperbetulkan apa yang aku terlupa NAK UPDATE SEPATUTNYA...(kira aku terlepas pandang la..)

Bila berjumpa ngan dorang isu yang diperkotak-katikkan adalah tentang malam perasmian..dorang pertikaikan statement yg aku dah tulis..dorang cakap aku hanya memandang sebelah pihak saja..bukan dua2 belah pihak..Hmm tindakan dorang memperbetulkan salah aku, perlu aku hormati. Bagi aku, apa yang dorang cakap tak salah (sebab itu hak dorang nak tegakkan apa yg dorang rasa baik dan betul bagi pihak dorang dan aku gak ada pendirian aku sendiri ITU ORANG KENA LA HORMAT..nak TRIMA atau TAK apa yang aku nak tulis terpulang la) aku melihat apa yang dorang utarakan tue satu kritikan yang memperbetulkan aku supaya aku tak la salah mentafsir atau silap mengkritik. So, aku kena trima apa yang dorang cakap secara terbuka. Aku meminta maaf secara terbuka..sebab menyedari kekhilafan aku. Bukan apa, nanti kalau aku hanya melihat dari sudut pandangan aku ja..tak terima pendapat orang lain, orang lihat aku ni emosi plak..

Rumusan padat yang bleh aku pendekkan selepas bersemuka supaya tak panjangkan ceta..Akhirnya aku fahamla ceta dari 2 belah pihak..apa yang berlaku sebenarnya adalah masalah komunikasi menyebabkan dua pihak tersalah anggap..(ISI yang aku tulis time dalam blog aku tak lari gak..MASALAH tu yang berlaku..orang yang datang mengadu dengan aku pun orang yang betul..perkara yang betul berlaku cuma kurang input didalamnya..) yang tersentap masa dok bercerita ngan dorang aku dapat tau rupa2nya dorang sukar nak mendapatkan budget. Aku mesej sendiri pengarah dia tanya, budget dorang dapat dari mana, then dia mesej explain sekolah menyumbang dari segi peralatan tulis dan tiket penilai..MPP tak sumbang apa2, HEP plak bg sumbangan dari segi wang RM sekian ribu. Namun agak menyedihkan sebab budget yg dorang harapkan tak mencapai apa yang dorang nak, sampaikan pelajar2 ni terpaksa guna duit sendiri untuk menjayakan program dorang. Bagi aku, aku nampak benda tu adalah usaha dorang..jadi baguslah camtu..Ermmm..Aku nak terangkan napa MPP tak sumbang apa2, (Tolong betulkan kalau2 ar aku tersilap)..salah satu sebabnya recital graduan tari tu merupakan EXAM tarian yang dinilai, dibawah sekolah..so, budget kena mintak ngan sekolah sebab ni melibatkan penilaian markah terhadap pelajar..

Apa yang menarik..bila dorang mempersoalkan ‘kritikan’ aku..dan kenapa aku buat blog..Aiik??Aku buat blog sebab aku nak bercakap tentang sesuatu la..tak kisahla nak luah ke, nak apa ke..nak kritik ke…Aku nak korang faham. Aku mengkritik atau memberi apa jua respon benda tu terpulang pada individu, apasal nak halang??Bagi aku yang penting sebagai pengkritik..asalkan aku tahu dan mengerti apa yang nak kritikan dan tahu cara nak mengkritik…aku bebas nak berkata tentang apa..(setiap org ada pendapat masing2) aku melihat kepada apa yang berlaku..dan aku bagi la pandangan aku. Kritikan perlu ada NILAI dan NORMA. Nilai tu kena ada konsepsi tentang apa yang dianggap baik dan hendak dituju. Nilai susah nak dibuktikan sebenarnya sebab benda tu merupakan sesuatu yang dipersetujui atau tidak. Norma plak ukuran2 yg mengatur cara mencapai nilai. Tanpa pergertian nilai dan norma, kritikan tidak dapat dilakukan. So, point aku nak sampaikan kat sini apa salahnya aku mengkritik…dan blog sebagai medium aku ???apa yang pelik lagi..dorang mempertikaikan kenapa aku menulis kat blog yang satu dunia bleh tau..Eh bagus la tu?Boleh aku berkongsi idea dan bertukar pandangan ngan orang2 sekeliling aku. For me blog is personal..

Buat apa nak takut kalau aku ada blog?sampaikan mengata kalau aku wujudkan blog dan kalaulah diketahui sampai ke I.S.A la…susahla , apa la..eh..setahu aku la, negara kita mengamalkan sistem demokrasi kebebasan bersuara..asalkan benda tu tak menimbulkan kekacauan kpd keselamatan di dalam negara..kalau kenyataan aku menyentuh mana2 isu yang ada mengacau keselamatan dalam negara lain la kan? Aku bukannya buat salah dalam blog aku..sehinggakan mengganggu keselamatan dalam negara? So, napa nak menghalang aku mengkritik?? Lainlah kalau korang buat salah…..ke takut aku sebarkan kesalahan2 apa korang dah buat…

(aku ambil contoh la ya…aku tak berkata sesuatu yang merujuk mana2 nama sesiapa atau sekolah mana tapi mengambil benda ni tuk dijadikan contoh dan nak bandingkan) Kalau korang la nampak ada satu kesalahan, korang biarkan ke?? contohnya minum arak bersama staff dan lecture di DALAM SEKOLAH. Memangla patut aku tuliskan sebab benda tu salah, demi kebaikan bersama..mudah2an perangai buruk korang tak diikuti oleh mana2 pelajar ..Aku cakap ‘contoh’.. Kalau nak ikut pun perangai buruk tu, hah yg tu hal korang la..(kalau minum arak kat luar tak sapa nak kisah..sebab benda tu hal peribadi individu tuela kan?dosa pahala tanggung sendiri TAPI kalau dah minum kat dalam sekolah, yg 2 satu hal lagi..benda tu yg memalukan dan MENCEMARKAN nama sekolah tu) Even student pun akan dikenakan tindakan kalau minum benda tu didalam universiti ini kan lagi lecture?!tak adil la kalau hanya student dikecam diambil tindakan kerana minum minuman keras dalam sekolah tapi lecture pula tak dikenakan tindakan. Dimana adilnya UNDANG2 tue? skandal bersama tutor di dalam sekolah, student mencuri..student meniru time exam….??student buat perhimpunan haram..student g clubbing..macam2 lagi..jangan menghalang student bersuara sebab itu hak mereka..

Aku nak bagi cadangan, apa kata pihak sekolah selidik hal ni..bila dah dapat tau siapa individu2 tu buatla tindakan sepatutnya..selayaknya dorang patut terima…@ upah SPY tapi bukan lecture@staff dalam kalangan sekolah (nampak buyers), sebab sebenarnya hal ni dah ramai tau (terutamanya sesama lecture/student@staff) tapi sengaja mendiamkan hal ni..kalau diamkan hal ni sampai bila2 masalah (yg tertutup ni) nak selesai..tambah menular adalah..Sepatutnya cari penyelesaian masalah macam mana nak tangani masalah2 cam lecture/staff yang minum minuman keras dlm sekolah , tutor dan student terang2 ada skandal, student meniru time exam, student/lecture mencuri..sebab perkara sumbang disekolah camni la SEBENARNYA yg mencemarkan dan memalukan nama baik sekolah! Nak menyedarkan apakah kelemahan diri kita @ seseorang tu…kita perlu memberi dan mendengar kritikan baik positif atau negative supaya kita tersedar adakah diri kita ni, benar2 dah buat silap? Selagi masih sempat..berubah kearah sesuatu yang lebih baik..tak pun kita dapat perbaiki diri. Esok lusa mata terpejam kita tak tau sempat lagi ka kita nak bertaubat?

Perkara2 salah yang macam nie…la patut aku perjuangkan disambil aku mengkritik..demi kebaikan bersama. Contohnya, kalau lecture atau student kat dalam sekolah aku tu dah buat salah, kenapa aku perlu berat sebelah? Membantu ‘menutup kesalahan’ dorang dgn mendiamkan diri? mentang2 la aku wakil sekolah aku sendiri..student atau sesama lecture dah tau benda tu salah…tapi tetap tak buat apa2,Nak biarkan hal ni?eh.. Kat sinilah peranan aku, aku kenalah bersuara (Kalau tak pada pihak atasan..aku luah la kat sini) Kenapa aku perlu tutup mata??Kenapa perlu semua pihak takut nak ambik tindakan dengan kalau dorang betul2 bersalah, dah terbukti bersalah??Sapa yang mencemarkan nama baik sekolah ni sebenarnya, aku ke yang bersuara sebab ‘menentang masalah’ disekeliling atau orang2 ni yang berdiam diri membantu menutup kesalahan walaupun sedar mslh tue ada?Aku cuma mengkritik perbuatan dorang kat blog aku ni, ambil la tindakan terhadap orang2 yang melakukan ‘kesalahan’ la patut dilakukan! ke korang malu?..sebab nak menjaga nama baik sendiri?buat salah tak plak rasa malu..

Orang mempertikaikan blog aku ni dan menuduh aku seolah2 mencemarkan nama baik sekolah aku sendiri..eh..sebelum tu biar aku buat beberapa perbandingan supaya orang jelas. Siapa yang sebenarnya mencemarkan ni…Aku ambil satu contoh jelas la. GRAND RESITAL yang baru2 ni..semua tenaga pengajar mempersembahkan bakat mereka. Usaha mereka berlatih, usaha mereka demi menjayakan program ni sememangnya patut dipuji. Bukan mudah nak buat persembahan..bila dah on stage baru lecture tau susah payah nak budak2 perform..Tetapi yang cacatnya..usaha pada petang tu, pada aku…bila ada pelajar sekolah lain yang turut sama membuat persembahan di dalam tu adalah student yang nalurinya lembut sedikit. Kita sedar hal ni..aku nak bg satu contoh..Apa yg aku tak faham sekarang kenapa pihak sekolah membenarkan student lelaki tu buat persembahan dengan “pakaian yang perempuan”..bukankah hukum berpakaian lelaki berpakaian seperti perempuan tu SALAH? kenapa sekolah membenarkan perkara ni?Aku risau persembahan oleh pelajar lelaki tu…mengejutkan VIP yang datang..(Entah apalah pandangan VIP melihat persembahan petang tu, nampak je VIP tu senyum…tup.tup nanti time meeting nama sekolah kita naik..hah…camna?) Kalau kita nak bersama menjaga nama baik sekolah kita…banyak perkara kita kena jaga..termasuklah pembawaan diri setiap pelajar didalam sekolah tu, displin, pemakaian…begitu juga persembahan..tak salah buat persembahan untuk tujuan menghiburkan. Kalau lelaki yang ‘nalurinya lelaki’ buat persembahan berpakaian seperti perempuan, tak ada masalahnya. Sebab bila selesai persembahan nalurinya tetap lelaki…Tapi kalau yang nalurinya lembut, buat persembahan dengan pakaian perempuan..bila selesai persembahan nalurinya semakin kuat menjadi perempuan…sapa nak bertanggungjawab?? Dah la buat persembahan bersama pelajar dan lecture kat sekolah seni..Aku minta maaf, aku tak menghalang sesiapa datang membuat persembahan…aku jugak tak pernah kata nak halang sesiapa yang nak berkawan dengan lelaki yang nalurinya lembut. Aku akui aku sendiri berkawan dengan mereka..sebab aku tau takda salahnya. Kalau nak datang latihan, buat persembahan berbentuk kesenian..sebab cintakan kesenian…aku galakkan..tak ada halangan langsung. Aku jugak tak pernah nak memperkecilkan @ mempertikaikan bakat mereka..atau penampilan dorang (suka hati dorang la nak dressing mcmmana itu hak peribadi asalkan tak langgar etika berpakaian dah) kalau ada bakat apa salahnya menterjemahkan bakat tu menerusi pentas..atau seni persembahan…atau penulisan…dan sebagainya….tak salah membuat persembahan.

Maaf ini pandangan aku..(semua ada pandangan dorang masing2) cuma, di sini aku lihat YANG SALAHnya benda tu….bila lelaki lembut…dibenarkan berpakaian seperti perempuan, siap rambut palsu..(ini persembahan akademik berunsurkan hiburan atau galakan menjadi lembut seperti mereka??) terang2 membenarkan lelaki berpakaian seperti perempuan siap menari lemah lembut tarian dangdut lagi tu.…Aku masih ingat kata2 XIFu tenaga pengajar tari (SutraTari) yang pernah mengajar aku..Kalau nak buat persembahan tarian ..terutamanya lelaki kena jaga. Kalau nak menari, kena menari betul2. kalau lelaki menari biar nampak menari seperti lelaki, jangan nampak seperti perempuan..nanti persepsi orang terhadap seni tari akan negative. Orang lelaki pun kalau berminat dalam seni tari, takut nak masuk tari kalau lelaki lembut didalam menari berpakaian seperti perempuan (dah la populasi perempuan semakin meningkat…cukupla tu, kalau ditambah lagi dengan mereka yang lembut…teringin nak menjadi seperti pempuan….tak tau la aku!). Pemikiran orang pada seni tarian akan sentiasa negative. (aku tau setiap orang ada pandangan dorang masing2 terhadap benda ni) mungkin ada yg akan cakap tak salah lelaki lembut menari..Kat international lelaki lembut, kat KL, atau mana2 tempat mereka berfikiran terbuka menerima…So, tak kisah la..TAPI Disini aku melihat persembahan berbentuk akademik…kan kita dalam universiti…??Tak kan la kita sampai nak membenarkan perkara ni..apa pandangan orang luar melihat sekolah atau universiti kita nanti?APA yang aku nak tegur adalah salah bila lelaki berpakaian seperti perempuan. Perkara kecil mcm ni yang kita kena jaga. Kalaulah dorang cakap… dorang mempersembahkan tarian tujuannya untuk menghibur..apa salahnya (aku minta maaf kalau aku cetus kontroversi tapi benda ni kita kena fikirkan bersama) iya tak salah, tapi masalahnya yang menari tarian dangdut, siap dengan rambut palsu..pakai lagi baju pempuan…penarinya pula ‘nalurinya lembut’, aduh…cukup mengaibkan!dah tak da orang lain ka??Apa salahnya ajak yang naluri lembut ni menari tarian gerak tari yang keras sikit..baru nampak kelakian (aku faham time tu nyanyian dangdut..tak salah, kenala menari dangdut baru kena) tapi....yang tak kenanya tu..kenapa yg penari dipilih tu..yang nalurinya lembut?? Kenapa tak yang nalurinya ‘kelakian’..sekurang2nya bila selesai menari..mereka tetap keras seperti lelaki..Aku mempertikaikan lelaki berpakaian seperti perempuan, kita nak buat persembahan biar nampak akademik..Jadi orang melihat kita ni ada nilainya tersendiri..Aku kisah sebab benda ni melibatkan nama baik sekolah!

JANGAN SALAH ANGGAP, aku tak pernah membenci sesiapa,..aku hormat setiap orang yang ada bakat seni. Bagi aku bila berbakat seni , itu anugerah Tuhan...Cuma yang aku nak kritik kenapa “lelaki mesti berpakaian seperti perempuan” bila menari..siapa sebenarnya yang mencemarkan sekolah ni??orang yang menjemput pelajar2 lembut ni buat persembahan, apa tujuan sebenarnya..…adakah untuk memalukan kaum lembut, dengan membenarkan mereka mempersembahkan ‘bakat kelembutan’ yang mereka ada...?kenapa perlu mempersembahankan tarian dangdut “dah la penarinya lelaki lembut yg berpakaian seperti perempuan, pakai rambut palsu lagi tu” hukumnya tetap salah..(sebenarnya aku tak kisah, bawa la tarian apa sekali pun..tapi kenalah berjaga2..yang datang tu NC, nanti persepsi dorang pada sekolah kita apa plak nanti?) aduh…benda ni aku pandang serius..ini yang aku tak faham disini…Semua tau ‘lelaki lembut’ yang buat persembahan tu bukanlah budak Sekolah SENI..tetapi, sekolah kita yang membuat persembahan pada hari tu…orang luar akan mengata sekolah kita..Walaupun bukan pelajar kita yang buat persembahan tapi perkara ni perlu dijaga, yang menjemput dan membenarkan mereka buat persembahan adalah sekolah kita..Dah tentu yang terkena tempiasnya terkena pada sekolah kita…Apa yg teruk lagi bila aku dengar keluhan segelintir pihak luar yang mengutuk sekolah kita la yang melahirkan ‘lelaki lembut’..Aku rasa nak marah ja..sekolah ni tak menolak sesiapa yang ada bakat dalam seni..Bila diberi peluang bersama2 sekolah seni mengadakan persembahan jangan la mempergunakan peluang tu sewenangnya..Aku harap kita sama2 fikirkan dan renungan kritikan dan kerisauan aku ni.

Aku nak memberi cadangan..kalau nak bawa pelajar luar ikut sama menglibatkan didalam aktiviti kesenian, aku ambil contoh seperti tarian. Kalau pelajar luar tu lelaki lembut, kena pastikan penari lelaki tu menari sebagai lelaki. Elakkan lelaki lembut, menari memakai pakaian tarian seperti perempuan..Kan kadang2 dalam tarian perlu berpasangan lelaki pempuan (Bila pempuan, nari la cam pempuan, yg lelaki..nari la cam lelaki) Korang tak terfikir ke..kenapa garis panduan untuk persembahan seni bleh tercetus? Kerana hal2 kecil yg seperti ni la…benda ni dilihat ‘besar’ oleh org luar@ student lain yg bukan sekolah seni. Student luar akan pertikaikan..kenapa sekolah seni membenarkan lelaki lembut dibenarkan berpakaian seperti perempuan, siap rambut palsu?(padahal da tau hukumnya SALAH) Nanti org luar cakap..ini persembahan akademik berunsurkan hiburan atau galakan menjadi lembut seperti mereka?dari segi pakaian..Kita nampak perkara ni biasa, atau benda kecil…yg kecil tu lah kita kena tangani sebelum menjadi masalah besar.

Bila orang kata aku seolah2 menjatuhkan nama baik sekolah, aku nak orang berfikir..Aku kemukakan contoh perbandingan kat sini…Aku tak salahkan lelaki lembut..aku tak menyalahkan sesiapa..baik pihak sekolah, atau yang membuat terlibat dalam persembahan…Aku cuma nak menumbuhkan satu pemikiran dan renungan bersama..Aku mengkritik sebab aku nak selamatkan nama baik sekolah.. Kalau aku nak buat blog, yang tu hak aku..sesiapa pun bebas mengkritik..kita berhak bersuarakan isi hati kita, pandangan..Bila aku mengkritik, tentang persembahan aku tak nak seni persembahan dianggap hanya semata2 seni persmbahan yang bersifat hiburan atau pertandingan semata2…kita kena ingat seni persembahan yang mempunyai pandangan bersifat global: kritikan, sindiran, provokasi dan nasihat..bila aku meluah aku rasa tak puas hati inilah medium aku mencanang idea aku…Bila aku mengkritik tentang permasalahan di sekeliling aku mengharapkan adanya kesedaran..adanya pembaikpulihan…jadi pada masa akan datang kita tak lagi mengulangi benda yang sama.

Satu lagi perkara merunsingkan aku. Berkaitan dgn imej sekolah..Aku ambil contoh, TUDUNG. Nasihat ni untuk diri aku dan orang lain. Aku risau..sebab bila tak ada aktiviti ada segelintir kawan2 aku bertudung tapi lepas ikut aktiviti teater atau tarian..tudung tu dah jadi macam topi plak boleh buka pakai..Benda ni memberi kesan pada aku..ini nasihat utk aku dan yg lain2..aku sedar itu hak individu nak pakai ke tak nak pakai..Cuma kalau dah elok manis..bertudung lepas tu buka (buka tudung kat bilik takpe,tapi ini kat sekolah bila perform atau lepak2 kat sekolah siap berseluar pendek..aduh~) aku rasa kesopanan tu mcm da hilang trus. Aku sedar aku tak layak membicarakan hal ni tapi kalau aku tak suarakan isi hati aku..rasa berdosa plak mendiamkan benda ni. Benda ni nampak kecil dimata kita..tapi sedar atau tak orang memandang serong imej sesebuah sekolah tu, kerana pembawaan imej pelajarnya..seolah2 kita cam mempermainkan perkara ni..Baik free hair terus kalau niat nak buka…ini..pakai buka, penilaian orang luar, student luar pada diri kita seperti kesenian tu bukannya membawa manfaat tapi membawa laknat..kita fikir2kan..Sebab tu la..bila ada aktiviti kebudayaan orang luar seperti mencemuh kita..’ketetapan hati tak kuat’…bila rasa nak pakai, kita pakai..kalau tak nak..trus buka…kalau kita tak malu sesama kita pun sekurang2nya ada rasa malu pada pada Tuhan. Aku cadangkan bagi yang pakai tudung..kalau nak perform, apa kata trus je pakai..takda salahnya..perform teater atau tari dgn bertudungkan (janganlah buka semata2 nak perform) tak semestinya..takda paksaan kalau perform kena buka tudung..benda tu ketetapan hati kita..imej tu lambang peribadi diri kita..Harap kita sama2 fikirkan. Kalau tak ada perubahan jugak…..aku tak tau la..sekurang2nya aku dah suarakan benda ni..Nak aku tegur depan2?hmm..tak elok la kan..Aku sekadar menulis utk renungan bersama, kita fikirkan. Maafkan aku kalau teguran aku orang tak bleh nak terima…