Mood selalu kacau? Mari perbaiki dari bangun tidur.(aku pun dalam usaha nie..huhu) Memang setelah bangun tidur tubuh pasti dalam keadaan lemas dan serasa malas nak beranjak dari tempat tidur dan mood kacau. Kalau kepala pening dan pastu nak mood tak menentu baru lepas mimpi ngeri..perghhh dah sah2 tido tak cukup..atau, jiran seblah pepagi buta dah start engine nak tung tang tung tang~tak pasal2 kita rase cam nak marah-marah sepanjang hari....hmm apa kata kita perbaiki mood pepagi dengan tips kat bawah.
Beri      Sedikit Waktu Pada Diri
Tahap pertama, jangan fikirkan hal-hal yang buruk, contohnya gagal      berprestasi, perangai member kat tempat kerja yang menyebalkan, kesesakan,      panas dan hal2 lain yang bersifat negatif. Cuba singkirkan fikiran buruk.      Kosongkan fikiran sejenak dan fikirkan hal-hal yang baik dan manis,contohnya      lepas abis keje nak kuar dengan makwe pakwe atau member2 atau nak gi tgk      wayang ke. Mungkin nak ke salon sb nak ubah stail rambut baru, gi spa      untuk memanjakan diri atau hangout dengan member sekepala.
 Cari Jendela
Langkah selanjutnya setelah bangun dari tidur, carilah jendela, dan hirup udara segar sebanyak mungkin walaupun memang sejuk pepagi buta hehehe. Tapi percaya la, rasa sejuk2 pepagi buta tue akan membuat anda rasa segar. Lagi baik ambil beberapa minit untuk bertafakur matlamat yang anada nak kecapi hari ni. Mulakan niat dengan bismillah insyaAllah mood menjadi baik.
Minum      Sesuatu
Lepas tue, minumlah air putih ke, jus buah ke, kopi ke, teh ataupun coklat yang boleh buat membuat anda rasa segar. Ketika kita minum dan minuman masuk kedalam tubuh kita, secara tak langsung efek yang akan dikeluarkan adalah kesegaranan dan membantu perlahan mood kita yang moody.
Lakukan      Senam Kecil
Lakukan senam kecil seperti, menggerakkan tubuh dan sambil menghirup      udara pagi dalam-dalam. Gerakan kaki, tangan bahu, dan pinggang      perlahan seperti pemanasan akan membuat seluruh bahagian kulit ikut      bernafas dan membangunkan organ-organ tubuh agar fit untuk melaksanakan      aktiviti harian.
Hirup      Aroma Mint
Anda juga boleh cuba menghirup aroma mint, cuba sekali sekala beli      teh berperisa mint/peppermint tea..percaya atau tidak aroma ini akan mempengaruhi otak  kita untuk berfikir secara positif      disamping menimbulkan rasa bersemangat. Mint juga adalah salah satu wangian aromatherapy.
Mendengar      Muzik atau zikir
Putar lagu yang dapat membuat anda bersemangat. Jangan memutar lagu melow dipagi hari kerana benda tue      akan mempengaruhi diri dan emosi anda. Apa kata putar lagu-lagu yang cepat      dan bersemangat atau anda boleh dengarkan alunan zikir yang membantu      mendamaikan dalaman anda. Hah, kalau ada yang gemar memilih untuk mendengar      lagu/muzik yang catchy dan energetic cuba melakukan gerakkan-gerakkan      kecil sambil tersenyum.
Bercermin
cara lain nak elak stress cuba tengok wajah kita kat cermin sambil dengar      lagu rancak. Ahah!!pastu ada yang termiming membayangkan diri seolah2      penyanyi (er..nak nyanyi boleh tapi make sure tak ada orang disekeliling)kemudian      tersenyumlah. Pujilah diri anda. Hias diri anda dengan penampilan baru yang      memberi keyakinan padadiri anda, bahasa tubuh anda dan dalaman anda :D










 
