Tuesday, April 7, 2009

“We find it hard to feel sorry for others who are in pain when it seems no one feels sorry for our pain”

"Setiap kali aku memaling ..Kelihatan tak sempurna...Dalam aku mencari..Sesuatu sebahagian dariku..."

BERLARI KE LANGIT


Lari hingga mengejar kaki langit.
Aku cuba lari dan lari
Berlari sehingga lupa
untuk toleh kebelakang.

Suatu suara menepis
Cupingku
Membisik pada hatiku.

Tolehlah kebelakang.
Lihat.
Amati
Jejak kaki
Tapak yang aku tinggalkan.

Serabut
Bengkok.
Datar.
Lekuk.
Menyimpang
Lurus.

Menung dan termangu berfikir.
Iktibar bebas melakar hidup ini.
Aku asyik meneroka.
Mencapai hingga menyentuh langit
Kembara ini
Punya erti tersendiri dalam
Langkah yang berliku

Tapak dibelakang meninggalkan
Kesan untuk aku pulang
Mencari langkah pasti
Jika aku tersesat dan terbabas.

SESUDU ASAM GARAM KEHIDUPAN

“Kehidupan hanya boleh difahami dengan melihat ke belakang namun ianya mesti hidup dengan memandang ke hadapan”

“Hidup seperti permain chess..yang mempunyai pandangan ke hadapan akan menang”

“Setiap makhluk dilahirkan bersendirian dan akan mati bersendirian”

“Keupayaan adalah harta orang miskin”

“Kunci kejayaan ialah apabila kita dapat membezakan antara perkara yang berkaitan daripada yang tidak berkaitan”

“Wajah mencerminkan perasaan kita yang sebenar, menunjukkan emosi sebenar kita”

“Berbohong ketika bergurau atau dalam keadaan serius perlu dielak kerana semua itu tetap dosa”

“Mata umpama kamera, merakam setiap yang berlaku menzahirkan apa yang tersirat dan mampu menyampaikan hasrat dihati”

“Jika anda tak tahu arah tujuan anda, mungkin anda sudah terlepas apabila sampai disana”

“Kesabaran adalah penyelesaian terbaik untuk setiap masalah”

“kerja adalah ibadah, kerja adalah meditasi apabila ia dilakukan dengan semangat yang betul”

“kebijaksana adalah wap air, kemahsyuran adalah kebetulan, kekayaan boleh terbang, hanya satu yang kekal..peribadi.”

“Jika inginkan sesuatu, berusaha! Jika gagal kita tidak akan terkilan kerana kita sudah berusaha.”

“Kadangkala manusia terlalu takut untuk berdepan dengan realiti hidup, ingatlah walaupun pahit jadilah manusia yang berani”

“Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal dirinya sebelum ia mengawal orang lain”

“Usah beri pujian yang berlebihan atau keterlaluan kerana pujiasn itu sebenarnya mengandungi kepura-puraan dan sifat golongan yang munafik”

POTRET TAK BERBAHASA


Diam.
Membisu.

Dalam aku merenung wajahku.
Tiada yang kulihat pada wajahku
Melainkan potret yang bisu
Dibentuk dan dicipta oleh-Nya

Aku ibarat bayang-bayang
Merasanya didalam hati..
Itulah aku dalam sifat-Mu.

Pada jasadku terikat dan terbatas..
Menerbitkan perasaan dan merasa.
Wahai aku..yang engkau tidak tahu..
Ingin sekali aku membaca yang tak terlihat.
Ingin sekali aku mendengar apa tak terluah.
Jauh aku merangkak pada layar mata
Ingin mengenal didalam yang tidak berbahasa.

Duhai aku..
Engkau sebagai anak.
Engakau sebagai wanita
Engkau sebagai kekasih
Engkau sebagai kawan
Engkau sebagai Hamba..

Kerana diri pasti tahu
Cahaya itu masih ada di sebalik keinsafan.

KERAIAN YANG GAH

Gah memandang langit majlis
Antara silu dan dina.
Sorot mata meliar mencari
Antara wajah yang dikenali.

Dari jauh tersipu si dara
Menjeling uda yang asyik memandang.

Dalam ramai aku semakin hilang.
Antara wujud dan tenggelam.
Aku bersuara didalam hati..

Manusia..
semuanya
Berbeza-beza.
Aku terawangan bila dingin
Yang menerpa menghiris kulit

Ada yang tersenyum
Ada tenang
Ada yang bergemelapan dengan hiasan
Ada yang mendabik dada
Ada yang memandang penuh hasad

Manusia..
Keraian hari ini demi memperingati
Keringat yang kau tumpahkan.

Mataku berlari lari memandang
cuba mencari sesuatu
Tuntas terlahir perlukah aku disini?
Apa erti aku duduk disini?
Sedang mereka bersorak gempita.

Sementara suasana berasyik
Memukau pendengar dan penonton
Bingkas aku bangun mencari udara
Sedari tadi gelisah

Aku layak disini jika
Aku selayaknya untuk ada disini.
Keraian untuk mereka
Biarlah gah menangkat lelah mereka.

Kutinggalkan mahligai indah itu.
Mencari peluang untuk aku berkongsi
Keraian tentang gah yang patut
Aku miliki.

KALBUKU SEBATANG SUNGAI



Kalbuku sebatang sungai dalam diriku.
Arusnya nelayan tua menjaring takwa
Mengalir tenang dalam diriku.

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Hulunya sebuah lubuk menyimpan rahsia
Hilirnya saujana lautan putih terbuka

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Menghirup rimbunan takwa dalam diriku
Melontar longgokan kemungkaran
Ke luar diriku

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Diriku alif dalam diriku.