Friday, March 27, 2009

PELAKON TEATER KANAK2 1st year MENGECEWAKAN!!

PELAKON TEATER KANAK2 1stYear MENGECEWAKAN!!

Aku rasa bukan kumpulan aku ja ada masalah tapi produksi tahun 2 dan 3 yang lain tak kira la produksi apa, aku yakin semua tahun 2 dan 3 tak puas hati dengan masalah displin dan komitmen dorang..aku rasa dorang tak bertanggungjawab langsung!aku bukan orang yang jenis tak pernah consider masalah pelakon, aku faham semua sibuk ikut aktiviti disana sini..sebab tu la aku bagi kelonggaran, setiap kali dorang ada kelas aku tak pernah ganggu..Cuma aku agak terkilan bila dorang free, dorang tak berusaha pun nak buat latihan call atau mesej kami sendiri maklumkan nak buat latihan atau maklumkan tak dapat datang?...Tak kan lah nak mengharap asyik tahun 2 yg mesej tahun 1, kami jugak kena cari tahun 1..kejar korang sana sini..?fikirlah sendiri, dah besar panjang..otak tu guna la untuk berfikir..kalau nak ilmu, datang dan belajar..itu namanya pelajar..

Lagi mengecewakan sikap dorang yang kejap datang kejap tak datang latihan..kadang2 time latihan pun tak buat sungguh2 buat penat ja kami mengajar, kalau mengajar pun tak masuk2 (yg korang dapat PENAT ja sebab tak sungguh2 kami pun penat) dah pula tu, janji datang jam 8 tapi datang lewat 2jam..ada yang langsung tak inform sebab tak dapat datang..kami macam orang bodoh ja menunggu korang..ingat tak penat ka menunggu korang?last minit baru nak bagitau tak dapat datang..dahla buat orang tunggu 3 jam, itu pun kami nak mesej dulu korang baru korang bagitau??MACAM MANA KAMI NAK HORMAT KORANG KALAU KORANG SENDIRI TAK MENGHORMATI SENIOR? Kalau korang tak hormat senior..at least hormatlah orang yang menunggu korang berjam2..tak pun menghormati ‘masa’ tu..daripada masa korang dibiarkan macam tu ja, bek kami mengajar budak tadika atau budak sekolah lain!yang betul2 berminat nak mendapatkan ilmu…Banyak benda lagi boleh buat dalam masa sejam dua yang lewat tu..…

Dorang ingat latihan tu perkara main2 ke? Kalau dah sedar diri tu tak boleh nak berlakon atau menari dengan baik, sebab ilmu tak cukup..sedar2kanlah diri tu dik…itulah gunanya BERLATIH, setiap hari memperbaiki diri. Kalau dah displin teruk..datang pun selalu lewat, kadang2 tak datang langsung..dah la menyusahkan pengarah, menyusahkan kawan2 yang dah tunggu lama…baik tak payah ikut produksi..Jangan marah kalau markah korang dapat nanti tak selayaknya korang patut dapat..(kan TUHAN tu Maha ADIL) dah tak buat dengan betul…macamna nak tolong baiki kelemahan korang?? Laporan yang dicatat oleh setiap pengarah..mencerminkan diri korang. Kalau pengarah buat laporan korang jenis tak berdisplin+bermasalah dan selalu tak datang…terimalah KEBENARAN hakikat!dah korang yang buat macam tu..

Untuk kumpulan aku, dah dua minggu aku tunggu respon pelakon2 produksi aku mencari aku..atau pengarah yang lain dalam kumpulan aku buat latihan..cari masa free..tapi tak sorang pun langsung nak endah..teruknya sikap korang..mentang2la selalu busy dengan komitmen lain..ada assignment…banyakla alasan..(alasan korang tu dah basi!) korang ingat ‘time’ kami latih korang kami tak da MIDTERM? takda ASSIGMENT nak hantar esok?takda KELAS?(nak kah aku ungkit satu2 masalah kami depan korang?tahap busy kami handle 4prgrm dalam satu masa?)korang nak aku cakap macam tu??korang mana pernah nak fikir semua tu..yang korang fikir, Cuma masalah korang ja!komitmen takda langsung….kat dunia ni macam korang ja banyak keja..macam korang ja penat?abis kami tak penat?kami tak da banyak keja?FIKIRLAH sendiri dik….kalau tak dimesej tak dicari?..korang buat aku KECEWA..Aku nak biar, pedulikan je korang ikutkan hati aku..Nasib aku bukan sekejam tu..(sifat tanggungjawab tebal lagi) sebab tu aku marah…sebab nak membantu korang!!korang ni jenis nak kena marah2 dulu..baru korang faham. Sesapa pun tak suka dimarah @ditegur..tapi kalau dah SALAH TU…MENGAKU ja la..ni kami lagi pula kena MINTAK MAAF kat korang..terbalik pula..??Adilkah?tak ada sifat malu nak bertanggungjawab atas kesalahan sendiri..bengangnya nak mengarah korang. Aku rasa tak layak nak mengarah@mgajar orang2 yang tak reti nak menghargai ilmu nie..BUANG MASA. Dalam 2minggu ni aku asyik turun mengarah group lain..(mengubat hati tak dapat buat latihan ngan group sendiri) baik mengarah group lain..berbanding group sendiri!

Aku bukan sesuka hati nak marah, tapi fikirla baik2..kesabaran seseorang tu ada batasnya..Yang nak perform tu korang!bukan kami..yang malu nanti korang juga...tugas dan amanah kami Cuma nak memastikan korang buat YANG TERBAIK atas pentas tu. Audience tengok korang..Pensyarah yang menilai korang..yang dapat nama pun korang..orang tak pandang pun kami kat bawah yang mengajar ni..Kalau lah kami ni jenis berhati batu, buat tak tau ja ngan korang..Xda rasa tanggungjawab da lama dah kami pedulikan korang..Tapi fikirla, aku sedih bila korang tak nak tolong diri korang sendiri. Alasan ja banyak!depan aku pandai buat muka tak malu tak mintak maaf main jalan ja..dah la buat orang tunggu lama, tak datang latihan..(SORI AKU TAK HORMAT ORANG MACAM KORANG!) kalau nak buat aku hormat korang..korang kena belajar tolong hormat diri sendiri dulu..TUJUAN Aku diam ja..Aku harap ada yang TERsedar, kan lebih baik kalau kita sedar kesalahan diri sendiri, dan belajar memperbaiki diri,tak payah tunggu orang lain nak SEDARKAN..tapi, tetap TAK NAMPAK PERUBAHAN??teruk betul!!macam ni ka budak seni?korang buat aku rasa kecewa betul..Tolongla dik..ubahlah..cukupla orang diluar nak mengutuk budak seni ni, selalu ja buat masalah..mulut aku dah penat nak memartabatkan sekolah kita..Jangan lemahkan semangat aku yang nak membantu korang..nak merubah korang menjadi yang lebih baik..Aku tahu korang boleh jadi lebih baik dari apa yang aku lihat sekarang..Cuma nak korang berubah dan TERSEDAR..Jangan buat aku rasa penat..Aku takut aku yang hilang kepercayaan kat korang. Aku risau satu tahap aku Cuma pandang korang ni useless akibat perbuatan korang sendiri..Sebelum benda tu betul2 terjadi…TOLONG UBAH SIKAP!(kalau berubah setakat sehari..esok buat lagik baik tak payah…)

Huuu…aku marah sgt2 sebab nak merubah korang...bukan cari gaduh..kalau aku nak cari gaduh bek aku tampar orang seblah aku, tumbuk ja sesapa lalu depan aku..senang cerita..!tapi kat sini aku nak merubah dan buat korang sedar apa yang korang buat2 tak sedar selama ni! Kalau jumpa aku tak payah buat muka bersalah..aku tak nak tengok muka banggang tu..aku nak perubahan..BUKTIKAN KAT AKU korang boleh buat yang lebih baik dari apa yang aku jangka!

RESITAL GRADUAN TARI hari ketiga


Hebat!itu yang aku boleh katakan..tak sia2 aku turun tgk 3 ari resital graduan tari.Hari ni persembahan buat aku teruja. Psembahan dari dua kumpulan malam ni sangat menarik aku tak boleh komen banyak sebab aku memang berpuas hati dengan persembahan malam ni..

Persembahan pertama adalah persembahan dari AnnaBelle. Dorang buat choreography dengan subjek matter ‘buaya’ dengan tajuk Libas..Menarik dan asli..Semua penari ada character masing2. Part aku suka time part gerakan kaki dan tangan tu..simbolik buaya melibas ekor..First impression aku pelik jugak..lain ja nama tajuk tarian ni, lagi satu aku tak terimagine gerak tari yang camna yang nak dibawa oleh Bell. Tapi bila aku tengok..huuu~tersentuh aku. Ntah la..camna nak explain bagi pendapat aku, mesej yang nak disampaikan oleh persembahan kumpulan ni..sampai. Bijak mengatur dan memainkan character..dan attitude. Bagi aku simple tak serabut..penuh gaya dan maksud. Aku tak tau nak bg pendapat macamna tentang lighting, samada perlu tak dorang guna corak ‘gobo’ atau corak lain..Hijau dah melambangkan warna subjek matter tu..Bagi expert maybe dorang ada cadangan yg lebih membina. So far.Nice!Tahniah buat kumpulan Bell!Congrates buat penari2 Belle production.

Kumpulan kedua dari Abang Musimar.Fuhh~..Memang BERBALOI!!Latar set yang nampak seolah2 Grand!walaupun hanya dua kain putih yang bersilang dan tali putih ditengah pentas...2set box sebagai kelir..props digunakan sebaik2nya oleh kumpulan ni..Cantik!Aku tak berani komen banyak sebab tenaga pakar yang menyumbang cukup kuat, kena lagi penari dari kumpulan Sutra sari..Ada Xifu tolong grooming..woow..kehebatan kumpulan ni bukan biasa2..Semalam abang Mus cakap ngan aku kumpulan dorang biasa2 ja..Tapi terbukti kumpulan dorang BUKAN BIASA2..Penari menggunakan props dengan baik.Dorang explore banyak gerak menggunakan keseluruhan tubuh sebaiknya..Bagi aku kumpulan ni memang hebat.TAPI apa yang kurang ialah bahagian penutupnya..Aduuh..ending penari tak jelas. Tiba2 curtain ditutup..Lepas aku sendiri berjumpa dengan dia sendiri baru aku faham masalahnya..Aku tau mesti abang mus pun kecewa sebab kesilapan kecil tu. Tak apa, apapun TAHNIAH..!persembahan dorang keseluruhan aku bagi thumbs up!!Good job for penari2 Abang Mus.

Lari sikit dari tajuk…hehe..aku nak ceta benda lain plak..Masa didewan tadi, aku ada berjumpa dengan beberapa orang tenaga pengajar yang pernah mengajar aku menari dulu. Encik Ijan dan XIFU..En.ijan pernah mengajar kami masa sem2 tahun1 dulu, kami blajar rampaian Malaysia, Xifu plak pernah mengajar aku nari time cuti tahun lalu, buat show kat muzium masa pmbukaan Exibition brgn exotics, buat show Gana Dance di KDCA..time MASUM,masa sukan tahun lalu acara perasmian dan pnutupan..byk lagi ar..ada juga la ilmu tari aku blajar dari Xifu..

Bagi pendapat aku la..Kenapalah Encik Ijan, XiFu yang talented macam tu tak mengajar Sekolah SENI ar??korang tak heran ka?Bagi aku orang2 mcm dorang kalau bekerjasama memberi tunjuk ajar kat sekolah seni mesti dorang mampu membuatkan sesuatu yang fresh buat Sekolah Seni. Sayang sekali budak2 SPS tidak berpeluang belajar tarian dari 2 tenaga pengajar ni..Sebab bagi aku tenaga pengajar ni sgt berbakat..Bukan aku nak membandingkan atau nak cakap tenaga pengajar di sekolah aku tak berbakat, kalau aku cakap macam tu, aku tak ‘menjadi sesiapa’ atau ada apa2 ilmu tanpa tenaga pengajar aku..(manala tau ada yg membaca TERASA) Cuma aku nak tegaskan disini..kalau kita nak jadi lebih baik, kita kena la mencari ilmu, menambah ilmu dan berguru dengan banyak guru barulah kita serba boleh..Sorila, ini hak aku nak bagi pandangankan..terpulanglah pada individu tu nak terima atau tak..SEBAB INI APA YANG AKU RASA..bukan korang. Aku tak faham kenapa, tapi dari ura2 yang aku dengar ada perselisihan faham antara pihak2 tertentu..menyebabkan pelajar pula menerima tempiasnya...Apapun aku tak ambil kisah sangat apa masalahnya antara dorang Cuma BERHARAP ADA JALAN PENYELESAIAN UNTUK BERDAMAI DEMI KEBAIKAN BERSAMA..Kalau aku bersuara pun tiada tindakan dari mana2 pihak,dan SIFAT keterbukaan saling menerima ‘KELEBIHAN’ masing2..hilangkan hasad dengki,bersaing secara sihat..aku rasa tak akan TIMBUL masalah..

Aku rasa tak salah kita nak belajar tari dari mana2 guru pun, atau mana2 kumpulan…bukan soal setia atau tak setia dengan guru yang sedia ada. Masalahnya ada jiwa2 yang tak memahami pelajar, atau aku boleh cakap “TAKPUAS hati dan DENGKI” bila kita dapat ‘kelebihan’ menerima ilmu dari orang lain. MASALAH dalaman inilah yang susah nak kikis dalam hati manusia.hmm…Aku bagi contohla kalaulah lecture sesama lecture saling bermasam muka, atau lecture student bergaduh..akibatnya?student yang lain TERIMA TEMPIAS…nak bertegur sapa, bertembung muka pun rasa bersalah, sebabnya kami semua kawan dengan yang tu, yang ni lecture kami, yang itu pun pernah mengajar kami….yang sana saling berkawan..tempiasnya kena pada semua, bila tak puas hati hati mulala berbisik benda2 yang berbaur negative bersangka buruk sesama sendiri.

RENUNGAN bersama…Kritik aku bukan nak mengeruhkan keadaan Cuma mengharapkan PERUBAHAN..KITA PERLU UBAH..Ada masa kita kena sedar salah kita..Buang sifat simpan didalam hati (benda tu membusukkan hati kita) Maniskanlah wajah, ikhlaskan hati..Belajar memaafkan, menerima..buang ego, hati akan terasa lapang..kesalahan tu sebenarnya Tuhan nak tunjuk pada kita supaya kita dapat memperbaiki diri..AKU mengharapkan SEKOLAH SENI HIDUP kembali..HIDUPkan keceriaan sekolah SENI..KEGEMILANGAN sekolah kita...’MERIAHKAN RUMAH KITA’..tempat kita berkarya, hormati “tuan rumahnya..ketua keluarganya, ibu bapanya..dan anak2” yang tinggal di sekolah ni..itu matlamat jangka panjang yang perlu sama2 kita perjuangkan bersama. Kita hargai bakat masing2 dan kelebihan orang lain..itu yang penting!!