Tuesday, January 14, 2014

PART OF ME


sometimes i feel lost in my own place.
lonely..

sometimes i can't figure it out..
puzzle

walk with wondering eyes
this road seem long enough

sitting alone 
with all this memory, 
i let it alive...
coz i can't seem find a way to erase it.

take half of my life...
waiting, wanting..

here i go again with broken heart
leaving my memory with empty room
inside my deepest heart.

i found you
as you always keep me holding in your heart
-love-



lets-be-forever-in-our-heart-
if we can't seem to find way back 
home...


love you always,my twilight






CINTA HATI



Banyak orang kata cinta begitu sukar diteka, ia umpama seekor burung yg menari-nari didepan kita, mengepakan sayapnya yang penuh warna, memikat dan menarik hati kita untuk menangkapnya. Saat kita begitu menginginkan rasa cinta, memiliki cinta dalam genggaman, lantas ia terbangun...menjauh.
Namun bila disaat kita tidak mengharapkan pengganti, cinta lain hadir tanpa diundang. Kitapun tidak mampu memaksakan atau menghalang cinta sekehendak hati kita. Memang cinta adalah fenomena hati yang sukar untuk kita mengertikan.
Sebenarnya kita tidak perlu memeras otak terlalu keras untuk mengerti cinta.. semakin keras kita memikirkan cinta, maka semakin lelah pula kita, semakin menjauh dan sepi pula dia. Cinta adalah untuk "dirasakan" bukan dipikirkan. Bila kita merasai cinta itu sebenar-benarnya, ia bakal mencipta istilah rasa "rindu yang maha hebat"..jadi adakah rindu itu cinta? bila digabungkan rindu dan sakit hati, apakah rupanya "sakit seperti itu" jua dinamakan cinta? tidak..yang kita rasa itulah sebenarnya suatu perasaan "rindu maha hebat".. cinta bukan sakit, bukan benci, bukan menyakiti. KETAHUILAHH cinta mengindahkan rasa..sakit itu bahagian disalah erti.
kalau itu yang disalaherti, itu bermakna kita menyakiti cinta/hati kita sendiri. Cinta memberi kehidupan, memberi semangat, membahagiakan.Satu kesaktian rasa yang menyatukan semua umat manusia, menghancurkan kebencian, menyemai kasihsayang..
Cinta itu sebenarnya membelai penikmat penikmat rasa.Membawa kita mengenal kesaktian 'kerasaan' itu sendiri...cinta itu menginginkan, memahukan, memiliki, menikmati, merasai, menyentuh, mendekati..menggilakan dan merasuk rasuk pada setiap deras darah yang mengalir...pada mata, hembusan nafas, rongga, kulit, bibir, jantung..mengakibatkan kita berdebar debar, menyebabkan kita bisa merasa "panas didalam jantung", panas yang menghangatkan, menguja, mengkhayalkan membuai buai..."satu rasa keindahan yang maha kaya". CINTA..
Yakinlah bahawa cinta yg kita inginkan akan datang pada saat yang tepat. Namun bukan bererti kita hanya duduk menanti cinta mengharapkan tanpa meraih tanpa berusaha.Sebarkanlah cinta pada keluarga, sahabat-sahabat kita, dan sesama, dengan memberikan cinta maka kita telah ‘mengundang’ cinta untuk datang, kita hanya perlu membuka hati. Biarkan cinta kita memancar & mempesona...
cinta yang dirasai akan terbang disekeliling kita, untuk akhirnya ia hinggap dan bersemayam dihati pasangan kita selamanya...

Selawat ke atas nabi Muhammad SAW.



Free Blog Content

SALAM MAULIDUR RASUL!




Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


P/S: Thank you ijat aben untuk perkongsian info ini :)