Sunday, March 22, 2009

MALAM ASPRESIASI SENI

Malam Aspresiasi Seni-‘Seni TERBILANG Mahasiswa Gemilang.’

Malam tadi berlangsungnya Aspresiasi Seni di Dewan Resital. Aku dijemput untuk melihat persembahan dan menilai (walaupun ilmu aku rasa2 cam tak cukup nak menilai…hurmm tapi bila diberi kepercayaan oleh Pn.Asmiaty dan kesempatan melihat bagaimana hasil seni dibentangkan dengan “keTERBILANGnya”..benda ni menarik minat aku). Aspresiasi Seni ni sebenarnya subjek PPIB yang diajar oleh Puan Asmiaty..malam ni merupakan malam yang bakal mengumpulkan kesemua pelajar2 dari pelbagai course..yang mengambil subjek ni. Dan malam ni gak mereka akan menginterprestasikan seni dalam pelbagai medium, ada yang buat persembahan dan ada gak yang buat pameran seni. Markah dinilai bergantung pada penilaian ahli penilai yang melihat bagaimana pelajar menonjolkan kesenian melalui hasil seni mereka melalui pameran ataupun seni persembahan.

Malangnya apa yang dipersembahkan malam itu mengecewakan dan kurang momentum pada aku sebagai penonton dan penilai. Maaf..aku bukan sesuka hati nak menilai atau membahaskan apa tu “seni”..Memang seni tu ada pelbagai tapi kena berhati2 perlu ada guide tertentu..cara penyampaian yang betul. Barulah orang yang melihat seni tu tahu mcm mana nak menghargai seni..Seni tu sangat berharga, kalau kita salah menterjemahkannya ia akan menjadi semata-mata HIBURAN….dan orang senang nak perlekehkan seni.

Rata2 persembahan yang dibuat malam tadi sekadar melepaskan batuk ditangga..(ketepikan sekejap soal protokol, tenaga teknikal, barisa ajk pengurusan yang bertungkus lumus menjayakan majlis sebab aku tahu mereka sangat berusaha..)sebaliknya fokus pada persembahan yang mengangkat tema malam itu“SENI TERBILANG MAHASISWA GEMILANG.”

Dibawah ni merupakan senarai persembahan yang buat oleh pelajar pada malam tu.

1. Lakonan Sketman..aku kurang faham pembawaan lakonan yang dibawa oleh kumpulan ni..Konsep apa yang cuba diketengahkan?kalau sekadar ingin mendapatkan gelak ketawa penonton(mungkin mereka berjaya) tetapi pengisian cerita lakonan ini tak jelas..apa aspresiasi yang cuba ditonjolkan..kalaulah mereka nak bawak unsur humor dan lawak slapstick, sepatutnya mereka harus bermain dengan lebih serius(wlaupun lawak tapi menyampaikan maksud@ pengajaran..bukan sekadar hiburan semata) Dr.Zainal pensyarah seni yang mengajar teater kat SPS pernah cakap..”kalau nak bermain..main betul-betul” maksud kata2 dia sangat mendalam..kalau nak berlakon, bermain dgn watak itu bersunguh2.Baru maksudnya tercapai.

2. Mix dance- yang ni lagi satu..penari dah cukup baik..tarian dah ok, kostum dah elok..tapi yang kurang adalah dari penari tu snd..Energy setiap gerak perlu dibuat dengan bersungguh2, bukannya sekadar menari menunjukkan lenggok tubuh..Aku pernah belajar basic tarian..nak menari perlukan keseragaman dan kerjasama semua penari.Yang indah tentang seni tari tu bila semua penari tahu menghargainya, caranya?dgn bersungguh2 membawa tarian itu bersama2. Bukan syok sendiri nak menunjukkan dirinya pandai menari berbanding yang lain. Nak menari mudah. Tapi nak menyatupadukan semua kombinasi gerak tari dengan adanya ‘kepercayaan’ sesama ahli sangat sukar. Aku kecewa bila kumpulan ni hanya (hafal tarian) tapi tak bersungguh dengan tarian tu, pada aku mereka boleh buat lebih baik dari yang mereka psembahkan mlm tadi.Aku terus tertanya2 mana unsur kesenian yang mereka cuba tonjolkan? Kalau kepelbagaian kaum..kenapa aku rasa tarian tadi tak menonjolkan ciri2 kebudayaan?

3. Tarian Kebangkitan Malam-aku perasan ada beberapa budak seni yang menari dalam kumpulan tarian ni..patutlah ada unsur spectacular yang sangat baik pada aku..Walaupun aku rasa tarian kontemporari ni “tak asli” sebab dicedok dari satu idea ke satu idea menjadi satu gerak tari, tapi koreografi tarian ini dapat mengabungkan satu persembahan yang sgt menarik..Yang mencacatkan persembahan ni bila tarian ni dimasukkan dengan seorang pelakon yang mabuk(mesej penceritaan aku faham..gadis sosial yg selalu mabuk akhirnya insaf setelah mendapat mimpi ngeri.Persembahan-jalan cerita disampaikan dgn gerak tari)..penghayatan pelakon kurang. Observisasi terhadap orang mabuk perlu dilakukan lagi…walaupun nampak mudah dan watak kecil tapi risikonya mencacatkan psembahan sgt besar. Lagi satu aku kurang setuju bila ada ayat2 suci al-quran dimasukkan bagi menyedarkan gadis tu..Kalau sekadar slide mungkin ok..tapi ntah la ada yang pelik disitu bila ditambah bacaan al-quran selepas menari kontem’..Seolah2 ada yang tak ngam..itu yang boleh aku gambarkan…

4. Lakonan Nighthunter-Aku kenal sorang budak dari kumpulan ni. Aku rasa sangat bagus bila sseorg tu dapat menghasilkan karyanya sendiri kemudian dipentaskan. Namun malangnya pemilihan pelakon2 sgt mengecewakan..Mechanical acting, vocal lemah..dialog bercelaru..bloking tak dijaga, level antara pelakon..hurmm ada byk kecacatan sampaikan aku keliru mana satu nak tgk..sebab byk yg berckp.Aku terkilan sebab setahu aku budak yg aku kenal dalam kumpulan ni biasa berlakon. Maaf..mgkin atas factor berada dlm kmpln lemah menyebabkan dia turut sama lemah?atau mungkin..ntah lah..set sebagai latar pun ala kadar.benda2 yg boleh diguna pakai di dewan itulah yg jadi set..nampak sgt mereka tak bersedia dan tak bersungguh2 menjayakan karya mereka yg bertajuk “TANAH..” Sekali lagi aku mencari..mana unsur kesenian yg cuba mereka tampilkan?

5. Fantasia tradisional dance.-Arrgh..nama pun dah tradisional dance..tapi kostum moden bukannya tradisional??apa kes?disini aku menilai mereka tak faham konsep..Gerak tari nampak seragam tapi kurang menyerlah.Sebabnya?aku nak bgtau..internal explain external..Apa yg ada didalam akan ditunjukkan mlalui luaran. Nmpak sgt penari ni tak nak menari..sekadar mendapatkan markah ja..Buat kumpulan,buat persembahan..Nak menari kena ada hati..walaupun tak suka, hargailah tarian tu..khazanah tu ..Sebab penilai menilai mcmna cara pelajar menghargai kesenian tu. Lagi satu .. pakaian tu mencacatkan persembahan….tak kena dengan tarian….

6. Nasyis Al-iman-Kumpulan ni dah kuat dari segi vocal...cumanya aku tak paham..bila adanya 4perempuan betudung kat tepi..Kalau dorang jadi korus kan lebih baik?lagi cacat bila suara penyanyi perwmpuan yang turut sama menyanyi tu..vokal lelaki dah mantap,tetiba dia menyanyi aiiish..lari pitching…nak nyanyi?nyanyi lah betul2..variasikan lagi nyanyian ikut rangkap..mungkin lelaki nyanyi rangkap 1,pempuan nyanyi rangkap 2..selang seli..tak la jugak nampak 4pempuan tu mcm penggerak yg hanya terhuyung haying kiri kanan,dah la vocal tak jelas…tak da sebab mereka perlu ikut bersama.Cuba bawa alat muzik,mungkin menyerlah sikit kumpulan ni..gerak tangan penyanyi pun tak seragam..walaupun suara bagus,tapi keseragaman tiada…persembahan tetap menghampakan….

7. Akustik-kumpulan ni cam tiada variasi..sempoi sangat.Tiada yang menarik,kalau hanya men gitar,piano..dan nyanyi..terlalu “biasa”..Aku boleh katakan mereka masih tak dapat menarik perhatian aku untuk rasa teruja….begitu juga kumpuln yg lain..

8. Lakonan Rock or Batu-lawak slapstick yang berpanjangan..adegan lucu yang melebih2,serabut,dialog kacau dan tak teratur..bloking pelakon, estetika seni lakon tak teratur..tak menyampaikan mesej cerita..semata2 mengundang ketawa dari penonton tak memberi aku apa2 pengisian…Lakonan menghiburkan , ada masa aku ketawa tapi sebab ‘unsur lucu yang tak dirancang’... Kumpulan ni patut dipuji sebab kesungguhan kumpulan ni nak mempamerkan setiap watak yang berbeza bila berlakon.(untuk capai tahap aku..masih jauh) kostum pun kira kreatif…Cuma mengecewakan aku unsur humor..lawak slapstick..berpanjangan seolah2 seni yg mereka bawa itu hanya untuk menghibur dan memancing gelak ketawa penonton sehingga mereka lupa..pengisian sebenar cerita..

9. Maintain girl- Banyak2 kumpulan..haiiishh..kumpulan ni paling lemah..Aku tak dengar langsung vocal pelakon. Seolah2 mereka bercakap sendiri.Walaupun dewan recital tu dewan akustik boleh mengemakan suara pelakon..tapi, lontaran vocal yg jelas tu perlu..Pelakon ikut sukahati berdialog(malangnya dialog pun tak dengar langsung) Lagi satu masalah pelakon, yang paling aku tak suka bila pelakon membelakangi penonton bila bercakap…dah la tak jelas, tambah tak dengar terus satu apa pun dorang cakap..kostum dah ok..tapi kostum tu mberi mskh bila mereka dok menari plak..hmmm…lemah..itu ja yang boleh aku komen.

10. Tarian Nyanyian-Aku penat sangat tunggu mana satu kumpulan yang boleh bagi aku teruja..rasa bersemangat tengok hasil karya dorang-sepadan dgn tema SENI TERBILANG…tapi smua seni yg dorang tampilkan cam hilang ja…kumpulan ni..sangat sempoi..terlalu mudah.Menyanyi dengan men gitar,..merapu sekejap.pastu abis mcm tu ja..huuu kecewanya aku…mana SENI yg baik dari mereka yang nak aku nilai berbaloi dengan psembahan ni??

11. LiveBand-kumpulan ni ada budak seni..majoriti la..Agak biasa sebab hanya menyanyi, tapi dengan vocal yg sangat baik muzik yang bertenaga, sebab penyanyi2 yg menyanyi tu budak muzik..jadi dorang dapat buat aku relaks skit dari tension tgk persembahan yg lain..agak mengecewakan penari backup kat belakang tak seragam langsung….Sekali lagi aku terasa letih..kalau boleh nak keluar dewan…huuu

12. Drama tari-Aku rasa kumpulan nie ada kesungguhan buat hasil karya mereka..sebabnya?semua tu dibuktikan dengan persembahan yang kira agak molek..Kostum match..ada narrator yg bercerita..hmm..kalau dari segi pelakon tu..dah tentula vocal. Aku tak dengar apa yg dorang cakap kat atas pentas tu,tapi nasib dapat diselamatkan dgn tarian…

Aku rasa tak ada salahnya membuat persembahan dan pameran..Kita sama2 belajar berkarya..disinilah ‘hasil seni kita’ dinilai, disinilah tahap kemampuan diri kita yang sebenar. Apa yang boleh aku lahirkan selepas melihat persembahan malam tadi (yg bagi aku sebagai kemuncak malam aspresiasi) agak mendukacitakan dan mengecewakan…..semuanya tak mencapai tahap @ mutu. Atau lebih tepat lagi tak setara dengan tema itu sendiri...Persembahan malam tadi tidak menunjukkan kesungguhan pelajar membawa setiap watak, tari atau..berlakon dengan penuh penghayatan.Aku agak kecewa bagaimana mereka menginterprestasikan seni tu sendiri..Seolah2 mereka hanya melepaskan tanggungjawab mereka.”Asalkan aku buat persembahan cukuplah..”Sebenarnya aku cuba mencari apakah pengisian malam aspresiasi ni? Aku cuba memahami kesungguhan setiap individu yang sedaya upaya menarik perhatian penonton. Malang sekali ternyata hambar(pada kapasiti aku sebagai penonton dan penilai). Puan Asmiaty , pensyarah seni yang turut menilai ternyata sangat kecewa..masing2 boring….kalau dorang dah rasa cam tuh ni kan lagi aku…?

Aku cuba menilai dengan pengalaman dan ilmu seni yang aku pelajari di sekolah aku..kalau lah aku dapat turun dari tempat aku duduk tu..PAUSE sekejap..aku ajar semua pelajar..tentang ilmu pentas yang aku pelajari,ilmu lighting yang aku tahu..seni tari..persembahan..satu persatu..kan bagus??Aku agak tersekat bila hanya menjadi penilai..bagi aku aku tak dapat membantu mereka mengubah tahap mereka menjadi yang baik..kepada yang lebih baik. Aku faham bukan senang nak mempersembahkan seni lakonan, tarian, nyanyian…Cuma sedikit renungan penat lelah datang latihan..tak berbaloi kalau apa yg kita buat tu tak bersungguh2.Yang dapat hanya PENAT.

8 comments:

  1. aku sangat2 setuju pasal tu...
    PENAT...
    jangan interpretasi seni mcm tu...
    n aku xstuju pendapat ko sal nasyid tu...
    bagi aku vokal dorg xbrapa kuat...
    n ak rasa kecewa sbb ak kn pminat nasyid...
    n prnh mnyanyi nasyid dlu...
    ak bass...

    ReplyDelete
  2. Vokal lelaki ok apa?tapi ada masalah audio noq..tu la Xclear..sora tenggelam timbul.Lgi hancus bila ustajah tu turut sama nyanyi..adoii..rosak lagu~

    ReplyDelete
  3. Salam yoyo..hak hak hak. Dan kitapun berbicara, budak2 tu tak ikhlas menari..
    Lantas aku mencari PE, PE; mencanak-canak marahnya. Kecewa. Persembahan budak pengakap lebih baik. Masa tidak cukup. Aku? Mahu sahaja ke pentas, menampar yang buat persembahan bengong.

    ReplyDelete
  4. wsalam chooop~heehe..ya kan ko dok seblah aku jadik juri ahahaha..bukan kita kutuk bebudak tu nari ka?ahahaha..

    Dorang Xpaham apa dorang wat sbnrnya..PELAKON @ PMAIN PERLU MENDEKATI PGERTIAN ‘SANDIWARA’ DAN LAKONAN, baru leh pform ngan baik dan layak dapat respon yg baik dr pnonton..

    KEMANA? DIMANA…NILAI SENI LAKON DAN TARI..harus 'dpertggjwbkan' bila manusia yg membabitkan diri didalamnya Xmgenal ASAS SENI LAKON DAN TARI dari sudut FALSAFAH.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. nobodyS perfect..


    Malangnya apa yang dipersembahkan malam itu mengecewakan dan kurang momentum pada aku sebagai penonton dan penilai. Maaf..aku bukan sesuka hati nak menilai atau membahaskan apa tu “seni”..Memang seni tu ada pelbagai tapi kena berhati2 perlu ada guide tertentu..cara penyampaian yang betul. Barulah orang yang melihat seni tu tahu mcm mana nak menghargai seni..Seni tu sangat berharga, kalau kita salah menterjemahkannya ia akan menjadi semata-mata HIBURAN….dan orang senang nak perlekehkan seni.

    Rata2 persembahan yang dibuat malam tadi sekadar melepaskan batuk ditangga..

    Sebagai penonton awam yang datang pada malam tersebut saya rasa pandangan anda kelihatan berat sebelah dan menghukum kesemua pelajar yang telah membuat persembahan pada malam itu. Sebagai seorang penonton awam yang jahil tentang asas seni persembahan, saya merasa cukup terhibur dan menghargai apa yang dipersembahkan pada malam itu. Walaupun terdapat kelemahan dalam persembahan mereka namun sebagai manusia biasa kita insaf dan sedar bahawa tiada yang cocok dan sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Lainlah kalau kita ni separuh malaikat! Bagi saya, seni itu indah dan keindahan itu subjektif. Ada lelaki yang bergaya seperti wanita dan ada wanita tomboi yang menyukai gaya kehidupan yang sedemikian. Tidak semua penonton kecewa dengan persembahan malam tersebut, malah mungkin lebih ramai lagi yang terhibur dengan apa yang disajikan pada malam tersebut kerana mereka menikmati dan mengHARGAI usaha yang dilakukan dalam mementaskan sesuatu. KECEWA..?? Bagi saya, anda tidak layak untuk berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan persembahan pada malam itu kerana anda masuk ke dalam dewan tersebut dan menyaksikan persembahan tanpa membayar sesen pun…lainlah ceritanya jika anda membayar tiket untuk masuk. Saya rasalah persembahan malam apresiasi seni tersebut harus diberi sekalung emas pujian kerana, pertama sekali mereka yang telah membuat persembahan pada malam itu adalah terdiri daripada pelajar yang tidak mengerti apa-apa pun teori, falsafah atau praktikal seni sebagaimana yang pengkritik Gaban Voice yang dimandi bungakan dengan curahan air teori-teori seni yang telah menjadikan anda seorang yang terhebat di alam Borneo ini. Kedua, pada saya mereka seharusnya diberi pujian dan ucapan tahniah atas usaha mereka yang cuba untuk menghasilkan sesuatu karya seni tidak kiralah lakonan, tarian, mahupun nyanyian. Bukan mudah untuk kita melihat persembahan daripada pelajar yang tidak terdedah dengan seni membuat persembahan yang dihasilkan atas idea dan usaha mereka sendiri. Sebagai seorang yang berPENGETAHUAN tentang seni bukankah anda sepatutnya mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha mereka itu…???


    “ Aspresiasi Seni ni sebenarnya subjek PPIB yang diajar oleh Puan Asmiaty..malam ni merupakan malam yang bakal mengumpulkan kesemua pelajar2 dari pelbagai course..yang mengambil subjek ni. Dan malam ni gak mereka akan menginterprestasikan seni dalam pelbagai medium,..”

    Perkataan aspresiasi yang anda tulis sebenarnya bukan aspresiasi tetapi adalah APRESIASI. Mengkritik pun mengkritik juga, tapi perkataan tu mestilah betul. Hmm..cakap pasal menginterpretasikan seni mcm yang pengkritik tulis, rasanya perkataan itu tidak sesuai digunakan kerana interpretasi bermaksud pengiktirafan jadi ia memang berbeza dengan apresiasi. Apresiasi itu adalah menghargai atau menikmati..dan, sebagai penonton atau kononnya penilai bukankah malam tersebut kita harus menghargai setiap persembahan yang telah dipentaskan. Pemikiran yang terbuka dan positif pada saya adalah amat perlu dalam menilai seni. Sikap merendah-rendahkan dan memperlekeh sesuatu hasil persembahan orang lain rasanya bukan tindakan yang boleh menjulang seni tetapi sebaliknya boleh membuat masyarakat semakin berpandangan negatif terhadap seni. Tidak hairanlah ramai pelajar yang memandang rendah pada pelajar seni..!!

    ReplyDelete
  8. Aduh..rilek teman-teman, baru diajak berfikir sedikit serius dah nak gaduh!

    Blog aku tempat aku..so kena la hormat tempat aku keh,apapun pndgan @komen korang mgenai respon aku(memang dah tentu ada pro/kontra)..aku ucapkan trima kasih coz bg respon..aku buat bdasaran penilaian aku & cetusan rasa org kiri kanan aku yg turut sama mlihat dn menilai..Mungkin kata2 aku agak kasar..so, aku minta maaf,kalau knyataan aku terlalu berat sebelah@myinggng pihak2 yg buat psembahan..

    Aku teringat kata2 pensyarh aku..."jangan samakan budak seni ngn ppib..sbb drg tak ambil kos seni..aku tak leh mengkritik org bkn seni sebab dorang tak tau basic seni..dan tak terdedah dgn persembahan" aku paham kata2 dia..tapi aku melihat..kadang2 org bukan seni pun kalau berkarya@buat seni persembahan jauh lebih baik mutunya berbanding org seni(sebab minat mereka dan keinginan nak blajar tntg kesenian-tak kira muzik,lakon,tari)So, agak terkebelakang la kalau kata mrka tak tak tau seni persembahan?sbb setahu aku ..kan ke plajar2 kita terdedah seni persembahan setiap hari(hidangan kat TV/internet/program2 ksenian/pesta kbudayaan)secara meluas.Apa yg mereka kurang mgkin pdedahan bgmana cara penyampaian yg betul.Yg tak blajar tentang seni persembahan akan menganggap apa shj karya mereka hasilkan tuh betul..(sekurang2nya mereka berusaha menghasilkan karya sendiri dan idea-pndapat mereka)Bg mrk apa yg mereka persembahkan tu la seni..TAPI bg yg mengambil kos seni/belajar (baik dlm proses pmbljrn @ dah berpengalaman)..mesti tahu apa teknik2 yg betul dlm seni psembahan tuh.cthnya..seni psmbahan lakon/nyanyian@tarian..Bila (sekurang2nya) korang tahu apa teknik yg betul..dah semestinya korang akan mempraktikkan apa yg korang belajar tu kan?Korang sendiri akan tahu org tu buat silap ke@tak...masa tuh la korang akan terpanggil untuk bersuara@membetulkan mana yg silap tu..begitu jugak la situasi aku.

    ..Erk,sori ada yg bkata..SEPATUTNYA aku ucap tahniah?PEMBETULAN, UNTUK PENGETAHUAN aku ada ucap tahniah.. setahu aku, aku ada bterima kasih dgn ajk protokol sebab mjemput aku, even penilai..cuma mgkin tak bkesempatan nak bjumpa satu2 plajar yg buat psembahan mlm tu say congrates.(Maklumla dah lewat semua bgegas nak balik).Silapnya?Cuma aku tak tulis 'tahniah' kat sini kn..HARAP TAK TIMBUL SALAH FAHAM.Apapun usaha korang pada malam tuh..memang sepatutnya dihargai.

    UTK-L; Bagi aku kat situ la silapnya..bila korang prctise sehari sbelum psembahan..kan dah tak mantap persembahan tuh?LAGI SATU kalau nak tulis benda najis2 bek ko tulis kat blog ko sendiri la..sini bukan tmpatnya.Tolonglah jaga sikit kata2.KALAU AKU GUNA AYAT KESAT KO SENDIRI marah kan(2 aku baru kritik,ko da angin)..so,renung diri..paham2..Apapun trimaseh byk sebab mberi kritkn/komen.Apa korang komen aku baca aku amik sebagai renungan bersama.

    Terima kasih buat sang pkomen "nobodysperfect" ada sedikit keterangan anda tentang ayat aku 'aspresiasi-apresiasi' kena dibetulkan.Aku akui kesilapan tue..Huu tak perasaan plak.Anyway Trimaseh k.Tindakan mbetulkan mana2 yg patut tu, aku terima ngn terbuka.

    Myentuh tentang apresiasi yg aku kritik..sastera itu kan pengembangan rasa, intuitif, kepekaan, dalam keindahan berfikir lalu dilahirkan dalam bentuk bahasa tulis@psembahan@pameran supaya para penikmat(khususnya seni persembahan) lebih apresiasif pada karya-karya yang ada!

    Bagi aku,blog@taman aku ni..kita kena saling mengisi, ada dialektika yang dinamis antara si Pencipta dan si Penikmat! Antara si Penanya dan si Penjawab, antara kreator dan kritikus!Hmm..Bukankah semua jawapan, kritikan, nasihat, pujian, arahan adalah bentuk-bentuk apresiasi?

    Bukankah ini jugak forum terbuka? Forum dimana semua orang boleh berpendapat, berusul, berkritik, saling bernasihat, berargumentasi sepanjang ia tidak menyalahi(melangkahi)sesiapa..

    Berkenaan kata2 "Sikap merendah-rendahkan dan memperlekeh sesuatu hasil persembahan"-aku tak bermaksud mcm tuh.Cuba selidik balik kata2 aku..Kalau nak TAHU panel penilai,psyarah snd lagik pedas mengkritik tentang psembahan dorang mlm tuh..penilai2 tue siap suruh korang berhenti buat persembahan lagi tuh!sygnya kata2 mereka aku tak rakam, yg aku heran tak plak penilai2 tuh kritik depan2 bebudak yg buat psembahan mlm 2,maklumlah..mgkin nak mjaga hati katakan..Aku tak tuju pada memana penilailah..(dorang fhm sndri..)

    Silapnya kat sini aku tak cakap depan korang..sebab aku tau korang bukannya jenis nak menerima kritikan..kn?So dari bersuara didepan,jumpa sesatu..bek aku menulis ja..Hmm,lagik satu rasanya bukan blog aku ja kritik psembahan mlm tuh,rasanya blog yg lain pun ada kritik jugak kn??so..napa nak angin..rilek la,aku paham gak tak semua bleh trima teguran ni.(so,nak trima..just give n take..memana part yg bleh diperbaiki..kalau rasa tak leh trima abaikan jer..)

    Bagi aku setiap org ada cara sndri nak kritik..Soal bentuk apresiasi, cara apresiasi,tergantung pada latar belakang sang apresiator! Aku cuma dtg sekadar melihat ..aku rasa nak komen aku komen..thats my job..(bukan kononnya penilai yee..tapi dah memang pun)

    Jadi bagaimana nak meluah rasa tentang prasan korang?
    Ya seperti yang terjadi selama ini di blog2 sering perkatakan..Apa yang teman-teman pahami soal itu,....ya nak cakap, ya silakan!
    Apresiasi itu timbal balik! Antara penanya dan penjawab, pemohon dan pemberi..Bila korang memberi persembahan,aku yg menerima..dan melihat aku menilai la.Mcm yg aku cakap mgkin tak semua akn trima apa yg aku ckp..so,terpulanglah.Yg sedar kelemahan diri,akan ambik mana yg jernih..yg rasa dirinya dah cukup baik,menganggap subjek tuh sebagai batu loncatan@tiket sekadar nak memenuhi kos korang..atas alasan korang tak da asas seni(aku quote kata2 nobodysperfect)"tidak mengerti apa-apa pun teori, falsafah atau praktikal seni"..jangan guna alasan tuh sebagai jalan mudah nak menolak kritikan aku..KORANG kan BELAJAR subjek tuh..tentulah tau mcmna nak apresiasikannya?kalau tak sia2 la pnsyrah korang,penat lelah mgajar korang selama ni...kalau tak bijak nak mengapresiasikan benda tuh...kn?walaupun teori..nak mempraktikkan benda tuh kena la mintak pensyrah korang tunjukkan..?barula korang dapat memanfaatkan apa yg beliau ajar.(kalau nak tny skg pun msti korang ckp da agak terlewat..tapi kalau nak blajar..dah tentu akan mencari cara bagaimana nak mnjadi lebih baik)

    Kat sini pun..kami diajar teori..bezanya,utk memahamkan lagik,kami kena la buat praktikalnya..

    UTK-wan; maafkan kawan aku..mgkin cara dia bermain agak sinis..kata2 dia sekadar melepaskan rasa.itu saja,tak la dia sampai nak btul2 slap kn?andai kata ko terguris sebab hati ko sgt mudah terusik..hmm..Aku mohon maaf bg pihak dia.

    Aku akui,memang silap aku sebab menilai dan nak korang mpersembahkan kesenian tu ikut penilaian seni yang aku pelajari.Tapi kalau bukan aku yg mgkritik,secara jujur...korang tak kan tahu apa kelemahan korang...kalau tak dengar kritikan mcm mana kita nak maju depan??yg korang hanya dengar "apa yg korang nak dgr" iaitu "pujian semata2"..Manusia memang cam tuh,bila kita persoalkan tentang kelemahan..tak semua yg nak mgaku..ramai yg melenting kerana kelemahan mereka dipertikai.Apapun aku berharap,kita sama2 saling belajar dan memberi teguran untuk mperbaiki diri.

    Terima kasih kerana komen2 korang.

    ReplyDelete