Saturday, April 11, 2009

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-22




Festival filem malaysia ke persada dunia,UMS Kota Kinabalu, 5-8 OGOG ini....


PENGENALAN KEPADA FFM:
FFM (Festival Filem Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival tahun ini merupakan yang ke 22 dalam siri FFM. Buat julung kalinya, Festival Filem Malaysia akan bertandang ke Negeri Di bawah Bayu Kota Kinabalu, Sabah yang telah bersetuju menjadi tuan rumah bagi acara pengiktirafan industri filem yang berprestij ini.
Festival ini bertujuan meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mensasarkan kerjaya dalam bidang perfileman sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau KARYAWAN MUDA yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.




OBJEKTIF?
Objektif FFM-22 adalah untuk meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta menggalakkan penghasilan karya filem yang bermutu dan diterima di peringkat global. Menyebarluaskan Program Merakyatkan Filem (PMF) dalam menyemai sikap MENCINTAI FILEM TEMPATAN di kalangan masyarakat.


TEMA?


Tema FFM-22 2009 ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA”. Tema ini berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.


LOGO?
Logo Festival Filem Malaysia sedia ada dikekalkan dalam siri penganjuran festival bermula sejak Festival Filem Malaysia Ke-17 Kuala Lumpur 2004. Ia merupakan sebahagian usaha penjenamaan Festival Filem Malaysia sebagai medan pengiktirafan karyawan filem yang paling unggul dan berprestij.



Ia diilhamkan dari pergerakan obor yang menyala, simbolik kepada semangat juang karyawan filem tempatan untuk menghasilkan produk yang berkualiti, dinamik dan menarik perhatian penonton dalam dan luar negara.



Dua lingkaran filem yang membentuk obor adalah perlambangan hubungan erat dan kerjasama padu di antara penglibat industri. Terdapat kilauan cahaya bergemerlapan di lingkaran berkenaan yang memperlihatkan komitmen dan iltizam yang tinggi untuk memartabatkan industri perfileman Malaysia.

ANJURAN BERSAMA:
-Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
-Persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia.
-Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia(GAFIM)



SOKONGAN:
-Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
-Kerajaan Negeri Sabah.



LOKASI PENGANUGERAHAN RASMI:
-Universiti Malaysia Sabah-


Hakcipta Terpelihara © 2007 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

No comments:

Post a Comment