Saturday, April 11, 2009

PENYERTAAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)


Terdapat 5 kategori penyertaan (Filem Cereka, Filem Digital, Filem Pendek, Dokumentari dan Animasi) dan 3 jenis borang yang boleh dimuat turun untuk penyertaan FFM22-2009 iaitu:
Filem Cereka
Syarat-syarat Penyertaan Filem Cereka
Filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia untuk tayangan pawagam dalam format 35mm dan tempoh masa tidak kurang daripada 80 minit.
Filem-filem yang diterbitkan pada tahun 2008/2009 dan telah mendapat kelulusan penapisan Lembaga Penapis Filem (LPFM) sebelum atau pada 30 Jun 2009.
Filem-filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia sebelum ini.
Pengeluar Filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS, melainkan mereka yang dikecualikan di bawah seksyen 34A Akta FINAS 1981 (salinan fotokopi lesen berkenaan hendaklah disertakan). Bagi syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperolehi, pemohon boleh berikan nombor rujukan fail FINAS yang berkenaan.
Pengeluar filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan (satu borang untuk satu judul filem).
Borang Penyertaan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan:
1 salinan Lesen FINAS
1 salinan Sijil LPFM
1 salinan filem (35mm)
2 salinan filem di dalam bentuk DVD
2 trailer dalam format Beta SP atau Beta Digital
1 sinopsis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
1 senarai Nota Produksi (Production Note)
10 poster (9 hardcopy & 1 softcopy dlm format jpeg atau bmp)
1 set ‘still photo’ dalam bentuk jpeg atau bmp (softcopy)
1 lagu tema dalam format CD hendaklah disertai dengan liriknya.
Semua calon-calon mestilah warganegara Malaysia dan mestilah menjadi ahli persatuan-persatuan yang diiktiraf. (Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA).
Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai syarat pertandingan yang dinyatakan dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Semua Pengeluar Filem yang menyertai FFM22-2009 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma, sepanjang FFM22-2009 berlangsung. Bagi filem yang mengambil bahagian tetapi belum ada lagi tayangan umum, terpulang kepada penerbit untuk membenarkan filem tersebut ditayang semasa FFM ini.
Tarikh akhir bagi menerimaan semua penyertaan pertandingan filem FFM22-2009 ialah pada 6 Julai 2009.
Semua filem yang menyertai pertandingan digalakkan mempunyai sarikata dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
Muat turun borang penyertaan Filem Cereka.
Filem Digital
Syarat-syarat Penyertaan Filem Digital
Filem digital tempatan yang dikeluarkan di Malaysia untuk tayangan pawagam dalam format Digital dan tempoh masa tidak kurang daripada 80 minit.
Filem-filem yang diterbitkan pada tahun 2008/2009 dan telah mendapat kelulusan penapisan Lembaga Penapis Filem (LPFM) sebelum atau pada 30 Jun 2009.
Filem-filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia sebelum ini.
Pengeluar Filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS, melainkan mereka yang dikecualikan di bawah seksyen 34A Akta FINAS 1981 (salinan fotokopi lesen berkenaan hendaklah disertakan). Bagi syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperolehi, pemohon boleh berikan nombor rujukan fail FINAS yang berkenaan.
Pengeluar filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan (satu borang untuk satu judul filem).
Borang Penyertaan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan:
1 salinan Lesen FINAS
1 salinan Sijil LPFM
1 salinan filem format Beta SP atau Beta Digital
2 salinan filem dalam format DVD
2 trailer dalam format Beta SP atau Beta Digital
1 sinopsis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
1 senarai Nota Produksi (Production Note)
10 poster (9 hardcopy & 1 softcopy dlm format jpeg atau bmp)
1 set ‘still photo’ dalam bentuk jpeg atau bmp (softcopy)
1 lagu tema dalam format CD berserta lirik.
Semua penyertaan mestilah menjadi ahli persatuan-persatuan yang diiktiraf. (Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA).
Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai syarat pertandingan yang dinyatakan dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Semua Pengeluar Filem yang menyertai FFM22-2009 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma, sepanjang FFM22-2009 berlangsung. Bagi filem yang mengambil bahagian tetapi belum ada lagi tayangan umum, terpulang kepada penerbit untuk membenarkan filem tersebut ditayang semasa FFM ini.
Tarikh akhir bagi menerimaan semua penyertaan pertandingan filem FFM22-2009 ialah pada 6 Julai 2009.
Semua filem yang menyertai pertandingan digalakkan mempunyai sarikata dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
Muat turun borang penyertaan Filem Digital.
Filem Pendek / Dokumentari / Animasi
Syarat-syarat Penyertaan Filem Pendek / Dokumentari / Animasi
Bagi kategori Filem Pendek, Filem Dokumentari dan Filem animasi boleh diterima dalam format VCD atau DVD dengan durasi tidak melebihi 60 minit.
Hanya filem-filem yang diterbitkan pada tahun 2008/2009 sahaja layak menyertai pertandingan.
Filem-filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia.
Pengeluar filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan. (satu borang untuk satu judul filem).
Borang penyertaan perlu lengkap diisi dan hendaklah disertakan seperti berikut:-
2 salinan filem dalam format VCD atau DVD
1 sinopsis (hardcopy & softcopy)
3 poster (3 hardcopy & 1 softcopy dlm format jpeg atau bmp)
Still photo dalam format jpeg atau bmp (softcopy)
Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai Syarat Pertandingan yang dinyatakan.
Semua Pengeluar Filem yang menyertai FFM-22 2009 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma, sepanjang FFM-22 2009 berlangsung.
Tarikh akhir bagi penerimaan semua penyertaan pertandingan filem FFM22-2009 ialah pada 6 Julai 2009.
Muat turun borang penyertaan Filem Pendek, Dokumentari & Animasi.

No comments:

Post a Comment