Wednesday, July 29, 2009

SINOGRAFI TEATER ??

Soalan aku : Apa tu Sinografi teater??

Jawapannya : sinografi merupakan terminologi yang digunakan mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susunatur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut..

Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidah cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makan sesebuah persembahan.

Demikian lah keja aku meng’copy ayat internet...huhu...sebenarnya aku tgh cari manalah buku rujukan tentang sinografi ni..pening otak aku..kat internet bahan research tak mencukupi untuk aku memahami maksud sedalam2nya apa tue sinografi??

(erk..maksud aku bhn kat internet tak sekukuh kata2 seorang tokoh kan..kan..at least ader la rujukan tapi tak jumpe arr) sekarang aku dalam proses mencari2..huhu mungkin ade kat library aku je tak jumpe..mustahil takde kan..hissh..tensioonnye..huhuhu kuat2 kuat...dalam keadaan lemah longlai demam mencanak-canak ni kena kuat melawan virus!huhu tak bleh malas2..

Apepun, kalau korang ada info tentang sinografi aku alu2kan ilmu korang..
p/s : Untuk kengkawan aku..korang..uhuhu tolong ar aku...meh la share buku rujukan tentang sinografi.

No comments:

Post a Comment