Friday, April 15, 2011

SINOPSIS BUKU - Lamia Gadis yang Terluka


SINOPSIS BUKU - Lamia Gadis yang Terluka                                                                               

Perempuan selalu memiliki sedikit pilihan, bahkan sering kali tidak memiliki pilihan. Pun dengan Lamia. Hati Lamia terluka ketika ibunya tiada. Dan kemudian ayahnya hendak menjual toko buku kesayangannya.

Bagi Lamia, buku merupakan bahagian dari sejarah hidup. Lenyapnya buku membuat separuh jiwanya terbang.

Ditambah lagi sang Ayah mengajak Lamia pindah ke desa. Ia tinggalkan cita-cita yang hendak digapainya. Dalam dunia patriakal, seorang anak memang harus patuh pada orang tuanya.

Novel yang menyentuh ini akan mengajak Anda berselancar melayari kehidupan Lamia,
perempuan gigih yang tak terkoyak oleh berbagai goresan hidup.



BOOK SYNOPSIS - Lamia Girls who Hurt                                                                           
Women always have a few choices, often have no choice. Even with Lamia. Lamia heart hurt when her mother died. And then her father wanted to sell her favorite book store.

For Lamia, the book is part of living history. The disappearance of the book makes half of her soul flying.

Plus the father invites Lamia moved into the village. She had to forget her ambitions. In a patriarchal world, a child had to be obedient to their parents.

These touching novels that will invite you to surf navigate life Lamia, indomitable woman who was torn apart by various scratches live.


SINOPSIS BUKU - Lamia Gadis yang Terluka                                                                          

Lamia mempunyai keluarga yang sempurna dan penyayang. Dia mempunyai ayah, ibu dan dua orang abang yang penyayang. Sementara dia pula merupakan satu-satunya anak perempuan bongsu didalam ahli keluarganya.Oleh itu, ibunya adalah segala-galanya bagi diri Lamia. Dialah ibu, dia jugalah teman dan tempat untuknya mencurahkan segala rasa. Namun,kebahagiaan yang digenggam oleh Lamia itu tidak lama, dalam sekelip mata sahaja kebahagiaan miliknya diragut apabila ibunya meninggalkan dunia. Hidupnya menjadi lebih sunyi apabila kedua abangnya Jihad dan Rasyid membawa diri merantau ke Australia.  Tinggallah dia dan ayahnya berdua menerus dengan ayanhnya ygb-ngkan kehidupan mereka.

Antara cita-cita dan tanggungjawab Lamia tidak mempunyai sebarang pilihan. Sebagai satu-satunya anak perempuan yang taat pada orang tua, Lamia terpaksa melupakan hasratnya untuk mengejar cita-citanya. Ayahnya hendak menghabiskan sisa hidupnya di desa dan tidak lagi ingin meneruskan perniagaan tokoh buku mereka. Lamia tidak mempunyai sebarang pilihan terpaksa akur dengan permintaan seorang ayah.

Lamia dan ayahnya akhirnya sampai ke sebuah desa, kemudian menginap di Hotel Mawar dan Mahkota. Pertemuan diantara Lamia dan Puan Farida pemilik hotel yang akan mereka duduki tidak begitu mesra seperti jangkaan Lamia. Apabila Lamia mengatakan dirinya dari Kota tiba-tiba sahaja layanan puan Farida berubah menjadi mesra. Lamia dan ayahnya menginap selama sehari dan bercadang untuk mencari rumah keesokkan harinya. Pagi itu, dia dan ayahnya menyusuri sebuah kebun, walaupun pada awalnya Lamia telah berpesan kepada ayahnya bahawa kebun itu perlu dijauhi kekerasan ayahnya untuk meninjau persekitaran menyebabkan Lamia akur. Kehadiran Lamia tidak disenangi oleh Adham, seorang lelaki yang berbadan sasa. Pertemuan mereka bermula dengan pergaduhan kecil. Lelaki berkenaan mengusir Lamia dari kebunnya, Lamia menyatakan sememangnya dia tidak ingin berada disana kalau bukan kerana kekerasan ayahnya yang mahu meninjau kebun usang itu. Adham bertindak kasar dengan mengusir Lamia dan menghumbannya keluar pagar.

Pertemuan dan pergaduhan mereka menyebabkan Lamia menyimpan marah dan tidak akan memaafkan Adham yang bertindak kurang sopan mengusirnya sedemikian rupa. Lamia berangkat dengan perasaan terhina kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Lamia segera memberitahu ayahnya tentang apa yang berlaku, namun sikap ayahnya yang seakan tidak memperdulikan apa yang terjadi pada dirinya sebaliknya menasihatinya agar jangan mengendahkan sikap pemilik kebun itu menyebabkan Lamia berasa tidak puas hati.

Lamia dan ayahnya kembali ke Hotel Mawar dan Mahkota sebelum berangkat ke Kota. Di hotel mereka dihidangi daging panggang dan secangkir kopi hangat. Lamia bertanyakan tentang kebun yang mereka lawati sebentar tadi kepada Puan Farida. Puan Farida menjelaskan bahawa pemilik kebun itu adalah Nyonya Mudiha. Dia mempunyai dua cucu lelaki. Syarif dan Adham. Syarif mempunyai isteri, mereka berdua yang bertanggungjawab terhadap perusahaan, sementara Adham pula belum berkahwin dan menjaga sapi-sapi dikebun itu. Mereka tergolong dalam orang yang baik-baik, namun mereka tidak begitu menyukai orang yang datang dari Kota ke dusun mereka. Hal ini kerana orang dari Kota gemar membawa anjing yang suka mengejar ternakan mereka, malah ada diantara mereka yang membuang botol minuman di ladang tanpa disedari melukai sapi ternakan mereka. Puan Farida kemudian menceritakan bagaimana terjadinya penyakit wabak burung, yang telah menyebabkan hampir semua ternakan sapi di kampung itu dibakar kerana terkena wabak burung. Mendengar penjelasan Puan Farida barulah Lamia dan ayahnya mengetahui kenapa pemilik kebun itu bersikap dingin kepada mereka kerana khuatir mereka akan dijangkiti wabak daripada sapi ternakan mereka.

Di tokoh bukunya, Lamia masih memikirkan tentang wabak sapi seperti yang dikatakan oleh puan Farida tentang kebun yang mereka lawati. Sehari dia mencari maklumat. Namun tidak juga ditemuinya. Seharian di kedai buku menyebabkan Lamia bosan. Pendapatan hasil dari tokoh buku mereka juga semakin merosot. Lamia berpendapat keinginan ayahnya yang terus menerus mahu hidup di desa menyulitkan benaknya. Namun, kekusutan itu tidak berlarutan apabila sahabat lama ayahnya tuan Labieb datang ke rumah mereka dan ingin membeli barangan antik milik mereka. Begitu juga dengan buku-buku di kedai mereka. Lama kelamaan- rumah mereka juga berhasil untuk dijualkan. Pagi itu mereka didatangi sepucuk surat dari posmen. Ayah Lamia memberitahu bahawa pemilik rumah kebun di desa bersetuju untuk menyewakan rumahnya dengan pembiayaan sewa yang murah mengikut kemampuan mereka. Lamia yang mendengar berita itu terus naik angin kerana ayahnya tidak berbincang dengannya terlebih dahulu sebaliknya telah menerimanya. Kekhuatiran Lamia bertambah-tambah apabila mengingati wabak burung dan sapi di kebun itu.

Keesokkan harinya mereka mengemas untuk bertolak. Berlaku pertengkaran diantara Lamia dan ayahnya, kerana ayahnya menyembunyikan bungkusan buku yang telah dijual. Pertengkaran itu berakhir apabila orang tuan Labieb mendatangi mereka. Lamia menyerahkan kembali buku-buku yang dibungkus oleh ayahnya kepada pekerja itu.

Tiba di rumah sewa dikebun, Lamia dan ayahnya melihat keadaan sekeliling. Pada mulanya Lamia menyangkakan mereka tersalah masuk bilik kerana unggun api di rumah itu menyala, di dapur siap terhidang susu dan telur. Namun ayah Lamia meyakinkan bahwa kunci yang mereka pegang itu sememangnya kena pada tombol pintu yang mereka buka, dan yang pasti mereka berada dirumah yang betul. Setelah siap makan siang, Lamia berjalan-jalan melihat sekeliling kemudian terserempak dengan Jamilah isteri tuan Syarif. Perempuan manis itu sempat berjenaka dengannya. Mereka berbual-bual panjang, kemudian bicara itu terhenti kerana Jamilah tiba-tiba panik baru teringat kedatangannya bertemu dengan Lamia adalah untuk menjemput Lamia dan ayahnya makan siang sebagai tanda selamat datang oleh tuan rumah.

Di ruang tamu, Lamia bertemu mata dengan nyonya Mudiha. Orangnya tegas, masih terserlah kecantikannya namun lagaknya agak angkuh. Ternyata kehadiran Lamia tidak disenangi oleh nyonya Mudiha. Matanya tidak berkerdip melihat Lamia, dia tidak menyangka penyewanya akan membawa anak gadis tinggal bersama  kerana dia beranggapan penyewanya adalah seorang lelaki tua yang telah pencen, bersama isterinya. Namun, keadaan itu diselamtkan oleh ayah Lamia, yang terus terang menjelaskan bahawa dia sememangnya terpaksa pencen awal akibat penyakit yang dihidapinya dan mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan anaknya yang perempuan satu-satu inilah yang menjaganya sepanjang dia sakit. Kata-kata mohon maaf daripada ayah Lamia dengan tidak berniat menipu tuan rumah menghapuskan kegusaran nyonya Mudiha. Jamilah membawa Lamia ke satu sudut membiarkan mentuanya dan ayah Lamia berbicara. Jamilah menyatakan hasratnya yang sudah bosan berada di kebun itu. Setiap kali dia ingin keluar, dia seolah-olah terikat kerana terhutang budi. Perbualan mereka terhenti apabila Badariyah, tuan Syarif dan Adham memasuki ruang tamu. Kehadiran mereka bertiga sambil tertawa memecahkan kebisuan. Ayah Lamia memperkenalkan anaknya kepada tuan rumah dan cucunya. Jamilah dan tuan Syarif berkenalan dengan Lamia dan kelihatan sangat menyenangi kehadiran mereka kecuali Adham. Adham kurang menyenangi kehadiran Lamia kerana masih mengingati insiden di Kebun. Semasa mereka berbual memperkenalkan diri, Adham menyampuk sambil menyindir Lamia. Sikap sinis dan perbuatan Adham ditegur oleh nyonya Mudiha, menyebabkan kekekokan berlaku. Adham segera mohon maaf kemudian beredar dari situ.

Ketika makan malam, Lamia tidak dapat memberi sepenuh perhatian semasa ayahnya berbicara dengan nyonya Mudiha mengenai koleksi buku-bukunya. Matanya asyik mencuri pandang kerusi kosong milik Adham.Ketika Nyonya Lamia bertanya tentang pekerjaan Lamia, dia menjelaskan keadaanya yang sepatutnya melanjutkan pelajaran tetapi perlu menjaga ayahnya yang diserang penyakit jantung coroner, setelah kematian ibu. Nyonya Mudiaha memuji sikap Lamia yang sanggup berkorban meninggalkan pelajarannya untuk menjaga orang tuanya. Tiba-tiba kehadiran Adham mengejutkan mereka. Adham memberitahu bahawa sapi Zahrah telah melahirkan seekor anak sapi yang besar. Berita baik itu membuatkan kekecohan dan keriangan seisi rumah.

Hari-hari dijalani dengan bosan oleh Lamia kerana dia tidak melakukan sebarang pekerjaan, sebaliknya ayahnya dengan mudah mendapat nasib baik diterima bekerja di perusahaan nyonya Mudiha. Hanya jamilah yang sering datang menceriakan hari-harinya. Pagi itu, jamilah dan suaminya berjumpa dengannya untuk menawarkan pekerjaan kepada Lamia sebagai setiausaha. Hal demikian kerana Syarif benar-benar memerlukan seoarang setiausaha untuk menguruskan perusahaannya. Pada mulanya pelawaan itu menarik perhatian Lamia namun kegusarannya lebih meninggi terhadap Adham kerana dia tahu Adham tidak begitu menyukainya. Syarif dan Jamilah meyakinkan bahawa segala pekerjaan di perusahaan dibawah tanggungjawab Syarif dan tidak ada kaitan dengan Adham. Oleh itu keputusan untuk mengambil pekerja adalah tugas Syarif.

Jamilah kemudian membawa Lamia melihat mejanya kemudian membawanya ke satu bilik yang dipenuhi oleh piala-piala yang bersadur perak yang disimpan dalam almari. Suasana dalam bilik itu tersergam pegap dan menyeramkan. Jamilah menunjukkan segala dokumen mengenai penternakan, pendataan yang dilakukan dan menjelaskan tugas-tugas yang sering dilakukan untuk perusahaan itu. Jamilah turut menjelaskan bahawa mereka mempunyai doktor haiwan persendirian bagi perusahaan penternakan yang bernama Bilal. Doktor Bilal dan Badariyah dikatakan bagai mempunyai perasaan sesama sendiri namun oleh kerana Badariyah wanita terhormat dia menjaga kelakuannya, sementara Bilal juga telah berumah tangga namun ditinggalkan isterinya kerana tidak mampu melahirkan zuriat. Tiba-tiba muncul Adham mengarah Lamia mengikutinya. Belum sempat Lamia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai setiausaha Syarif, Jamilah memotong dan meminta Lamia mengikut sahaja kehendak Adham. Lamia keliru kerana seakan terpaksa berbohong. Namun untuk menjaga hubungan baik dia menuruti sahaja.

Setiba di kandang sapi, Badariyah menemui Lamia berkata mengenai anak sapi Zahrah yang baru lahir. Kemudian ingin membawa Lamia melihatnya, namun dia perlu berjumpa Adham dahulu. Lamia hanya melihat ari jauh. Bagi Lamia Adham dan Badariyah seperti pasangan yang serasi,Cuma sayangnya Badariyah tidak menaruh hati terhadap lelaki dingin itu. Entah bagaimana, tanpa disedari beberapa minit selepas melihat kemesraan mereka Lamia diulit rasa cemburu. Sedangkan pada awal perkenalan mereka Adham berkelakuan tidak sopan, sinis, mendapat cercaan dan hinaan dan ketidakpercayaan dari Adham. Kekeliruan itu, membuatkan Lamia segera memalingkan pandangannya.

Di pejabat, Lamia menjalani tugasnya dengan cermat, segala dokumen disusun rapi dan diselesaikan dengan elok. Melihat kerajinan Lamia dia mendapat pujian daripada Jamilah. Jamilah ketika itu sedang berinsiatif membersihkan piala-piala perak. Lamia mempelawa dirinya untuk membantu Jamilah.Tiba-tiba Adham datang menegur siapa yang mengeluarkan piala perak di ruang tamu. Jamilah kemudian menjelaskan bahawa dia ingin membersihkan piala-piala usang itu. Berlaku pertengkaran diantara mereka, Kelakuan Adham yang sinis dan sentiasa berprasangka menguris hati Jamilah. Jamilah kemudian berlalu sambil menangis. Tidak cukup dengan itu, Adham juga bertindak mencemuh Lamia dan ayahnya sengaja berpindah di rumah mereka sambil mengandaikan mereka sedang merancang sesuatu. Pencerobohan mereka di kebun juga dibangkitkan semula oleh Adham. Kata-kata Adham tidak munasabah menyebabkan Lamia sekali lagi bertengkar dengan Adham.

Kesombongan diraut wajah Adham memualkan Lamia. Lamia kemudiannya menjelaskan kehadiran dia dan ayahnya bukan merancang sesuatu seperti yang diandaikan oleh Adham, sebaliknya mereka berpindah ke desa itu kerana ayahnya pernah 20tahun tinggal di tanah  itu, sudah semestinya dia ingin kembali menghabiskan sisa hidupnya. Semua yang berlaku adalah tanpa sengaja. Selepas menjelaskan hal yang sebenar Lamia meninggalkan Adham.

Keesokkan harinya Badariyah menemui Lamia, dia mengundang Lamia untuk ke sebuah pesta dansa yang akan diadakan pada hari sabtu. Menurut Badariyah Adham yang mengundangnya. Ketika menemui Adham, kelihatan doktor Bilal sedang duduk berbual-bual dengannya. Adham menjemput Lamia untuk menghadiri pesta dansa, sementara Bilal mengajak Lamia untuk turut serta dan berangkat bersama-sama dengan mereka dengan kenderaan. Undangan itu diterima dengan hati yang ceria.

Lamia segera menuju ke pejabatnya, tanpa disedari nyonya Mudiha sedang memerhatinya. Sambil menyindir nyonya Mudiha bertanyakan kelapangan Lamia turun ke kandang semata-mata ingin menemui cucu lelakinya dan meninggalkan pintu pejabatnya terbuka dan dimasuki oleh orang asing. Lamia tersentak namun segera mendapatkan kepastian kerana dia telah menutup pintunya. Lamia kemudiannya meneka adakah orang asing itu berfizikal besar dan pendek jika benar, maka orang tersebut adalah mekanik yang ditugaskan untuk melihat peralatan yang tidak berfungsi. Jawapan yang diberikanoleh Lamia, mengurangkan prasangka nyonya Mudiha terhadap dirinya. Soalan bertalu-talu ditanya kepada Lamia untuk memastikan Lamia bukan perempuan murahan yang menggoda dan mengejar harta cucunya. Berlaku perdebatan diantara mereka tentang erti cinta dan pengorbanan kasih sayang dalam kekeluargaan, yang akhirnya membuka satu rahsia mengenai status Adham hanya sebagai cucu angkat. Oleh sebab itu, nyonya Mudiha sangat memihak dan menjaganya. Tidak seperti cucunya Syarif yang mengingkari perintahnya mengahwini Jamilah.

Di malam pesta, kelihatan semua sedangmenikmati acara yang berlangsung begitu juga Lamia. Sekali sekali jelas terlihat kelakuan Adham turut berubah menjadi peramah dan dan penuh kasih sayang.Mereka berbicara sambil memerhatikan tingkah Badariyah dan Bilal yang sedang memadu kasih di suatu sudut. Kemesraan Bilal dan Badariyah dihalangi dengan sikap saling menghormati namun penuh rasa yang mendalam.
Di lular rumah kelihatan Jamilah berlari mendapatkan Adham dan Lamia dengan cemas. Dia mengkhabarkan kehilangan 5 piala perak dan nyonya Mudiha hendak menemui Adham dengan segera. Tiba di perkarangan rumah, Lamia berusaha tidak menyertai perbincangan kerana dia sedar bahawa dia merupakan orang luar. Ternyata kehadiran Lamia tidak disenangi oleh nyonya Mudiha, malah dia dituduh berkemungkinan mencuri 5 piala perak berharga itu kerana minggu lepas Jamilah dan dia yang membersihkan piala tersebut. Tuduhan tidak berasas itu benar-benar menyentap perasaan Lamia, lalu berlaku sedikit kekecohan sehingga hal berkenaan ingin dilaporkan kepada pihak polis. Mujur Syarif bertindak membela lalul memohon maaf terhadap Lamia. Tiba-tiba nyonya Mudiha mengarahkan agar setiap rumah digeledah. Lamia yang terhiris dengan tuduhan membenarkan rumahnya digeledah.

Adham mendahului keluarganya, menuju ke rumah Lamia. Lamia mengizinkan Adham memasuki rumahnya, tapi ternyata Adham tetap menanti yang lain untuk memeriksa setiap inci rumah Lamia. Berlaku pertengkaran diantara Lamia dan Adham, yang akhirnya mencetuskan kata-kata yang tidak disangka menuduh Lamia sebagai pencuri. Adham tanpa sedar mengatakan bahawa Lamia telah mencuri hatinya. Lamia terpaku bagai halilintar, diantara bahagia dan terkejut dan masih tidak mempercayai kata-kata yang dilemparkan oleh Adham. Tidak berapa lama, Jamilah dan suaminya tiba bersama nyonya Mudiha. Syarif dan Jamilah diiringi rasa bersalah kerana perlu menyelongkar rumah Lamia. Mereka tahu ibunya sengaja membuat onar. Sekali lagi berlaku pertengkaran diantara mereka. Syarif bertengkar dengn neneknya, sementara nyonya Mudiha terus menerus menyalahkan Jamilah yang menghasut cucunya untuk menggaut keuntungan hasil kekayaan dan meracuni pemikiran Syarif agar tinggal di luar. Lamia menjadi keliru dengan kekecohan itu, lantas mencelah dan memintak mereka segera menggeledah rumahnya kerana sebentar lagi polis akan datang. Jamilah dan Syarif dengan rasa bersalah memohon maaf dan menyiapkan pekerjaan mereka demi memuaskan hati nyonya Mudiha. Apabila tiba di bilik ayah Lamia, nyonya Mudiha mempersoalkan buku-buku yang terdapat di dalam kamar ayahnya. Kata-kata nyonya Mudiha seolah menuduh ayahnya yang kononnya mencuri buku-buku itu. Setelah selesai melakukan pengeledahan, ternyata piala perak itu tidak ada di rumah Lamia. Kekesalan dan rasa malu wujud di wajah Syarif dan Jamilah sementara nyonya Mudiha terus mencerca tanpa rasa bersalah. Dia terus meninggalkan Lamia, sementara dua cucu lelakinya di ajak menjawap pertanyaaan polis yang telah tiba. Jamilah menenangkan Lamia. Tidak lama kemudian, ayah Lamia pulang. Lamia menceritakan segalanya yang berlaku, walaupun pada sangkaan awal Lamia dia curiga bagaimana terdapat buku-buku mahal di dalam mamar ayahnya. Ayah Lamia menerangkan dia mencari duit dengan melakukan penjilidan buku dan memperbaiki lembaran buku-buku. Namun merasa kesal dengan perbuatan nyonya Mudiha yang bertindak menuduh dia dan anaknya.

Akibat pertuduhan tidak berasas itu menyebabkan nyonya Mudiha jatuh sakit dan diserang penyakit jantung coroner. Dia dihantar ke Hospital. Sementara itu, tuan Syarif menghantar surat memohon maaf pada keluarga Lamia kerana tindakan melulu neneknya dan mohon maaf atas ketelanjuran mereka mengeledah rumah Lamia sedangkan mereka tahu tindakan nenek mereka itu tidak berasas. Badariyah memberi khabar bahawa Jamilah dan suaminya berasa malu untuk bertemu Lamia justeru memberi surat memohon maaf sebagai tanda menggesali apa yang berlaku pada malam itu. Mereka juga berharap Lamia dapat datang ke pejabat dan bekerja seperti biasa. Lamia bekerja dan menguruskan hal perusahaan seperti sedia kala, hari-harinya semakin baik. Namun pencuri piala perak masih belum ditemui. Justeru itu, Lamia tidak boleh terlalu ramah dengan keluarga tuan Syarif kerana dia merasakan bahawa keluarga itu masih menyimpan curiga terhadapnya.
Ayah Lamia dalam masa yang sama cuba menebus kesilapannya yang terlalu mementingkan diri kerana banyak membuatkan Lamia menggorbankan masa remaja dan kuliahnya semata-mata memenuhi kehendaknya untuk tinggal di Desa dengan cara mengajak anak perempuannya pergi melawat abang-abangnya di Australia. Pada mulanya Lamia agak terkejut dengan cadangan ayahnya, kerana tidak mungkin dia akan meninggalkan ayahnya berseorangan menjalani sisa hidupnya di desa berseorangan. Namun Lamia meyakinkan bahawa jika sekadar menziarahi dia sepatutnya membawa ayahnya bersama. Tetapi ayahnya berdegil kerana khuatir hanya akan menjadi beban. Tapi Lamia tetap memujuk dan meyakinkan ayahnya, bahawa mereka masih mempunyai waktu untuk membincangkan semua itu, akhirnya kedua beranak itu bersetuju untuk membincangkan hal itu bersama.
Lamia bertemu dengan Jamilah dan sempat berbual-bual, dibenak Lamia dia ingin meluoakan Adham dan tekad untuk menemui nyonya Mudiha untuk memberi perkhabaran mengenai penghijrahan dia dan ayahnya. Lamia juga berfikir untuk memberi notis berhenti kerja jika perlu. Dalam masa yang sama tiba-tiba Maajid, inspektor polis yang ditugaskan mengendalikan kes kecurian datang bertandang. Jamilah mempersilakan Maajid masuk. Maajid memberitahu berita baik bahawa piala perak yang hilang telah ditemui namun mahkamah memerlukan salah satu saksi untuk mengenal pasti piala perak itu.
Lamia segera ke mejanya untuk memberikan notis berhenti kerja kepada nyonya Mudiha, namun surat itu ternyata tiada di mejanya. Tiba-tiba kedengaran suara Adham dibelakangnya. Adham memberitahu bahawa surat Lamia ada padanya. Adham sengaja memancing Lamia dengan mengatakan bahawa abangnya, Syarif dan Badariyah meninggalkan keluarganya sekarang giliran Lamia. Perbuatan Lamia dianggap sebagai tergesa-gesa dan seolah dirancang. Lamia menjelaskan bahawa dia dan ayahnya pergi untuk menziarahi abangnya di Australia. Adham kecewa dengan jawapan Lamia dan cuba untuk memujuknya. Namun Lamia sedaya upaya memalingkan wajahnya agar Adham tidak dapat meneka perasaan sebenar yang sedang bergelojak di hati Lamia. Adham tidak dapat menerima kata-kata Lamia, kemudian meninggalkan Lamia termanggu di pejabat. Dengan perasaan yang meronta untuk memberitahu perasaanya yang sebenar Lamia segera mengejar Adham. Puas dia mencari akhirnya lamia menemui Adham mematung di kandang seorang diri bersama ratusan ternakkannya. Lamia cuba memanggil Adham tetapi Adham kelihatan tidak mendengar. Lamia menangis lalu merangkul Adham erat-erat dan meletakkan kepalanya di dada Adham. Tanpa berkata apa-apa Adham binggung melihat Lamia yang teresak menangis dalam pelukannya, seolah bermimpi gadis itu memeluknya. Akhirnya Lamia memberitahu perasaannya terhadap Adham. Adham bahagia dalam tidak percaya.

Tiba di bilik nyonya Mudiha, Adham dan Lamia tersekat untuk menyatakan hasrat mereka untuk bersatu kerana bimbang akan kesihatan nyonya Mudiha. Belum pun sempat mereka memberitahu nyonya Mudiaha terlebih dahulu mengutarakan bahawa dia ingin menikah dengan ayah Lamia. Pengakuan itu mengejutkan semua pihak, noynya Mudiha juga mengakui kesilapan dan keangkuhannya. Ayah Lamia cuba menolak kerana dia sedar akan statusnya yang tidak begitu berharta, namun nyonya Lamia mengatakan dirinya lebih rugi dan miskin kerana kehilangan kasih sayang cucunya sendiri. Jika kehadiran Adham dan Lamia hendak mengusulkan mengenai masa depan mereka biarlah dia turut sama merasai kebahgian hidup berdua seperti cucunya. Ayah Lamia segera menenangkan nyonya Lamia dan setuju dengan pinangan nyonya Mudiha, dalam masa yang sama dia juga merestui hubungan Lamia dan Adham cucu angkatnya untuk menikahi Lamia.

No comments:

Post a Comment