Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

SKIZOFRENIA


Menerangkan sedikit tentang APA ITU SKIZOFRENIA....bukan hesteria yer  :'( tapi SAKIT OTAK...

Skizofrenia ini menyerang manusia tanpa mengira umur meskipun ada tanggapan yang mengatakan dalam kategori usia 16 hingga 33 tahun lebih risiko mengahdapinya...

Skizofrenia nie adalah digolongkan dalam PSIKOLOGI BIZALIM, dimana PSIKOLOGI BILAZIM itu  adalah dimana ianya tertumpu dalam bidang TINGKAH LAKU. Erti kata lain, ianya adalah masalah yang tingkah laku bilazim
(tak adnormal) itu dari segi kecelaruan tingkah laku dan kecelaruan mental.

SKIZORFRENIA adalah merupakan KECELARUAN PERSONALITI yang mane ianya dicirikan oleh GANGGUAN KOGNITIF, GANGGUAN EMOSI, dan TARIK DIRI SOSIAL.

SKIZORFERNIA ni juga adalah KECELARUAN MENTAL yang SERIUS...SERIUS...kenapa ianya dikatakan SERIUS...kita akan lihat 1 per 1.

SKIZOFRENIA ni ada DUA bentuk yang dapat dibezakan iaitu.....SKIZOFRENIA TENAT dan SKIZOFRENIA KRONIK...

kita tgk dulu SKIZOFRENIA TENAT...ia adalah dimana masalh terbentuk secara mengejut tanpa adanya sejarah lampau kecelaruan mental. Sesiapa yang mengalami SKIZOFERNIA TENAT ni mempunyai peluang lebih baik unutk sembuh...

manakala...

SKIZOFRERNIA KRONIK pula dimana individu mempunyai sejarah SKIZORFERNIA yang panjannmg dan mempunyai peluang yang tipis unutk sembuh.

tue jenisnya dan dapat dibezakan...

ok...sekarang kita tengok pulak CIRI-CIRI nya....


1. KECELARUAN KOGNITIF...

dimana ia akan terjadi gangguan kognitif iaitu sesiapa yang mengalami akan seperti "tidak berpijak di alam nyata". Pesakit ini BIASAnya MEMPUNYAI KEPERCAYAAN yang GANJIL dan TIDAK BETUL, mempunyai PERSEPSI yang herot, memperlihatkan PEMIKIRAN dan BAHASA yang terpisah2 dan tidak logik. Mereka juga mempunyai kecelaruan tumpuan, di mana ia tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara atau peristiwa.

Kecelaruan PERSEPSI adalah dikenali sebagai HALUSINASI...dan kecelaruan KEPERCAYAAN pula dikenali DELUSI.

nak tahu apa itu HALUSINASI dan DELUSI nie... :-\ sebab ianya berkait rapat dgn penyakit nie..ok...

HALUSINASI...halusinasi nie...merupakan PENGALAMAN PERSEPSI tetapi tanpa kehadiran rangsagan deria. pesakit skizorfernia nie..mungkin dapat melihat, mendengar,merasa, atau bau perkara yang ganjil tanpa SEBENAR nya WUJUD perkara tau rangsangan2 tersebut  dalam persekitaran. Mendengar suara merupakan  halusinasi yang biasa. Misalnya....Seseorang itu terdengar suara yang mengejek2nya...padahal suara itu SEBENARNYA TIDAK ADA..senag kata ...BISIKAN2 ditelinganya...ni dari segi mendengar...kalau halusinasi pandangan pulak...seperti melihat Tuhan, Nabi dan sebagainya...apa2 yang x logik laa...dan halusinasi yang berbentuk pengalaman nie seperti PENGALAMAN yang MENAKUTKAN dan MENYAKITKAN seperti....kene pukul...dera dan sebagainya....

ok..sekarang  DELUSI...delusi nie adalah KEPERCAYAAN PALSU yang biasanya tidak dikongsi sama ahli2 lain dalam  masyarakat. Orang mngalami skizofrenia misalnya PERCAYA behawa beliau adalah orang yang terkenal...maksudnyer..dikenali oleh semua...iaitu dikenali sebagai DELUSI GRANDEUR. semntara itu DELUSI PENGANIAYAAN pula merupakan KEPERCAYAAN PALSU bahawa sesetengah orang itu cuba menipu, memalu, mengintip,menjatuhkan,mencederakan, membunuh atau menhancurkan diri mereka.

2. GANGGUAN EMOSI...

Dimana ada gangguan emosi bagi mereka yang mengalaminya.Gangguan ini antaranya tidak atau kurang menunjukan GERAK BALAS EMOSI atau ada GERAK BALAS EMOSI tetapi  TIDAK SESUAI dengan SITUASI...contoh paling simple menagis ketika orang bergembira, gembira dan ketawa ketika orang lain bersedih seperti berada dalam kematian.

3. TARIK DIRI SOSIAL...

dimana ada penarikan diri dalam PERHUBUNGAN SOSIAL iaitu mereka ingin hubungan yang rapat dengan orang lain, tetapi TAKUT kepada orang ramai, atau menunjukkan KURANG MINAT terhadap orang lain. Mereka nie kadang kala hilang motivasi dan tiada aktiviti berarahkan matlamat.

4. KECELARUAN MOTOR...

Dimana kecelaruan ini adalah termasuk dalam melakukan EKSPRESI MUKA yang GANJIL, TERLALU AKTIF, atau sebaliknya TIDAK BERGERAK LANGSUNG atau seperti ROBOT. kadang kala bahasa pesakit skizofrenia nie sukar difahami. Mereka juga boleh bertindak seperti kanak-kanak, tingkah laku yang tidak sesuai di khalayak ramai misalnya dari segi pemakaian.

sekarang kita tengok pulak JENIS-JENIS SKIZOFRENIA...

1. Skizofrenia PARANOID

Pesakit yang mengalami skizorfrenia PARANOID nie adalah mereka yang mempunyai KEPERCAYAAN PALSU atau DELUSI...seperti yang dijelaskan kat atas tue...

2. Skizofrenia TIDAK TERATUR (KACAU BILAU)

Dimana skizofrenia nie adalah tahap yang serius dan cenderung berlaku diperingkat awal hidup seseorang. Ia dicirikan oleh tarik diri sosial yang EKSTRIM, halusinasi, delusi, kebodohan, ketidaksesuaian ketawa, tingkah laku yang ganas, dan tingkah laku yang danjil dari yang lain.
Biasanya pesakit menunjukkan tingkah laku yang tdak senonoh, tidak sopan, dan sebaginya.Skizofrenia jenis nie menyababkan terjadinya PERPECAHAN PERSONALITI dan pesakit mempunyai peluang tipis untuk sembuh.

3. Skizofrenia KATATONIK

Dimana pesakit sering tidak menunjukkan PERGERAKKAN (tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri, atau mengongcangkan badan yang melampau. Biasanya ia akan bertindak kedua-dua tindakan itu, berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan badan dalam waktu yang lain. Meraka mugkin berada dalam keadaan yang  kaku sehingga beberapa jam lamanya.

4. Kecelaruan DELUSI

kecelaruan delusi nie agak jarang berlaku dimana ia adalah dicirikan sebagai paranoid.

Kita tengok pulak FAKTOR-FAKTOR penyebab SKIZOFRENIA.

1. PENDEKATAN BIOPSIKOLOGIKAL

Dimana pendekatan ini menekankan FAKTOR-FAKTOR GENETIK, BIOKIMIA, dan NEUROLOGI.
Skizofrenia berkait rapat dengan FAKTOR GENATIK, dimana seseorang itu LEBIH CENDERUNG mengalami skizofrenia SEKIRANYA...mempunyai IBU BAPA atau ADIK BERADIK KEMBAR SEURI yang juga bermasalah skizofrenia.
Dari segi KIMIA OTAK, di dapati  PENEUROPANCAR DOPAMINE memainkan peranan penting dalam menyumbangkan kepada skizofrenia di mana kelebihan DOPAMINE menyebabkan aktiviti di SINAPS bertambah pesat. Selain itu juga skizofrenia ini ada kaitannya dengan KETIDAKFUNGSIAN NEURONLOGI dimana berkaitan rapat dengan aktiviti OTAK yang luar biasa.

2. PENDEKATAN PSIKODINAMIK/PSIKOANALISIS

Dimana dari pendekatan psikodinamik / psikoanalisis ini seseorang yang mengalami skizofrenia adalah gagal untuk mengatasi KEBERGANTUNGAN keatas ibu bapa mereka dan akibatnya mereka mempunyai lekatan diperingakat ORAL. Ini memberikan mereka ego yang lemah yang gagal untuk mempertahankan mereka dari kebimbangan yang disebabkan implus ID bawah sedar dan tekanan-tekanan luaran. Sebaliknya mereka berdaya tindak keatas kebimbangan dengan mengalihkan kepada tingkah laku yang bercirikan di peringkat oral termasuk berkhayal (fantasi), tindakan bodoh, bercakap secara tidak selaras, dan berfikir secara tidak rasional.

3. PENDEKATAN BERHAVIORISME (tingkah laku)

Dimana, ahli teori tingkah laku yang menekan peranan pembelajaran, mengandaikan bahawa orang mengalami skizofrenia adalah diberi ganjaran apabila tingakh laku dalam keadaan ganjil.Meraka juga mengandaikan bahawa seseoarang  yang terlibat dalam tingkah laku danjil mendapat penolakn sosial dan seterusnya menyumbangkan kepada PERASAAN CURIGA terhadap orang lain dan tarik diri sosial.

4. PENDEKATAN KOGNITIF

Dimana pandangan kognitif menekankan bahawa skizofrenia adalah disebabkan oleh GANGGUAN terhadap TUMPUAN atau PERHATIAN dan PEMIKIRAN iaitu penerimaan maklumat yang di sampaikan itu dengan pelbagai cara yang kdang kala mengelirukan dantidak rasional.

5. PENDEKATAN HUMANISTIK 

Dimana ia disebabkan oleh ketidak kelarasan diantara KENDIRI AWAM dengan KENDIRI SEBENAR yang mana ianya terjadi apabila seseorang itu membentuk kendiri awam palsu unutk menghadapi sesuatu situasi kehidupan yang mencabar. Pelarian daripada  realiti ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami kendiri sebenar. PEMIKIRAN, BAHASA, dan TINGKAH LAKU GANJIL seseorang yang mengalami skizofrenia ini merupakan tanda-tanda pelarian daripada realiti ini.


sekian dari ana...sedikit penerangan apa itu SKIZOFRENIA.

waallahualam...





BERBANDING wanita, lelaki yang mengidap penyakit mental atau schizophrenia lebih sukar untuk sembuh kerana beberapa faktor antaranya tanggungjawab komuniti dan tekanan.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Hussain Habil, berkata penyakit itu mempunyai jenis dan kategorinya yang berkaitan dengan tindak balas psikologi pesakit.

Justeru, antara lelaki dan perempuan, lelaki lebih mengambil masa untuk sembuh. Bagaimanapun, kita perlu tahu apa jenis masalah mental yang dihadapi pesakit,” katanya.

Jika dilihat dari segi sosio-ekonomi kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan awal bagi mengatasi masalah schizophrenia adalah mereka yang mempunyai pendidikan sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima.

Dr Hussain berkata, dengan pendidikan dan pendedahan mengenai penyakit ini, serba sedikit ia membantu mereka mendapat rawatan moden dan tidak terpedaya dengan kepercayaan karut.

Sebab itu antara tiga etnik di Malaysia, Melayu, Cina dan India, orang Melayu masih terkebelakang dalam mendapatkan rawatan. Mereka lebih selesa berubat dengan dukun, bomoh atau guru agama.

Kebanyakan keluarga pesakit Melayu juga tidak mahu menerima schizophrenia sebagai masalah perubatan. Sebaliknya mereka lebih cenderung untuk percaya masalah itu disebabkan buatan orang, santau dan ilmu hitam.

Pandangan begini sangat bahaya dan masalah itu menyebabkan mereka terus beranggapan rawatan terbaik adalah menerusi kaedah tradisional, katanya.

Sehubungan itu, katanya kebanyakan pesakit Melayu yang datang dari kawasan pedalaman hanya mendapatkan rawatan doktor perubatan selepas keadaan sudah menjadi kronik.

Beliau berkata, masalah ini berlaku mungkin kerana mereka kurang berpendidikan atau pendedahan.

"Sepanjang pengalaman saya, pesakit yang datang awal untuk rawatan adalah penduduk bandar. Satu daripada sebabnya mungkin komuniti bandar lebih sensitif dalam hal-hal begitu.

Kalau anak mereka berhadapan dengan masalah mental, mula merayau, meracau, bertindak berang dan memarahi jiran-jiran, ibu bapa pesakit akan berusaha mendapatkan rawatan untuk anaknya.

Berbanding di kampung, komunitinya lebih bersifat toleran dengan kes-kes begini,"katanya.

Schizophrenia adalah masalah gangguan kimia dalam otak. Apabila rawatan tidak dibuat pada peringkat awal, jangka waktu rawatan mengambil masa dan berulang-ulang berdasarkan janji temu.

"Tetapi selalunya keluarga atau pesakit tidak menyudahkan janji temu atau berhenti makan ubat dengan sendiri tanpa merujuk doktor kerana beranggapan sudah sembuh.

"Kalau ditanya mengapa berhenti memakan ubat, jawapan yang biasa saya terima, tok bomoh suruh berhenti kerana ubat itu adalah pelali atau ubat tidur semata-mata," katanya.

Beliau berkata, anggapan ini salah kerana ubat yang diberikan kepada pesakit bukanlah ubat tidur atau pelali sebaliknya ubat khusus untuk pesakit schizoprenia yang menghadapi masalah berkaitan dengan gangguan kimia dalam otak.

"Apabila pesakit diberikan ubat, ia bukan bermakna mereka terpaksa bergantung dengan ubat untuk seumur hidup. Kita bahagikan kepada tiga kategori, iaitu 30 peratus, 30 peratus dan 30 peratus.

"Maksudnya 30 peratus yang pertama pesakit boleh berhenti makan ubat dengan cepat, 30 peratus lagi berhenti selepas mengambil ubat untuk tempoh lima ke enam tahun manakala 30 peratus lagi makan secara berterusan atau seumur hidup.

"Ia seperti pesakit yang didiagnos dengan diabetes," jelasnya.

Begitupun, dengan pemantauan dan berjumpa doktor, perkembangan pesakit dapat dipantau dengan teliti.

“Jika pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat, dos yang diberikan mungkin berkurangan yang mana banyak bergantung kepada perkembangannya,” katanya.

Beliau berkata, pesakit yang ingin berhenti mengambil ubat perlu mendapatkan nasihat doktor yang juga akan memantau perkembangan mereka sebelum membuat keputusan.

“Memang kalau dilihat, penduduk bandar lebih banyak berhadapan dengan masalah schizoprenia. Mungkin antara penyebabnya ialah faktor persekitaran dan tekanan dalam kehidupan berbanding kehidupan di kampung.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh juga menolak kemungkinan, orang bandar lebih mudah mendapat akses ke hospital misalnya berbanding di kampung yang mungkin lebih ramai jumlah pesakit tetapi tidak dilaporkan," katanya.

Dr Hussain berkata, satu lagi perkembangan yang perlu diketahui, sesetengah jenis dadah terutama ganja dan designer drug, syabu dan ectasy boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat schizoprenia atau tercetusnya schizoprenia atau memburukkan lagi penyakit itu.

Fakta: Rawatan awal bantu kawal kemelaratan

Schizophrenia dianggarkan memberi kesan kepada satu peratus populasi dunia dan jumlah ini kian meningkat.

Simptom schizophrenia muncul antara usia 15 ke 35 tahun.

Secara gender, lelaki dan perempuan memiliki risiko yang sama untuk mendapat schizophrenia tetapi simptom lebih cepat muncul pada lelaki.

Sekitar 80 peratus pesakit boleh menikmati kehidupan yang selesa dan produktif dengan mengikuti rawatan dan mendapatkan ubat-ubatan mengikut jadual.

Pesakit schizophrenia lebih ramai membunuh diri jika dibandingkan dengan populasi umum. Dianggarkan 10 peratus pesakit (terutama lelaki muda) membunuh diri.

Schizophrenia boleh terjadi dalam keluarga. Risiko mewarisinya bagi mereka yang memiliki keluarga terdekat mengalami schizophrenia adalah 10 peratus manakala 40 peratus bagi mereka yang memiliki ibu bapa atau kembar yang schizophrenia.

Info: Menarik untuk diketahui

Schizophrenia bermaksud minda yang terpisah dan ia mungkin anggapan salah mengenai split personality bermula. Seorang psikiatri Sweden, Eugen Bleuler menggunakan perkataan ini buat pertama kalinya pada 1911 untuk menjelaskan keadaan pesakit yang pemikirannya seakan tidak boleh lagi bersambung.

sumber; ehealthMD.com


BLOG MENARIK TENTANG SKIZO KORANG LEH LAWAT

Monday, June 13, 2011

LONG RELATIONSHIP but..suddenly BREAK UP?


We all know about break up’s, you know that point in a relationships bila kita sedar yang hubungan tu tak akan menjadi, walau macam mana sekali pun. Kadang2 kita terasa seperti kita seorang sahaja yang berusaha, tapi sebelah pihak plak buat macam NAK,TAK NAK, atau dah menunjukkan symptom2 dah tak berminat, suka mengelak, malas nak reply2 mesej, dan jarang ambil berat, malas nak jumpa sebab *mind set* kalau nak berjumpa SURE duit lagi??Pastu nak fikir mana nak lepak?..*bosan la sebab nak cari tempat nak berdating lagi, lebih teruk tempat yang sama setiap kali dating. Bla.bla..bla~ Lastly biarkan hubungan tu terbiar untuk beberapa lama (gantung). Bila pasangan nak bertanya khabar,bertanya pun setakat sekadar pertanyaan biasa mcm bercakap dengan kwn2 (kebetulan tengah bosan2)...

Tapi apa plak hal yang disebut sebagai “breaks“ atau rehat.. *(you know a break up, minus the up, making it “temporary” somehow…. )

So,what happen? ? Tajuk pun dah terang-terang. It doesn’t matter relationship tu 2 years, 3 years, 5, 6 or 8 years..as long as couple tue rasa relationship dorang cam tersangat lama, kadang2 ada jugak yang cakap 10 bulan pun agak lama. (er? well depends) Kata dah lamaa~ ber’CHENTA CHINTUN’ kira bertahun-tahun gak lah? Why break? Do they pretend to be a happy couple or actually people surrounding them yang misunderstood about this couple relationship (*ye la tuan punya body je paham sikap pasangan masing2 kalau diaorang gaduh2 manje, rajuk2, maki2, tepuk tampar,raba2 sana sini) sb outsider hanya nampak couple ni sweet bertahan sebab bercinta lama gile..so, they MARKED as HAPPY COUPLE.




For those yang LONG RELATIONSHIP asked urself. (er..yg officially break up with gf/bf la ye) Weither YOU the one who had a problem or ur PARTNER. Komon la..Tak kan x pernah try flirting dengan org lain semasa korang berjauhan dengan si dia kan? Hatta berdekatan sekali pun, bila bersama orang lain (sekali lagi aku tekankan hanya pada yang dah couple bertahun2 lamanya) dan korang flirt perasaan korang lagi hidup/happening berbanding bila berada bersama  gf/bf!

Flirt tue boleh terjadi sama ada berselindung atau terang2 aku bg contoh kat laman social seperti Yahoo Mail? Facebook? Twiter? Friendster? Flick’r? Plurk? Skype? GMail?macam2 lagi atau terjumpa F2F melalui kawan2? texting/sms? (tanpa sedar but still denied) nak-nak lagi bila korang tengah sakit hati dgn si Dia..So korang start dgn cara nak mencuba2 dulu, main2, tanpa sedari korang sakitkan hati dengan mempermainkan perasaan org lain-main2 manje..pastu bila dia bg respon (ops!rasa cam enjoy plak flirt kn~) korang rasa diri sgt bergaya dan still ada daya penarik.Buat si Dia yg membuat korang kecik ati ni korang SURE nak bls dendam bg dia sakit hati-YES!hambek ko aku jumpa lagi cun, lagi hensem bergaya! Well itu bg yg flirt...yang terkena flirt, rasa x bersalah dah taw (or buat2 x taw) yang flirt ngan korang tu dia tu dah berpunya.

But wut if BUKAN korang yang kaki flirt? Tapi YOUR PARTNER yang buat benda tu?* DANG!!! Atau still nak denied and cakap yang korang x flirt tapi ORANG LAIN flirt anda.Ahaks~

(SERIOUSLY: Still u need to check wuts wrong with u dude!) maybe korang terasa sepi/BOSAN..just nak buat keja/homework..or ada komitmen lain nak focus.MENYEBABKAN partner anda rase.”GILE BOSAN dengan bf/gf aku nih~seb bek la sb aku syg nak-nak lagi cun/hensem..aku pun dah tlanjur kenal parents masing2...but seriously  bored asyik2 camni =__=” (Thank GOD: ‘TG’ diaorang x sampai hati nak ckp, ye la kalo merajuk susah lagi nak pujuk semua, KAN!)

Masalahnya disini, yang selalu disorok dalam kelambu adalah komunikasi semasa atas alasan ingin menjaga perasaan. Apa kata mereka setelah break? Well, biasanya rata-rata yang berkongsi rasa dan pandangan cakap camni.

“Ntah?Takde jodoh kot”
“Dia curang..tapi tak nak mengaku.Dah kantoi still tak nak mengaku.Bila aku nak break, dia baru nak sedar”
“Huh?Ko tanyela dia sendiri, wat happen.aku pening ar xtaw nak explain..sumpah!”
“Dia berubah...”
“Aku bosan la dengan dia, aku x puas..aku nak enjoy”
“Hmm..maybe kami tak serasi kot?”
“semua salah aku, dia terlalu baik untuk aku..jadi aku kena lepaskan dia, aku tak nak dia sengsara”
 “Dia berahsia bnyk dengan aku. “
“Parents aku halang..aku kena lepaskan dia walaupun aku kecewa”

Aku ada byk pendapat tentang hal break up’s ni. Well,I use to be a strong believer that break’s were a dumb excuse to be single in between a relationship ( I still secretly do) aku pecaya yang ‘berehat’ sebentar (break)adalah perkara spt ‘unstable relationships’ yang perlu dilakukan utk meyakinkan dan tunjukkan pada mereka yang kita ‘rehat’ utk pulihkan relationship sb we belonged together.

As time & life has taught me? Hal ini tidak selalunya berlaku (walaupun hakikatnya benda ni yang sering terjadi). Kadang-kadang kebanyakannya dlm hidup kita, kita perlukan masa untuk keluar, ‘bernafas’, beri ruang pada diri untuk benar2 tahu “adakah ini benda yang kita benar2 mahukan/inginkan?” You know those couples that every other week are on a break. when is enough “ENOUGH”.. when is a “break” THEN?an OK thing to do?? Perghhh~

Semua manusia perlukan masa untuk melihat kembali sejauh mana relationship tue, tapi sering kali yang terjadi aku tgk biasanya hanya ‘seorang’ sahaja yang mengambil inisiatif untuk ambil masa ”rehat/off” tu memperbaiki hubungan.  Biasanya mereka akan ubah sikap kalau mereka sedar mereka banyak melukakan hati pasangan–bergantung pada pasangan masing2 macam mana cara utk selamatkan hubungan tue.

Bagi sesetengah yg lain pulak ada yang rela hati untuk end up kan terus relationship tu sebagai penamat. Bukankah ini bermakna mereka sebenarnya memberi peluang untuk pasangan masing2 pilih sesiapa diluar sana dan untuk beri peluang sesiapa utk ambil pasangan hidupnya. Who knows in that time your partner who give u chances is actually searching ‘others’ in the same time? (imagine: in time try to back on track..they decided to cari back up 1st..)

When its officially a break up’s? they just let it be. It’s a play safe situation. When they feeling hurt, there always someone to help cure the wound for them. More dramatic is when the person who being ‘the backup’ is someone who’s dying waiting for the couple to break up, bcoz he/she is waiting for ages! The next thing, if the game is over between the couple? They start to make a move! For partners who are officially break up, bila melihat pasangan mereka bahagia, mereka jadi sakit hati. Ada yang mengambil kesempatan bertindak untuk mengambil kembali hati balik ex-partner diaorang. Bila ada respon, they will keep thinking..(i have ‘back up’) so  bertindak lebih kejam leaving one person (ex-partner) unaware and in the dark of whats going on from here on out in their relationship. Is this even fair? I mean is anything really fair in relationships (as you know I never think so– look back on my 50/50 relationships concept).

Bagi aku, kalau ada list “worst emotional trauma” yang dideritai oleh seseorang..bermakna hubungan terputus sudah semestinya berada dalam senarai itu. People yearn to find love and that special someone which they can spend the rest of their lives with. And to have found it and then suddenly lose it can be very devastating. Sebab itulah masa kita mengalami situasi putus cinta kita akan melalui PROSES PENYEMBUHAN..sama seperti bila kita menderita perasaan bila kematian orang2 yang kita sayangi, atau cintai. Bagi aku ‘break up’s..sama seperti kita kematian seseorang, Satu2nya yang membezakannya adalah bila break up’s kita masih boleh berusaha untuk membawa kembali hubungan itu untuk dihidupkan semula/disambung semula.

Breaks to me? Well..is just another excuse to make things uncomfortable in a relationship. A thing people go on when they realize they aren’t as happy as they should be so let’s miss each other a little and see how that works.

Bercakap pasal break up’s, kadang2 benda tu tak seharusnya bertahan lama kita masih boleh mengekalkan hubungan tu. Tapi sebelum tu kita perlu tahu pelbagai jenis break up’s dan strategi bagaimana kita nak mendekati setiapnya..But knowing ‘what strategies’ to use to save a relationship DOES NOT always mean you will be able to save the relationship. Some relationships are unrepairable and some unhealthy and maybe you should stay away from these but if you know the right strategies most relationships can be saved.


Friday, November 26, 2010

Are You in a Boomerang Love Relationship?


BOOMERANG LOVE WARNING SIGNS

1. You leave your relationship because you're hurting so badly – but then go back in, drawn to the good side of the person you love.

2. The good side of the person you love doesn't stay – the hurtful side keeps coming back.

3. Your partner lures you back to the relationship with promises that the hurt won't happen again, flowers, candy, and demonstrations of love.

4. You lure yourself back to the relationship by giving the hurtful person excuses for their behavior (had a bad day, job is bothering them, etc.).

5. Each time you return to the relationship, when the hurtful behavior happens again, it's worse than before.

6. Your hurtful partner seems to have walls of protection around them, but in the beginning stages of your relationship, you penetrated them easily.

7. As time went on, your partner's walls of protection seemed to go back up at unexpected times, leaving you feeling rejected and abandoned.

8. Your hurtful partner is moody – switches from nice guy to anger quickly.

9. Your hurtful partner is very slow to forgive others and hangs onto hurts.

10. Your hurtful partner is never wrong – you're always the one at fault.

Tuesday, October 5, 2010

Istilah Teater

Metode Transfer Of Emotion (Pertentangan Jiwa)- Satu kaedah berlakon terutamanya untuk melakonkan sesuatu yang sebenarnya amat tidak digemari oleh pelakon itu @ melakonkan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya. Umpamanya adegan pelakon yang akan menemui ajal melalui tali gantung tapi dia akan mengolah emosinya seolah-olah tali gantung itu seperti barang kesayangannya & berharga. Dengan cara method ini, pelakon telah mengalihkan emosinya dari sesuatu yang menakutkan kepada sesuatu yang menyeronokkan.


Catharsis (Pembersihan)
-Membawa maksud pembersihan, dalam erti kata psikologi katarsis membawa maksud pelepasan emosi sehingga orang biasa berasa lega. Seseorang yang menonton drama, misalnya mungkin dapat melepaskan emosinya hasil daripada menonton episod2 puncak drama tersebut. Gerald F.Else, mengatakan katarsis tidak harus dicari dalam diri penonton tetapi didalam tubuh karya. Secara keseluruhannya, istilah ini berasal daripada perkataaan Yunani, merujuk kepada pelepasan perasaan yang menghasilkan kembali unsur moral dan rohani atau merasa lega setelah mengalami tegangan @ kerisauan. Titik tolaknya adalah bahawa khalayak sesuatu drama memperlihatkan respon tertentu dan beranggapan ia membahayakan sekiranya peristiwa yang ditontoni itu berlaku dalam kehidupan yang nyata. Khalayak turut terlibat (dari segi perasaan) dalam sesuatu pementasan itu dan kemudian pulang dengan perasaaan lega kerana emosi dan sensasi yang buruk dalam diri mereka telah dibersihkan.


Conflict (Perselisihan)
-Perselihan atau penentangan antara individu (watak) idea, kepentingan yang menjadi asas aksi dalam drama. Konflik dramatik ialah keadaan yang diaktifkan oleh pertentangan sama ada idea, kepentingan, kemahuan dalam sesuatu plot. Boleh dkatakan bahawa plot dramatik dibina kerana adanya konflik yang dramatik juga.Manusia mungkin berkonflik sesama manusia dan mungkin sesama unsur alam lain. Dalam karya2 moden didedahkan pula konflik dalam diri, iaitu kekacauan jiwa kerana masalah2 tertentu.


Crisis (Pergolakan)
-Keadaan tidak stabil atau bertentangan yang boleh membawa kepada secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan dan sebagainya) keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, tegang, merosot yang mencapai peringkat kebimbangan dalam pelbagai bidang. Dari sudut drama atau cereka, krisis berlaku apabila daya yang bertentangan bertembung dan menghasilkan konflik sehingga menentukan perkembangan plot seterusnya. Keadaan seperti itu dapat berlaku beberapa kali dan setiap krisis dapat menghasilkan klimaks. Krisis kecil menuju kepada klimaks.


Interior Monologue (Monolog Dalaman)
-Percakapan yang panjang seorang pelakon sahaja dalam sesebuah drama atau teater. Ia merupakan suatu teknik2 sastera (karya prosa) yang wujud didalam watak. Melalui teknik ini, pengarang memasukkan rakaman pengalaman emosi dan perasaan watak. Berbagai-bagai peringkat kesedaran yang terdapat didalamnya. Istilah lain juga disebut (Ekacakap dalaman).


Dramatic (Mempesonakan)
-Kualiti pengolahan sesuatu persembahan drama, iaiatu satu istilah yang merujukkan tahap penyampaian drama yang memikat dan mempesonakan penonton. Konsep dramatik ini boleh dibina dari segi lakonan pengolahan audio-visual, gabungan penataan set dan cahaya atau seumpamanya. Nilai dramatik ini dibangkitkan oleh rangsangan dan sambutan dari segi emosi, intelek atau visual.


Play True (Bermain Benar)
-Melakonkan sesuatu peranan atau watak dengan jujur dan menepati mesejnya baik dari segi penghantaran fizikal, intelek, emosi dan hati budinya. Pelakon yang boleh bermain benar adalah pelakon yang telah/dapat menghayati atau memainkan wataknya dengan berkesan dan sampai kepada audiens.


Mimos (Lakonan tanpa dialog)
-Ia bermaksud lakonan yang dilakonkan oleh seseorang pelakon tanpa menggunakan dialog. Pelakon hanya menggunakan aksi sahaja terutamanya mimik muka atau wajah untuk menghantarkan mesej kepada audiens.


Sidewing (Sebing)
-Merupakan bingkai yang beralaskan kain yang didirikan untuk mengadang bahagian belakang set tirai daripada dilihat oleh penonton. Ia diletakkan dibahagian kiri/kanan pentas- untuk melindungi petugas/krew/pelakon untuk keluar masuk. Selain itu juga, tirai set drop yang lebih kecil daripada set tirai. Tirai akan dipadankan dengan tirai set asas supaya lebih sinkronis dengan gambaran latar yang ditampilkan.


Pantomime (Penyampaiaan melalui gerak)
-Penyampaian bahasa melalui gerak (gerak tari). Ertinya gerak memiliki kekuatan yang sama dengan berbicara. Dengan gerak mampu pelakon menyampaikan isi hati, mampu menceritakan kejadian, mampu menundukkan serta menguasai lawan. Dengan erti kata lain, apa2 yang disampaikan melalui gerak sama kuatnya dengan apa2 yang dapat disampaikan melalui kata.


Prompt (Bantu Ingat)
-Dalam setiap sesi latihan teater perlu ada buku Prompt (bantu ingat) dan seharusnya jadi tanggungjawab pengarah untuk pastikan ia ada. Tujuan buku Prompt ialah untuk menyenaraikan keperluan yang berkaitan produksi pementasan seperti peranan krew2 yang terlibat, peranan dan tugas pelakon, cari interpretasi skrip, olah gaya persembahan, urus set dan props serta lain-lain keperluan. Tugas memegang buku Prompt dan mencatat diambil alih oleh Pengurus Pentas (SM), memandangkan ianya lebih mesra dengan selok belok lakonan supaya urusan dibelakang pentas dengan diatas pentas sewaktu sesi latihan & persembahan sebenar menjadi lebih teratur dan kemas yakni perjalanannya mengikut que.