Saturday, February 21, 2009

Dunia TEATER

Ntah bila aku mula tertarik dengan teater?aku sendiri pun tak sedar..tapi yang pasti aku memelihara kesenian dalamnya..aku pupuk hati untuk belajar menghargai sesuatu di dunia ni...ntah kenapa?ntah..Dulu sebelum aku terdedah dan kenal apa tue teater aku langsung tak pernah terlintas aku membawa diri aku ke dunia ni..mungkin sebab tiada sesiapa yang menarik aku melihat..menarik aku untuk memahami, menarik aku untuk menjadi salah seorang dari pelakon pentasnya..aku tertarik pada kehidupan manusia..kehidupan dan imaginasi manusia..sebab aku suka memerhati(observer for something positif bukan negative)dan bila aku asyik melihat..tiada orang memahami jiwa aku..tiada orang yang rasa apa yang aku rasa...tiada orang dengar apa yang aku ingin katakan..suara aku tenggelam dalam jutaan manusia..aku tercari2 satu tempat untuk aku mengeluarkan isi hati aku..aku mencari tempat untuk meluah apa yang aku pendam..tempat untuk aku menyedarkan orang2 disekeliling..ada sesuatu yang indah dalam dunia dan hanya segelintir yang disedari dan dihargai...aku cari macam mana nak memberitahu manusia yang aku berkongsi rasa sedih..aku berkongsi rasa gembira,kecewa..rasa marah...sama seperti orang lain..aku cari tempat tue..cari..cari..kalaulah aku dapat menjadi orang lain alangkah bagusnya..alangkah bagusnya aku dapat menyanyi sesuka hati walaupun suara aku tak sedap..alangkah bagusnya mengalami sesuatu yang tidak pernah kita alami..Aku banyak mencari dimana aku nak semua nie di lipat jadi satu.
TEATER.Tempat ni yang aku jumpa..Dimana semuanya yang aku ingin orang melihat,mendengar suara aku DAN isihati aku..DAN melihat pantulan diri mereka..semuanya..dapat dipentaskan semula..DUNIA tu bernama dalam DUNIA TEATER..
TEATER atau dunia pentas, dunia drama adalah hal yang mendekatkan diri aku dengan manusia..
menjadikan aku manusia yang belajar mendalami hati manusia..menjadikan aku sensitif yang positif bukan sensatif yang negatif, pemikir yang kreatif dan berinovatif..peka dengan rasa2 disekeliling..peka dengan isu disebelah kiri kanan telinga aku..
Dunia ni lah..dunia ketiga aku..(maksud aku..dunia aku pertama adalah realiti,kedua adalah lukisan..dan yang ini yang ketiga..)of course..*dunia di alam yang satu lagi tue menjadi tempat aku yang kekal..tapi dalam kapasiti ni aku menjadikan dunia teater rumah ketiga aku..tempat gelanggang bermain menjadi orang lain disamping merasa kalaulah kita yang mengalami orang itu....
Bagi aku menjadi tanggungjawab aku menghulurkan tangan kepada kawan2 aku yang belum sedar kewujudan dunia ni..mungkin ada yg sekadar sedar sepintas lalu sahaja atas nama dunia 'teater' tapi tidak pernah 'bermain' dan 'berfikir' apakah pengisian sebenarnya di dunia ni..kalau ingin melihat,menjadi,mendengar..bermain..merasa..dan belajar menjadi manusia?inilah tempatnya..inilah platformnya..dunia TEATER.
Last: TEATER cerminan Manusia...TEATER memanusiakan Manusia..

2 comments:

  1. teater juga tidak mengajar kita berada di kepompong kita...
    bagi yang dahaga ilmu, akan mencari sentiasa...
    banyak yang kita kurang berbanding yang di luar sana...
    caranya mencari sudut yang sentiasa ada untuk kita...
    indahkan bunyinya...
    ehehehe...
    tapi aku suka untuk mengetahui perkembangan teater dan orang-orangnya...
    kalau ko ada masa, ko lawatlah blog2 yg ada tempat aku...
    blog "Lihat Aku Melihat Dunia" merupakan blog org aktivis teater juga. Orang Sabah yang berada di Kuala Lumpur. Menjadi tenaga pengajar di sana... Penulis skrip teater... 'Nur' karya yang mengangkat G-TeL di Pekan Teater Malaysia merupakan hasil karyanya. Marlenny Deen Erwan, merupakan ahli kepada Ikatan Penulis Sabah juga.

    "Tiada Tajuk Lagi(lu rasa dulu, baru lu cakap)" merupakan blog seorang pelajar yang gila dengan teater juga.

    Walaupun kita tidak berada di tanah sana, yang kaya dengan teaternya, tapi kita boleh mengikutinya... mungkin membantu kita...
    ehehe...

    ReplyDelete
  2. aku ada baca gak blog semua yg ko tulis tu..hehe..Aku baca kat blog ko.
    Aku bc gak komen dulu2 tentang kemenangan syajar,huhu..dasatnya..
    Yg 'tiada tajuk lagi' tue aloy kan?aku ada gak baca blog dia..

    Btul!btul!btul!!aku sokong..kitas kena cari"sudut yg sentiasa ada tuk kita"curik skit ayat ko..heheehe..

    ReplyDelete