Saturday, August 29, 2009

Filem PAPADOM!!kaboom!!


Comel tak poster nie??aku nengok poster ni aritu cam tuala yang dilipat2 jer tapi bila tgk balik macam kuuuih..uhmm nyum.nyum..tapi cam rupa keropok gak??ahahaha (sabar yo..bulan posa nie..huhu)Korang penah tengok filem ini? Mesti la belom kan..kaan..sebab tak kuar lagik pun hehehe...Filem Papadom hasil arahan Afdlin Shauki ini belum lagi ditayangkan, tetapi sudah mampu memikat hati juri dengan kemenangan anugerah perdana Filem Terbaik, hmm..kita tunggu sahaja tayangannya nanti. Ada peluang nnt aku nak kaji jalan ceta dia dan tgk camna gaya lakonan Liyana Jasmay yang bersahaja.Waaah!!!dasat ar..dia kan menang anugerah pelakon wanita terbaik !! Sekaligus mengalahkan Nabila Huda yang dicalonkan menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam memberi saingan sengit (aku suka tgk lakonan nabila huda..memang berkesan..tapi agak mcabar gak ar..huhu dia memang berani), Nadia Mustafar (Jangan Tegur), Sharifah Amani (Sayang U Can Dance) dan Heliza Helmi (Syurga Cinta).

Dengar-dengar akan ditayangkan pada bulan 8 OKTOBER 2009. Tetapi tidak perlu dipertikaikan ar, kalau abg Afdlin buat movie, memang leh buat penonton berfikir dan terhibur. Festival filem Malaysia22 (FFM22) sudah pun berakhir...dimana ia berlangsung di Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu dengan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran. Tahniah buat RTM yang menganjurkan siaran langsung dari Sabah. Dan tahniah juga buat pemenang pemenang,terutamanya buat allahyarham Yasmin ahmad@Zulkifli Ahmad..


Afdlin Shauki turut 'menang besar' pada malam FFM22

No comments:

Post a Comment