Monday, February 22, 2010

Visit SEMPORNA (tmpt shooting ceta "Duyung" Maya Karin n Apek)

semangat dok gmbar depan papan tanda ahaks sewonoknyer
Here is Semporna Holiday Resort
Oh Lautt yg menawan hatiku iini pabila lalalal~suke!suke!sukee!!!
jom kita terjah!!kita masuk ke dalam!!

Ni dia antara nama2 ikan yg gnjil, ahaha tak tahan ada ikan nama dia sumthing like 'papa' kami gelak2 alaa syg lupe lak nak zoom pkataan tu~
Undi cik MASTURAH kite yerr gadis cun yg bakal jadik model tudung Fareeda~VOTE for masss!!

Kita terjah!!!kita sekodeng huahahah~semua keja cik mas kita yg terer tgkp gmbr disebalik dedaunan ahahahahahaha :D
Tenang jer..rupanyee ada spesis landak laut kat dalam ni~perrggh!!
Yeeay~bertiga lebih baik..
Eyh,matnor pon adee join hehehehe
jgn jeles~cik kak abg kat seblah dah dok peluk tubuh isyarat tak nak kena gngu ngn kita bdua Mas...jom,blah..blah..hahaha
mas penuh bahagia mkn KFC
aku ngn muka ngantok nggap gak~
Aku ngn Mas
hehe terjah~sekodeng jeng!jeng!jeng!!
aku ngan Mas bgambar sakan..haha

Jenjalan ke Pasar Tawau



Last Dinner MPP 2008/2009

aku rasa kita bgmbr mcm tangga la..haha

Masa Berkempen Pilihanraya kat Ip/CD

aku dan botol no.7
Huhu rupanyer aku ada lesung pipit eyh~
owhh botol no.7 kau tetap pujaan hatiku!!
aku dan botolku bersama dimana2 saja~hehehehe
yuuhu~ botol ko bsembunyi kat belakang eyh..takpa biar aku buat tanda hati tanda aku syg botol,kurang sket pcemaran alam..aneh sungguh napala org sukati ja buang botol kat jalan raya,kn?
org tak sedar ke ko byk mnfaat?atau buat2 tak sedar?
syg kewujudan tak disedari..
buktinya ko selalu dibuang merata2..
bila terasa diperlukan utk mghilangkan boring ko disepak2,baling2, dipermainkan dulu baru digunakan utk kepentingan (bila org sedar ko rupanya penting) 
tak sapa pikir perasaan botol..maklumla botolkan benda mati..
jadi perasaan botol selalu dipermainkan
selalu disepah2kan
selalu dipersendakan sesuka hati
sebab botol dianggap kecil dan kosong tak berharga
ehehe aku dan botol ku~
tak pe wahai sang botol!
akan aku junjung tggi kau wahai botol!
tggi melangit melebihi kepalaku
saat seketika
penyorak yg mbingitkn telinga
terpekik tlolong undi~sekian2..
aku tetap bsama botol..
setia mcurah bakti sdaya mampu menaikkan dikau
sebab aku tahu kau mampu memberi air bahagia
dikala org2 haus dahaga..
sebab aku tahu kau memberi manfaat
dikala org2 memerlukan tenagamu 
sebab aku tahu suara dan bunyimu selalu tegas
mungkin mereka melupakan bunyi merdu mu..
wahai botol ajaib dimana kah dikau skg?
ntah dah p mana dah botol tu..
huhu syg kalau la aku simpan,
leh letak guli..kn?
jaat btul org buang botol no.7 aku tu!huhu
dimana..kan ku cari ganti..serupa denganmu~wahai bootol!!!
geng semerah padi~

p/s: luahan hati no.7..hanya aku yg mengerti..

Birthday party kat Alamesra

Ekculi nak update gmbar ni lama dah..masa ni birthday kat Alamesra nak tau sapa dia yg birthday??Sbnrnye yg birthday ni tuan Hj. pemilik MegaBoogie, yg byk mberi sumbangan pd UMS, pasal lighting and sound bg jer kat MegaBoogie...hehe...Alhmdulillah dpt gak salam n btandang ke majlis birthday beliau.Memang gempak gak..happening sbnrnye mlm ni kitaorg baru abes rapat umum kat IP, ingat mkn kat alamesra alih2 trus g ke birthday part..Huhuhu korang sowie ar takda ksempatan da bkurun kat laptop gmbr ni..huhu nie aku da hapdet da picture korang...meriah gak ar 2 kali trip bkumpul p cni hehehe..Makanan superb lazat!!!sempat gak dorang bkaraoke n menari!!Seyees korang mmg happening and supporting!giler ar...segan aku..aku dok sowang2 truskan makan~nyumm..nyum..bek aku mkn dr join..hahaha

Enjoy tgk dorang dok nari hahaahha...tak sanggup aku mnari segan giiileer (eceh...nak nari bila pform jer ahaha buruk prgai kn..)hummph..ada rasa sedey plak bile nengok gmbar ni...everything so perfect...until..donno la.. something goes wrong somewhere..kn? Still aku sayang tgk senyuman korang..teringat kata2 dalam lirik rossa "cintai aku" layan emo jap.

Malam yang dingin ini
Membuat aku menangis melihat
Gambar kita yang dulu bahagia
Ke mana perginya masa indah itu
Tuhan tolong kembalikan kisahku..

.huhuhu nak nanges..T_T..mas..rozie,kak jue..wat eva happen the other day or today let pray to Allah..coz we need to move on..chill out..and be strong...oyerk sat g nak hapdet gmbar2 time pilihnraye..eh lupa lak!* Mas ko dah update kn gmbr pilihnraya aritu???takpe2 aku nak gak letak gmbar korang kat blog aku!!ahaha..




JANGAN ABAIKAN SAKIT ANDA!

Pada malam majlis perkahwinan Brown, tetamu yang hadir memberitahu Brown kelihatan terlalu kurus. Sebelum ini dia sering mengerang sakit perut. Namun sering juga dia mengabaikan rasa sakitnya itu kerana beranggapan ianya hanya sakit perut biasa. Apabila ditanya sama ada dia ok, atau tidak, dia akan menjawab “Saya sihat.”dengan tegas. Walhal telah berminggu-minggu dia mengalami sakit perut. Akhirnya walaupun keberatan Brown pergi juga membuat pemeriksaan bagi merawat perutnya yang sakit. Sewaktu pemeriksaan, Dr menjumpai ketumbuhan didalam perutnya.Dr mengarahkan rawatan biopsy yang mengesahkan Brown menghidap barah perut!
Sebenarnya sakit adalah cara badan memberitahu bahawa badan anda sedang mengalami gangguan, ini terbukti seperti kes Brown, kita tidak sepatutnya mengabaikan dan memandang remeh tentang apa jua kesakitan yang kita alami.

Menurut Pakar Farmakologi daripada Kumpulan Penyelidikan Sakit, Sekolah Perubatan Madison, University Winconsin, Dr June Dahl , sakit adalah petanda atau amaran sesuatu yang tidak kena pada badan anda.”Ia juga boleh melemahkan sistem ketahanan badan dan menyebabkan anda mudah terdedah kepada jangkitan penyakit,”katanya.
Ada dua jenis sakit, mendadak dan kronik.
Sakit mendadak terhasil daripada kecederaan seperti terbakar atau patah tulang dan akhirnya sebaik sahaja kecederaan pulih ia akan sembuh.

Tidak seperti sakit mendadak, sakit kronik atau sakit berterusan, sukar ditemui, kerana ia mungkin disebabkan penyakit tersembunyi atau kerosakan dalaman.
Skit juga boleh dirujuk, maksudnya tempat sakit tidak bermakna punca penyakit disitu. Ia berlaku kerana adakala jika saraf yang memberi amaran sakit daripada pelbagai bahagian tubuh berada berdekatan, otak mungkin tersilap tafsir punca sakit. Contoh terbaik sakit terujuk ialah angin yang disebabkan kekurangan oksigen kepada jantung. Walaupun sakit berpunca daripada jantung, ramai mengadu mengalami kesakitan pada lengan kiri, tidak dada.
CARI PUNCA SAKIT.

Walaupun kadangkala sukar mencari punca sakit, ada beberapa panduan yang boleh membantu anda;
 PERUT

Sebab banyak organ penting berada di kawasan perut, anda perlu mengambil berat setiap sakit pada kawasan ini. Sakit tajam dibahagian kanan disertai demam boleh menandakan radang apendiks. Ia mungkin perlu dibuang. Kesakitan pada bawah perut disertai demam dan lelehan mungkin menandakan penyakit radang pangkal rahim (pelvic inflammatory disease), jangkitan uterus, ovari dan tiub falopio. Anti biotic selalunya dapat menyembuhkannya. Kesakitan sewaktu membuang air kecil mungkin disebabkan jangkitan pada saluran kencing. Antibiotik dan minum air yang banyak boleh membantu menyembuhkannya.

 BELAKANG

Salah gerak atau keterlaluan melakukan senaman, tentunya akan mengalami sakit belakang. Ia terjadi apabila otot terlalu kejang atau koyak kerana digunakan keterlaluan atau cara salah. Ia mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh. Asprin, urutan, ais dan rehat yang cukup boleh mengurangkan sakit yang bermula dari belakang terus ke punggung dan kaki serta bertambah teruk, mungkin menandakan tulang punggung retak (disk) yang memerlukan rawatan doktor.
Osteoporosi, proses pereputan tulang yang sering dialami oleh wanita yang putus haid, juga boleh menyebabkan sakit belakang. Ia selalunya dirawat dengan horman. Senaman membentuk tulang juga membantu.

 DADA

Sakit dada sering dikaitkan dengan masalah jantung tetapi ia tidak selalunya tepat. Jika dada anda sakit ketika anda membongkok atau baring, anda mungkin hanya mengalami pedih hulu hati. Cuba antiasid untuk mengurangkan. Pleurisy atau radang selaput dada menyebabkan kesakitan apabila menarik nafas. Ia diiringi batuk dan sakit kepala. Selalunya ia memerlukan antibiotic untuk diubati. Sakit ketika diserang sakit jantung selalunya sering merebak ke bahu, tengkuk dan lengan. Tanda-tanda serangan sakit jantung lain ialah pendek nafas, peluh, loya dan pitam. Jangan berlengah mendapatkan rawatan jika anda mengesyaki serang jantung.
 KEPALA

Ada banyak jenis sakit kepala. Yang paling lazim ialah tekanan yang disebabkan otot tegang. Sakit kepala jenis ini boleh dirawat dengan ubat seperti asprin, paracetamol, Tylenol dan pelega otot yang diberi oleh Dr.
Migrain meyebabkan kesakitan berdenyut pada sebelah kepala dan selalunya penglihatan kabur. Migrain boleh diubati dengan ubat yang mengecutkan saluran darah dan ubat penenang.

Jangkitan sinus, boleh menyebabkan sakit kepala pada bahagian pipi dan dahi dan kadang kala mengeluarkan hingus kuning-hijau, anda memerlukan antibiotic untuk melegakan kesakitan ini.

TMJ (temporomandibular joint dysfunction) juga sakit kepala, dan ianya satu keadaan rumit yang boleh menyebabkan lemah pada otot dagu dan juga sakit belakang. Ia terjadi kerana gigitan yang salah dan kancing gigi. Ia boleh diubati dengan plat membetulakan gigitan dan teknik meredakan otot.
 SENDI

Sakit sendi disebabkan salah satu arthritis (sengal sengal). Apabila sendi bengkak, merah dan panas serta sakit lebih terasa pada waktu pagi, ianya petanda arthritis rheumatoid, serangan sistem imunisasi pada sendi. Asprin, ibuprofen adalah ubat kepada sakit sendi ini. Osteoarthritislebih biasa terjadi apabila seseorang meningkat usia. Ia boleh diubati dengan menggunakan asprin, ibuprofen dan minyak panas.