COMPASS.
Aku suka tgk kau, aku nampak kesedihan kau. Aku nmpk "kau terpinggir" kau tak dilihat, sebab itu kau lantang dan kau degil lebih tepat lagi "tidak didengari".
Pasangan kau ada "kepekaan" & dan boleh melihat peribadi org yg dia usik, sejenis perempuan "easy" atau prmpn yg ada maruah. Tp aku kenal perangai narcissist tu, sdikit sbyk kau suka sb dia dominant.
Perwatakan luar yang grandios bagi aku “topeng survival” dia sebab dia dibesarkan dengan suasana yang keras, penuh kritikan atau persaingan. Jadi perlu untuk dia membina persona grandiose supaya tak mudah “dimakan” orang lain.
Dia bila selesa dan percaya, topeng tu dia tanggal, dan disitu aku lihat dia ada soft spot. Aku phm knp dia begitu, dia mahu dilihat "tajam" dihormati dan "layak" sb tu dia guna ketegasan, ego atau “hebat” tu untuk lindungi diri daripada rasa lemah, takut dipandang rendah, atau pengalaman lalu yang menyakitkan. Macam "armor", keras di luar, lembut di dalam. Dia tahu dia memiliki knflik antara imej luar & hati. Luaran dia keras, tunjuk yakin, tak goyah, dominan. Sebab itu bila aku cakap dia. tak tetap pendirian, dia termenung dan dia cakap "iya" Dalaman dia masih ada kelembutan, kasih sayang, kerinduan nak difahami, atau rasa insecure. Jadi bila rapat,aku nampak sisi sebenar yang manusiawi.
Aku nmpk soft spot dia bila dia kongsi "meteor garden yg disembunyikan dari kau" anehnya aku pn tengok cerita yang sama. Aku teka dia sma . Orang yg selalu disalaherti mcm watak utama cerita meteor garden tu, Do ming shi sombong berlagak tp jatuh hati pd prmpn yg degil mcm kau.
Dan kau keliru dia kejap acuh x acuh. Dia mahu orang lihat sisi soft dia begitu. Dan sekali dia tnjk sisi itu. Tanpa dia jelaskan aku boleh baca sb aku dibesarkan dgn scanning ekspresi wajah2 pemarah, pembenci, pemukul, panas baran, wajah2 penat, wajah judgemental, setiap yg dtg memberi tenaga berbanding peribadi.
Aku teringat momen dia tengah tenggelam dengan pertanyaan dalam situasi tegang. Aku curi tgk keadaan lemah yang dia sembunyikan. Waktu dia tidak menceritakan tapi semua harus terlihat 'kuat dan berprinsip' yang dibalut dengan rasa terpinggir, waktu dia asyik menghembus merokok dan banyak dikepalanya. Hal yg sama aku lihat diwajah dia. Jadi aku menjadi anak bila berdepan dengan dia. Tidak bercakap banyak. Mungkin melawan utk perkara2 aku rasa bertentang. Mostly aku hnya diam. Menurut untuk mendengar.
Mungkin dgn energi ketenangan dan ada "seseorang disitu" yg ditemani kopi memadai, tanpa melebihi batas terasa saling memahami. Orang kata waktu kita terasa beban dengan terlalu banyak stress & sakit belakang, jd tengkuk akan berat dulu. Jadi kita menghela dlu sb terlalu sarat dgn berat.
Dulu2 aku bagi abah aku sebaldi air garam suam. Untuk dia rendam dan berehat. kadang2 aku buatkan kopi-aku tgk patern dia, merokok + arak bila marah vs merokok + kopi bila tenang. Jadi aku mahu versi tenang. Kebiasaannya aku bagi kopi. Sb aku selalunya pilih kopi diwaktu aku mahu tenang.
Masa kecil itu aku belajar membaca reaksi muka sekilas, kemudian aku belajar curi2 lihat lebih lama dan berfikir sendiri... Waktu2 itu aku belajar dr trauma. Kali ini aku kenal semula reaksi tekanan itu lagi. Aku lalui semula sekaligus melihat reaksi dia. hal yg sama. Jadi aku tahu kopi itu diperlukan untuk dia bertenang. Aku teringat abah, aku tahu waktu dia perlu bertenang .
Aku ada cuma empati & tangan. Jadi aku bertindak meredakan stress memberi ketenangan + kopi supaya dia dapat tarik fokus dan tenang. Waktu itu hanya aku yang menjadi seorang anak yang sedang melihat emosi seorang ayah yang tengah bergelut dengan emosi dan tekanan. itu sahaja.
Pada kefahaman aku, kita selalu Jadi orang yg selalu disalahfaham dn salah erti oleh orang lain, mempunyai keinginan ingin dilihat dan ingin difahami. Aku percaya berlaku bila tiada ada sesiapa yg benar2 melihat "kelemahan lelaki" disebalik sisinya yg cuba bertahan menjadi kuat dlm pertarungan menjaga semua, tp orang yang menuntun bersama sama akan melihat tujuan yang sama adalah orang yg mengerti hala tuju dia, aku adalah anak yg melihat pertarungan mental itu. Yg mahu menjadi sahabat atau anak yang mahu dirinya dilihat tanpa disalah erti. itu sahaja.
Aku tgk dia bkn seperti kerisauan kau (kerisauan kau tu memang "patut" sb kau pilihan kedua dia, selepas dia memilih melepaskan pertama dulu) tapi kali ini dia cuma org yg mengambil berat dkt smua student tak lebih dr itu. Dia anggap hanyalah aku tikus lab dia, yg dia mahu uji. Dia kena rawat. Tapi kegagalan dia bila kau masuk campur. keterbukaan aku tsangkut.Aku nmpk paksaan dlm "cubaan"..dan plg menyedihkan aku masa dia cuba rawat aku dgn transperansi dia buka trauma aku, aku tdedah dgn aib2 org lain yg aku cuba lindungi.
Tak mengapa aku selalu terlihat jahat, dan teruskan melihat sisi yang itu utk hak pendapat masing masing. Terngiang ngiang ayat dia kau ada masalah kewangan? miskin sangat ke aku sampai aku perlu buka aib tunjuk kelemahan yang perlu aku iyakan untuk kerisauan kau? aku tidak pernah meminta2 duit sesiapa. Aku tak pernah berhutang sana sini, gali lubang tutup lubang seperti sangkaan kau. Aku tidak pernah meminjam untuk tujuan menindas sesiapa! Jika terbeban jadi kenapa bagi aku bantuan bila dihujung kau menagih kembali tapi bertukar cerita lain?
yang peliknya bila orang lain offer bantuan pd aku, dituduh mengemis sana sini pinjam duit. Buktikan! buktikan aku pinjam duit itu bawa aku jumpa dia lubang siapa yang perlu aku tutup tu? lubang apa yang aku gali ??? untuk siapa aku gali tutup?? cerita apa mengarut buat aku termenung. Apa benda semua ini? Kesilapan awal aku bermula cuma menutup aib orang lain. Sy bila kita tahu kebenaran asli, irang minta kita tutup, kewajiaban aku harus memahami hal itu itu afalah kerahsiaan peribadi. Memikul itu suda cukup sesak.
Niat aku cuma membantu kawan baik aku supaya dia xperlu bersendirian. Memerangkap dengan tujuan terus memberi kesimpulan jatuh hukum tanpa mendengar dua pihak selalu berakhir dengan salah faham. Dan salahfaham itu makanan aku dari aku tumbuh. Tidak asing. Tak mgapa bila kerap aku dengar ungkapan aku "kau dh berubah" orang kain ckp seolah2 culture shock. Dari tomboy menjadi feminine nmpk myerlah bila lebih berlemah lembut Sisi kelakian dia tersentuh barangkali. (barangkali dia nmpk aku ujikaji yg sama tnp sedar memukau dia-mengingatkan dia tentang diri "kau" yg prnh dia jatuh cinta dulu. Dia pernah kongsi hal2 "personal" tentang macam mana tingkahlaku kau keindahan kau yg buat dia jatuh cinta, the moment dia dgr kau menyanyi lagu siti buat hati dia tertarik .. persamaan aku "kedegilan" mengingatkan dia tntg diri kau. Aku percaya kau tak mahu jadi sesiapa. kau juga x suka disamakan. kau adalah kau. bukan aku bukan siapa2. Aku juga sama.
Aku teringat masa dia tiba2 ckp aku mcm pakai susuk. knp aku berubah menjadi feminine mjadikan aku aku bukan lgi budak hingusn yg bodoh2, yg tomboy aku banyak berubah. Aku bukan berubah itu cuma dalam mode survival mode aku tgh chaos. Aku tumbuh dlm keluarga tg tidak punya figur figur otak sihat. Aku tumbuh dlm kehidupan yang memaksa aku jadi dewasa terlalu awal, memikul kerja2 ibu menjaga adik dan memaksa aku menghilangkan zaman kanak2 aku.
Aku melihat figur2 lekaki dizmn knk kanak aku tidak memberi aku contoh terbaik utk menjadi contoh. Memaksa aku memilih maskulin memikul tugas lelaki mjadi cth adik beradik yg lain. Apa aku buat hnylah survival. Bila ada acuan membentuk aku, melihat perkara2 kebaikan untuk menjadi seorang berlemah lembut dlam environment yang sepatutnya sihat mental dan aku kembali kepada fitrah menjadi seorang berlemah lembut pd luaran tanpa menghilangkan personaliti aku yang ambivert dan INTJ.
Tanpa aku sedar aku sudah pun mempamerkan ciri2 alexathymia. Pnampilan lain dari kebiasaan mnakutkan.dan dicop sebagai lupa dri, atau berubah. Aku bukan berubah tp aku beralih fasa dr survival. Aku mahu kelihatan kewanitaan dan terurus sihat dari emosi dan tingkahlaku. Versi budak mentah berubah menjadi feminine. Aku menerima kata2 memaki susuk itu pujian dlm lapisan makian. Aku tahu aku perlu berubah,tambah¹ ilmu2 pengalaman, tdedah dgn pglmn filem, kerja, yg diluar kawalan dia. Bila aku "mula sedar" kekuatan diri dan keterbukaan aku kedepan utk melebar sayap...aku drastik. Sb ujikaji suami kau pd aku terjadi diluar kawalan dia. "diluar jangkaan diluar kawalan" atau jangkaan mjadikan sesuatu yang tidak disenangi jadi harus ditundukkan dan dijatuhkan supaya kembali kepada biasa2 sahaja.
Bukankah kau dulu cabar aku? kau kata aku jgn jadi jaguh kampung bukan kau ke yg tujukan aku kata2 cabaran tu spy aku berkembang? bila aku berkembang diluar kawalan kau pandang aku dgn "berubah" dan dipulaukan itu hal yang biasa. dijauhi itu hal yg biasa. bukan asing. dipulau diasing adalah makanan mental aku sejak aku kecil. Membesar dlm figur ada ibu spt tiada ibu itu ,.ada rumah seperti tiada rumah, ada ayah seperi tiada ayah. membesar sndiri itu, bercakap sendirian menyelesaikan hal2 sulit sndrian itu adalah hal yang sudah dilalui waktu kecil menjadi kan aku expert. asing itu familiar.
Sebab itu aku selesa duduk bersendirian dlm stor berbaring menahan diri. sb itu aku rela bersendirian tak perlu makan di meja makan menonton bertikam lidah yg hny trigger masa lalu sama seperti pgaduhan parents aku.
Aku switch pd survival mode. Kelakuan aku adalah bertahan hidup dari terus menerus dilukai atau dipulau. Aku terlalu muda untuk faham mana salah mana betul, aku tidak sosok figur yg sihat memberi aku arah. Kau dan suami kau adalah kompas aku. kalau aku terpaksa menahan lapar, terpaksa menahan diri kerana tidak mkn sebulan sb tiada tmpt bgantung harap itu survival mode.
Aku tidak mengemis minta2, atau meminjam2. kalau bukan hal terpaksa melibatkan aib kawan baik aku. Aku cuma mahu bertahan hidup untuk sehari. Sebelum memahami beginikah rasa perasaan dia? Aku cuma mahu merasa memiliki benda2 tidak pernah dibelikan yang tidak pernah diberi apa2. Kesedaran aku cuma linear. Mendatar.
Dlm hidup yang kena bertahan berlapar, bertahan memiliki hal2 bukan milik snd, rasa ingin dilihat itu memberi aku rasa mahu memiliki dan difahami perasaanitu wlpn sebentar. sama spt mahu merasa berada dlm keluarga, wlpn bukan keluarga aku.Aku pn mahu didengari, bukan secara paksaan yang memerlukan aku membuka setiap lembar luka yang menyedihkan hati, Aku mahu berceita diwaktu aku mahu bercerita bila ada episod meltdown, yg memerlukan aku menangis memerlukan pendengar tanpa judging, aku lebih jujur berbanding memanggil aku ke bilik seperti disoal siasat latar belakang...setiap respond aku terasa dimarahi dan ditekan.
Sb itu aku lari ke tandas untuk mnangis sendirian selepas kau tanya soalan tanpa aku bersedia dan tahu apa2. Bukan sekali kau buat begitu. Kau hantar aku jumpa dekan, lps aku mnt cuti dan siapkan kerja kau, kau tuduh aku cuti tanpa beritahu. padahal aku dh maklumkan aku cuti, dan kau menjadi marah kerana aku tidak berterus terang utk apa aku cuti.
Tp lepas kau tahu, kau tetap bagi akui surat warning tak hadir kuliah..Minta aku menghadap dekan supaya aku dihukum. Tapi aku tak dihukum, aku malah ditanya knp aku perlu jmp dekan? aku juga blur. aku juga tak faham? permainan apa ini? dekan tnya aku aku adakah aku ponteng tnp beritahu lecture. Aku ckp aku tak ponteng aku dh bagi surat makluman cuti. Dekan tny brp pointer aku smpi kenapa aku kena mghadap dia. Aku ckp pointer aku 3.9 dekan hairan knp aku perlu jmp dia. Aku juga hairan? kenapa? mengapa? aku tak siap assignment ke? pointer aku rendah aku bermasalah ke?? kirang2 integrations itu bertukar menjadi suai mesra antara aku dgn Dekan yg sgt mendengar. Malah apa hasrat aku utk fakulti tnp aku directly bgtahu...dia dengar dan tahu dan laksanakan kemahuan aku utk student.
Anehnya....ini terasa seperti hukuman yg disengajakan, macam kau cuba buat aku "owned" Dan selalu kata aku cuba aku lari dari masalah. Aku bukan keras hati. Aku bukan lari dr masalah, aku letih salahfaham manusia. Mgkn ekspektasi orang terlalu berharap aku sempurna, dan aku tidak prnah sempurna jauh sekali berlagak hebat. Aku cuma biasa2 yang kau perhatikan bermasalah.
Belum smpt mengenal aku, aku dijatuh hukum dengan makian.Tujuan disosial media menelanjangkan aku, dengan backup backup itu cuma balas dendam pada pandangan atas dasar sebelah pihak. Tiada seorang pun berjumpa aku bertanya. hanya suami kau. kami duduk ditangga. Satu persatu dia tny dgn tanda tanya. Aku menjawab dengan kesedaran waktu itu. Ternyata penyampaian2 itu cuma berat seberat. Keterlibatan pihak2 lain cuma sokongan2 utk bertepuk tangan. Sedangkan aku dan dia merenung tangga. Aku keliru dan bersedih. Kelakuan kau cuma bertempik mahu berjumpa depan tapi bila aku berdepan, kata2 aku kau salah tafsir. Pemilihan kau hanya "perkataan" yg kau pilih untuk dengar tanpa mendengar aku. Akhirnya suami kau setuju mluangkan masa bersama2. Memberi ruang kami berkembang.
Aku berterima kasih untuk kebaikan, dan aku lihat sisi2 indah, lembut kau. sisi2 benar, sisi2 sunyi dan tak dilihat mahu difahami. Dan kau tahu aku sgt bersyukur dan sayang pd keluarga kecil kau. Aku sgt2 rindu semuanya kebaikan kau dan suami kau, aku kagum dan plg suka tgk kau masak, kau jugala yg bagi jeans milik kau dan baju jumper hijau smpi ke Mesir aku bawa, kau tnjk koleksi mnyk wangi kau. Mungkin buasa bagi kau, tapi untuk orang2 yg tidak pernah diberi, tidak pernah memeliliki, semua ini keindahan kebaikan hati peribadi yg aku pandang. Aku kagum dgn kau berdua, aku tgk gambar kahwin kau berdua smpi aku bdoa kalaulah kau dan suami kau ni "parent" aku. Tp aku tahu bnd tu mustahil. sb ku bukan budak2 6thn. Aku remaja belasan tahun yg belum tamat pgajian. Aku jauh sekali pernah atau terdetik rasa benci. Tp aku rasa terkilan diabaikan selepas kau tatang aku ,dan suami kau mcm anak snd, mcm adik snd... masa postmortem yg mana kami ditinggalkan buat karya sndri. Kekuatan kami adalah kau dan suami kau. Ketiadaan kau berdua mjadikan kami terbuang. mcm aku rasa kena buang keluarga lagi sekali.Macam aku rasa aku tidak diperlukan dan dianggap gagal. .
Postmortem yg spatutnya aku boleh transparent mghumbann prsn aku dgn selamat, tntg prsn kami....bila kau tny apa perasaan aku? apa prsn kami, luahkn dlm postmortem. Apa shj kmi rasa kami boleh luah. jd kau tny aku, apa prsn aku ckp "Aku rasa mcm pukimak, (prsn aku) mcm pukima. Tahu tak rase macam pukimak bila buat semua sendiri2 ..mcm pukimak bila kena terbiar 6bulan tnp bimbingan bila xde lecturer tgk keadaan kami.. setiap hari berlatih, on time, mcm xde prgrss.. xda lecturer dgr, atau kritik mbina. Mcm melantun dkt dinding. Terumbang ambing apa patut dibetulkan apa ptt buat. Tiada arah. Lost. perasaan aku mcm pukimak (hilang arah xda tujuan) tp yg kau pilih dengar aku ckp "suami kau mcm pukimak" pemahaman kau menidakkan perasaan yg aku rasa, marah itu tak valid. Perkataan aku terlalu vulgar .
kau ckp aku derhaka, tak sedar diri, siapa aku ckp laki kau pukimak. Tak reti diuntung! selama ini laki kau bagi mkn student pakai duit poket snd, buang masa dkt student smpi xda masa dkt kau fmly kau.
inilah "salah faham" aku yg selalu org salah erti. org salah faham aku begitu. Sama macam aku boyish. aku berubah kpd lebih feminine simpan rmbt panjang. aku jaga penmpilan dn terlihat "culture shock" sb dah terdedah dgn pglmn luar university.
Bila aku lebih feminine aku di anggap "dah berubah.
Kenapa melihat luaran aku?
Kenapa x nampak dalaman aku masih sama....
thus cycle of trauma-repeated.
Parents minta anak2 meluah its okay utk marah. Tapi bila anak melenting marah, dianggap kurang ajar jadi kaedah postmortem sesi meluah cuma sekadar medium berat sebelah.
Apalah guna meluah kalau perasaan marah tak diakui & tak valid.