Friday, April 20, 2012

KETIKA CINTA


TAHAJJUD CINTA


Free Blog Content

UNTUK SELAMANYA


Free Blog Content

JANGAN DITANYA


MELAWAN KESEPIAN


BAGAIKAN SAKTI

Setiap orang punya impian..
Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan..
........
cinta 
datang dengan senyuman
panasnya membakar..

wajah yang tergambar 
.....................
tak akan terpudar 
dari hati yang fana




Mulanya Cinta


Hingga Hujung Nyawa


Polis Angkasa GABAN




Polis Angkasa Gaban (宇宙刑事ギャバン Uchū Keiji Gyaban) adalah satu watak dalam siri kanak-kanak yang berasal dari Jepun, selain Kamen RiderUltraman, dan Super Sentai


Siri ini mula ditayangkan di slot pukul 7 malam di TV Asahi bermula daripada bulan 5 Mac 1982 dan berakhir pada 25 Februari 1983Filem animasi ini dihasilkan oleh syarikat Toei dan mengandungi 44 episod.



Sejarah Pembuatan


Pada 1960-an hingga 1970-an menyaksikan era keemasan wira-wira televisyen. Sejak tahun 1960-an hingga 1970-an, banyak siri lain yang dihasilkan termasuk Ultraman, Kamen Rider, Go Rangers dan seterusnya diikuti pula dengan Magma Taishi, Iron King, Spectreman, Lion Maru, dan lain-lain lagi.

Syarikat Toei adalah studio yang paling aktif menghasilkan siri-siri pada waktu tersebut.Pada penghujung era tersebut (1982), Syarikat Toei ingin menampilkan suatu siri yang berlainan. Mereka akhirnya menghasilkan "The Uchu Keiji" ataupun "Space Sheriff" (maksud secara terjemahan terus adalah "Inspektor Polis Angkasa" atau "Detektif").

Siri pertama Uchuu Keiji Gyaban mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap berjaya. Oleh sebab inilah siri ini diteruskan pada tahun 1983 dan 1984: Uchuu Keiji Shariban dan Uchuu Keiji Shaider.







Barisan pelakon dan pekerja filem
§  Pelakon: Kenji Oba (Retsu Ichijouji / Gyaban), Wakiko Kano (Mimi), Kyoko Nashiro (Marin), Toshiaki Nishizawa (Profesor Kom),Sonny Chiba (Voicer), Ken NishidaAiko Tachibana (Tsukiko), Noboru Mitsutani
§  Muzik: Michiaki Watanabe
§  Lagak Ngeri: Japan Action Club
§  Kesan Khas: Nobuo Yajima


ok...terang2 sumber aku petik dari wikipedia :D hihi....









Masa aku kecik2 dulu...*ayat 'cliche' utk sape2 yg minat gaban waktu kecik -____-" masa tu aku pon tak ingat masa tadika ke,darjah bape ntah..*memori semakin kabur, tapi kalau xsilap la..Gaban & Suria Perkasa hitam adalah paberet aku time tu..selalu terngiang2x lagu dia "gaban~~~tatatata~gabannn~~" (versi lupa lirik) :D

Masa tu aku kira hero hebat ar! hee..tapi xingat pulak masa tu siaran jam berapa, tak silap lepas tayangan ceta OSHIN...drama jepun tu.....*ceta tue pun dah samar2 kat pale aku T___T

Gaban ni adalah space police..dlm bahasa jepun ceta ni btajuk "Uchuu Keiji Gyaban"... yg paling buat aku tertarik dgn ceta ni adalah sbb space ship dia..yg robot naga tu...huish..zaman budak2..tgok canggih ni msti la minat..robot :D















Siri pertama Uchuu Keiji Gyaban mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap berjaya! Oleh sebab inilah siri ini diteruskan pada tahun 1983 dan 1984: Uchuu Keiji Shariban dan Uchuu Keiji Shaider. *Tapi kat malaysia tayangan ceta ni pada tahun 90-an..aku pun budak2 lagi :D



Nama sebenar rancangan ini dalam bahasa Jepun ialah Uchuu Keiji Gyaban, yang sebenarnya merujuk kepada pelakon Perancis Jean Gabin  yang amat suka menjadi polis di dalam filem-filem Perancis.

Selepas itu, tajuk dalam bahasa Inggeris dimudahkan menjadi Space Cop Gabin. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Inggeris yang diberikan oleh orang Jepun adalah "Space Sheriff Gavan". Nama Gyaban hanyalah terjemahan terus dari sebutan katakana untuk 'Gavan' (bunyi huruf v tidak wujud dalam bahasa Jepun sebenar). 

Di antara sebutan-sebutan yang digunakan adalah "Giyaban", "Gaban", "Gavin", "Giyariba".
orait :D kita teruskan dengan Suria Perkasa Hitam plak..




Ahaa!!! Ini satu lagi hero paling aku SUKA! dan kawan aku.Apa yang best tentang Hero ni? haaa...sebab dia ada motor kat belalang tu..ngeh3..ada 2 biji motor hero nih..tadaaa!!








Ceta nie best sebab hero dia pakai mask yang ada tanduk dua tu ala-ala macam belalang :D Dia ada dua buah motor yang aku tahu 1 motor tu macam motorcross dan kalau rosak atau hancur, motor yang warna putih tu pun datang. Jeng3x~Motor ni siap boleh tutup macam kereta pulak. :D haha..kira sempoi la..(masa kecik2kan) Aha~motor belalang dia ngan kereta belalang yang boley bercakap dan yang best time part kereta belalang dia suka sangat wat scene dramatik..keta pon siap boley touching2 -__-"




















Kamen Rider Black mula ditayangkan pada 4 Okt 1987 sehingga 9 Okt 1988 yang mempunyai 51 episod yg penuh aksi dan tragis dan ceta nie memang femes di Malaysia sebagai Satria Baja Hitam..


Dulu2 aku heran napa dia ada tanduk dua kengkadang aku rasa mungkin ini adalah superhero belalang..tapi bila dah besar nie aku tengok betul2 mata dia macam lalat pun  (huhuhuu) mulut dia mcm lipas T___T hampeh betul.......

Sampai 51 episod pun Kamen Rider lawan *cedera tapi tak mati-mati-dasat!!!

Kamen rider nih jugak mempunyai ramai adik beradik yang sebelalang dengan dia.. ahaha ramai betul adik beradik dia.. 









kalu korang perasan ini adalah antara superhero yang memaki suit dan Skaf lilit di leher :D

Pedang kamen rider jugak buleh keluar dari kepala tali pinggangnya.. kira Kamen rider nih ninja jepun yang bawak samurai tapi simpan dalam Belt..!!!







Kamen Rider Series yang pada awalnya di bawah judul “Masked Hero Projek”. Diprodukskan oleh Toru Hirayama (Hirayama Tōru). Pada 1969, Shotaro Ishinomori, adalah orang yang terkenal di tokusatsu pd masa tue, kemudian mendekati hirayama dengan komik ciptaannya Skull Man manga diadaptasi untuk Masked Hero Project. 
Pada awalnya projek ini ditolak, sebab dikritik yang terlalu ganas untuk timeslot yang diberikan. tapi setelah beberapa kali penyesuaian karakter dan akhirnya dipilih karakter yang tepat untuk berikutnya menjadi kamen rider 1 (ichigo) :D

Kamen rider pertama tayang pada 3 april 1971, pada episod-10 terjadi peristiwa yang buruk sekaligus awal dari legenda. Pada waktu itu Fujioka pelakon kamen rider 1, terjatuh dari motor !! Dan mengalami kecederaan.huhuhhuu~
Untuk filem yg seterusnya (pelakon) Hongo, kamen rider 1 tidak dapat ditampilkan. Prdksi ini pastu berusaha buat cerita KAMEN RIDER ini balik!! kemudian kembali dengan menampilkan kamen rider 2 dengan nama Hayato Ichimonji :D dan bermula edisi 13 (pelakon) Hayato mengantikan (pelakon) Hongo melindungi bumi sebagai kamen rider 2. 


Bila dah sembuh, Hongo dimunculkan kembali, dan berduet dengan Ichimonji sebagai DOUBLE RIDER. pasangan ini kemudian menjadi terkenal dan legenda yang menginspirasi kamen rider berikutnya. 
Kamen Rider Ichigo dan Nigo juga selalu muncul, lepas tue Dai kamen rider V3, X, Amazon, Stronger Lepas tue, wujud cerita kamen rider baru The New kamen Rider (featuring Skyrider) dan kamen Rider Super-1. yang kemudian disusul munculnya kamen rider ke-10, kamen rider ZX. khusus untuk ZX ini merupakan kamen rider yang paling unik.
kamen rider ZX tampil 10 rider bersama melawan organisasi jahat badan.  Ini merupakan projek terakhir dari Hirayama.
Namun begitu~pada tahun 1987, kamen rider black yang disambung dengan kamen rider black RX!  












*****kalau korang nak info detail sila la ke sini: sejarah kamen rider