Thursday, November 11, 2010

Sederhana?

Masa aku masuk library singgah kat Megalab, tetiba-tiba masa aku nak log in bg matrik card abg kat kaunter tue tegur aku..

"Ayu? eh..nama melayu tapi muka cam orang cina, ka adik ni memang cina?"
Aku berkerut pelik, kemudian diam ja.Kemudian dia bercakap lg, "ehe..cantik baju."Aku tunggu dgn sabar kemudian senyum pastu blah camtu ja.

Aku teliti baju aku..Hurm~Mungkin dorang pelik sket sbb aku pakai ceongsam?hehe..buat aku lagi pelik masa aku singgah cafe dua tiga orang pandang aku semacam.Dalam hati aku..hmm ceongsam ni kot?humm..napa tak leh ka aku pakai ceongsam?


Aritu aku pakai baju kurung pon kena tegur "Yo!kalau ari2 camni kan bagus~~sejuk mata memandang.." huhuu...pelik plak bila dressing kita kena tegur.Kalau aku pakai baju menjolok mata takpa la org leh sound..ni aku pakai baju ceongsam, baju kurung..lagi kecoh masa aku pakai tudung..ahaks:D nak tergelak ja dlm hati.Ada gak yg tak kenal aku..huhu rilek ar....slow2..nak heran menda kan? benda elok..insya Allah.

Aku cuma hepi bila tengok ada pempuan cina pakai baju kurung, ada org india pakai baju kurung..hehe so aku terasa nak pakai lak baju cm dorng.Mungkin drg pon hepi cm aku ^__^ terbukti masa aku nak pakai bju ceongsam mmber sebilik tegur. "Wah~u pakai ini baju.Sangat lawa!Nice owh!"(member cina)dia hepi gila siap tengok aku lama2....(huuuuuhuhu..err~~ok?)

Sebenarnya aku cuba mencari kesederhanaan dalam berpakaian. Tak mo la pakai baju pelik2..cukup sekadar kita selesa, **walaupun aku suka dress up lain dr yg lain~Satu benda yang buat hati aku kadang2 terusik..pemakaian mencerminkan peribadi.Ada orang cakap pemakaian seseorang adakalanya menunjukkan keyakinan diri seseorang tue.Bila..aku fikir dalam2....apapun kita pakai semuanya bergantung pada niat.

Mungkin kerana kita tidak belajar daripada Fatimah Zahra. Jadi aku terasa malu. Aku petik kata2 dari blog Faisal Tehrani sedikit tentang pemakaian Fatimah Zahra;

Tambah-tambah jika kita mencari hadis yang diriwayatkan oleh baginda Zahra dalam kitab-kitab muktabar kita; tidak terjumpakan kecuali yang dapat dibilang dengan jari jumlahnya.

Satu hari Saidina Salman Al-Farisi melihat Sayyidah Fatimah memakai cadur yang sederhana, ia penuh jahitan dan diperbuat dari kulit pohon kurma. Baginda Zahra hendak pergi menjenguk ayahnya. Salman sangat terkejut dan sambil menangis ia berkata, "Kami sangat bersedih! Puteri-puteri raja Parsi dan Romawi duduk di atas kerusi-kerusi yang diperbuat emas dan memakai pakaian yang diperbuat dari sutera tetapi puteri Muhammad saw memakai cadur yang sangat sederhana dan memiliki dua belas jahitan."

Ketika Fatimah sampai ke rumah ayahnya, baginda mengatakan, "Wahai Rasulullah! Salman sangat hairan dengan kesederhanaan pakaianku. Demi Allah, selama lima tahun tikar rumah kami dari kulit kambing yang ketika siang hari unta-unta memakan rumput diatas tikar itu dan pada malam hari kami tidur di atas tikar itu. Bantal kami juga dari kulit yang diisi dengan kulit pohon kurma".

Ketika itu Rasulullah saw bersabda kepada Salman, "Sesungguhnya puteriku berada di barisan terdepan orang-orang yang menuju Allah swt."

Cari di mana lagi wanita pertama yang dapat membawa kita ke syurga? Cari di mana lagi saudara-saudara?

Hayati dan renungilah: ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw. Ini adalah sumber sunni.

Jangan tercari-cari lagi. Berpalinglah kepada yang berhak!