Tuesday, December 10, 2013

CABARAN KEHIDUPAN KUCING SAYA.

Hari-hari mencabar bagi seekor kucing yang bertuankan saya =__="

Saya akui sebenarnya saya seorang yang penyayang & mudah bersimpati orangnya. Sangat beremosi dan mudah tersentuh terhadap sesuatu perkara. 

Jadi..bila melihat kucing2 jalanan yang lapar dan homeless.Saya simpati yang melampau2, sampai tidak mengira suku kaum, bangsa ataupun kacukan apepun kucing itu asalkan  namanya KUCING. 



Saujana Puchong : petshop yang menjual haiwan peliharaan seperti ikan, burung & dsb. Apa yg menarik perhatian sy adalah cage kucing dan kucing di situ. Bila bertanya mereka bukan sekadar petshop yg mjual malah menyediakan khidmat mjaga kucing khas utk pencinta kucing yang hendak cuti seminggu dua ke kampung. fyi, org2 cina disini sgt baik dan peramah :)
  

 SPARKY: Dia sangat playful dan hyper energetic =_=" kalau nak keluarkan dia dari cage, kena pikir 2, 3 kali...dan make sure xde bnda2 yang boleh mengundang dia spy bermain dgn penuh perasaan. Selepas terkena batu karang awal december 2013, Sparky kurang hyper..dia jd insecure..maybe sebab dia dah kena cucuk 6x.So dia jadi fobia utk playful.Yang baiknye dia jadi lebih bertenang dan suke bermanja.Skg nak lepaskan dia keluar cage xperlu pikir 2,3 kali. Bila panggil nama dia, pandai mengajuk and bagi respon nak syg kita blk.




BRUCE LEE: Sangat lemah lembut dan paling penyayang.


Tak suka kena angkat atau pegang. Tetapi tersangat pandai mencari bahu kita utk dia panjat (dia nak panjat pun x gelojoh..rilek je mcm budak2 mintak mak dia dukung) supaya kita keluarkan dia dari cage. Of coz dia akan bagi signal mata membulat dia..agak2 kita bg respon ok, baru dia panjat dgn selambe. Sejak adopt, dia langsung x pernah keluarkan kuku atau mencakar. Even masa nak mandikan, dia selambe je macam xde prsn, ala2 kucing otai. Bruce nie agak cuai tapi comel. Kadang2 kalau dia nak aim tmpt dia nk melompat..mesti tersasar atau terjatuh, maybe sbb dia gemuk so bygkan, dgn muka innocent gile lepas jatuh dia boleh sambung bermain.Saya selalu tergelak besar tgk dia. Dia malas nak main kejar2 tali sb dia taw dia gemuk..biasanya dia akan main dgn tangan je nak kejar2 tu kalau dia larat dia kejar la jugak, tapi for sure kalau lari dia akan break sampai tergolek2. *paling disayangi


 Cer teka mereka kat mana? Ehe..aku ada 5 ekor kucing (bruce lee, maru chan & co-cole) 3 ekor saya letak dalam box sebesar besar pemeluk. Ini kes nak deliver ke hotel kucing. Saya xde box...anak2 saya ramai..ok =_="


Lagi 2 ekor dalam carrier. (Snowie & Sparky) 2 ekor ni memang kecik je so memang muat la.

COLE: masa nak bermain dan bermanja
 
COLE: Paling dominan, super duper manja, jealous melebih kalau kita syg kucing lain dan bijak. HOBI: suka pintu-akan duduk disitu dan menghalang kita keluar, sgt suka menghidu2 kaki manusia (terutama sekali jika anda berstokin.jadi hati2 dengan kaki anda kalau dia suka dia akan gigit atau tido atau bermain dengan kaki anda) suka hempap atau baring dkt badan org2 yg agak berisi, suka bau kasut, mendengar cakap-kalau kita tepuk tgn kat lantai dia akan datang laju2 dengan perasaan eager) suka baring kat tgn org ikut suka hati dia dan pks anda syg kepala dia.

 SNOWIE: Belum sunat. Dia agak kesunyian, sebab tak dapat nak mengawan so dia adakalanya depress dan overly manja..sebab utama dia xdpt mengawan hmm saya pelihara sejak kecil...so bile dah membesar hormon dia memerlukan dia mencari pasangan..3 ekor kucing saya yg lain jantan, seekor je betina (maru chan) tapi dia pun dah neutered-kesian snow jadi dia perlukan pasangan. Bile saya fikir balik, rasa macam nak lepaskan je snow mencari pasangannya tapi nanti lagi kesian kat mangsa2 kucing female tu.Kang beranak pinak sape plak nak jaga? huhu, Jadi kesimpulannya untuk menyelamatkan kucing2 female yang lain, dalam masa terdekat snow akan DISUNAT. Mungkin untuk catslover perbuatan ini agak kejam, pada mulanya saya snd menentang benda ni, mcm lawan fitrah kucing je yg memerlukan psgn...huhuhu...tapi memikirkan nasib female2 yang akan mengandung..lebih baik selamatkan dan kawal populasi kucing2 nie. Bukan tak bagi berpasangan,kita boleh je bagi mereka mengawan tapi kena make sure bertanggungjawab la.Sama ada sanggup atau tidak kita menjaga ibu kucing yang bakal pregnant dan anak2 kucing yg bukan sekor tapi lebih dari dua ekor bakal lahir...hurmmm...pertambahan kucing liar dan jalanan kian meningkat tak kesian ke dorang homeless, xde mknan...huhuhuhuhuhuhuhuhu *tak boleh bygkan nnt sedih melampau2!!

Tempoh hari saya pergi veterinary cheras, nak bagi Neutering atau Spaying doktor ckp kucing perlu disuntik terlebih dahulu dengan vaksin. Dan vaksin tu harganye RM30, slepas tu nak kena dtg sekali lg bt temujanji .Lagi RM30 then operation semua sekali dalam RM75. So bajet untuk neutering secara keseluruhannya dalam RM135..FYI neutering ini bukan SNOWIE je, nanti SPARKY pun nak kena neutering..so anggaran dalam RM270 la jawabnye. Bagi saya kos ni dah cukup rendah berbanding pergi klinik swasta..hurm~hari tu Cole kena jangkitan saluran kencing. semua kos rawatan dan ubatan termasuk warded, dekat RM800 jugak! huahuhuhu~~~So bile fikir balik, ok la xdela terbeban sangat. Cuma kena make sure drg makan makanan yang healthy dan cukup kasih sayang!

 SNOWIE: Pantang disentuh pada bahagian ekor atau perut, kalau sentuh part-part sensetif ini sure dia terkejut & cakar. Antara byk2 kucing Snow agak susah nak potong kuku dia, jenuh nak mengejar dia sb dia memang tak suka.Kalau paksa juga memang dia akan gigit atau cakar. Snow sebenarnye xde la garang mana pun, dia tersangat la baik & manja. Its how we handle him. Maybe hormon dia yang on off dan semakin membesar buat dia sensitif. Saya tak sure snow breed ape, sebab bulu dia sgt fluffy, gebu dan lembut. Malah ekor snow juga sangat kembang dan berbulu panjang tak macam kucing domestic. Snow berasal dari Puchong, saya jumpa pada tahun 2011 pd waktu malam2 masa tu hujan..snow sekecil anak kucing 2 bulan, comot, berkutu dan berkurap. Tanpa fikir 2x saya terus jaga snow. 

 CAGE 3 TINGKAT: rumah mereka berlima.*sparky kat tingkat bawah bersembunyi.

 MARU CHAN: Kucing yang berasal dari petshop kota kemuning.Satu-satunya kucing betina.Sangat bijak, kalau kita buka pintu cage, of coz kucing2 lain keluar cage..tapi Maru tak. Maru akan duduk je dlm cage and tgk je kita..sampai la kita ajak dia keluar, baru dia akan keluar. Dia pandai minta permission. Dia boleh kenal ada suara kita nak marah atau nak panggil dia..Seriously saya dah try byk kali, memang berhasil. Let says maru and the geng nak keluar cage, kita cakap je.."haiippp..!" kucing pertama yg masuk balik cage adalah maru. Hebat kan..hehe.Tersangat jinak apabile berada dlm cage,dia akan bua aksi2 comel tahap dewa.Cyhnya maru akan selit muka atau hidung dia kat tepi cage, senggol kepala dekat cage, melentok2 dsb..walhal sbnrnye sifat maruchan sgt la penakut. Maybe seblum saya adopt maru, dia pernah dibuli masa dia kecil jadi dia takut dgn manusia..mgkn dia selalu disepak atau disergah.So dia jadi penakut. Thats why bile jaga maru 1st time dulu, agak susah nak berkawan dengan dia sb dia sgt penakut.Tapi bile dlm cage dia ok. Dah 3 tahun jaga dia.Maru pandai bg respon dan sgt pandai cium pipi.So benda tu sangat cute untuk seekor kucing.

Vitamin yang selalu saya bagi sebagai makanan tambahan.Fungsinya sama seperti supplement. Meningkatkan kesihatan, emelihara dan memulihkan kesihatan untuk kucing.


Shampoo untuk kucing dan apa saja haiwan yang berbulu, untuk anjing pun boleh. Bukan manusia sahaja perlukan shampoo, kucing pun perlu. Shampoo nie RM30, boleh didapati kat mana-mana Petshop. Fungsi shampoo ini sangat baik, yang penting memudah kucing kita mengeringkan bulu mereka, wangian lavender yang mengharumkan semestinya buat kita lagi sayang kucing kita! 

 ROYAL CANIN: Untuk makanan kucing nie bergantung pada bajet bulanan.Oleh kerana jumlah kucing yang lebih dari seekor, untuk membeli makanan Royal Canin adalah agak membebankan. Adakalanya makanan kucing AIMS, kalau beli pack yang 10kg RM130+ adalah lebih berbaloi. Ikut pada ketebalan fulus masing2. Tapi jangan risau makanan premium seperti Royal Canin, IAMS, Hills Science Plan, Evo, Blackwood sangat baik untuk pemakanan kucing. Sementara makanan commercial kucing yang murah seperti Tesc* Balance (perisa makarel, chicken atau seafood dsb) , Smart H****, Frie****, Whis***..dinasihatkan JANGAN BELI!

Ini pengalaman saya sendiri. Sebelum ini saya kurang tahu dan ambil berat pasal makanan kucing. Saya main beli je kadang2 tukar2 atau main campur je makanan premuim dan commercial. Rupanya makanan kucing commercial yg murah mcm whis**, fries** atau tesc* balance mengandungi garam yang tinggi, bahkan membahayakan kesihatan!!! Boleh menyebabkan sistem penghadamana dan saluran air kencing, kucing tidak lawas, berdarah dan akhirnya menjadi batu karang. Sesetengah makanan kucing ini diperbuat drpd bahan pewarna atau perasa tambahan spt jagung, gandum ataupun soy..

Dulu saya fikir, alah xpe la kot beli je mknn apape at least dorang makan makanan commercial murah, campur makanan premium yg mahal sikit...dpt mkn kira ok la kenyang. Dulu saya campur2 makanan Iams, Blackwood, Royal Canin then campur sikit makanan commercial Smart HE** atau Tesc** Bal**, ingatkan kalau xdpt beli mahal dpt cover dgn makanan murah. Sebab kucing saya 5 ekor, jadi saya terus je beli makanan yg 10kg, sebesar guni. Tapi lama2 baru saya perasan bile 2 ekor kucing saya mengalami masalah batu karang dan masalah saluran kencing akibat pemakanan yang terlalu tinggi kandungan garam. Humm..barulah saya sedar bahayanya makanan commercial nie. Duit nak bayar rawatan kucing lagi mahal dari 2 beg guni makanan premium yang mahal. Mana taknye, makanan murah atau commercial macam fries***, smart he*** atau whis** kebanyakannye ada corn, wheat dan soy dlm mknn tue..benda ini bertindak sebagai filler yg buat kucing kita kencang buat sementara tetapi takde khasiat kps kucing kita..huhu.Bile dah ada pengalaman baru kita berhati-hati dan menjaga kesihatan & pemakanan kucing kita.

Oh ye, kalau nak taw tips memilih makanan kucing nie sbnrnye PENTING untuk kita menjaga kesihatan kucing kesayangan kita, sebab masalah-masalah seperti bulu gugur, bulu tak cantik, kurus kering seperti tak cukup air, berkurap, masalah kesihatan dalaman seperti penyakit batu karang dan sebagainya berpunca dari pemakanan , atau "makanan" yg kita beri kpd kucing kita. Untuk pengguna dan owner kucing yang bijak, kita perlu tahu apa bahan yg ada dalam makanan kucing kita. Bukan main beli je, mentang2 keluar iklan kat tv, maka makanan itu yang terbaik.NO!

TIPS PILIH MAKANAN KUCING:
-Terdapat 3 kategori Makanan Kucing:
1)Paling bagus ialah jenis super premium atau holistic (paling mahal-paling susah nak dapat)
2)premium-paling murah dan mudah didapati (petshop, pasaraya & kedai runcit)
3)commercial (biasa disiarkan dlm iklan tv, jenama F, W & SH)

*Tetapi kandungan bahan makan berbeza. 


1-Super premium atau holistic tidak mempunyai Steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan, jagung, gandum, soy. Kandungan gantian ini tidak elok untuk kucing kesayangan anda. 


Untuk pengetahuan anda, makanan kucing no. 1 & no. 2 (holistic/premium pet food) memang xde kandungan tmbhn spt soy,wheat atau perasa nie. Oleh sebab tue holistic paling mahal dan dikatakan super premium. 


Kalau membeli makanan kucing. Cuba elakkan benda-benda ni, terutamanya yang "by-product", "Perasa tambahan" cthnya makanan kucing murah spt Tesc* balance, Smart H***, Fries**, atau Whis*** yang ada (perisa ikan laut, perisa ayam, daging, makarel ) Kesemua makanan kucing ini sgt economical untuk pengguna yg nak save bajet, atau malas nak ambil tahu apa yg berkhasiat utk kucing mereka..Sebenarnye makanan2 ini mmg murah, tetapi pecaya la TAK BAIK untuk kucing kerana kebanyakan doktor haiwan yang saya temui sama ada doktor kat klinik swasta atau hospital kerajaan rata-rata semua menggatakan makanan ini TINGGI KANDUNGAN GARAM. Ia boleh menyebabkan batu karang kepada kucing anda. Kenapa masih dijual? Senang je kerana makanan kucing ini murah, dan ramai yg beli..dan org yg menghasilkan mknn kucing tue boleh la buat duit byk2. Maka anda yg tak tahu akan 'terkena' bila tiba masanya nanti..


OK. Kat sini saya akan terangkan apa tue "By-product"..kalau nak taw "by-product" nie sbnrnye adalah bahagian anggota bdn haiwan yang manusia tidak makan. Sbg contoh bahagian terbuang dari bdn ayam contohnya paruh, kaki, kulit, kepala, tulang dan sebagainya. Sama juga " beef by-product" atau "lamb by-product. Dah faham skg?


Jikalau anda beli makan kucing perisa chicken. Cuba anda tengok kat bahagian ingredients makanan tersebut. Ada tertulis chicken by-product ataupun poultry by-product. Anda mungkin berkata....."Wah ada chicken nie". Kita pun terus la beli..haa~ sebenarnya "chicken by-product "tu cuma bahagian terbuang dari sisa2 ayam contohnya paruh, kulit, kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Sama juga la " beef by-product" ke atau "lamb by-product" . Ia cuma bahagian buangan yang tak digunakan yang mereka process untuk buat makanan kucing ni. Jadi..anda tak kesian ke kat kucing anda? Dapat makan sisa-sisa anggota bdn ayam yang belum tentu ada khasiat. Oleh kerana itulah "by-product" makanan kucing itu sangat murah.Makanan yang pakai by-product biasanya kering, tak berapa moist dan tidak berminyak. 

Selain itu,anda mesti kena lihat kandungan nutrisi. Kibbles yang bagus perlu ada at least 33% protein. Kucing perlu banyak protein. Lagi tinggi kandungan protein dalam makanan tu, lagi bagus. Tetapi jangan bagi banyak takut cirit birit.


Makanan jenama Fries**, Whis** dan Smart H** dikategorikan sebagai commercial food. 

Hills Science Plan atau Iams juga makanan kucing yang BAIK, ia bukan commercial sebab ada ingredients yang baik iaitu "DL-Methionine" untuk mengelakkan kucing anda terkena batu karang kucing tetapi bukan kategori makanan ini bukan kategori premium sebab masih ada "by-product". 

Manakala Blackwood dan Royal Canin ialah contoh premium food, tidak mempunyai "by-product". Tetapi Blackwood lebih murah dari Royal Canin. Sebab tu ramai orang beli Blackwood. Lebih murah dan ada breeder pack 24kg. Sesuai untuk orang yang ada banyak kucing, beli 24kg terus. 

Manakala Contoh holistic atau premium food pulak ialah macam Orijen dan Evo mempunyai kandungan protein yang tinggi Evo protein 50 peratus.  Jadi terpulang kepada kepada anda untuk mementukan kesihatan kucing anda.



ROYAL CANIN NEUTERED YOUNG MALE/FEMALE: Ini contoh makanan kucing yang saya dapat selepas kucing saya neutered..Biasanya makanan ini bukan untuk dijual. Kalau korang pergi veterinary hospital kerajaan, doktor akan bagi sample makanan ini untuk kucing anda. *make sure ada label neutered...Kalau pergi klinik swasta tak ada, tapi mereka akan syorkan makanan kucing ape yang sesuai untuk kucing anda, dan boleh beli terus di klinik berkenaan dan minta la khidmat nasihat daripada mereka. Nama pun swasta so kos makanan kucing lagi mahal.


ROYAL CANIN  YOUNG FEMALE: Makanan nie maruchan makan  selepas neutered. Sebab dia kucing female, so makanan dia beza.Kalau kucing male pula macam gambar diatas cuma ada label neutered young male. :)
ROYAL CANIN INDOOR: untuk owner kucing yang memelihara kucing mahal, atau memang sejak kecil tak pernah nak bawa kucing anda keluar dari rumah..memamng kucing indoor. Makanan ini sesuai untuk kucing anda. Macam kucing saya, sejak jaga dorang nak dekat 4 tahun saya memang tak pernah keluarkan mereka dari kawasan perumahan takut hilang  T_T uhuhu, yela kita dah jaga gemuk, gebu dan sihat tak kan nak bagi dorang comot2 kat luar bergaduh dengan kucing liar..aishhhh..so kucing2 saya k


**Saya pernah nak terfikir ambil kucig lagi.Tapi atas nasihat kawan-kawan rapat..sementara waktu ni biarlah saya fokus pada 5 ekor kucing saje.Dorang cakap kalau bela byk2 baik saya buka petshop. EH!bagus jugak idea tu.......hihi