Thursday, February 25, 2010

EMPAT CARA LELAKI MENGUCAPKAN MAKNA ‘CINTA’

*SUNGGUH-SUNGGUH MENGATAKAN AKU CINTA PADAMU
Bagi lelaki perkataan mengatakan 3 perkataan ini merupakan satu langkah besar kerana pada mereka ia lebih daripada sekadar mengekspresikan perasaan. Bagi sesetengah lelaki pula, cinta adalah sebuah komitmen dalam kehidupan dan ada pula berpendapat mengundang bahaya.

Takut cinta ditolak menyebabkan segelintir lelaki enggan mengucapkan perkataan keramat. Ini kerana penolakan cinta yang diucapkan kepada seseorang amat menyakitkan perasaan dan ego mereka. Disebabkan alasan ini juga kebanyakan lelaki menanti sehingga hubungan mereka benar2 ditahap serius, barulah mereka berani menyuarakan cinta dalam bentuk kata-kata.
Lelaki yang mementingkan kerjaya dan memegang komitmen biasanya beranggapan bahawa apabila mengucapkan perkataan “Aku cinta padamu” bererti menawarkan sebuah komitmen. Lelaki berfikiran seperti ini, lebih condong mengungkapkan cinta melalui perbuatan atau tindakan, kerana pada mereka lafaz perkataan cinta yang ditaburkan melalui kata-kata hanya sebuah janji. Justeru, lelaki mengatakan ‘aku cinta kamu’ bererti ‘aku tidak akan meninggalkan’ atau ‘aku akan selalu setia’ namun simbolik kepada perbuatan atau tindakan.
Sementara lelaki yang keterlaluan sentimental dalam percintaan menganggap pasangannya seperti isteri dan bertindak menyekat pasangan mereka daripada menjalani kehidupan seharian. Sebaliknya mengubah pasangan mereka menjalani kehidupan yang sama seperti dirinya atau keluarga. Pada mereka pasangan mereka perlu patuh dan segera menjawap panggilan mereka. Lelaki sentimental biasanya hanya memikirkan perasaan mereka terlebih dahulu berbanding perasaan pasangan mereka. Kekerapan untuk bergaduh dalam perhubungan menjadi keperluan kononnya bagi mengenal hati budi masing-masing.



*MEMBERI KASIH SAYANG

Hadiah mungkin menjadi ungkapan sayang. Ada pelbagai jenis hadiah yang seseorang lelaki biasa berikan seperti coklat, bunga, kad-kad ucapan (khusus), namun ada beberapa perkara yang lain yang wanita sering kali tidak menyedarinya. Ada lelaki yang memberikan waktu khusus untuk bersama dengan insan yang disayanginya sebagai bentuk hadiah. Ketika seorang lelaki banyak menghabiskan waktu bersama pasangannya sebenarnya itu adalah cara dia mengatakan bahawa dia memilih anda untuk dicintai. Lelaki yang berkomitmen bertindak meluangkan waktu bersama pasangannya namun sering kali kurang disedari oleh pasangannya kerana lelaki jenis ini memilih ‘private time’ hanya untuk pasangannya dan apabila meluangkan masa bersama teman-temannya dia kurang gemar menonjolkan pasangannya. Hal ini demikian kerana bagi dirinya pasangan yang dicintainya hanya untuknya bukan untuk ditonjolkan kepada teman-temannya. Apabila hubungan sudah serius barulah lelaki seperti ini akan melangkah mengenalkan teman-teman yang dipercayainya untuk mengetahui siapakah pilihan hatinya. Oleh itu, wanita harus memahami lelaki berkomitmen yang bertindak memberi hadiah kasih tanda sayang seperti ini.

Lelaki yang agak sentimental biasanya bertindak menonjolkan pasangannya kepada keluarga dan sanak saudara, dan semua rakan lelakinya.Tujuan utama lelaki jenis ini adalah untuk memberi pemberitahuan kepada semua bahawa dia bersama pasangannya sekarang dan tidak mahu ada pihak yang cuba mengganggu pasangannya kerana baginya pasangannya adalah wanita yang dimiliki olehnya. Lelaki jenis ini juga adakalanya terlalu bangga menonjolkan teman wanitanya. Lelaki jenis ini cenderung menuduh pasangannya terlalu sosial kerana jika ada lelaki lain yang berminat dengan pasangannya si lelaki lebih mudah untuk cemburu. Walhal dia yang memperkenalkan pasangannya kepada rakan-rakan lelakinya.

 
*MENUNJUKKAN KASIH SAYANG
Bagi sesetengah lelaki, mereka beranggapan ucapan tidak penting untuk menunjukkan rasa cinta, kerana melihat kasih sayang sering dinilai dengan memegang tangan, membelai dan bersikap sangat melindungi. Lelaki juga tidak mampu membendung perasaan mereka apabila mereka sudah benar-benar jatuh cinta. Sebenarnya sebahagian besar lelaki dengan mudah dapat meluahkan perasaan mereka dengan pasangan apalagi jika hubungan mereka dengan pasangan sangat rapat. Dan biasanya apabila sesuatu perhubungan itu sudah terlalu intim, nilai sentuhan membuktikan kepercayaan dan kecintaan lelaki terhadap pasangannya.

Ada lelaki yang sudah berada dalam sebuah ikatan suci, lelaki tidak lagi merasakan ucapan penting dalam menunjukkan cinta mereka sebaliknya mengungkapkan betapa besarnya cinta mereka kepada isteri menggunakan hubungan badan. Bagi mereka kata-kata sudah tidak sebesar ertinya berbanding dengan melaksanakan erti cinta itu sendiri. Sebaliknya ramai wanita mahu pasangannya mengungkapkan perkataan sayang seiring dengan sentuhan dan lelaki perlu sedar akan kasih sayang yang diperlukan oleh wanita agar perhubungan yang disimpul memberi manfaat kepada kedua-duanya.



*MENGENALKAN KEPADA KELUARGA
Cara lain lelaki mengucapkan “aku cinta padamu” adalah dengan membawa pasangannya untuk bertemu dengan keluarga, sanak saudara dan teman-temannya. Dengan membawa pasangan bertemu keluarga bermakna lelaki tersebut bersedia menjalinkan hubungan dengan insan yang mereka sayangi dan menginginkan keluarganya restui hubunganya dengan gadis pilihan hatinya sendiri. Ini juga menunjukkan bahawa lelaki seperti ini juga mahu keluarganya memahami kehendaknya agar hidupnya perlu mendapat sokongan dan membawa keluarganya mengenali hati budi teman hidupnya.
Dengan membawa anda bertemu dengan kaum keluarga dan sahabat baiknya, memberi petunjuk bahawa lelaki tersebut mempunyai perasaan yang mendalam terhadap pasangannya dan mahu pasangannya mengenali orang-orang yang terpenting dalam hidupnya selama ini. Hal ini menunjukkan lelaki memberikan komiten dalam perhubungannya dengan pasangannya, dan sudah merancang sesuatu yang serius dalam hatinya. Dan ini membuktikan kepada pasangannya bahawa perasaan cintanya terhadap orang yang disayanginya bukan mainan.

FAKTA MENGENAI COKLAT~Lelaki perlu tahu!

FAKTA MENGENAI COKLAT
Jika anda penggemar coklat, ini merupakan berita baik untuk anda. Coklat dikatakan mampu meningkatkan daya ransangan seks dan mencegah penyakit jantung yang rata-ratanya adalah lelaki. Coklat dikatakan mengandungi fitokimia yang meningkatkan pengedaran darah dan mengandungi endorphin iaitu bahan kimia yang meningkatkan perasaan gembira dan daya ransangan seks. Terdapat tiga jenis coklat iaitu pahit, kosong dan susu. Coklat pahit yang dikenali sebagai flavonoid terbukti dapat memperbaiki kesihatan jantung kepada lelaki, apa kata tukarkan rokok kepada coklat pahit kerana ia lebih berkhasiat.

ENAM PERKARA DIPERLUKAN LELAKI!

1. LABU
Elak kemandulan. Sayur labu kaya dengan khasiat, kandungan beta karotena yang bertindak sebagai antioksidan yang penting dalam memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak. Biji labu kaya dengan galian besi dan magnesium yang sangat diperlukan oleh untuk kesihatan lelaki. Ia berupaya mengatasi masalh penyakit yang melibatkan pembesaran pada kelenjar prostat. Penyakit kelenjar seperti hipertrofi prostate boleh menyebabkan kerosakan pada kelenjar yang boleh menyebabkan kemandulan.

 
2.BAWANG PUTIH
Galakan penghasilan sperma. Sebahagian besar masyarakat kita menggunakan bawang putih sebagai bahan utama dalam apa jua jenis masakan.Tahukah anda bawang putih bukan sahaja boleh memanaskan tubuh dan mencairkan kahak, ia juga sebenarnya sangat berkhasiat dimakan oleh kaum lelaki kerana rasa panasnya dapat menggalakkan sperma.

3.SENAMAN
Jangan terkejut jika anda melihat orang muda diserang strok. Secara teorinya strok boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Terdapat statistik menunjukkan bahawa 100 penghidap strok, 10% sehingga 20% terdiri daripada golongan yang berusia sekitar 40-an. Strok biasanya terjadi apabila aliran darah ke otak terhenti disebabkab olehg pembuluh darah yang tersumbat (iskemik), serta pembuluh darah pecah (hemoragik). Pembuluh darah ini tersumbat akibat pengumpulan lemak ang mengandungi kolestrol yang dipanggil plak. Apabila plak mengeras ketika seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi, pembuluh darah akan mengembang dan pecah (hemoragik). Biasanya golongan muda akan diserang oleh strok dari jenis ini. Tekanan darah tinggi adalah faktor utama golongan muda diserang strok. Langkah berjaga-jaga, amalkan cara hidup yang sihat, bersenam tiga kali seminggu dan atur pola pemakanan anda supaya lebih seimbang.
4.TIDUR DAN DIABETIS
Sekiranya anda suka menghabiskan masa dengan tidur, mungkin anda perlu menukar tabiat itu. Satu kajian di Yale menunjuk lelaki yang tidur lebih lapan jam sehari akan berdepan dengan risiko untuk mendapat diabetis tiga kali ganda lebih banyak berbanding dengan mereka yang hanya tidur enam jam hingga lapan jam sehari.

5.LELAKI LEBIH AWET MUDA
Pernahkah anda mendengar fakta mengatakan lelaki lebih awet muda berbanding wanita? Lelaki lebih awet muda kerana kulit muka mereka lebih tebal berbanding wanita. Kulit wanita yang nipis lebih terdedah kepada matahari dan menyebabkan ia mudah untuk berkedut dan nampak tua. Bukan itu sahaja, darah lelaki lebih pekat dan ini bermakna kandungan oksigen dan tenaga mereka juga lebih tinggi.