Bersyukur kepada Allah SWT mesti dilakukan oleh setiap manusia seperti FirmanNya yang bermaksud:-
“Dan syukurilah nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepadaNya.” – (Surah an-Nahl, ayat 114)
Cara nak bersyukur tu banyak. Allah Maha Berkuasa tidak mengira ruang, masa dan waktu. Walau dimanapun jua nikmat Allah itu dimana-mana. Setiap hari kita dilimpahi dengan nikmat Allah Yang Maha Pemurah. Setiap hari manusia diberi dan terus diberi oleh Allah Yang Maha Pengasih. Sebutkan saja nikmat Allah berikan, yang paling hebat pada diri kita..dari rambut kepala, mata, telinga, hidung, bibir, wajah, leher, bahu, lengan, tangan, jari jemari, peha, betis hingga ke hujung kaki..itu belum termasuk organ dalaman, belum termasuk akal fikiran, hati, perasan, emosi. ROH..MasyaAllah tak terkira...itu baru nikmat diri sendiri...nikmat deria penglihatan mata, untuk kita lihat orang-orang yang kita sayangi, nikmat deria rasa untuk kita merasa makanan dengan lidah, deria sentuhan untuk kita merasai pelbagai bentuk sifat bulat, bersegi, berlekuk..macam-macam.
Dengan itu bersyukurlah. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang bukan semua orang dapat merasa nikmat yang kita rasakan..kurang kasih sayang, penuh kasih kecintaan, dicintai, dicelakakan, dipukul, diluka, diperbodoh, diperalat, dizalimi, rasa susah, derita...rasa hebat,..macam2 rasa yang kita rasa (mgkn bukan semua rasa sama seperti yang kita rasa) dan bukan semua orang sudah menikmati apa yang kita nikmati.
Kenapa perlu kita lihat rumah banglo, villa besar yang bertingkat, yang sudah pasti berjuta harganya sedangkan jika periuk nasi dirumah kita sentiasa penuh dengan nasi, tilam dibilik masih boleh medodoikan tidur malam kita, rumah pangsa bertingkat suda cukup melindungi diri kita dari panas dan sejuk.Mengapa perlu bandingkan diatas.Sedangkan dibawah ada lagi kehidupan yang kasihan.Cuba fikirkan mereka yang terpaksa kais pagi, mkn pagi..kais petang makan petang..atau mereka yang cacat kurang anggota badan, sudahlah orang kurang upaya, miskin lagi tidak punya rumah..hanya tidur dikaki lima, tidur atas simen tidak berselimut berbantalkan hanya lengan,ditemani lipas-lipas yang menyelinap bersorok di antara baju yang koyak dan lusuh. Kadang-kadang makan cuma roti kosong. Yang terpaksa diceraikan (kemudian disimpan untuk bekalan esok) untuk mengalas perut.
Kenapa perlu mengeluh bila itu kurang, ini kurang..Cuba fikirkan orang yang susah, kadang-kadang mereka tak mandi berhari-hari, mungkin berbulan..air yang ada hanya untuk disimpan sebaai bekalan minuman.Bersyukurla kerana dengan bersyukur kita tidak kehilangan apa-apa. Malah dengan memanjat syukur Inn sha Allah rezeki kita sentiasa bertambah dan terbuka. Hidup pula akan sentiasa bahagia kerana sekecil manapun nikmat kita tetap bersyukur kepada Allah.
"Dan (ingatlah) tatkala Rab (Tuhan) kamu memberi peringatan:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (nikmat) kepada kamu,
dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) sangatlah pedih.”
(Surah Ibrahim: Ayat 7)
Ingatlah, sesungguhnya, bersyukur kepada Allah SWT adalah untuk keuntungan manusia semata-mata. Allah SWT tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hambaNya. Sebaliknya, Allah SWT juga tidak akan rugi apa-apa dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh hambaNya. Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa yang engkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya lagi Maha Mulia.” – (Surah al-Naml, ayat 40)
Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin tenang. Mereka akan bertambah dengan penciptaNya dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu digunakan untuk kebaikan sesama insan. Justeru, marilah kita mulanya rasa bersyukur ini dengan melafazkan kata-kata Alhamdulillah setiap masa dan ketika, waktu senang atau susah. Semoga hidup kita diberkati Allah SWT.