Tuesday, March 31, 2009

SINIS?KASAR?kata-kata aku memalukan..aku terus dikecam?

Mana capik tolonglah pimpin..
Mana buta tolonglah pandu..
Yang tuli tolonglah khabar..
Yang lemah tolonglah papah..

Apa respon korang bila aku highlightkan tajuk tu?Sengaja aku selitkan puisi tu membawa makna yang dalam maksudnya..Jangan risau aku tak sentuh isu2 sensitif..Cuma risau kalau2 kata aku kalau disalahertikan lagi..sambil aku berfikir nak mengatur ayat ni..aku balik2 mengingatkan diri aku..yg “aku sedang diperhati golongan tertentu” setelah ada yang mula tersedar kata2 aku menyentuh perasaan mereka…Hari ni aku nak membangkitkan benda2 yang kecil diperbesarkan oleh orang2 tertentu.

Aku nak respon sikit tentang blog aku yang dipaparkan hari tu. Aku bagi dua respon positif dan negatif..dalam blog yang dipaparkan di notis board ISInya..menyedarkan sifat manusia yang kadangkala terlupa nak berterima kasih.(Benda tu aku tengok tak sepatutnya berlaku)..Jadi patut ditegur. Itu sahaja. Jadi aku menegur disini..sebab disini ruang untuk aku meluahkan tentang apa yang rasa aku..yang tak semua orang akan sedar, rasa dan faham. Aku lebih selesa menulis tentang apa yang aku rasa..

Kan lebih baik aku meluah disini sebab inilah saluran yang betul untuk aku meluahkan isi hati aku…(daripada mengumpat sana sini tak sudah2?mengata itu ini?bagi flies/buat sepanduk/banner ka..blackmail ka) kan lebih baik aku menulis sebab itu cara aku berkongsi dan meluah pandangan, lagipun setiap orang ada caranya tersendiri. Ada yang meluah dengan melukis. ada yang meluah dengan membuat bait puisi..meluah dengan tarian atau meluah dengan berteater….CARA aku?aku meluah diblog aku. BUKAN NAK TUNJUK HEBAT dengan berkata2 kosong atau berkata dusta..AKU SEKADAR MELUAH. CUKUP itu saja. Tapi ada orang yang tak faham dan cuba merumitkan keadaan aku..mengata aku ni cuba menjatuhkanlah..memburukkan keadaanlah…berbahasa kasarlah..lantang bersuara tak kena tempat…aku memalukanlah….salahkah aku menegur?atau ada yang tidak sanggup menerima teguran?

Emosi dorang mengacau emosi aku untuk meluah sekali lagi disini! Aku tidak mintak pun orang menyebelahi aku bila aku mengutarakan luahan aku..Aku tak mintak pun orang menilai aku sebab semua tu terpulang la pada individu tu sendiri. Kalau yang faham niat aku mesti ada yang akan cuba memperbaiki diri..tapi yang tak faham2 akan terus mengecam aku, bersemuka dengan aku dan meminta penjelasan…sebab?ntah mungkin terasa..(sekali lagi aku tetap tegak dengan niat aku mengkritik demi membina dan memperbaiki apa yang kurang dan lemah..)Aku cuma meluahkan apa yang aku lihat..apa yang tidak disedari oleh segelintar pihak..Niat aku cuma nak membina apa yang aku rasa perlu ditambahbaik.

Tapi ternyata apa yang aku humbankan diblog…disalaherti? Apapun respon orang tentang kata2 aku itu hak masing2..aku yakin dan sedia maklum..apa yang aku tulis mesti ada yang respon pro dan kontra. Aku rasa sesiapa pun ada hak bersuara. Dan ada hak menilai..terpulang pada individu itu membuat acuan masing2 tentang pandangan mereka.

Aku cuma terpanggil untuk menulis tentang apa yang aku rasa nak diluah..tentang apa yang aku pendam..itu hak aku sebagai individu..Kalau tiada pihak yang mahu mendengar pun takpa, sebab aku tak mintak untuk didengar..blog aku cukup sekadar untuk tempat aku MELUAH..aku perlu meluah sebab suara aku tidak sampai dihati2 orang yang tuli dan buta….(hakikatnya mereka boleh melihat dan mendengar) Takkanlah aku hanya perlu berdiam diri melihat apa yang terang dan tersuluh, dengan buat2 tak tau (walaupun aku tau?) seolah2 meminta aku menjadi hipokrit menutup segala kesalahan..atau kekurangan..demi menjaga nama baik?

Sedikit renungan*..aku faham tidak semua orang boleh menerima pandangan dan teguran.(ada yang sengaja bagi alasan aku bersuara tak kena pada bertempat) terutama sekali bila kita bercakap @ menyampaikan tentang sesuatu yang benar…kan kebenaran itu pahit? (secara sedar@tidak sedar). Apapun kena INGAT semua itu terpulanglah pada setiap individukan? Kalau Faizal Tehrani atau RENDRA lantang bersuara melalui penulisannya..kenapa tidak aku..?Aku bukannya nak menjadi macam mereka, tapi tertarik dengan langkah dan cara mereka meluahkan perasaan demi menyedarkan manusia tentang apa yang berlaku disekeliling…jadi kenapa perlu disekat apa yang perlu diperbetulkan..kenapa tidak diambil ikhtibar tentang apa yang terjadi? Kenapa perlu diperkotak katikkan isu yang kecil menjadi besar? Kenapa perlu asyik mencari yang negatifnya daripada mencari cara pembaikpulihnya?kenapa tidak dilihat isu yang aku cuba sampaikan?isu tentang perubahan sikap kita..kenapa perlu menilai sesuatu yang buruk seperti yang sedang dilakukan oleh orang yang salaherti blog aku ni?

Orang asyik berkata..blog aku mencetus kontroversi..Aik??iya ka??adakah apa yang aku kata dalam blog aku ada berbaur politik?atau melanggar mana2 Akta universiti?Atau blog aku menimbulkan isu perkauman?Adakah blog aku menyekat orang lain berkarya atau memberi pandangan??Aku gunakan blog aku sebagai saluran yang betul..tolong jangan salah anggap atau memutarbelit ayat aku kemudian menyalahertikan intipati didalamnya. Aku meluah, sekadar meluah.. terpulanglah pada setiap orang menilai..Kenapa disini?Masalahnya, payah bila nak menegur orang didepan2 ni(tak semua boleh terima) MUNGKIN yang hendak ditegur tu..pemikirannya terlalu abstrak atau tak sebaya dengan peringkat umur aku….atau mungkin ilmunya lebih jauh berpengalaman dari aku..atau mungkin ada yang hanya memikirkan dirinya saja yang betul…(aku cakap ‘mungkin’..) atau mungkin ada yang buat tak tau ja tentang sesuatu perkara @ masalah disekeliling..(walaupun hakikatnya ada hal tu disedari tapi sengaja DIAMkan..ehem..yelah demi menjaga nama baikkan?) Biasanya, orang yang salahertikan niat aku akan membuat perumpamaan apa yang aku tulis@kata2 aku seolah2 menghasut orang sekeliling (kononnya dengan portfolio yang aku pegang sekarang)

semua orang boleh berfikir..tak payah nak dihasut..baik buruk seseorang tu orang akan dapat lihat dan nilai sendiri…ada yang salaherti niat aku, mengecam kata2 aku mengatakan aku menyebabkan nama baik dirumah sendiri terbuka??aku pelik dengan sikap segelintir pihak yang cuba memutar belit niat aku….seolah2 aku ni kecaman buat mereka. Aku sedar aku perlu menjaga nama baik rumah sendiri..cara aku menegur mungkin agak sukar diterima oleh sesetengah pihak.…Bagi aku menjaga nama baik tu memang sangat penting dan perlu diselimut beramai2 dengan penuh kesepaduan. Jika aku terkasar bahasa menegur, aku secara terbuka disini meminta maaf terasa amat kesal jika tindakan aku akan merosakkan nama baik aku sendiri atau rumah aku.

Sekali lagi aku tegaskan, apa yang nak aku bawa dan fikirkan dalam blog aku sekadar LUAHAN aku sahaja. Terkadang nak memberi orang tu sedar, kita perlu lantang bersuara dan berani kerana benar. Habuannya? Sudah tentu pahit..bila bercakap benar orang tak terima, dan kita pula yang cuba dipersalahkan kembali..Harapan orang yang meluah..empunya blog ni cuma nak menutup kelemahan dengan menyedarkan apa yang terdedah oleh isi didalamnya atas perbuatan sendiri..(secara sedar atau tidak)…Benda tu perlu sama2 dibaiki ke arah sesuatu menjadi jauh lebih baik..sebab itu nasihat,teguran tu PERLU. Kalau sekadar cakap bertapis, manis mulut dan nak menjaga hati demi ‘kawan’..baik tak payah. Tindakan kita tu menjahanamkan lagi kawan kita..menjaga nama sendiri maknanya diri tu hipokrit..kita tak menyedarkan kesilapan masing2..

ISUnya tak la besar sangat. Aku orang yang mendengar luahan dan hiba perasaan mereka, turut ‘terasa’.. jadi aku menulis disini…sebab sekadar MELUAH RASA…yang mereka patut dihargai walaupun secebis tenaga yang mereka sumbangkan. Respon aku dengan penampalan blog dinotis board hari tu positif, aku berterima kasih dengan orang yang membantu menampal blog tu..ada juga orang tersedar tentang ‘adab berterima kasih’ sesama manusia… Yang negatifnya..bila ada ura2 mengatakan blog aku dipaparkan hari tu bertujuan untuk menjatuhkan aku…atau menjatuhkan mana2 pihak dan rumah sendiri? Kenapa ada yang berkata macam 2? sebab adanya pihak yang tersalah sangka dan ‘terasa’, menyangka tujuan aku menulis blog tu, seolah2 menjatuhkan mereka.(hakikatnya niat aku cuma nak menyedarkan apa yang berlaku setiap kali ada ‘individu2’ diperlukan memberi khidmat bantuan, sifat berterima kasih dan menghargai semakin dilupakan…)

Isu seterusnya, aku melihat persembahan. Mutu persembahan tu sama ada perlu dipertingkatkan atau diperbaiki atau ada kelemahan..semua itu pandangan aku sebab aku yang datang melihat. Pada aku la…semua orang berhak memberi pendapat. Tapi yang anehnya…ada ura2 bercakap kalau aku meluah dalam blog seluruh dunia akan mendengar dan membaca blog aku. Kesannya?aku memalukan nama sendiri memburukkan rumah sendiri....jadi aku dilarang untuk bersuara, meluah..saluran aku meluah disekat..ADILKAH?Atau mereka takut aku berkata terlalu jujur dan lantang?? Alamatnya..kalau aku memberi pendapat aku bakal menerima kecaman?..atas alasan aku memegang portfolio tertentu, keterangan aku dianggap luar biasa…..lagi bahaya berbanding pelajar lain..aku rasa benda ni macam dah jadi satu benda yang berbaur peribadi la pulak kan?…yelah ada yg terasakan, payah nak menerima teguran..(ni la yang negatifnya) kalau aku disekat bersuara..jadi pada siapa aku harus mengadu??pada siapa aku harus meluah?Jadi dimana harus aku lontarkan pandangan aku..idea aku..?Luahan aku tidak memerlukan apa2 pengiktirafan...Blog aku CUKUP sekadar untuk aku meluah!jadi mengapa perlu aku bersuara disekat??

Ada yang melihat, membaca dan membuat respon @ kesimpulan kata2 aku agak sinis…kasar..atau memalukan. Malah ada yang memberi pendapat aku patut guna ayat2 atau bahasa yang lebih halus…(Benda tu boleh dipertimbangkan) lagipun niat baik aku adalah untuk menyedarkan diri aku dan orang disekeliling..niat nak membina..niat nak memperbaiki kelemahan cuma malangnya, bila niat aku diusung diceritakan menjadi kabar busuk dijajah dan diputarbelit disalaherti…

Kalaulah aku mampu sedarkan alpa..
Akan aku sedarkan mereka
Akan kulaungkan seisi alam
Tentang kedunguan semalam..

Rumah perlu dimuafakat
Suapkan budaya memaafkan
Telingkah kita sedarkan
Lemah kita atasi
Teguran membaiki diri

Adakah aku pacal yang hina akan didengar?
Atau hanya diludah kerana bercakap benar?

SANDIWARA HIBA

Aku mengeluh hiba
Melihat rentetan sandiwaraRasaku disalaherti..dihumban!
Kerana memerli golongan terasa

Kulontarkan bait terus menyentap
Kebenaran
Tutup kata mereka..
Rakus memalukan mereka!

Sesal mana yang kau sesalkan..
Tersipu dikata..baiki rasa lemah..
Jangan pernah lewat putus asa
Sedarkan cerminan manusia

Dibalas penuh sinis
Kata mereka tinta dan suaraku
Mengundang pekung didada..
Lantas baru kalian sedar?
Porak itu kamu ciptakan

Aku pulaskan keringat
Melihat sandiwara hiba..
Pada mata yang melihat
Pada telinga yang mendengar
Pada mulut yang bersuara
Pada reaksi yang bergerak

Kalaulah aku mampu sedarkan alpa..
Akan aku sedarkan mereka
Akan kulaungkan seisi alam
Tentang kedunguan semalam..

Rumah perlu dimuafakat
Suapkan budaya memaafkan
Telingkah kita sedarkan
Lemah kita atasi
Teguran membaiki diri

Adakah aku pacal yang hina akan didengar?
Atau hanya diludah kerana bercakap benar?

Rumahku cerminan duniaku..

Aku tidak pernah menghina
Tentang keindahan berbahasa..

Aku tidak pernah mencelah
Tentang keindahan tarian ditarikan..

Aku tidak pernah mentertawa
Tentang keindahan hasil lakaran

Aku tidak pernah memekakkan telinga
Mendengar keindahan muzik mengalunkan irama..

Aku mana bisa tertawa
Melihat lakonan drama manusia
Dipentaskan..

Kerana semua isi rumah dan duniaku adalah
Punya rasa dan nilai tersendiri..

Aku cuma mengeluh tentang rasa
Manusianya..
Sifatnya..
Padunya..

Sajak Pertemuan Mahasiswa..

Aku bertanya:
Mengapa maksud yang baik tidak
Selalu berguna?
Kenapa maksud baik dan maksud baik
Bisa bertelagah?

Orang bertanya:
“Kami ada maksud baik”

Dan kita menjawab:
Maksud baik untuk siapa?

Ya!ada yang jaya, ada yang terhina,
Ada yang bersenjata, ada yang terluka,
Ada yang duduk dan ada yang diduduki..

Dan kita disini bertanya:
“Maksud baik saudara untuk siapa?”
“Saudara berdiri dipihak yang mana?”

Kenapa sesuatu yang baik,
disemakin banyak mengundang duka?

Dibawah matahari ini kita bertanya:
Ada yang menangis, ada yang mendera..
Ada yang habis, ada yang mengikis..
Dan maksud baik kita berpihak yang mana!

Yang tidak bernama

Kerna aku tidak menemui kau dirumah
Aku menyusulmu disini
Aku enggan keluar selagi kau tidak mendengar
Aku ingin mengulit batinmu yang terluka
Kepada jiwa yang mengajarku maksud baik
Mata air yang membasuh luka-lukaku..
Kini rumah kita tidak semeriah dulu lagi
Kini rumah kita terasa sunyi..
Kini rumah kita tidak ada yang bertegur sapa
Apa lagi perlu diperkatakan?
Semua orang tahu hidup sudah berubah
Tak usah kau tahu aku mengejar
Menggadah wajahmu
Menyiram benih harapan
Nyawaku bisa tergadai
Semuanya hancur didasar yang dalam
Gelap.
Hening.
Sunyi dan dingin.
Tanpa ada sesiapa..
Bila kau dibuang
Kau tersedar aku yang jauh terbenam
Baru kau sedar aku pernah menyusulmu..
Biar tubuh hancur dikubur,
Tapi semangatku tidak pernah terkubur!