Kebetulan
Aku mengalah dan bersandar pada kata-katamu
Kita hanya kebetulan
Dua jiwa yang saling tertawan
Kerana cinta pada bau hujan
Warna-warna sepadan
Dan senja yang menawan
Aku mengalah dan bersandar pada kata-katamu
Kita harus saling melepaskan
Dua jiwa yang saling tertawan
Kerana takut pada kesunyian
Aku akan kedinginan
Terburu buru di sebuah pertemuan
Ya Sayang
Barangkali kita hanya sebuah kebetulan
Kebetulan yang direncanakan.
Puisi
(Karl agan)