Thursday, December 12, 2013

SIKAT SERBAGUNA ATAU LIDAH KUCING (Papillae)

Kalau anda memelihara kucing, pernahkah anda dijilat oleh kucing kesayangan anda ketika anda berikan kucing anda makanan atau minuman? atau pernahkah anda melihat rupa lidah kucing anda? Mesti rasa geli apabila dijilat oleh kucing kesayangan anda..atau terasa lidahnya kasar seperti ada jarum pendek yang kasar. Nah..!lidah kucing itulah berfungsi sebagai sikat kepada mereka.  



Kalau anda nak tahu, lidah kucing ada fitur yang disebut sebagai "Papillae". "Papillae" merupakan sesuatu yang tumbuh dibahagian lidah kucing, yang menyerupai rambut. Biasanya pertumbuhan yang meyerupai bentuk rambut ini tumbuh dalam keadaan melengkung ke dalam dan kuat. Ini kerana strukturnya terbentuk dari zat kertin, zat yang sama seperti yang terdapat pada kuku manusia.

Fungi "papillae ini macam-macam, salah satunya berfungsi untuk menyikat rambut atau bulu pada badan kucing. Mesti anda dah biasa tengok perilaku kucing anda yang gemar membersihkan dirinya dengan menjilat bulu setiap kali selepas dia makan.

Selain daripada itu, fungsi lidah kucing juga adalah untuk mencengkam makanan dan berburu. Selain taringnya yang tajam dan kuat,  mangsa * (cthnya tikus, ular, lipas) yang digigit oleh kucing akan sukar untuk melepaskan diri kerana lidah kucing turut mengenggam dan mencengkam makanannya. 

Bagi kucing liar, lidah kasar ini digunakan untuk "mengupas" daging mangsanya yang menempel pada tulang, sehingga tidak ada lagi sisa daging pada tulang mangsa. Selain itu juga dengan lidah, kucing dapat mengambil makanan yang kecil yang jatuh di lantai. Kalau anda perasan, setiap kali kucing anda makan kibbles yang kecil, mereka akan menggunakan lidah mereka untuk menggigit kibbles tersebut dengan tangkas. "Papillea" ini lah yang berfungsi sebagai deria perasa bagi kucing, jadi kucing memiliki selera makanan yang lebih berbanding anjing.





REALITINYA?


"Wah ko dah berlakon sekarang? 
(aku dah lama berlakon sejak 2009, cuma byk telemovie or drama x on air je, atau maybe ko tak prsn sb watak aku pun kecil je and aku takde la pemes sb aku baru lagi..........................ko rase? ) **aku matikan je suara hati aku..**SENYUM**
" Hebatla ko....! memang popular la lepas ni..!" 
(AMIN. Tipu la kalau berlakon, kita "tak nak" dikenali ramai dan disayangi sb org kenal watak yg kita bawa, and kita berhasil bawa watak itu dgn baik, kalau x meyakinkan pun dlm 30% menjadilah drpd takde kan.......huhu) **TARIK NAFAS**
"Weh dah sombong sekarang, mentang-mentang dah femes!!" 
(STOP.femes ke? ayat sombong tu mcm bom yang meledak kat jantung aku ..aku rasa aku continue life aku sama macam dulu kot, cuma mungkin lebih gigih...rasanya ko yang tak penah nak update atau ambil tahu psl kehidupan aku sb aku  ni nothing pd ko and ko cuma taw psl aku bile aku keluar tv je kan? tolong jangan menipu..It's ok aku phm.Aku terima) **CHILL OK**
well you know..
THIS IS SUCK...!!!
To be honest..aku manusia jugak kot.Ada masa aku sakit, ada masa aku luka. Ada masa aku terasa..Cuma mungkin aku tak tunjuk. Aku pilih diamkan je.Sebab apa yang orang nak tgk adalah kita treat drg baik2, tapi bila kita buat silap kena pasrah dan let it be.HADAM. sumpah prsn tue mcm sh**.Boleh gila kot..ko tak boleh nak marah..ko kena hadam.
Terapi yang baik. Menulis atau meroyanla ko kat twitter atau blog? tak pun p meluah kat geng yang sekepala..Ada yang baca, drg faham situasi and drg faham prsn ko. So drg akan senyum give no feedback (coz they see, they understand) kalau yang tak phm bhs and buat2 tak paham maka kena bom la kau. (lantak la ini blog aku!)
Seeing myelf... I keep dreaming, believing and trying my best,  my really best to make it happen! Although its not as simple as you see. trust me!
And to be honest aku tak pernah menghadap tv tertunggu2 bile aku nak keluar tv.
Gile awkward perasaan tu...??!! aku tak se eager itu or that excited sigh~~  =__="
TRUE. Memang ada manusia yang menggilai wajahnye sendiri, maka post gambar selfie berjuta, atau tgk drama lakonannya berjuta kali siap download and save utk future =_='  aku tak salahkan dia..biarla dia nak buat apepun kan, asalkan dia bahagia..selagi dia x ganggu life kita, eh aku...kan? Aku just malu..jangan tanya mengapa.Aku sendiri tak tau kenapa.huhu..
Sejak hosting aku dipaksa tgk penyampaian aku masa mock up, aku tutup muka kot! GILE~ dgn xde experience and ko biar and dengar je org kritik ko.DEM!rasa mcm nak sumbat muka dalam baldi je kot!Apapen inilah namanya proses pembelajaran.. so even though kau dah dekat bertahun ada experience, either ko berlakon atau hosting doesn't mean ko hebat atau bagus.
REALITINYA...Kita ni kena sentiasa ada rasa rendah diri, jangan mudah berpuas hati, jangan mudah berputus asa, perbaiki diri dan kita kena sentiasa terus menerus tunjuk yang kita ada kemajuan/peningkatan sama ada dri segi diri atau produk. Biar mereka lihat hasil kita. Biar yang mendidik kita bangga, kita "MENJADI" bukan sekadar bahan ujikaji mereka. Walaupun orang ckp hebat mcmana pun kalau ko, suddenly bile ko ada dengan "org lama", ko tetap LOSER di mata mereka..so (takpe aku paham) sabar ok! just keep down to earth and perbaiki diri. Biar org anggap kita nk sntiasa nak belajar..sebab kalau kita la kononnye kita nie dah pandai xde nye benda2 yang "baru" kita kenal, atau "baru tahu" tetibe kita jadi blur kjap. hee~
Kadang-kadang orang kata berlakon itu memberi kepuasan. Betul. Aku setuju..sebab kita dapat bermain lakon dan melakonkan watak-watak yang adakalanya bukan sifat atau karakter diri kita sebenar. Kau nak jadi jahat, jadilah sejahat-jahat ko mampu untuk audience yang tengok tu rasa, mmg gile jahat syaitonnirojim ko nih..tapi kena la dengan kreativiti ko. Tak kisah la method ape ko nak guna..ikut ko la.Sedangkan ketawa pun ada ko ada mcm2, ketawa sinis, ketawa suka, ketawa lucu, ketawa jahat, ketawa takut, dan mcm2 lagi apetah lagi watak jahat..so be creative.
REALITI..Dalam proses pembelajaran mengenali diri, mengenali karakter (watak), mengenali rakan sekeliling dan tindabalas pergerakan dalam lakonan...aku cuba sedaya upaya mengaplikasikan apa yang aku belajar ke layar perak. Gerak tubuh, pengucapan dialog, external mahupun internal..tapi apa yang agak "mengekokkan"  aku (*ada x ayat ni? aku main blasah je) bila aku susah nak kawal nervous..atau "camera shy" kalau teater dipanggil "stage fright"...bila ini terjadi, maka aku akan merapu. cis~ benda ni selalunya akan terjadi apabila aku cuba sampaikan kemahuan skrip, tapi director tak nak mcmtu..lepas tu bila kena campur tangan pihak kedua dan ketiga, maka disitu ada 3 direktor wujud dan aku mula konpius and masing2 nak aku buat lain2....sorang ckp mcmni, sorang lagi ckp mcmni.So ko rase?? situasi ini la akan mengekang kreativiti aku. Tapi aku tak salahkan mereka, pada aku sebab mereka la aku boleh ambil, sikit, sikit dan sikit menjadi satu karakter ikut kemahuan mereka..so aku jadi pak turut huhu..dan ini kekok OK! so benda tu jadi tak natural. Humphhh...Apepun, tugas seorang pelakon adalah menyampaikan bentuk lakonan dengan jayanya.So apapepun aku kena atasi. =_="
SATU REALITI...Adakala aku menjadi stress bila mengulangi proses yang sama. Adakalanya otak kita cepat untuk memproses satu memori pergerakan, mengarah anggota badan kita utk bertindak, so bila proses pengulangan yang memerlukan aku mengulangi perbuatan yang sama..aku akan segera mencari teknik lain atau kreatif kan dri aku supaya aku tidak menyerupai tindakan yang sama. Memang proses tu memerlukan aku ulang perbuatan yg sama, tapi bgmana kita bertindak mencantikkan pergerakan itu agar kita berasa dalam keadaan comfortable. cth:  situasinye aku tgh marah, then tangan aku (jari telunjuk) automatik naik meghala kearah wajah seseorang. mungkin tak perlu jari itu? mungkin mata aku merenung tajam shj dah cukup..atau cara aku mengetap bibir shj dah cukup, atau mungkin lontaran dialog aku dah cukup meyakinkan aku marah..mungkin? Ada mcm2 cara.Terpulang bagaimana kita kreatifkan penyampaian kita tu.
Berbalik pada, betul ke tidak..aku tak tgk cerita atau drama yang aku lakonkan sendiri? Sebenarnya aku malu. Ntah~sigh..aku malu dengan karakter yang bukan sifat sebenar aku. Tapi itulah aku kena hadam, dan YA!aku kena tengok jugak..nak tak nak aku kena paksa diri melihat dimana kelemahan dan kecacatan pada watak yang aku bawa..apa cela lakonan itu? cara bertutur, body language, reaksi sama ada pada dlm bntuk lirikan,  pandangan, pemahaman pengucapan dari orang yang sedang bercakap dengan kita..byk lagi. 
Bak kata ayah "eman manan" yang aku gelar ayah..
"pelakon sekarang terlalu takut untuk menjadi buruk, pelakon sekarang semuanya nak nampak cantik semata2 depan kaca tv, watak miskin tapi baju tak nampak pun status latar belakang miskin..jangan jadi pelakon yang sombong, mahu berlakon untuk popular sedang tahu diri tak berbakat lakonan pula hancur.Pernah dengan istilah muka je cantik, tapi lakonan kayu, atau bodoh? Jangan malu melihat kembali lakonan kita, bila melihat kembali lakonan kita pernah ke kita tengok dan tanya, oh macam ni aku berlakon, eh aku kena baiki cara aku berlakon nie, tak meyakinkan, oh cara aku berdiri tak betul, patut ke arah ini, cara aku berjalan bongkok sangat, aku perlu tegak lagi, aku kena selesakan diri, atau cara aku berdialog ni monoton..tak sedap pengucapan dialong aku..patut aku cakap mcmni.."
 
Aku teringat kata2 dalam buku penulisan zahiril adzim "BOGEL MENUJU TUHAN"-dalam salah satu judul ceritanya kita peniru profesional- "proses peniruan ini berlaku sepanjang kehidupan kita setiap hari, setiap waktu"...sama la mcm aku, aku melatih diri memperbaiki mutu lakonan dgn mempelajari teknik lakonan dan observ watak2 pelakon lain, tak kira pelakon malaysia mahupun antarabangsa..Dan pembelajaran yang sangat berguna & masih aku pegang sehingga kini adalah mengingati kata2 lecture teater aku..kalau susah nak tiru apa kata kita "menjadi watak itu"..menggunakan "magic if...caranya? "what if aku jadi jahat"..guna peniruan atau magic if dalam lakonan.Dan berlatih dengan cermin, lihat mimik muka.Semua orang dlm dunia ni meniru, utk jadi lebih baik..Tapi jangan salah guna.Takut memakan diri. Olah, menjadi acuan kita, agar ada nanti tidak dikatakan "eh, lakonan ko ni mcm...pelakon ni jeek" bina la karakter diri agar kukuh..Kita harus mencontohi seseorang sama ada watak, perilaku atau perbuatannya ini adalah untuk meyakinkan audience..
haaah~dah pagi?!aku baru perasan..=__= ok sekian nanti je la update lagi.
sebelum blah nah layan few gambar2 dari drama PLAYBOY ITU SUAMI AKU.









LIHAT LINK INI :http://akukecah.blogspot.com/2013/11/playboy-itu-suami-aku.html