Friday, April 15, 2011

SINOPSIS BUKU-Cinta Bertabur di Langit Mekkah

SINOPSIS BUKU-Cinta Bertabur di Langit Mekkah                                                                   
Rhada tak pernah melupakan Osman, jejaka yang telah memikat hatinya selama bertahun-tahun. Sayangnya, cintanya tak juga kunjung berbalas.
Lelah dengan kehidupan duniawi, ia pun memutuskan untuk bersimpuh di Tanah Suci Mekkah. Bersama kedua orang tuanya,Rhada mengalami berbagai kejadian menarik dan penuh makna selama menunaikan ibadah haji.
Cinta Rhada pada Rasullulah dan Penciptanya juga telah menyedarkannya untuk mengikhlaskan kisah cinta pada Kuasa-Nya. Hinggalah suatu hari, Osman menghubunginya dari tanah Air dan rhada kembali terlontar ke masa lalu.

BOOK SYNOPSIS-Love-studded in Mecca sky                                                                    
Rhada never forget Osman, the man who had lured her over the years. Unfortunately, also did not go unrequited love.

Tired with the worldly life, she decided to cross-legged in the Holy Land of Mecca. Together with her
​​parents, Rhada experience various exciting and meaningful events during the pilgrimage.

Love Rhada on Allah's Apostle and the Creator also has realize her to sincere love story in His power. Until one day, She received Osman call, make Rhada thrown back into the past.

SINOPSIS BUKU-Cinta Bertabur di Langit Mekkah                                                                   
Rhada dan keluarganya berangkat ke Tanah Suci. Mereka memilih untuk mengerjakan haji Tamattu’. Proses haji Tamattu’ memerlukan jemaah haji menggenakan pakaian ihram ketika melaksanakan tawaf dan sa’i umrah, tawaf haji dan rukun haji. Sementara sebagai ganti untuk haiwan korban jemaah haiji memastikan mereka membawa wang yang mencukupi untuk membeli haiwan korban di Tanah Arab oleh pihak yang memang bertugas menguruskan hal tersebut.

Rombongan Rhada tiba di maktab bernama Hotel Asraf di Madinah. Selepas selesai mengangkat beg milik masing-masing, tiba-tiba Pak Bakar, ayah Rhada mengetuk pintu bilik Rhada mencari Mutia. Ayah Rhada memberi khabar bahawa ayah Mutia tiba-tiba mengigil kesejukan walhal suhu bilik mereka sudah cukup panas. Dia bimbang mengenai kesihatan ayah Mutia lalu memohon sekiranya Mutia membawa bekalan ubat dari Indonesia, dia boleh memberikan ubat tersebut segera kepada Pak Shamsu, ayah Mutia.

Mutia dan Rhada menjadi risau dan cemas, Mutia memaklumkan bahawa dia tidak membawa sebarang ubatan unutk ayahnya kerana sebelum ini ayahnya tidak pernah jatuh sakit.Apabila tiba di bilik kelihatan Pak Shamsu membaluti tubuhnya dengan selimut tebal dan wajahnya kelihatan pucat lesi. Rhada dan Mutia segera mendapatkan Pak Shamsu. Mutia pula tidak berhenti bertanyakan keadaan ayahnya. Untuk mengurangi rasa risau Mutia, Rhada segera kembali ke kamarnya mengambil ubat gosok, teh, susu dan pemanas air elektrik.

Dia menyerahkan ubat gosok pada Mutia, dia berpesan agar Mutia meletakkan ubat tersebut disekitar kaki, tangan dan badan ayahnya untuk menghangatkan tubuh ayahnya yang kesejukan. Kemudian dia segera memanaskan pemanas air elektrik. Ayah Rhada berbangga melihat anak gadis yang didiknya itu begitu cekap membantu Pak Shamsu.

Apabila keadaan Pak Shamsu kembali pulih dan hangat, dia menceritakan rasa kesalnya, kerana semasa orang Nigeria menggangkat beg galas miliknya dia sempat mengomel.Mungkin kejadian yang menimpa dirinya merupakan peringatan Allah terhadap dirinya.

Angin lembut bertiup menyapu wajah Yusuf. Dia mengucapkan syukur dapat menunaikan haji sambil memuji keindahan kurniaan Illahi. Pak Hamzah melawat kamarnya kerana mereka berdua merancang untuk bergerak ke Raudah bersama-sama melawat makan Nabi Muhammad. Tiba di depan makam Rasulullah airmata Yusuf berderai kerana bagaikan tidak percaya dia dapat memasuki dan melihat sendiri makam itu dengan kedua matanya.

Selepas selesai menunaikan solat dua rakaat di Raudah, Pak Hamzah mengajak Yusuf untuk kembali ke maktab. Sementara Rhada dan rombongannya melawat tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Rahmah dan Jabal Uhud. Tempat pertemuan nabi Adam A.S dan Siti Hawa setelah dikeluarkan Allah dari Firdausi dan dipisahkan di dunia.

Jabal Uhud terkenal dengan tempat perang kaum Islam yang diketuai dan dipimpim oleh Rasulullah menentang kaum kafir. Sementara Jabal Rahmah memperlihatkan batuan besar bagai dikumpul menjadi bukit. Rhada sempat menadahkan tangannya ke langit memohon sepotong doa berkenaan jodohnya. Dia, ayah dan ibunya sempat singgah membeli barangan semasa berada di Pasar Kurma.
Pertemuan diantara Rhada dan Yusuf bermula apabila Yusuf menyelamatkan Rhada dari tersunggur dilanggar oleh lelaki Arab. Mereka sempat berbalas budi dengan memberi sedikit dua buah-buahan delima dan beberapa biji telur. Kemudiannya mereka berpisah di pintu lif menuju ke kamar masing-masing.Rhada dan ibunya berada di halaman Masjid Nabawi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Entah bagaimana tiba-tiba ibunya mengadu perutnya berasa tidak selesa seperti masuk angin. Rhada menjadi risau kerana semasa meninggalkan maktab dia tidak membawa sebarang ubat-ubatan. Tiba-tiba bahu Rhada dikuit oleh seorang gadis berwajah india, dia seolah-olah memahami keadaan ibu Rhada yang kesakitan lalu menghulurkan botol kecil, berisi minyak gosok. Pertolongan gadis itu benar-benar membantu ibu Rhada. Sebagai balasan atas kebaikan gadis itu, Rhada memberikan souvier berbentuk keychain Minangkabau sebagai tanda berterima kasih kepadanya. Ternyata pemberian Rhada mengejutkan dan menarik perhatian gadis india itu. Mereka saling berterima kasih.

Selesai menunaikan solat subuh, rhada mencuci semua pakaian kedua orang tuanya dan pakaiannya agar keesokkan harinya dia boleh melanjutkan perjalanan dengan pakaian yang bersih. Kebetulan sudah tiga hari pakaian mereka tidak berbasuh. Rhada mengangkat pakaian yang berisi beg besar menuju ke lif untuk ke tingkat sembilan. Sekali lagi dia terserempak dengan Yusuf. Mereka saling berbalas senyuman, walupun senyuman Rhada agak kaku. Yusuf menawarkan bantuan untuk mengangkat pakaian yang sarat itu. Pada mulanya Rhada ingin menghalang namun pintu lif terbuka lalu dia segera menahan agar Yusuf tidak tersepit. Yusuf pula segera mengangkat beg pakaian itu untuk memudahkan Rhada. Pertemuan kali kedua diantara dia dan Yusuf membuat Rhada segan kerana ini kali kedua dia dibantu. Melihat keikhlasan Yusuf, Rhada menerima penuh syukur.

Rhada dan ibunya selesai menunaikan solat zohor di Masjid Nabawi, kemudian bercadang untuk terus menuju ke Raudah untuk melihat makan Nabi Muhammad. Niatnya untuk mengabdikan kenangan ditempat itu dengan mengambil gambar, terhalang kerana petugas yang menjaga menghalang pelancong dari membawa kamera masuk ke dalam.

Rhada dan ibunya berjalan hendak melewati kedai emas. Kata-kata daripada pemilik kedai mencuit hatinya. Walaupun kurang fasih berbahasa Indonesia, butir kata “marsini Siti Rahmah” membuatkan Rhada tersenyum kecil. Dia dan ibunya sama-sama memasuki kedai itu. Lelaki Arab, separuh umur itu jelas terpegun melihat wajah Rhada. Tiba-tiba terpacul kata-kata ingin mengambil Rhada sebagai isteri. Rhada kelihatan tidak begitu senang dengan sikap lelaki Arab itu, justeru itu dia segera mengajak ibunya untuk beralih ke kedai lain. Melihat Rhada ingin keluar dari kedai emas itu, lelaki Arab itu cuba menghalangnya. Mujur Yusuf berada di tempat yang sama, segera menghulurkan bantuan menghalang dan cuba menyelamatkan Rhada dan ibunya.

Setelah berada jauh dari kedai emas itu mereka beralih ke kedai emas lain. Setelah yakin tidak diganggu, Ibu Rhada tiba-tiba bersuara dan bertanya mengenai anak muda yang datang menyelamatkan mereka. Rhada memperkenalkan nama Yusuf. Ibu Rhada kelihatan tersenyum simpul ternyata anak gadisnya telah berkenalan dengan lelaki yang membantu mereka sebentar tadi. Rhada tahu, ibunya kan bertanya tentang Yusuf lebih banyak lagi oleh itu dia segera mengalihkan perhatian ibunya dengan membawa ibunya memasuki kedai emas.

Di Mekkah, ternyata kota itu penuh daya tarikan sama seperti di Madinah. Jika suhu sejuk, Rhada dan ibu bapanya perlu mengenakan baju yang berlapis-lapis agar kulit tidak pecah-pecah, kering dan tidak diserang selesema. Azan Subuh berkumandang setiba mereka sampai ke maktab. Tanpa membuang masa, rombongan itu segera menuju ke Masjidil Haram melaksanakan solat subuh. Sementara barang-barang bawaan diletakkan dahulu dilobi hotel.

Apabila tiba di Masjidil Haram, Rhada sangat terpukau. Bangunan yang terletak tidak jauh dari pasar-pasar Mekkah dan dilengkapi bangunan hotel berbintang tempat jemaah haji lainnya menginap ternyata lebih besar dan luas. Selepas selesai solat subuh, rombongan segera memasuki Masjidil Haram, untuk melaksanakan tawaf dan sa’i. Mata Rhada tidak sedikit pun berkedip saat matanya melihat Kaabah dihadapannya.Kiblat berbentuk kubus berwarna hitam setinggi lebih tiga meter itu berdiri kukuh dihadapannya.

Didalam hati Rhada tidak berhenti mengucapkan syukur dan rasa kagumnya kerana bagaikan tidak percaya dihadapannya adalah Kaabah. Dia dan rombongan segera melaksanakan tawaf dan sa’i dengan  khusyuk. Selesai menunaikan tawaf dan sa’i Rhada dan keluarganya menunggu rombongan yang lain di halaman Masjidil Haram. Dia berdoa agar perjalanan mereka selamat. Setelah selesai ketua rombongan memeriksa nama rombongan, mereka kembali menuju ke maktab.
Sepanjang menuju ke maktab, Rhada sempat berkunjung ke pasar membeli barang makanan. Buat pertama kali dalam hidupnya dia melihat roti, pisang dan pelbagai makanan lain dalam ukuran yang amat besar. Semasa berjalan-jalan Rhada bertemu dengan Rudi, teman semasa dia dibangku sekolah. Mereka sempat berbual.

Rhada dan keluarganya baru selesai menunaikan solat sunnah Dhuha di Masjidil Haram. Mereka bersiap-siap untuk pulang kembali ke maktab beristirehat dan akan kembali ke Majidil Haram untuk memnunaikan solat zohor. Baru sahaja kaki mereka sampai ke halaman Masjidil Haram, mereka terserempak seorang perempuan tua yang menangis disisi jalan sambil matanya menerewang. Jelas wanita itu menggenakan pakaian muslimah ala Indonesia. Rhada mendekati wanita tua itu dan bertanyakan masalahnya. Wanita tua itu mengatakan dirinya tersesat dan terpisah daripada rombongannya asal Sulawesi Selatan. Dia ingin menuju ke maktabnya tetapi dia tidak tahu nama maktabnya atau daerah mana.

Rhada bersimpati namun kehabisan akal untuk membantu begitu juga ibu bapanya. Namun tidak lama selepas itu ada suara pemuda yang datang memberi salam.Ternyata pemilik suara lelaki itu adalah Yusuf. Dia kemudian bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Rhada menceritakan masalah yang dihadapi oleh wanita tua yang terpisah dari rombongannya. Selepas mendengar masalah tersebut, Yusuf menawarkan diri untuk membantu agar wanita tua itubertemu semula dengan rombongannya. Dia juga menawarkan diri untuk membawanya ke maktab, pusat layanan haji atau ibu pejabatan atau perwakilan Indonesia yang berdekatan. Yusuf menerangkan sudah tentu mereka memilik nama-nama jemaah yang berdaftar dan lokasi mereka.
Mendengar kata-kata itu, keluarga Rhada menjadi tenang kerana Yusuf benar-benar member jalan petunjuk yang dapat membantu wanita tua itu.Kedua ibu bapa Rhada jelas tertawan dengan kesantunan dan keprihatinan Yusuf, walaupun bukan keluarga Rhada yang menghadapi masalah namun perhatian Yusud membantu orang lain yang berada dalam kesusahan benar-benar menawan hati orang tua Rhada.

Bilik rombongan Rhada di Mekkah hanya satu. Kali ini mereka digabungkan untuk tinggal dalam satu bilik. Seramai 13 jemaah haji dikumpulkan bersama. Walaupun muatan seramai 13 orang itu tersangat ramai dan sesak, namun niat mereka berjuang ke jalan Allah menjadikan ruangan bilik kamar itu terasa lapang. Perbualan mesra diantara mereka mengeratkan lagi hubungan, malah hal Rhada turut menjadi topik hangat sesama ibu bapa. Tanpa diduga kedua orang tuanya membahaskan peristiwa jemaah dari Sulawesi dan pertemuan mereka dengan Yusuf. Hal tersebut memancing soal Yusuf dan perjodohan.
Selesai solat Asar, Rhada menuju ke pintu Kaabah. Entah mengapa sekali dia mengucapkan permohonan yang selama ini tak pernah disampaikan, perasaan yang begitu berat ingin diakuinya. Selama ini Rhada menghadapi permasalahan menetang rintangan bersendirian sehingga dia terlupa perlu bergantung pada seseorang yang disebut suami. Rhada kembali teringat mengenai buku bacaan berkenaan pernikahan, dia tersentak dengan penjelasan ayat-ayat yang dimunculkan buku tersebut, iaitu keperluan sang suami dalam hidup setiap perempuan adalah bentuk pegangan batinnya pada sang Pemberi Hidup Allah SWT.

Sementara bagi Rhada, yang mengakui teramat menyintai Dzat Maha Agung itu,apakah mungkin wujud cinta itu terlepas dari tubuh yang mengikat batin umat dengan Tuhannya? Keranaakan dianggap sempurna iman dan kecintaan manusia pada Tuhan apabila dia terikat dalam tali pernikahan. Perkara inilah yang sering difikirkan oleh Rhada yang begitu sulit untuk diakui didepan sesiapa pun termasuk kedua orang tuanya. Walaupun sukar untuknya mengakui perasaannya namun jelas kerisauan dan pertanyaannya tidak mampu disembunyikan dari Sang Pemilik Kunci Hati Manusia. Walaupun dia mengunci kemas di dalam hatinya salah satu nama jejaka yang telah
Mencuri hatinya, namun Allah lebih dahulu dapat mengetahuinya. Satu persatu jejaka yang hadir singgah dibenaknya. Rhada menyimpul dia sedang diuji oleh Allah dan keranaNya dia berasa takut. Lalu Rhada memohon keampunan kepada Allah, berdoa agar dia dapat memantapkan iman dan hatinya dalam mencintai-Nya dan sekiranya Allah menguji kedekatannya kepada Allah melalui persoalan lelaki, dia ikhlas menerima ujian tersebut. Rhada memohon agar Allah memberinya pilihan yang tetap, yang hanya mencintai-Nya.

Di maktab, jantung Rhada berdegup kencang apabila nama Osman terpapar di skrin telefonnya. Ternyata Osman bertanya khabar mengenai dirinya dan keluarganya kerana bimbang berita yang tersiar di kaca televisyen mengatakan bahawa ramai jemaah haji yang jatuh sakit bahkan sehingga ada yang meninggal dunia kerana tidak bersesuaian dengan cuaca di sana. Selepas saling bertanya khabar, talian telefon terputus.

Ayah Rhada sempat bertanyakan siapa yang menghubungi Rhada sebentar tadi. Dan rasa tenang Rhada jujur mengatakan bahawa yang menelefonnya adalah sahabat semasa belajar bersama, dada dia melahirkan rasa bimbang kerana di televisyen tersiar macam-macam berita kurang enak. Tidak lama kemudian deringan telefon diikuti oleh panggilan dari Hendar. Jejaka itu dalam diam menyukai dirinya, malah Hendar pernah menyatakan hasratnya untuk meminang Rhada, namun sikapnya yang ego dan keras kepala menyebabkan Rhada tidak begitu senang terhadapnya.

Rhada tertanya-tanya akan kebetulan dua lelaki menelefonnya, lantas teringat akan doanya semasa berada di kaabah. Rhada cuba menenangkan hati kemudian bercadang untuk makan di dapur. Tidak lama kemudian dia terserempak dengan Rudi. Rudi mengiringi Rhada berjalan ke dapur, semasa mengiringi Rhada Rudi sempat berbual dan memberitahu niatnya untuk menyunting Rhada sekiranya Rhada tidak mempunyai sesiapa dan belum bernikah.

Kata-kata Rudi menyentap dada Rhada, namun Rhada Cuma diam. Rudi menjelaskan bahawa dia hendak mencari pasangan hidup dan dia sudah lama menyanjungi Rhada dan tertarik dengan peribadi Rhada yang memakai jilbab. Alasan yang diberi oleh Rudi, agak sederhana dan hati Rhada masih terikat dengan kekaguman Osman yang lebih menyintai agamanya. Rudi kemudian memahami maksud Rhada yang mendiamkan diri lalu tidak meminta jawapan yang segera daripadanya.

Desi teman baik Rhada menghubunginya kemudian menceritakan hal berkaitan Hendar dan Osman. Desi memberitahu bahawa Hendar bertindak mengaku bahawa dirinya adalah tunangan kepada Rhada dan memberi amaran agar Osman menjauhi Rhada. Rhada agak terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh Desi, namun jika sekiranya Allah telah menetapkan begitulah cara dia dan Osman terpisah, Rhada mengikhlaskan diri dan berdoa agar dijernihkan salah faham yang berlaku.

Di sebelah siang rombongan Haji Sumatera Barat satu persatu meninggalkan bas, mereka kembali menunaikan ritual tawaf ifadhah dan sa’i sebagai tawaf dan sa’i yang melengkapi ‘penyematan’ gelar haji untuk mereka.Kali ini tawf dan sa’i akan diikuti dengan tahalul atau mencukur rambut bagi lelaki dan memotong sebahagian rambut bagi perempuan sebagai bahagian pensyaratan penyempurnaan haji.

Beberapa langkah berjalan, mata rhada menangkap sesusuk tubuh yang dikenalinya. Pak Shamsu dan Mutia berada tidak jauh dari bas. Kedua beranak itu kelihatan akrab dan mesra, mereka mendekat dan member salam kepada keluarga Rhada. Rhada kemudian mendapati Rudi juga berada berdekatan. Mutia dan Rudi menjelaskan bahawa mereka berdua merupakan teman semasa belajar, Rhada yang mendengar khabar itu menjadi ceria kerana akhirnya rasa bersalah untuk menolak lamaran Rudi, sudah tentu terubat kerana Mutia dan Rudi kelihatan serasi bersama.

Tidak lama kemudian, pak Husni mengumumkan berita baik bahawa Rudi dan anak Pak Shamsu akan bernikah tidak lama lagi dan akan disempurnakan di tanah suci itu. Berita baik itu disambut penuh kesyukuran oleh semua pihak. Dalam masa yang sama dalam diam, Yusuf bertemu dengan ayah Rhada untuk meminang Rhada. Berita itu disampaikan oleh ibu Rhada. Dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan Rhada mengangguk menerima jodoh pilihan yang Allah tentukan buat dirinya.

SINOPSIS-Sang Bidadari Subuh.


SINOPSIS-Sang Bidadari Subuh.

Sekilas tentang isi buku

“Rububiyah menjadi cermin diri akan adanya kasih di balik musibah, tingginya cinta di balik prahara, agungnya Ilahi atas kelemahan diri. Rububiyah layak sekali untuk hidup di hati Anda…” (Taufiqurrahman al-Azizy, penulis banyak novel religi)
Rububiyah, dialah sang bidadari Subuh itu. Seorang gadis asal Majalengka yang taat dan shalihah. Kehidupan mengajarkannya untuk mampu merelakan orang-orang terdekatnya meninggalkan dirinya, mulai dari sahabat, keluarga yang sangat dikasihinya, cinta pertamanya, hingga seorang lelaki yang tampak begitu sempurna di matanya. Di antara semua dera itu, Rububiyah tetaplah sang bidadari subuh yang tak pernah tanggal keimanan di dadanya. 

Rububiyah, selalu menjadi cahaya bagi dirinya sendiri, juga bagi sahabatnya, Galuh, yang telah menukarkan keimanan demi kesembuhan sang adik. Lantunan al-Qur’an yang berkumandang dari bibir bersih Rububiyah, telah berhasil begitu sempurna meluluhkan hati Galuh, hingga mengantarkannya bersimpuh di hadapan Sang Penguasa ‘Arsy. Di balik penderitaan hidup, selalu tersimpan mutiara hikmah yang luar biasa cemerlangnya. Di balik legam Subuh, selalu menanti cahaya rahmat agung, yang begitu indah berpijar dalam sujud panjangnya.

Inilah novel  inspirasional Rububiyah, sang bidadari Subuh, yang mengingatkan kita akan dahsyatnya tauhid, dahsyatnya sabar, dahsyatnya syukur, dahsyatnya pertolongan Allah Swt., dan dahsyatnya kekuatan cinta kepada-Nya. Membacanya, insya Allah akan membuka mata ruhani kita akan agungnya makna hidup ini untuk disyukuri, bukan dikeluhi…

SYNOPSIS-The Angel Dawn.
"Rububiyah into the mirror itself will be the love behind the accident, the height of love behind the tempest, the divine glory of weakness. Rububiyah feasible once to live inyour heart ... 
"Taufiqurrahman al-Azizy, author of many novels religion.

Rububiyah, she was the angel dawn. A girl from a devout and Shalihah Majalengka. Life taught her to be able to let go the closest people to leave her, from a friend, a very beloved family, her first love, until a man who seemed so perfect in her eyes. In between all that flagellation, rububiyah keep the angel dawn that never dates faith in her chest.

Rububiyah, has always been a light for herself, and also for her friend, Galuh, who had exchanged her faith for the healing sister. Bounce the Qur'an that resounded from the lips clean of Rububiyah, has succeeded so perfectly makes Galuh hearts melt, to deliver kneeling in front of The Superintendent of power. Behind the suffering of life, always retained the extraordinary wisdom pearl sterling.

Behind the dawn gloom, always waiting for the great blessings of light, glowing in a beautiful bow length.

This is the inspirational figure Rububiyah novel, the fairy dawn, which remind us of the enormity of monotheism, the enormity of patience, gratitude enormity, the enormity of Allah for help, and the enormity of the power of love to Him. Read it, God willing, will open our spiritual eyes will glory meaning of this life to be thankful.

SINOPSIS-Sang Bidadari Subuh.

(Taufiqurrahman al-Azizy)


BAB 1
MENGUKIR DI ATAS BATU
Subuh itu, Ibu Rubbiyah menggerakkan suaminya untuk solat subuh,dia sempat berpesan kepada suaminya untuk mengejutkan anak perempuan sulung mereka yang b aru berusia 5 tahun untuk solat berjemaah bersama. Namun, ternyata anak pintar berusia 5 tahun itu lebih awal bangun. Malah dia bangun sendiri  dan telah mengerjakan solat jemaah di mushala. Selepas kedua ibu bapanya selesai solat subuh, dia mengaji bersama orang tuanya. Biyah adalah panggilan manja keluarganya terhadap dirinya. Subuh itu, ayahnya mengajar Biyah tentang konsep ketuhanan agar anak seusia 5 tahun itu tidak tersalah tafsir. Bermacam-macam soalan terpacul dari bibir Biyah, hampir kelam kabut ayahnya menerangkan dengan kata-kata yang tepat.
BIyah kemudian keluar bermain bersama teman-temannya. Semasa bermain, tiba-tiba mereka terserempak dengan Bang Imron. Bang Imron suka berpuisi, sehingga adakalanya orang menyangkakan dia sedikit sewel. Selepas mendendangkan puisinya kanak-kanak yang sedang bermain itu memujinya. Pujian itu menyebakkan hati Imron kerana selama ini orang kampong mengeji dan menuduhnya gila. Hatinya kembali berbunga walaupun yang memuji puisinya adalah kanak-kanak, tapi dia tahu mereka ikhlas dan jujur.

BAB 2
LIMAU
Faruq dan Ali duduk bersama. Ali membuka bungkusan nasi kemudian mempelawa Faruq untuk makan bersamanya. Faruq mengucapkan bahawa dia ingin mendapat markah yang lebih tinggi daripada Ali pada ujian semester depan. Ali yang mendengar tidak berasa jengkel sebaliknya mengaminkan kata-kata kawannya.
Malah dia turut memuji Faruq kerana sememangnya Faruq seorang pelajar yang pintar. Namun disudut hati Faruq, dia tidak mahu kalah kepada Ali dia tekad mahu sentiasa lebih dari Ali. Faruq kemudiannya meminta Ali untuk mengajarnya menghafal Al-Quran kerana dia mahu cepat mendapatkan keputusan biasiswa seperti Ali. Ali berlapang dada untuk mengajar Faruq tetapi meminta temannya itu menetapkan niatnya harus tepat semata-mata kerana Allah.
Faruq terpaku dan tercalar lalu memarahi Ali dengan menyindirnya agar tidak memberi ceramah kepada dirinya kalau dia benar-benar mahu membantunya. Ali menarik nafas dalam-dalam dan mengakur kata-kata temannya.

BAB 3
ISTIQAMAH
Di masjid  al-Falah, K.H Achmad Arif diundang oleh remaja masjid untuk mengisi pengajian. Dia diminta untuk membahaskan solat rawatib.

BAB 4
TERSENTUH CINTA
Dua minggu berlalu Biyah dan kawan-kawannya berangkat ke Cirebon. Ibu Rubiyah segera meletakkan segala keperluan didalam beg Biyah. Khalik merengek ingin mengikuti kakaknya, namun ibunya segera memujuk. Sebelum dia berangkat dia tiba-tiba sebak, lalu mengucup tangan ibu dan ayahnya, mencium kening dan pipi adik kesayangannya. Semakin kuat teresak tangisan Biyah. Ibu Biyah menjadi runsing dengan kelakuan anaknya lalu bertanya tentang keanehan tingkahlaku anaknya. Biyah juga tidak tahu mengapa hari itu dia terasa berat hati meninggalkan kedua orang tuanya.

BAB 5
FIRASAT YANG TERBACA
Rubiyah digesa untuk berada segera ditempat penginapan. Ustazah Arin membawanya.Tiba dibilik semua kelihatan sugul dan sedih, malah tidak dapat menahan air mata. Biyah turut sama menjadi tegang dan tertanya-tanya. Semuanya tidak dapat menyembunyikan kesedihan.Aida teman Biyah meraung menangisi sambil memeluk Biyah. Televisyen terus memekik mengkhabarkan berita,di Desa Babakan Jawa, Majalengka kira-kira 500 nyawa terkorban akibat tanah runtuh. Serta merta kawan-kawan Biyah menjadi yatim piatu.


BAB 6
PERTEMUAN KEMBALI
Satu bulan kemudian, Biyah berdiri di tanah yang pernah menjadi halaman rumahnya.Dia bersama empat rakannya memandang sayu suasana sekeliling. Tiba-tiba satu suara menyapa mereka. Rupanya Bang Imron. Bang Imron seakan tidak percaya akhirnya menjumpai kanak-kanak yang kini telah meningkat dewasa. Imron datang bersama isterinya.



BAB 7
MEMBANGUN KEMBALI
Dua bulan berlalu, warga desa bergotong royong menghidupkan suasana halaman perkampungan itu. Masa rehat Biyah dikejutkan oleh rakannya. Rakannya menasihati BIyah agar sentiasa membaca yassin untuk menghindar rasa sedih. Biyah menceritakan rasa sedihnya kepada Aziz, bahawa dulu biasanya dia akan mengaji bersama keluarganya.


BAB 8
DUA TAHUN KEMUDIAN
Petang itu, Rubiyah duduk disebuah kerusi teras di depan kamar panti. Tangannya memintal benang wol untuk dijadikan baju. Tiba-tiba dia disapa oleh satu suara. Pemuda yang ingin mencari Bang Imron. Dia merupakan adik kepada bang Imron. Biyah mempelawanya masuk agar tidak terkena hujan lebat diluar, dan akan menunjukkannya jalan ke rumah Bang Imron yang terletak dibelakang panti samping mushala.


BAB 9
PRAJURIT CINTA
Ikhsan berlari kecil sambil berpusing setelah solat subuh. Di telinganya terpasang muzik dan earphone. Galuh melihat barang milik Ikhsan jatuh, lalu memekik kepada Ikhsan. Namun tidak didengari. Aida kemudiannya mengarahkan agar rakanya itu terus sahaja mengambil barang yang jatuh itu kemudian menyerahkannya kepada tuannya. Galuh akur lalu segera mendapatkan barang yang jatuh. Kemudian menyerahkan pada Ikhsan. Setelah menyerahkan ternyata panahan mata Galuh masih tertumpu pada Ikhsan, Aida yang dari tadi memerhati gelagat rakanya terus mengusik Galuh.






BAB 10
AKU SAHABAT YANG MENCINTAIMU

Siang dihari Sabtu, Aziz berkunjung ke rumah Galuh untuk membantunya membetulkan komputernya yang rosak. Sejak Ikhsan hadir, Galuh menjadi semakin ceria. Aziz yang turt perasaan tentang perubahan sikap rakannya segera mengusik Galuh. Namun usikan itu dikenakan kembali oleh Galuh,kerana dia tahu Aziz juga menyimpan perasaan terhadap rakannya Biyah. Aziz tersentap menahan rasa malu. Galuh mengusik Aziz dan bertanya tidakkah Aziz mahu melamar Biyah. Namun ternyata Aziz belum bersedia. Galuh mengusik lagi sekiranya Biyah menolak lamaran Aziz adakah dia akan redha. Jawapan Aziz menyentuh perasaan Galuh.Ternyata dia sangat menghormati Rubiyah dan redha dengan ketentuan sekiranya lamarannya ditolak kerana bagi Aziz Cintanya terhadap Biyah kerana ketaatan Rubiyah dan kecintaanhya terhadap Allah.


CHAPTER 1
CARVED IN STONE

That morning, Rubbiyah mothe wake up to do prayers, she had explained to her husband to wake their eldest daughter,aged five years old for prayers together. However, Rubbiyah was a smart child, this five years old child woke up earlier in the morning.  In fact, she got herself and the congregation was praying in Mushala. After her parents finished morning prayers, she continued study with her parents. Biyah is Rubiyyah nickname called by her family. Dawn, her father taught Biyah about the concept of God for children age 5 years is not misconstrued. 

All sorts of questions come out from Biyah lips, which almost panic his father to explain the exact words, so that their child do not misunderstood the wrong fact.
Biyah was out playing with her friends. When playing, they suddenly came across Bang Imron. Bang Imron like to sing his poem, so sometimes people thought he was a little bit crazy. After singing his poems the children who were playing praised him up and cheer. Imron heart was really touched by their praise because for him all the villager accused him as a crazy guy. Despite the hearts bloom again praised his poetry was only a child, but he knew the children were sincere and honest.
CHAPTER 2
LIME

Faruq and Ali sat together. Ali opened the package and then invite Faruq some rice to eat with him. The discussion was about their test. Faruq say that he wants to score higher on tests of Ali's next semester. Ali is heard no contrary yet pray for his friend. In fact, he heaped praise indeed Faruq , Faruq as a smart student. But deep inside corner Faruq hearts, he did not want to lose to Ali, he always wants to resolve more than Ali. His feeling so envy with Ali result making him not satisfied.

Faruq asked Ali   to teach him to memorize the Koran because he wanted to quickly get the results of scholarship such as Ali. Ali  feel delightful and praies to God but Ali asked that his intention must be set right simply because Allah.
Faruq was stunned and then scratched with Ali words. He suddenly scolded Ali for not giving a talk to him if he really wanted to help. Ali took a deep breath-in and follow his words.

CHAPTER 3
ISTIQAMAH

In al-Falah mosque, KH Achmad Arif was invited by the mosque to fill the study teenager. He asked for prayers rawatib debate.


CHAPTER 4
UNTOUCHED LOVE

Two weeks passed Biyah and her friends went to Cirebon. Rubiyah mother immediately put everything into her bags for Biyah needs. Khalik whining like to follow her sister, but her mother soon persuaded. Before she left her house she suddenly choked, and then kiss her mother and father hand, forehead and  kissed her beloved little brother cheeks . Biyah crying hardly, and she don’t know why she acting weirdly like that. Biyah mother became worried by her behavior and asked her about the peculiarities of behavior. Biyah also do not know why that day she felt reluctant to leave her parents.


CHAPTER 5
FEELING THAT CAN GET

Rubiyah are urged to stay in room. Arin Ustazah bring her  inside the room and wanted Biyah to be patient and listen for happen to her parents. Inside the room everyone looked distraught and upset, but could not hold back tears. Biyah had also become tense and wondering for what happen. They can not be concealed their saddness.Aida Biyah's  friend wailing crying and then hugging Biyah.  The television continues to scream, announcing, in the village of BabakanJava, Majalengka about 500 people have died due to landslides. Biyah was shocked! Immediate  her friends and Biyah become orphans.


CHAPTER 6
MEETING BACK

One month later, Biyah standing on the ground which was once the site was her house. She was with  four of her friends looked around the melancholy mood. Suddenly a voice greeted them. Apparently it was Bang Imron.Everybody was shocked and delightful because he totally change into someone new.  Bang Imron explain that he seems not to believe that finally he finds all of the children that nowadays looked mature and growing up. Imron came with his  beautiful and new wife.

CHAPTER 7
BACK TO DEVELOP

Two months passed, the villagers work together turn the atmosphere of the village site. Biyah rest were shocked by her friend. Thay advised her to always read the MSA to Biyah to avoid her feeling from being to sad. Biyah telling a sense of sadness to Aziz, that she used to be studying with her family when she was small.



CHAPTER 8
TWO YEARS LATER

That evening,  Rubiyah sit in front of Patio room . Her hands were spinning wool yarn to make clothes. Suddenly she was greeted by some voice from outside the house. There was a guy who are looking for Bang Imron. He is the brother of Imron bang. Biyah quickly inviting the person to come to the entrance so that he will not exposed to heavy rain outside, and will show him the way to the house of Bang Imron, which is located behind the home side Mushala.


CHAPTER 9
Soldiers of Love

Ikhsan trot as he turned after the dawn prayer. Music by ear and earphones attached. Galuh see Ikhsan belongings fell, and then shouted to Ikhsan. But not heard. Aida was Galuh friend then ordered Galuh to continue only take the things that drop down and then handed it to his owner. Galuh comply immediately and get things down. Then submit the Ikhsan. 


CHAPTER 10
FRIENDS WHO LOVE ME


Day Saturday afternoon, Aziz visited the house Galuh to help fix the broken computer. Since Ikhsan present, Galuh become more cheerful. Aziz is turt feelings about his attitude changes immediately bothered Galuh. But the prank was charged again by Galuh, because she knows that Aziz is also had afeeling his feelings on Biyah. Aziz arrest shocked embarrassment. Galuh tease Aziz Aziz, and ask whether want to apply Biyah. But Aziz was not ready. Galuh bothered anymore if Biyah Aziz rejected the application whether he would be pleased. Answers Aziz touching Rubiyah Galuh.He had great respect and pleased with the provisions if Aziz rejected because ofhis love for Biyah as obedience to God.