Friday, September 4, 2009

CATATAN BUAT ABAH



Bukan sengaja kupalingkan muka
Dari menatap sewajah kasihmu
Tapi terkadang-kadang ada rasa
Tak mahu kau baca..

Bukan juga tak kuhargai
Huluran tanganmu yang mendakapkan
Tapi ada kala ada rahsia,
Terpenjara dalam dada tak ingin kau tahu

Maaf kalau terluka
Atau tertambah segaris duka dikerut dahimu

Maaf abah..
Tapi hati yang satu ini harus kusimpan
Sendiri-sendiri.

CERITA TENTANG MEREKA


Mereka bukan bermasalah,
Mereka cuma keliru..
Kita yang membuat mereka keliru.

Kita tidak pernah cuba
untuk mendengar
apa yang mereka ingin katakan....

Kita hanya mahu mereka mendengar
Apa yang kita ingin katakan

Jadi bukalah
Mata dan telinga..
Apa yang ingin mereka katakan.

KETIK KETOK..


Aku rasa rindu kat semua orang..
Aku rindu kawan aku.
Aku rindu nak perform.
Aku rindu kucing aku.
Aku rindu adik.
Aku rindu abang.
Aku rindu mama.
Aku rindu dia...
Aku rindu suasana macam dulu...
Tapi mustahil.
ketik ketok tetiap ari..
untuk hilangkan rasa sunyi.



HAPPY BIRTHDAY MASTURAH!!!
Arini aku nak ceta pasal member aku Mas, geng merempit vroom! vroom!! hohoho ari ni birthday dia 1 September ..Sayang ar dpat nak lepak ngan dia. Tpi tgah malam tue aku sempat mesej dia wish heppi burfday huahaha..Jom kita nyanyi ramai2!!!

Happy birthday to you!!
Happy birthday to you!!
Happy birthday to Mas~
Happy birthday to you!!!

Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan Masturah md Nazri!!
Allah selamatkan kamu!!

Selamat hari lahir!!
Selamat hari lahir!!
Selamat hari lahir Mas~
Selamat hari lahir!!!


Semoga panjang umur+murah rezeki+maintain cumil dan sentiasa dirahmati Allah SWT








p/s: huhu enteries lambat ari ni network masalah, tak dapat online..hwuu~