Tuesday, April 17, 2012

SETAPAK MELANGKAH


Setapak merangkak...
teragak-agak
Dua tapak melangkah...
Rasa itu tetap begitu
Lugu.
Sugul
Terkadang terpancar sinar 
bila ada yang bersahut menyenangi lara

Tiga langkah berjalan...
Dulu bagi aku HITAM itu selamat.
Dulu bagi aku hitam itu tawar.
TIADA RASA
yang ada hanya bahasa diam.

Dulu hitam itu bukan gelap 
tapi penerang 
untuk jiwa2 sepi
menyelimuti rasa yang ingin mendingin
dari keramaian

Aku merasa mata hati lebih melihat
kala mata melihat menjadi buta
Sepi bukan bermakna menghilang
atau ingin merasa indah
saat menikmati angin yang tidak dapat dirangkul
mencintai sang hati
 yang menjadi teman berbicara
kala tidak kedengaran

adakala menyangkal dari akal yang dangkal
dari ceteknya ilmu
begini bukan untuk mencari simpati
jauh sekali ingin dihina
apatah mencari benci

begini kerana ingin terus mencari
tentang apa
tentang siapa
tentang kenapa
tentang mengapa

Aku reka dengan gagah suatu kerajaan 
dunia hanya aku dan 
DIA yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat
dan Mengetahui setiap rasa yang aku selimutkan..

Aku berbisik dengan alam
berbicara dengan gemersik angin lemalai 
yang tidak kelihatan
Aku sentuh tanah dengan ucapan salam
aku tersenyum pada rimbunan pepohon, 
mencuba memahami perasaan 
beburung ciap miap..
kagum dengan askar kerengga
lantas berkongsi roti
menyelami mata anak kucing
seolah aku bisa mengerti setiap kali dia mengeow
meneliti setiap insan yang berlalu
dari raut wajah,
pergerakan dan pertuturan

Tak banyak yang aku inginkan
aku cuma ingin bernapas
meraih kegembiraan sementara
dan mengingati selama-lamanya
didalam HATI
MENGAPA
Dikelilingi terlalu ramai
buat aku hilang
buat aku terasing
Aneh...kah aku?

berbezakah aku 
bila aku ingin mengerti 
bahasa dalaman
isi hati
Kewarasan dalam ketidakwarasan
batas dan keterbatasan
Mengenali menembusi dinding jiwa
Dunia ini besar
terasa aku begitu kerdil
Apa rasanya bila berbeza begini
apa rasanya menjadi orang lain
merasa sengsara dilubuk hati mereka
menerima kekurangan mereka
mengagumi keazaman dalam kedegilan
menjadi seperti mereka untuk 
melalui buku harian kehidupan mereka

sepi kerdil
yang rasa dan faham
dunia yang aku inginkan

Banyak yang aku cuba percaya
mencuba untuk melupakan
air mata menitis disebalik mata
tapi tak juga ingin mengalir

mengira waktu yang berlalu
mencari jauh didasar hati
kata-kata yang sering aku dengar 
semakin lama semakin tua

terasa seperti berulang semula dari permulaan
beralih dari tiga tahun lalu terasa seperti 
hanya permainan masa
Sekarang aku ucapkan selamat tinggal
selamat buat selamanya yang pernah aku buktikan
dan aku percaya

cahaya mentari menerjah jatuh kedalam mata
mengegarkan pembuluh darah


Kedai Roti Paling Kreatif Didunia

Apakah yang anda harapkan dari sebuah kedai roti?

Sudah semestinya roti yang lazat, empuk dan membangkitkan selera andakan :)
Bagaimana pula jika anda pemilik kedai roti...?
Sebuah kedai roti selalunya mengharapkan kedai itu mendapat perhatian daripada pelanggannya  selain keenakkan rasa roti. kat sini aku cuba nak disenaraikan kedai yang paling kreatif di dunia, namun kita akan lebihkan kepada rekabentuk kedai.
Jom kita tengok!









(lihat gmbr dibawah)
1. Ble, Thessaloniki, Greece

 Ughh..aku jadi lapar setiap kali tengok roti besar kat dinding tue..huhu T_T laparrr~

IKedai ini telah direka oleh arkitek minimalis di Claudio Silvestrin Guiliana Salmaso (London dan Milan). Ia mempunyai ketuhar kayu terbesar setinggi 12meter. Kedai ini dibina menggunakan kayu, tanah liat putih (dari Crete dan Milos), pasir dan jerami.

berih dan kemas :D plus membangkitkan selera

2. Electra, Edessa, Greece

Kedai roti ini rekabentuknya direka oleh Arkitek Studioprototype untuk mencantikkan ruang yang sempit dan sibuk. Kawasan tempat duduk luaran yang luas mengurangkan lagi rasa sempit ditambah pula dengan hiasa perabot oleh Xavier Paucharz dan lampu oleh Tom Dixon.


3. VyTA Boulangerie Italiana, Turin, Italy
nuansa mewah yang tak lebih tak kurang

 Kedai roti ini rekabentuknya direka oleh arkitek Rom berasaskan Daaniela Colli dan terletak di pusat bandar yang sibuk. Walaupun ia merupakan kedai roti yang kaya dengan tradisi dan bahan-bahan semulajadi, tetapi rekebentuk yang agak gelap menampakkan ia seolah-olah butik mewah atau bar. Cuba tengok dengan kaunter berbentuk L dan dinding dengan corak heksegon seperti sarang lebah menyerlahkan keunikan kedai ini. 





4. Baker D. Chiriko , Melbourne, Australia
mata korang sure akan tertumpu pada rekaan kedai roti nie..
sederet je mata ikut lengkungannye kan :D


 cantiknyaaaa~

Bakery ini direkabentuk oleh Mac Studio dengan rekaan selat kayu yang melengkung dan unik.
(lihat gambar bawah juga)


 ini dari pelbagai sudut plak



6. Becasse Bakery, Sydney, Australia
sangat selesakan :D
 Ok yang nie plak direkabentuk oleh Sydney berasaskan bentuk Mima.

NEXT!


5. Joseph - Brot vom Pheinsten, Vienna, Austria
Bakery ini direkabentuk oleh Claudio Silvestrin.
Kedai ini menawarkan roti organik mengikut resepi tradisi dan
 ia dibuka 24 jam dan 7 hari seminggu





 7. Panscape Bakery, Kyoto, Jepun

Dengan ruang yang hanya 26 meter persegi, ia diberi rekabentuk terkini.



 8. Komsufirin, Istanbul, Turkey

 Kurang dari 5 tahun ditubuhkan, kedai ini telah berkembang dengan pesatnya dengan mengembangkan perniagaan ke 60 kedai di seluruh Turki.Target kedai ini juga amat menakjubkan iaitu menjelang tahun 2020, 1000 kedai akan dibuka.

 banyaknyeeee~~~laparrr T__T nyumm3x




9. Helsinki Bakery, Osaka, Jepun

Mudah, sihat dan semulajadi adalah 
kata kunci kedai roti ini dan rekabentuk nya juga menyokong kata kuncinya dengan sempurna.


10. Lagkagehuset Bakery, Copenhagen, Denmark.

 Lag~kage~huset atau dalam bahasa melayu bermakna 'rumah pai', 
tapi pada hakikatnya kedai ini tiada menjual pai.huhu~
Ia mempunyai 18 lokasi di Denmark








p/s: ini bukan idea aku taw..nie aku amik pas bace blog nie hahaha sgt lapar dan kreatif nyum3x so, utk copy aku perlu pastekan ..nah :D http://conteng2kreatif.blogspot.com/2012/03/kedai-roti-paling-kreatif-didunia.html