Sunday, March 15, 2009

  • Aku termenung dijendela
    Memandang langit.
    Kosong.
    Tiada bintang..
    Cuma angin malam yang
    Sejuk membekukan hati.
    Entah kenapa aku terasa sunyi
    Terasa ingin merindu seseorang..
    Terasa ingin terbang ke satu tempat.
    Tempat penuh dengan kenangan..

    Malam..
    Kenapa?kenapa..
    Aku terasa sangat asing disini.
    Seperti hanya ada aku disini..
    Hari ini aku memohon doa
    Aku mengharapkan aku selalu bahagia

    Malam ini..
    Aku datang lagi.
    Aku mendongak memandang langit.
    Nyata hanya kosong..
    Tiada irama..
    Cuma nafasku yang berbahasa.

    Malam.
    Aku sendiri lagi...
    Kali ini aku datang melawatmu.
    Menyanyi kecil bersama angin..
    Terasa rindu pada seseorang.
    Mungkin hanya aku dan malam
    Yang memahami erti sunyi begini..
    Terasa ingin berlari mendakapnya
    Sekarang..
    Berlari terbang ke tempat
    Yang penuh kenangan..

CERiTA DALAM CERiTA

Hari nie..aku bcakap dengan seorang budak yang umur sebaya dengan aku..Dia nampak letih ja..macam demam..aku cuba senyum kat dia, dia balas senyuman aku..tapi cam tak ikhlas ja huu~..Aku tunggu dia bersuara..tapi tak juga dia bersuara..Lama jugak dia mendiamkan diri..30minit..berlalu dia masih diam..satu jam lepas tu aku renung dia..Aku pandang bibir dia macam ada sesuatu yang dia nak cakap tapi tak terluah..Dia senyum lagi,tapi tak bersuara.Cuma diam ja.Sebenarnya aku dah lama kenal budak nie. Dia ada peribadi yang sukar diramal. Aku pun pelik dengan perangai dia. Bila dia sedih dia asyik diam ja, macam sedang berfikir..kadang2 aku tak bleh baca fikiran dia. Cuma satu yang aku faham tentang budak ni, dia ni jenis yg tak pandai meluah perasaan dia. Kalau dia senyum nampak manis ja, macam sangat bahagia. Bila aku tengok mata dia dalam2..ada sesuatu disitu. Ada yang dia simpan yang dia tak suka orang lain tau.Lama cam tu dia bsuara.Reaksi muka dia dah berubah, aku dengar dia mengeluh berat. “bapak ngan mak aku gaduh lagi..”
Aku tengok ja dia..Seblom ni dia penah ceta kat aku jugak..pasal family problem.dah banyak kali dia cakap kat aku wlaupun tak 100% aku tau masalah dia, tapi aku memang ksian kat dia..Dia tak suka myusahkan sesapa jadi dia selalu tanggung masalah sendiri2..Aku nak tolong tapi tak tau camna nak tolong dia..Aku Cuma mampu mendengar keluhan dia(itu pun kalau dia cerita-budak ni kira degil jugak takmo share masalah ngan sesapa) kalau tak mdengar pun, akku cuba buat dia senyum..aku nyanyi tuk dia..aku bercerita ngan dia..dapat buat dia senyum pun dah kira membahagiakan dia..hmm..
Aku nampak dia tunduk. Aku tanya dia perlahan..”bila dorang gaduh?” dia cakap hari khamis tu..aku tak berani tanya banyak2, aku tau dia dah banyak bersedih. Dari mata dia aku boleh faham perasaan dia..Lepas tu dia cerita lagi..”adik aku msg tadi..adik aku cakap bapak ngan mak aku gaduh. Bapak aku pukul mak aku sebab dia dah melampau sangat..” ada nada sedih kat suara dia dia cuba tutup dengan senyuman..tapi aku faham..Aku terus dengar lagi cerita dari dia..”mak tiri aku marah adik aku..masa tu adik aku jaga gerai mak aku, hari hujan..jadi adik aku cakap dia nak balik awal. Mak tiri aku maki adik aku.Dia cakap adik aku tak ikhlas tolong dia.Dia marah maki adik aku depan orang ramai..lepas tu adik aku kena halau suruh balik hujan2..huu~” aku tengok mata dia dah mula berair..aku diam..
“Bila adik aku sampai rumah, bapak aku marah adik aku. Bapak aku tanya kenapa dia balik basah2 tak bagitau g amik dia?adik aku..cuma diamkan diri ja..dia takut nak bagitau bapak aku yg mak tiri aku yang halau dia balik..dia kan cuma budak ja..macam manalah dia nak mengadu?Aku sedih aku tak ada kat sana..aku tak ada kat sana..takda sapa nak tolong dia..” budak tu menangis..antara kecewa dengan mak bapaknya dan rasa bersalah terhadap dirinya sendiri kerana tak dapat tolong adiknya..”Bila mak tiri aku sampai bapak aku marah mak tiri aku..tapi mak tiri aku melawan..lama2 dorang gaduh.adik aku nampak bapak aku pukul mak aku..dia msg aku bagi tau aku family aku gaduh lagi..”
Aku diam..aku tengok budak tu nangis,aku pegang kepala dia.Rupanya dia demam.Aku suh dia tido..rehat..Lepas tu dia dah ok sikit dia masuk tido..Yang herannya..masa dia tido tu aku nampak dia nangis lagi..Aku sedih tengok dia, tapi aku tak boleh buat apa..huu…

SUARA..


    • Menatap indah sebentar matamu..
      Saat kau memelukku
      eratAku ingin lepaskan kau pergi
      Tapi hati tak pernah ingin
      membiarkannya..
      Suara hatiku yang kau dengar
      Aku cuba memaksa melepaskan
      semua
      Tapi matamu menahan hatiku
      Dalam tangisan ini
      Matamu membuat aku
      terdiam..
      Aku melihatmu dan menyentuhmu
      Aku merasa setiap degup jantungmu
      yang pantas
      Memandang kau sedalam dalam
      Suara kecilmu
      Membisik kata
      mengatakan
      Kau perlukan aku
      Terima kasih..
      Suaramu menyuarakan
      rasaku..

Wuuwuu..sob..sob..

Demam panas yang menyiksakan..

Hari nie 12 mac 2009. Hari nie aku demam panas..dekat 19jam aku tido..Seluruh badan aku tak bleh bergerak langsung..aku tak bleh bangun..aku tak bleh duduk sebab kepala aku sakit sangat.Aku rasa sangat sengsara sekarang..Dari malam semalam aku tak makan..Aku cuma boleh terbaring dikatil..Aku tersedar dari tido bila kakak sebilik aku pegang kepala dan tangan aku..(masa tu jam berapa pun aku tak pasti) dia Tanya aku dah makan ka belum, paastu dia cakap napa tak bagitau dorang sebilik yang aku sakit?dia Tanya aku da makan ubat ka blum..Masa tu aku tak bleh cakap apa..sebab tekak aku sakit..badan aku berpeluh mungkin sebab panas sangat..lama sangat tido aku rasa macam seluruh badan aku lumpuh.tulang aku sakit..rasa cam bengkak semacam..aku cuba genggam tangan aku,tapi tak bleh tutup.Aku tutup mata..tido balik.


Aku bangun.Handphone aku berbunyi.Aku Cuma boleh tengok ja..aku tak larat nak balas.Keadaan aku masa nie aku betul2 lemas.Apa yang aku rasa aku btul2 sakit kepala..Dah jam 3petang..aku tersedar ada orang masuk bilik.Aku bangun paksa diri turun dari katil.Kawan aku tegur bawa makan bubur..tapi aku tolak dengan baik..Aku cakap nak g mandi.Aku genggam tangan aku..dah boleh menggengam..emmm..rasanya dah bleh bergerak macam biasa.Jadi petang tu aku turun g café sorang beli makanan..Aku tapau g makan kat bilik.

Rasa sangat sengsara sekarang…tak bleh buat apa..Walaupun ni bukan pertama kali aku sakit tapi kira yang nie paling dasat sekali aku rasa..sebab aku bleh tido lama..bahagianya rasa…aku rasa tilam aku panas sangat sampai aku lemas.

Aku tak rasa nak makan ubat sekarang.Benda tue paling aku benci...Aku lebih suka sakit lama2..jadi aku boleh rehat lama2..

Sekarang aku masih sakit..cuma dah semakin elok berbanding malam semalam, sebab apa aku cakap aku dah elok?hmm..mungkin sebab aku masih boleh ketawa tengok movie korea yang aku suka...


Uhgghm..malam ni aku tak turun bawah makan malam..tak terasa nak makan…tak da selera.Jam 11 lebih..aku lapar..aku masak megi.minom Nescafe..Semua dah tido..mata aku tak mgantuk mungkin sebab aku da lama tido..kepala aku da tak sakit Cuma panas sedikit..huuu~rasa sunyi plak hari ni…

Aku rehat dulu tangan aku tak bleh menaip lama.badan dah lemas balik..Harap2 pagi nanti aku dah semakin sihat..
huhu~T_T