Monday, May 2, 2011

Lagu untuk dia

Tidak pernah dinyanyikan
oleh sesiapa
atau menyanyi buat sesiapa.
dia kata.

Menyanyi.
Dia terharu.
Aku berkata,
Aku akan bernyanyi untukmu
Jika kau mahu aku menyanyi
tapi hanya untuk kamu.
dia berbisik perlahan
menyanyi sambil dibuai angin

aku akan menyanyi
untuk kamu 
tika hujan
hingga hujan berhenti
tika malam
untuk membuaimu tidur
membuat kau tertawa
untuk mendodoimu mesra

aku sentiasa disisi.

Dia akan membawa
aku berjalan
menyusuri pemandangan
indah 
mimpi-mimpiku
dan berhenti jika aku lelah
mengendong aku bila lemah
kemudian bila sunyi
dia kembali menyanyikan aku 
lagu rindu
adakalanya
lagu-lagu itu bukan lagu semasa
kerana lagu itu lahir dari hatinya
adakalanya dia menulis lagu
untuk aku tersenyum
kerana lirik itu 
perjalanan cinta
yang dialami

bila berjauhan 
dia kata 
lagunya adalah kiriman
melalui angin lalu
sentiasa menemani 

bila rindu dalam hati
nyanyikan lagunya 
yang hanya aku dan dia
tahu

lagu untuk dia..

Ingin Tahu

Aku ingin tahu tentang kamu.

Siapa diri itu yang sebenar?
Apa warnanya?
sehingga aku terasa dekat,
mendengar helahan nafasnya.
Jauhnya, dekatnya?
Semuanya.
Dari aku..

Aku terasa ingin tahu.
Adakah engkau bintangku?
untuk malam-malamku?
bisa melenakan sepiku
memeluk dan merangkul tangisku?
Untuk aku.

Aku ingin merasa hidup
ingin bahagia,
ingin lari,
ingin ketawa,
ingin berkongsi duka
dan suka.
Adakah itu kamu?

Kerana aku merasa ada cinta
dalam hatimu
yang selalu ingin membawa
aku mengerti tentang rasa kamu
menikmati hidup untuk memberi
aku bahagia..

Ada yang mengerti aku.
Ada hidup untuk jiwa yang mati
Ada yang fahami rasa itu,
Untuk aku.

Adakah rasa itu hanya ingin tahu?
Kerana dengan hadirmu
aku bisa berlari
kerana ada tanganmu yang tidak pernah
berhenti melepaskan genggamanku

Berbisiklah pada telingaku
agar aku mengerti
ini satu perjalanan buat kita
bukan aku.
tapi KITA.

Erti diri itu pada aku.