Sunday, February 21, 2010

Info diet~APA ITU DIET MAKROBIOTIK?





Diet makrobiotik diilhamkan oleh kumpulan penganut agama Buddha di Jepun, dan ianya berjaya menarik minat ramai pengamal diet. Sakuzawa Nyoiti atau lebih dikenali dengan panggilan Oshawa mengatakan bahawa teori ini berdasarkan keseimbangan antara Yin dan Yang, yang mempengaruhi makanan terhadap keadaan fizikal, mental, dan emosional setiap individu.
 
Di mana ia menggalakkan sumber makanan berserat seperti padi-padian, kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan (tertentu sahaja). Menjadi pantang besar jika anda menyentuh daging merah dan alcohol. Sebaiknya air putih dan the cina (lebih mujarab), adalah antara minuman yang digalakkan untuk anda.
 
Pendek kata, kuncinya hanya bersandarkan pada corak pemakanan yang sihat dan sederhana.
 
Kenal pasti punca diet gagal..
1.Silap memilih makanan-
 
anda mungkin tidak tahu akan kandungan gizi yang diambil setiap hari. Ambil insiatif mulai saat ini, pilih makanan yang tinggi kandungan seratnya.
 
 
2.Situasi sekeliling yang tidak menyokong usaha anda.-
 
Contohnya sekitar kawasan kediaman atau berhampiran pejabat anda terdapat pelbagai gerai makanan yang nampak sedap di mata anda. Sudah tentu menggida nafsu anda untuk menikmatinya.
 
 
3.Gaya hidup semenjak kecil-
 
Factor social juag mempengaruhi corak pemakanan anda sebenarnya. Seperti kebiasaan dalam kelluarga anda sering menyajikan makanan ringan, semestinya tinggi kalori setiap kali menonton TV. Secara tidak langsung, amda pasti terikut-ikut tabiat ini, walaupun tinggal berasingan dengan keluarga. Keadaan seumpama ini boleh menyebabkan diet anda gagal.

 
4.Tidak konsisten-
 
Anda tersilap konsep dengan menganggap bahwa apabila mengambil sarapan pagi, maka ia boleh menggemukkan anda. Justeru anda tidak langsung bersarapan. Tetapi sedarkah anda bahwa keadaan ini menyebabkan perut kosong. Jadinya apabila anda lapar, selepas itu pasti badan akan berasa lemah. Lantas anda makan apa sahaja dihadapan mata untuk menghilangkan lapar.
 
 
5.Kurang disiplin-
 
Anda kurang mempunyai disiplin diri yang kuat, apatah lagi mendapat galakan orang disekeliling dalam memastikan matlamat untuk berdiet, mampu dilaksanakan. Sebenarnya kejayaan anda bergantung penuh pada disiplin serta galakan insan tersayang, dan ia perlu ditanam dalam hati dari awal lagi.