Semua perasaan itu, datangnya daripada Allah.Hakikatnya kita adalah manusia.Tak semua memahami perasaan & keadaan diri kita.Jadi mengadulah hanya pada Allah.
Friday, April 23, 2010
RUANG WAKTU
:::RUANG DAN WAKTU:::
(Ruang waktu)
Kemas kaki melangkah menuruni tangga bas
Sekolah Pengajian Seni, suasana agak lenggang..
Tapi bias suara2 orang lalu lalang
Suara sekeliling menerobos gegendang telinga aku
Beberapa wajah yang aku kenal
ada di ruang legar
……………………………………………………………………………
(Aku)
Ada satu ruang dalam
Aku terasa sesak.
Gelisah hati tak senang
Ya,Allah ada apa
Sebenarnya?
beri aku petunjuk
Sama ada untuk aku terima
atau perlu aku berdepan..hadapi
Beri aku petunjuk ….
Beri aku petunjuk .…
lapangkan dadaku yang sempit
…………………………………………
(Ruang waktu)
Aku tengok sekeliling cari2
Aku sendiri tak pasti apa..
Tapi aku terus saja berjalan
Di sekitar ruang legar..
Terpalit cuitan angin
satu persatu bayangan wajah muncul
mengganggu kabus mata
Aku sisip lembut rambut ke telinga
Aku gosok mata..
Bismillah..
kaki terus melangkah
…………………………………….
(Aku)
“siapa aku nak jumpa ni?”
helaan nafas seolah mengeluarkan maksud bisikan ni
“Kenapa petanda pertama adalah wajah2 manusia?”
Maknanya ada seserorang..Cuma belum pasti siapa..
Aku renung niat aku
Niat pertama aku datang nak buat
latihan insentif sendiri2
Tapi kedatangan aku membawa dua niat..
seolah terpanggil untuk mendapat sesuatu..
Sesuatu yang aku sendiri tak pasti..
Yang pasti aku tengah ‘mencari’..
Tapi tak tau apa dia?
Beri aku petunjuk ya,Allah
…………………………………………….
(ruang waktu)
sangat lenggang…
sesipi,tersipu,tertepi,terantara..diantara
“kak yoyo!!!”
“hi yoooo~”
“Hai kak~”
Aku sedekahkan senyuman riang mengangguk
*(semoga Allah sentiasa merahmati kamu)
Bebola mata masih menari2..terus mencari
“Nampak Zul?Zul kat mana?” Terpacul dari bibir aku..
acuh tak acuh.Mungkin untuk meredakan sikit
gusar mencari.
Padahal aku tak rancang pun nak cari dia
dan tak tau kenapa tetiba nama dia yang aku panggil.
“ada kat hujung tu online”
………………………………..
Aku pandang kiri kanan.
Hanya mereka yang kukenal
Bukan yang tertentu..
Aku bertanya kabar
Aku cari.Zul.
……………………………………..
(Aku)
Aku renung muka zul. Aku buka jap pintu tu,selam dalam2.
*(Hm..beratnye la..tu kat bahu, tu satu kat kepala..
hah tu satu gi kat dalam hati tu..isk..sampai hilang seri muka)
“Apasal..zul” aku tanya pendek.Zul terkejut
tengok aku tetiba datang terus ja duduk depan dia.
“Aik yo?rajin ko turun petang ni?”
“Yo, hari ni xde latihan dekon.Hari ni latihan tuk produksi aku.Bingung aku.”
Sampai ayat itu ja, aku dah dapat terus masuk. Aku dah paham.
…………………………….
(Jiwa)
Ok.yang ini,INI. Satu.ok.
eh?dua kan??yang nii…?satu lagi ni plak??
siapa……yang ini siapa?
Bingung..
Ya,Allah bagi aku petunjuk..
……………………………………………
Cari?
Siapa…siapa??
Ada lagi yang begitu tak jelas.
Gelisah ni bukan milik aku..
Milik siapa..
Aku mesti cari.
Bantu aku ya,Allah..
Bantu aku..
Auk perlukan bantuan dan petunjuk-Mu
…………………………………………………..
(ruang waktu)
Tersekat2 .point je.
tapi aku paham butir yang tak terluah tu.
semuanya..
aku tengok zul bercakap lemah tak bersemangat.
tapi bahagian kat dahi bersungguh2
berkerja keras asyik kerut2
*(letih, berat sgt..hmm..patutla)
aku tak tengok dia mengomel,
tapi telinga aku mendengar
aku asyik perhati tangan dia..
sekali pegang kepala.
Sesekali genggam.
Sekali sekali berpusing
Kali ni naik atas turun bawah..
Ok.Aku ertikan.
Dari gerak geri dia.
…………………………………………
(Jiwa)
To understand someone
telling us something..
something.
Not by word.
See his body language.
*Action speak more than word
(Bak kata bapak aku..yang mengajar aku teater)
-external can shows what internal…-
Tapi kena hati2 tak semua sama.
Nasib bek aku belajar teater.
Aku belajar mengenali
gerak bahasa tubuh seseorang.
Aku mudah tangkap mood dan
selam perasaan seseorang
Terus dari mata.
Dan kelemahan aku
adalah bila aku diam..
atau mendiamkan diri..
Ada dua makna diam.
Tersangat faham.Atau.
jangan masuk campur.
Diam.
Pada aku,senjata.yang kadang2
Melemahkan aku.memakan diri aku.
Atau menyelamatkan aku.
……………………………………………………….
(Aku)
“Bagusla tu..kan bende tu memudahkan?
bukan buat ko serabut.
Handle ni. Dalam mase same ko
jalan sekali ngan produksi ko.
Tak pe…
rilek jap, dengar ni.
aku latihan sendiri.k.
Keje ko cume perhati je.make sure semua jalan.
Beban pelakon biar kat aku.
Yang penting ko urus mana yang patut.
Aku datang pun nak latihan sendiri.
Ntah nape ter~melancong p tempat ko plak.”
Hmm.Asing.Ni dgn ni.Asingkan.Yang ini.INI.
yang satu ni.yang INI plak.
nanti bila tiba mase ni..ko bagi INI utk yang ni je.
Skg ko pokus ini.OK?
Dengar ni.masuk dlm otak ko masuk dlm hati tu dalam2
Fahamkan..
beban pelakon biar pelakon yg tanggung.
Ko pengarah.tugas ko mengarah bila perlu,
Tgk semua bnde jalan.Aku tau ko concern.Tapi..
Yang ini.INI dulu.Ok?STOP.
Jam bpe latihan produksi ko? Jm 7mlm eyh?ko tggu aku dtg.
InsyaAllah,aku pon tolong mana aku mampu
Aku datang, ringankan mana yg berat.
Ok?”
(ruang dan waktu)
Alhamdulillah..
Dahi zul dah tak kerut walaupun sisa risau tu tetap/masih ada
(Itu maknanya; ambil berat sgt tinggi dalam jiwa zul.)
Aku mengerti.Dan semangat tu jgn hilang.
Yang aku cari cuma point tu je.
Helaan~(dia tak senyum.tapi termenung jap.aku tau dia berfikir.)
Alhamdulillah.*(cukup utk aku..)
Aku da buat tugas aku
Cuma..
(pencarian tu baru separuh ada lagi..tapi siapa?)
………………………………………………………...
(ruang dan waktu)
“Eh?!!”aku separuh jerit.Lama aku tak jumpa adik aku.
Dia senyum lemah.
Jajan salam aku.
Sejuk.susuk dia ada perubahan.
Berat badan agak turun.Lemah.
“Yo,nanti ko tolong yo eyh,kami latihan jam7 ni..aku pun pening ni.
(Terputus dimensi aku dgn Zul.)
Ada aliran lain menerjah masuk.
Terpanah sekejap dengan kehadiran Jajan.
(jiwa)
Ya,Allah diakah petunjuk yang ingin kau tunjukkan?
Bantu aku ya,Allah..
Bantu aku..
…………………………………………….
(ruang waktu)
“Lama tak nampak adik?ke..memang akak
yang lame dah tak datang g skola ni?heee~(^__^)/
Adik ok tak ni?”
(aku tutup gelisah dgn senyuman.Senyum tapi gelisah?)
“sakit..”(senyuman lemah) ayat itu saja terbit dari bibir pucat tue.
“Sejuk tangan.lemah je.Ok tak??
*(sebenarnya ayat paling tepat utk aku bertanya ialah adik sakit apa?)
“Itu la.penat sikit.sakitkan memang macam ni.’
Lepas salam dia minta izin pergi tempat kawan dia.
“cari akak kalau ada apa2”.Aku senyum(resah)
*(sebenarnya ayat yang tepat ialah chop3 zul, aku nak jumpa dia jap,jajan meh lepak jap ngn akak)
Tapi aku terus mati di situ.Aku buka dimensi yang aku paused dgn Zul
Aku dengar luahan dia.
……………………………………
(Jiwa)
Aneh ……..
Yang ni.kenapa ada dimensi aku tak dapat masuk?
Ya,Allah..sesak terjah mencucuk tak henti.
Rahsia-Mu tak terungkai
Sangat luas nikmatMU
Beri aku petunjuk..
Beri aku petunjuk..
Ada apa sebenarnya?
Kenapa bingit kosong ni sangat terasa?
Aku diam.
Aku diam.
Aku diam.
………………………………….
Jam 5.30 petang.
Arrgh~
Bingit sunyi mengigit otak aku!
……………………………………………
(ruang waktu)
Aku baru nak terjah bg salam..Assa~
“Yoooo0o0oo~~~baru balik?? !weh jom makan sama!jom makan2!!<3
(suara Lai,TQah n Jue bersiul mesra sangat ikhlas)
(^v^)/ \(^__^)/(^u^)\
“Erk?ehehe~..Assalamualaiko0om~Ohaiyo0ooo0~!!!
Konichi wa~!im home!uik..meriahnyee~!Lai pon ade..hehe”
(setiap kali aku balik aku mesti jerit cmni) (+__+!)
meriah ruang tamu..Dorang lepak kat ruang tamu tgk tv.
Sambil makan goreng pisang dan hirup minuman panas..pergggh~
“eh~ makan..makan..Temkaseh.” :” > aku malu2 kuceng..
(aku tak sengaja tolak rezeki tapi aku tetap bersyukur)
*Syukur Alhamdulillah, Engkau Maha Pemurah ya,Allah.
(TvT)/ sila la makan~~*(aku tgh berfikir tak abis lagi..humm..)
Aku simpan beg.Aku tengok sapa lagi ada kat sekeliling.
Z depan laptop dia. ketik2~..
sesekali cam tgh bercakap dgn Hp.
Tetiba mata kami bersatu.aku nak tergelak tapi hanya tersenyum kecil.
Eyyyh~yoooyooooo balik!!!~(^_________^)/ muke Z mcm butterfly~
“Camne latihan?ko ade tak malam ni?”
“kuar lagi..malam ni tgk drg rehearsal jap”
………………………………………….
(ruang waktu)
Aku cuci muka.
Dem~
The silent inside killing me!!
Apasal ni?Aku tarik napas dalam
Aku tarik best buddy evaa~
Kali ni 2pack!biar ceedap sket(T_____T)
Sori lambat wahai incik perut~
Cepat2 aku panaskan air.
Slurrppp~
Baru nak menghirup aroma ni~
Untuk merasai terjah yang melapangkan.
Erm..Masih berdenyut?
aku tiada jawapan.
………………………………………….
Ting~ting~*(hp aku menyanyi sumbang)
Jajan call???
Aku letak gelas.
“Assalamualaikum~!!!
yeeee~Jaaajan..!!!nape?katne ni???”
“heehe..Hai kak yoyooo..~
Waalaikumsalam. Kat bilik..
saje call.lame dah tak tanye kabar.”
“Ha’ah tue ar...huhu~sori dear psl tadi!
tak sempat berbual pjg zul..akak bncang.uh!
Then jajan pon cam ade hal semua..sori sesgt~(T____T )duiii..huhuhu”
(kelam kabut aku explain)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>sobbing>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
(jiwa)
Ya,Allah terima kasih atas petunjuk-Mu
Ini gelisah yang aku cari.
Diam bingit ini berpunca dari bilik itu.
Ada suara yang menjerit ..merintih
Tapi tak siapa peduli.
Tak siapa mendengar.
Ada yang melihat.
Tapi mengendahkan……
Berusaha membutakan mata.
Memekakkan telinga.
……………………………………………
Maafkan aku.
Aku leka…..
Berat ini yang teramat pedih
Dalam tak siapa jumpa.
Aku dah jumpa dia.
Aku dah Nampak.
Silap aku.
Aku tak Nampak dia di belakang pintu….
Dia sembunyi.
Masa aku buka pintu ..
Semua kosong..Aku tahu ada seseorang di situ.
Tapi gelap. Aku jadi gelisah kerana ingat kehilangan
sesuatu yang aku tak jumpa..
Rupanya dia ada disitu..
aku terlalu gelisah memikirkan KEHILANGAN itu
Sampai aku LUPA mencari……..
tak sedar.
Dia tersembunyi….
Nasib baik aku buka pintu balik..
sinar dibalik pintu,membuat aku ingin mengetuk.
Maknanya aku ingin dia tahu aku tengah mencari
Sesuatu Hilang…
Dan aku jmpa dia.
Menangis.
takut.
tiada siapa disisi.
Lega….
Aku hulur tgn.
“hakikat..kena hadapi.”
jgn takut keluar bilik ni.
Mari…..sayu aku renung dia.
Aku niat LillahiTaalah..
Aku tak minta balasan
Aku buat semata2 kerana Allah
Aku, hamba Allah yang kebetulan Lalu
Dalam cerita episode hidupmu
Hadir di kala orang2 tertentu memerlukan
Setiap pertemuan kita ada sebabnya.
Sama ada untuk aku dan kau.kita belajar mengenai sesuatu.
insyaAllah…
Apa yg berlaku kau,aku,ruang waktu…
Allah tentukan.kita merancang.
Jangan sekali menyalahi takdir..
kita masih boleh ubah
Dengan usaha…
Sekurang2nya kita berusaha..Kan?
Daripada tidak langsung…
Daripada membiarkan….
Daripada tidak berbuat apa
Hanya menunggu..
Mari……
aku sedekah senyuman
semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu..
Allah sentiasa ada untuk kita..
……………………………………..
Semua terungkai.
Satu.satu.semua~
…………………………..
(ruang waktu)
“Hmm….Ok....hmm……..Jajan...
dik….please dik,jgn nanges jap jap…
dik,sabar2..k..
dik,bleh akak tnye ni ..boleh?
hmm……adik da solat tak rini?
(dem~why am i crying too??…yooo~ hipokrit!!!)
*apasal aku ni!tak suruh dia nangis aku snd tak tahan nangis?
(yo~ don’t let her knw u sobbing…ok.silent..kawal2..)
“Jajan……”(aku tanya lagi)
(aku erti..aku mmg mengerti.
Aku fhm dan aku cuma meneka..
tapi bukan aku dapat merasai beban tu
sebab bukan aku yang alami derita dan azab
yang dia tanggung)
“tak solat……(teresak) tak boleh..”
“kak ~huu..adik tak tau
nak wat cmne..adik….huu..(ayat dia mati kat situ)
“dik,jom kuar……”
“Kuar?g mana??...”
“mane2..padang pun ok.dekat2 pun xpe.
mane2 la..lagi bagus tmpt yg ade angin..”
“adik tak larat..tak boleh jalan sangat….”
“Ok.Adik kat blok A kan?still kan?sapa ade sne??”
“Ha’ah..Roomates.Semua ade”
“hm…cmni akak g tmpat jajan k.
Akak tgu di bawah.Kita lepak jap”
“ok..kak…..”
………………………………………………..
(ruang dan waktu)
4 jam aku dan jajan di cafe.
Barah.
Bukan penyakit yang perlu kita Main2.
Aku bercakap tentang barah.
Ya.Cancer…(breast cancer)
Apa yang korang baca..
Itula hakikat.
Yang perlu dia telan.
Panjang lebar kami buka helaian cerita.
Aku tak berhenti sampai situ.
Aku tahu aku kena buat sesuatu.
Dana.
Sokongan.
Mendoakan.
Memberi semangat.
Mendengar.
(Aku)
Tidak la Allah menjadikan kita manusia untuk kita
Menjaga kepentingan diri sendiri saja
Allah kurniakan sebentuk hati
Pada manusia untuk kita
Pelihara.jaga.belai.prihatin.peka.
Hati bukan hak kita.
Jasad bukan hak kita…
Dan kita tidak memiliki……
Pinjaman ini harus kita hargai..
Waktu.
Ruang.
Masa.
Orang yang kita sayang……..
Peluang datang sekali.
Cukuplah…….
Aku tahu aku bukan sengaja atau saja2
Berada disitu
Untuk sekadar melihat atau mendengar..
Atau berkongsi..
Ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan pada
Aku yang serba kurang..
Serba daif..
Tentang zatnya yang aku
Aku mahu mengenal-Nya..
Aku tahu bukan saja2 aku datang untuk menemani Jajan.
Ada sesuatu yang perlu kami berdua belajar.
Betapa indahnya hikmah-Mu..
rahsia-Mu tak bertepi..
berlegar2..
Maha Kaya..
Maha Bijaksana..
Maha Pengampun..
Maha Pengasih
Maha penyayang..
……………………………
(jiwa)
Setiap kita berpasang.
Saling bergantung..
Langit dan bumi.
Siang malam.
Mentari dan sang awan
Kelipan Bintang dan sang rembulan
Setiap perjalanan ada perhentian,
setiap pertemuan mesti menjanjikan perpisahan..
kerana kita tidak kekal…
HAKIKAT.
Perlu kita jelas.fahami.
Renung..
Belajar tentang kehidupan…..
(Aku)
Allah terbitkan fajar yang indah..
munculkan waktu pagi, mentari pemalu
Untuk digantikan dengan redup mata
sang mentari yg terbenam menyejukkan..kemudian
Allah gandakan lagi keindahan itu dengan
Memberi (subhanallah 3…)
keindahan waktu malam…
damai…dan penuh ketenangan.
bersama hamparan selimut bintang
Hakikat.
Ya, hakikat yang kita hanya akan perasan
Tentang Keindahannya kala kita bersendiri
*(Dan bila perlu atau mahu..kan?)
…………………………………………………
(Aku)
aku hanya dapat memberi
setiap apa yang ada pada diriku
Dan aku ada disitu.
Aku tidak pernah meminta untuk begini.
Aku tidak berhak meminta..lebih..
Lebih dari cukup..
Kerana ia cukup, dari terlebih limpahan.
Aku menerima setiap ujian-Nya
kerana hikmah disebalik semua ini bisa
Menghilangkan seribu gundah..
Menjanjikan Nikmat Bersyukur.
………………………………………………….
Apapun saja setiap babak..
Setiap episod yang berlaku
dalam hidup aku
aku ingin mereka rasai.
Sebenarnya……
Menyelami…….
Apa ertinya?
………………………………………
Tapi tidak mengapa……
Tiada siapa tahu atau perlu tahu….
Tiada siapa mengerti atau mahu mengerti….
Hakikatnya aku sendiri.
Hakikatnya hidup…
Lahir dan mati..
Bersendiri.
Itu hakikat.
……………………………………………
(jiwa)
Rasa…..
Sebenar benarnya
yang aku rasa..
merasai apa yang aku rasakan
mungkinkah ada yang akan mengerti.
Hikmahnya tak terkira…
Satu gambaran perasaan
Yang tak dapat aku jelaskan
Melalui pena..
Hatta tangan aku yang tergesa menaip ni..
Tak terdaya aku membalasnya..
Selemah2 aku yang kerdil dan jauh ini..
Aku hanya mampu mendoakan…
…………………………………………………
(ruang waktu)
Aku dan jajan ambil gambar sebanyak mungkin.
Gambar berdua.pelbagai ragam.yang terukir semestinya
Memori gelak ketawa kami.
Desktop background aku.
Tersemat gambar kami berdua.
Senyuman itu..
Senyuman semanis dia,mata redup
mana mungkin aku akan lupa sampai bila2.
Terima kasih ya,Allah kerana memberi aku waktu
Dan ruang untuk mengabadikan lembaran kenangan
Bersamanya..
::message::
“sabar k..Take care of ur sis.At least dia ade yoyo-chan”
Mesej tu.
Kata-kata dia cukup buat hati aku tenang.
Terima kasih untuk semua
Terasa tersangat rindu
Dia juga antara kekuatan buat aku.
Terima kasih(^^^)
kerana ada disisi..
hadir dikala semua tiada.
Sesungguhnya aku sangat menghargai.
……………………………………………..
(ruang waktu)
6 hari berlalu.
Aku tetap mendoakan.
5.30 a.m
Suara tangisan bertalu2
Sedar.Kesengsaraan bertalu menerjah.
Terlihat jajan terbaring kat lantai…
Azabnya menahan kesakitan menusuk sampai
Kejantung aku.Darah?
Aku tengok darah..
Pada tisu.pada tangan..
Aku diamkan jajan.
Aku bisik.
Adik..kuat dik..
Kuat..ingat Allah..
Kuat sikit dik..
(siapa yang mampu faham saat aku menahan sebak begini.melihat dia.Pilu.Aku telan aku simpan dalam2.Tak siapa merasa.Sedang aku cuma terpalit oleh rasa sakit yang luluh.Dia?Aku cuma meneka..tidak dapat merasa sebenar2 apa yg dia rasai sekarang.)
Aku tahu dia sakit.
Aku perhati tangan Jajan asyik menahan2
Perit yang mencucuk.
Sesak..
Pedih..
Aku cuba untuk tenangkan Jajan.
Aku nak dia kuat.
Aku bisik sesuatu kat telinga dia.
Aku tengok perlahan2 dia masukkan ubat
Telan dan teguk air dengan lemah.
Airmata tetap saja mengalir
Dia masih teresak menahan pedih.
(ya,Allah ringankan bebannya.beri dia kekuatan)
………………..
Perlahan aku usap rambut dia.
Aku lap airmata jajan.
Aku bisik lagi…
Nak baring?
Dia geleng.
Dia masih kesakitan.Dia tetap menangis.
Aku sembunyikan tompokan darah
Yang penuh dekat tisu.
Alihkan dari pandangan Jajan
Aku perasan mulut dia berdarah.
Aku lap guna tisu.
Sebak……..
(siapa yang mampu merasa kalau di saat2 ini hanya aku yang ada disisi dia)
Aku tak mampu buat apa2.
Aku tarik nafas berat.
Aku tetap disebelah Jajan.Menanti.
Duduk bertahan melihat keadaan dia.
(Dia.Aku.berperang dengan emosi.Aku tak nangis.Aku diam.Aku simpan dalam2)
10 minit dia menahan sesak dan sakit
Aku bisik lagi.
Nak baring dik...
Kesian badan dah penat bekerja
Dari jam1.30 am tadi sampai subuh ni.
Adik tak tido kan.
Bagi rehat badan dulu dik..
Esok dia nak kerja lagi.
Aku lap airmata Jajan.
Akak teman adik.Akak pun tido jap ja tadi.
Kita baring jap ye, dik…
Dia teresak.Mengangguk lemah.
Aku capai handphone
Aku mesej.
…………………………………………………
Aku tengok adik baring di lantai semula.
Aku faham.
Aku tak paksa.
Aku ambil selimut.
Aku usap kepala dia.
Badan dia sejuk.
Kepala dia panas.
Aku bagi tisu.
Sekali lagi darah membuak.
Pedih……*
(ya,Allah ringankan bebannya..dia sakit ya,Allah.Hanya Engkau dapat mgurangkan rasa sakit ini.)
Aku diam.
Aku gulung selimut letak untuk alas kepala dia.
Jajan pejam mata, tapi tangan masih mengurut dada
Menandakan sesak dan perit tak hilang lagi.
Dik...kuat dik…(aku merintih tahan sedih dalam hati)
Aku baring kat lantai juga.
Aku tengok Jajan.Sayu.
Air mineral, ubat 3 paket dan tisu
ada bersebelahan dengan aku.
Aku tak tidur.
Aku tunggu dia terlelap.
Sejam..
Dua jam.
…………………………..
Calling.
Jajan bercakap lemah dengan orang yang dia sayangi.
Aku sempat bercakap dengan MU(bf adik)..
Miscalled dari “Abah Adik”…
Aku hulur telefon.
Adik bercakap tersekat sekat.
…………………………………….
Hujan.Petang jadi kelam.
Berkabut.Indah.
Suasana makin sejuk.
Sayup2 suara azan.
Aku duduk memandang luar tingkap.
Aku pandang langit.Bukit.Hujan.
Aku tengok Jajan kat tepi.
Sesak……(Aku kumpul dalam dalam)
Aku tahan.
Tanggungjawab aku tak selesai lagi.
Ini saja yang termampu aku lakukan
Ini untuk Jajan.
Aku sentiasa mendoakanadik aku.
………………………………
Malam.
Aku pandang luar tingkap lagi.
Hamparan bintang tidak jelas di angkasa
Luar makin dingin
Alam jadi bisu.
Bangunan.jalan raya.suram di kejauhan
Tapi…
Lampu lampu yang berkelip
umpama bintang
menghembuskan satu perasaan riang
kala angin memecahkan tempias sunyi.
……………………………
Siapa agaknya yang merasa
Seperti aku malam ini……
Siapa agaknya yang akan merasa
sedih sesedih aku malam ini..…
mungkin hanya aku dan ruang waktu.
tak mengapa.
Simpan saja.
Simpan dalam dalam.
Hidup ini Cuma sementara.
Hakikat itu perlu.
Satu kemestian.
kita hadapi dan pelajari
………………………………………
Buat matahariku,
Terima kasih kerana melimpahi hangat
Kasih sayangmu di kala aku
Terasa dingin
Buat bintangku,
Terima kasih kerana setia menemani
Malamku yang panjang
Hingga terbit rindu
Yang tak akan bisa habis.
Esok pasti aku setia menunggu malam
untuk merindui bintangku semula
walau jauh sentiasa berkelip
untuk aku hayati keindahannya
……………………………………..
(ruang waktu)
“akak dah habis taip?”
“Jajan dah baca??”
“Dah.Adik nangis baca..Akak habiskan nanti adik nak baca lagi”
“ok..” Aku senyum.(^____^)/
( tawar..entah untuk apa aku menulis.Meluah?tapi berat masih tersisa di bilik ini)
Jari jemari terus mengetik
Keyboard..
Terus menaip..
terus berkata dalam bahasa sunyi.
LIRIK.
::::MATAHARIKU:::: [Agnes Monica]
Tertutup sudah pintu
Pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu
hanya untuk mu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakan mu
walau aku tak mau….
Berjuta warna pelangi
di dalam hati
Sejenak luluh bergeming
menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
aku terdiam sepi
Dengarlah Matahariku,
Suara tangisanku
Ku bersedih…
kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku….PUISI tentang hidupku
tentangku yang tak mampu menaklukkan WAKTU..
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak
aku terdiam
sepi…….
Dengarkan aku
Matahari ku..
suara tangisanku kubersedih…
Kerna panah cinta menusuk jantung
............................................
SUNNY ::::MATAHARIKU::: [Bunga Citra Lestari-cinta pertama]
Sunny(2)
Jantungku berdegup
tiap ku INGAT tentangmu..
Sunny(2)
Mengapa ada kurang
Saat kau tak ada?
Sunny(2)
Melihatmu,
Menyentuhmu,
Itu yang ku mau…
Kau tak sempat tanyakan aku,
Cintakah aku padamu?
Tiap kali aku berlutut
Aku berdoa…di dalam hati
Suatu saat kau bisa cinta padaku
Tiap kali aku memanggil di dalam hati
Mana sunny?
Mana sunny ku??
Mana…sunny ku…..
Sunny(2)
Apa kabarmu
Kabarku baik2 saja
Sunny(2)
Begitu banyak cerita tak abis tentangmu
Salamku untukmu dari hati yang terdalam
…………….……………….
Kau tak sempat tanya padaku
Cintakah aku padamu
Kau tak sempat tanyakan aku,
Cintakah aku padamu?
Tiap kali aku berlutut
Aku berdoa…di dalam hati
Suatu saat kau bisa cinta padaku
Tiap kali aku memanggil di dalam hati
Mana sunny
Mana sunny ku?
::: Mana sunny ku:::
……aku suka dengan video klip lagu ni…..sangat indah..aku dapat rasa perasaan tu bila tengok wajah dua penyanyi ni(Agnes dan Bunga).Funny.Aku ulang 5x tengok v.clip ni..tak bosan langsung..setiap kali aku tengok,setiap kali tu juga lah aku dapat rasa perasaan tu..pure~sejati..indah..cara mereka ekspresikan suara hati melalui lagu..
Tertutup sudah pintu
Pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu
hanya untuk mu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakan mu
walau aku tak mau….
Berjuta warna pelangi
di dalam hati
Sejenak luluh bergeming
menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
aku terdiam sepi
Dengarlah Matahariku,
Suara tangisanku
Ku bersedih…
kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku….PUISI tentang hidupku
tentangku yang tak mampu menaklukkan WAKTU..
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak
aku terdiam
sepi…….
Dengarkan aku
Matahari ku..
suara tangisanku kubersedih…
Kerna panah cinta menusuk jantung
............................................
SUNNY ::::MATAHARIKU::: [Bunga Citra Lestari-cinta pertama]
Sunny(2)
Jantungku berdegup
tiap ku INGAT tentangmu..
Sunny(2)
Mengapa ada kurang
Saat kau tak ada?
Sunny(2)
Melihatmu,
Menyentuhmu,
Itu yang ku mau…
Kau tak sempat tanyakan aku,
Cintakah aku padamu?
Tiap kali aku berlutut
Aku berdoa…di dalam hati
Suatu saat kau bisa cinta padaku
Tiap kali aku memanggil di dalam hati
Mana sunny?
Mana sunny ku??
Mana…sunny ku…..
Sunny(2)
Apa kabarmu
Kabarku baik2 saja
Sunny(2)
Begitu banyak cerita tak abis tentangmu
Salamku untukmu dari hati yang terdalam
…………….……………….
Kau tak sempat tanya padaku
Cintakah aku padamu
Kau tak sempat tanyakan aku,
Cintakah aku padamu?
Tiap kali aku berlutut
Aku berdoa…di dalam hati
Suatu saat kau bisa cinta padaku
Tiap kali aku memanggil di dalam hati
Mana sunny
Mana sunny ku?
::: Mana sunny ku:::
……aku suka dengan video klip lagu ni…..sangat indah..aku dapat rasa perasaan tu bila tengok wajah dua penyanyi ni(Agnes dan Bunga).Funny.Aku ulang 5x tengok v.clip ni..tak bosan langsung..setiap kali aku tengok,setiap kali tu juga lah aku dapat rasa perasaan tu..pure~sejati..indah..cara mereka ekspresikan suara hati melalui lagu..
Subscribe to:
Posts (Atom)