Wednesday, November 11, 2009

Salam, maaf sebab lama dah tak update..

Rasanya terlalu lama dah tangan ni tak menulis..huhu maklumlah time exam ni..byk benda nak kena settlekan, dalam masa terdekat still ada lagik assessment, pastu nak kena pass assgmnt, wat last presentation..practice theatre sbb show pun dlm masa yg sgt kritikal..bla,bla..aku pun pening nak ceta mana satu, apapun mohon maaf sgt2..Aku sebenarnya sgt risau tentang final exam aku ni..nyaawa nih..huu..sangat penting bagi aku...tawaran yg dtg dari pihak entertainment,aku mohon maaf teramat sangat sebab jadual waktu yang pack skg membuatkan aku terpaksa hold dulu semua aktiviti seni..bukan sengaja nak menghampakan harapan segelintir pihak, tetapi keutamaan study perlu aku highlight kn..

”Masa depan harus diutamakan dahulu..Wlaupun rezeki byk kat bidang seni, tapi back up life ni lah penentu di masa akan datang..Rezeki tu ada di mana2, usaha bergantung pada diri kita..selain bakat, kerja kuat tu sangat penting..(bak kata seseorang yg amat aku hormati)

InsyAllah ada masa aku akan terus update blog aku..tawaran dan aktiviti seni yg hold akan aku laksanakan jika tiada aral melintang. Buat kengkawan aku yang selalu bertanya khabar,huu..yang tak sempat aku replay msg atau cll semula, aku pecaya korang pun faham dgn kesibukan aku sekarang..huu ada ja benda yang nak kena settle.


Semoga hari-hari yang kita lalui akan terus beroleh kesejahteraan dan keberkatanNya.



SUARA..

Suaranya berdesir dan nyaring
Menghantui setiap utuh rasa.
Seperti sebuah caturan mimpi
Mengalir kuat dilayar ingatan.

Gelap..
Mata kupejam
Sedalam dalam ruang
Kuhirup nyawaku..
Mencari kebenaran
Tentang suara yang aku dengar..

Suaranya membuatkan
Waktu ini terhenti..
Lantas aku menjadi peka.

Kuselesaikan pecahan retak
Yang mendetakkan jiwaku
Suara itu bingit terngiang ditelingaku
Menjadi bingkai cerita kehidupan
Hilaian suara it terus menerus
Seolah memisahkan jasadku
Sementara roh itu meliar
Menerpa kabus kabus kecewa

Benar.
Aku semahunya.
Aku ingin terus menjerit
Biar tenaga ini melampis keluar
Namun
Kelibatnya hangat tak menyentuh bumi
pantas mengetawakan aku
mengekek terkikik

Sempatkan waktu untuk aku
Beringat..sempatkan aku berserah padaNya
Hanya Dia selayaknya aku takuti..
Walau aku tahu dia makhluk tuhan
Namun aku terus menjadi kaku
Terdiam.

Tentang sejarah
Yang tiada siapa mewarisi rasa
Yang berulang..
Suara itu hilang bersama jasadnya..

P/s: ada benda terjadi kat aku pd waktu magrib semalam, (10 n0vember..)rasanya korang akan faham apa yg terjadi kalau faham apa maksud puisi aku tentang "suara" tu..Wallahualam..



Terima Kasih CINTA


Terima Kasih Cinta

Saat aku berpaling bersama
Jiwa kosong
Meneroka bersama rasa beku,
untuk menilai ERTI sebuah keindahan
untuk Bahagia...

Bagi diriku..
manusia sepertiku mampu
berikan segalanya..
Tanpa perlu mengenal Cinta.
Atau mungkin telah hilang rasa ingin menCinta?

Cinta tak pernah aku cuba,
Tak pernah aku rasa..
Tidak perlu aku tahu..
Kerana tabir silam
aku mangsa perpecahan
keluarga.
Cinta itu SENGAJA aku padam.
Aku manusia yang tidak perlukan Cinta.

Hakikatnya,
Cinta tak berdosa,
Hakikatnya aku yang terlupa untuk menCinta
Mengenal Cinta..

Kematangan julung kalinya datang
Adalah kerana mu..
Kerna kau hadir
Tatkala Cinta sejati itu
Diturunkan dlm hatiku..
Cinta yang telah membuat aku
Terharu dan tersentuh..
Terima kasih untuk segalanya
Terima kasih Cinta..
Cinta itu tetap disini
untuk kita..
Aku percaya Cinta ini
untuk kita pelihara dan abadikan
selamanya dalam hati kita.