Seperti baru semalam aku
Melihat wajahnya..
Masih terngiang
Betapa dia berbangga dengan diriku
Masa terus berjalan tanpa menoleh...
Kalaulah aku mengetahui
Seperti apa yang aku tahu kini
Aku akan memeluk dirinya erat
Sepenuh hatiku
Aku akan hapuskan kedukaan itu....
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau berikan
Aku rela maafkan
apa jua kesilapanmu
kerana aku ingin memahamimu
Apa yang mampu aku lakukan
Untuk mendengar semula suaranya..
Aku teringin memanggil namamu
Namun aku tahu kau tak akan ada
Di sana..
Maafkan aku jika aku
sering menyalahkanmu atas
Ketidakmampuanku
Dan sebenarnya
Aku melukakan diriku sendiri
Bila aku melukakan perasaanmu
Kadangkala aku sangat bersedih
Tapi aku tak pernah mahu mengaku…
Adakala aku mahu terus bersembunyi
Kerana aku amat merinduinya..
Sangat pedih mengatakan selamat tinggal
Bila aku tahu sudah sampai saatnya
Bolehkah kau membantu aku untuk
Melupakanmu?
Bolehkah kau fahamkan aku?
Adakah dia akan melihatku lagi..
Adakah dia berbangga dengan apa adanya
Aku sekarang..
Tiada apa yang termampu aku lakukan
Untuk mendapatkan peluang
Bila aku melihat matanya
Aku melihat aku didalamnya..
Memandangku sayu
Sangat sakit kerana
Aku sering mengharapkan
Masa berundur..