Friday, April 15, 2011

SINOPSIS BUKU - Lamia Gadis yang Terluka


SINOPSIS BUKU - Lamia Gadis yang Terluka                                                                               

Perempuan selalu memiliki sedikit pilihan, bahkan sering kali tidak memiliki pilihan. Pun dengan Lamia. Hati Lamia terluka ketika ibunya tiada. Dan kemudian ayahnya hendak menjual toko buku kesayangannya.

Bagi Lamia, buku merupakan bahagian dari sejarah hidup. Lenyapnya buku membuat separuh jiwanya terbang.

Ditambah lagi sang Ayah mengajak Lamia pindah ke desa. Ia tinggalkan cita-cita yang hendak digapainya. Dalam dunia patriakal, seorang anak memang harus patuh pada orang tuanya.

Novel yang menyentuh ini akan mengajak Anda berselancar melayari kehidupan Lamia,
perempuan gigih yang tak terkoyak oleh berbagai goresan hidup.



BOOK SYNOPSIS - Lamia Girls who Hurt                                                                           
Women always have a few choices, often have no choice. Even with Lamia. Lamia heart hurt when her mother died. And then her father wanted to sell her favorite book store.

For Lamia, the book is part of living history. The disappearance of the book makes half of her soul flying.

Plus the father invites Lamia moved into the village. She had to forget her ambitions. In a patriarchal world, a child had to be obedient to their parents.

These touching novels that will invite you to surf navigate life Lamia, indomitable woman who was torn apart by various scratches live.


SINOPSIS BUKU - Lamia Gadis yang Terluka                                                                          

Lamia mempunyai keluarga yang sempurna dan penyayang. Dia mempunyai ayah, ibu dan dua orang abang yang penyayang. Sementara dia pula merupakan satu-satunya anak perempuan bongsu didalam ahli keluarganya.Oleh itu, ibunya adalah segala-galanya bagi diri Lamia. Dialah ibu, dia jugalah teman dan tempat untuknya mencurahkan segala rasa. Namun,kebahagiaan yang digenggam oleh Lamia itu tidak lama, dalam sekelip mata sahaja kebahagiaan miliknya diragut apabila ibunya meninggalkan dunia. Hidupnya menjadi lebih sunyi apabila kedua abangnya Jihad dan Rasyid membawa diri merantau ke Australia.  Tinggallah dia dan ayahnya berdua menerus dengan ayanhnya ygb-ngkan kehidupan mereka.

Antara cita-cita dan tanggungjawab Lamia tidak mempunyai sebarang pilihan. Sebagai satu-satunya anak perempuan yang taat pada orang tua, Lamia terpaksa melupakan hasratnya untuk mengejar cita-citanya. Ayahnya hendak menghabiskan sisa hidupnya di desa dan tidak lagi ingin meneruskan perniagaan tokoh buku mereka. Lamia tidak mempunyai sebarang pilihan terpaksa akur dengan permintaan seorang ayah.

Lamia dan ayahnya akhirnya sampai ke sebuah desa, kemudian menginap di Hotel Mawar dan Mahkota. Pertemuan diantara Lamia dan Puan Farida pemilik hotel yang akan mereka duduki tidak begitu mesra seperti jangkaan Lamia. Apabila Lamia mengatakan dirinya dari Kota tiba-tiba sahaja layanan puan Farida berubah menjadi mesra. Lamia dan ayahnya menginap selama sehari dan bercadang untuk mencari rumah keesokkan harinya. Pagi itu, dia dan ayahnya menyusuri sebuah kebun, walaupun pada awalnya Lamia telah berpesan kepada ayahnya bahawa kebun itu perlu dijauhi kekerasan ayahnya untuk meninjau persekitaran menyebabkan Lamia akur. Kehadiran Lamia tidak disenangi oleh Adham, seorang lelaki yang berbadan sasa. Pertemuan mereka bermula dengan pergaduhan kecil. Lelaki berkenaan mengusir Lamia dari kebunnya, Lamia menyatakan sememangnya dia tidak ingin berada disana kalau bukan kerana kekerasan ayahnya yang mahu meninjau kebun usang itu. Adham bertindak kasar dengan mengusir Lamia dan menghumbannya keluar pagar.

Pertemuan dan pergaduhan mereka menyebabkan Lamia menyimpan marah dan tidak akan memaafkan Adham yang bertindak kurang sopan mengusirnya sedemikian rupa. Lamia berangkat dengan perasaan terhina kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Lamia segera memberitahu ayahnya tentang apa yang berlaku, namun sikap ayahnya yang seakan tidak memperdulikan apa yang terjadi pada dirinya sebaliknya menasihatinya agar jangan mengendahkan sikap pemilik kebun itu menyebabkan Lamia berasa tidak puas hati.

Lamia dan ayahnya kembali ke Hotel Mawar dan Mahkota sebelum berangkat ke Kota. Di hotel mereka dihidangi daging panggang dan secangkir kopi hangat. Lamia bertanyakan tentang kebun yang mereka lawati sebentar tadi kepada Puan Farida. Puan Farida menjelaskan bahawa pemilik kebun itu adalah Nyonya Mudiha. Dia mempunyai dua cucu lelaki. Syarif dan Adham. Syarif mempunyai isteri, mereka berdua yang bertanggungjawab terhadap perusahaan, sementara Adham pula belum berkahwin dan menjaga sapi-sapi dikebun itu. Mereka tergolong dalam orang yang baik-baik, namun mereka tidak begitu menyukai orang yang datang dari Kota ke dusun mereka. Hal ini kerana orang dari Kota gemar membawa anjing yang suka mengejar ternakan mereka, malah ada diantara mereka yang membuang botol minuman di ladang tanpa disedari melukai sapi ternakan mereka. Puan Farida kemudian menceritakan bagaimana terjadinya penyakit wabak burung, yang telah menyebabkan hampir semua ternakan sapi di kampung itu dibakar kerana terkena wabak burung. Mendengar penjelasan Puan Farida barulah Lamia dan ayahnya mengetahui kenapa pemilik kebun itu bersikap dingin kepada mereka kerana khuatir mereka akan dijangkiti wabak daripada sapi ternakan mereka.

Di tokoh bukunya, Lamia masih memikirkan tentang wabak sapi seperti yang dikatakan oleh puan Farida tentang kebun yang mereka lawati. Sehari dia mencari maklumat. Namun tidak juga ditemuinya. Seharian di kedai buku menyebabkan Lamia bosan. Pendapatan hasil dari tokoh buku mereka juga semakin merosot. Lamia berpendapat keinginan ayahnya yang terus menerus mahu hidup di desa menyulitkan benaknya. Namun, kekusutan itu tidak berlarutan apabila sahabat lama ayahnya tuan Labieb datang ke rumah mereka dan ingin membeli barangan antik milik mereka. Begitu juga dengan buku-buku di kedai mereka. Lama kelamaan- rumah mereka juga berhasil untuk dijualkan. Pagi itu mereka didatangi sepucuk surat dari posmen. Ayah Lamia memberitahu bahawa pemilik rumah kebun di desa bersetuju untuk menyewakan rumahnya dengan pembiayaan sewa yang murah mengikut kemampuan mereka. Lamia yang mendengar berita itu terus naik angin kerana ayahnya tidak berbincang dengannya terlebih dahulu sebaliknya telah menerimanya. Kekhuatiran Lamia bertambah-tambah apabila mengingati wabak burung dan sapi di kebun itu.

Keesokkan harinya mereka mengemas untuk bertolak. Berlaku pertengkaran diantara Lamia dan ayahnya, kerana ayahnya menyembunyikan bungkusan buku yang telah dijual. Pertengkaran itu berakhir apabila orang tuan Labieb mendatangi mereka. Lamia menyerahkan kembali buku-buku yang dibungkus oleh ayahnya kepada pekerja itu.

Tiba di rumah sewa dikebun, Lamia dan ayahnya melihat keadaan sekeliling. Pada mulanya Lamia menyangkakan mereka tersalah masuk bilik kerana unggun api di rumah itu menyala, di dapur siap terhidang susu dan telur. Namun ayah Lamia meyakinkan bahwa kunci yang mereka pegang itu sememangnya kena pada tombol pintu yang mereka buka, dan yang pasti mereka berada dirumah yang betul. Setelah siap makan siang, Lamia berjalan-jalan melihat sekeliling kemudian terserempak dengan Jamilah isteri tuan Syarif. Perempuan manis itu sempat berjenaka dengannya. Mereka berbual-bual panjang, kemudian bicara itu terhenti kerana Jamilah tiba-tiba panik baru teringat kedatangannya bertemu dengan Lamia adalah untuk menjemput Lamia dan ayahnya makan siang sebagai tanda selamat datang oleh tuan rumah.

Di ruang tamu, Lamia bertemu mata dengan nyonya Mudiha. Orangnya tegas, masih terserlah kecantikannya namun lagaknya agak angkuh. Ternyata kehadiran Lamia tidak disenangi oleh nyonya Mudiha. Matanya tidak berkerdip melihat Lamia, dia tidak menyangka penyewanya akan membawa anak gadis tinggal bersama  kerana dia beranggapan penyewanya adalah seorang lelaki tua yang telah pencen, bersama isterinya. Namun, keadaan itu diselamtkan oleh ayah Lamia, yang terus terang menjelaskan bahawa dia sememangnya terpaksa pencen awal akibat penyakit yang dihidapinya dan mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan anaknya yang perempuan satu-satu inilah yang menjaganya sepanjang dia sakit. Kata-kata mohon maaf daripada ayah Lamia dengan tidak berniat menipu tuan rumah menghapuskan kegusaran nyonya Mudiha. Jamilah membawa Lamia ke satu sudut membiarkan mentuanya dan ayah Lamia berbicara. Jamilah menyatakan hasratnya yang sudah bosan berada di kebun itu. Setiap kali dia ingin keluar, dia seolah-olah terikat kerana terhutang budi. Perbualan mereka terhenti apabila Badariyah, tuan Syarif dan Adham memasuki ruang tamu. Kehadiran mereka bertiga sambil tertawa memecahkan kebisuan. Ayah Lamia memperkenalkan anaknya kepada tuan rumah dan cucunya. Jamilah dan tuan Syarif berkenalan dengan Lamia dan kelihatan sangat menyenangi kehadiran mereka kecuali Adham. Adham kurang menyenangi kehadiran Lamia kerana masih mengingati insiden di Kebun. Semasa mereka berbual memperkenalkan diri, Adham menyampuk sambil menyindir Lamia. Sikap sinis dan perbuatan Adham ditegur oleh nyonya Mudiha, menyebabkan kekekokan berlaku. Adham segera mohon maaf kemudian beredar dari situ.

Ketika makan malam, Lamia tidak dapat memberi sepenuh perhatian semasa ayahnya berbicara dengan nyonya Mudiha mengenai koleksi buku-bukunya. Matanya asyik mencuri pandang kerusi kosong milik Adham.Ketika Nyonya Lamia bertanya tentang pekerjaan Lamia, dia menjelaskan keadaanya yang sepatutnya melanjutkan pelajaran tetapi perlu menjaga ayahnya yang diserang penyakit jantung coroner, setelah kematian ibu. Nyonya Mudiaha memuji sikap Lamia yang sanggup berkorban meninggalkan pelajarannya untuk menjaga orang tuanya. Tiba-tiba kehadiran Adham mengejutkan mereka. Adham memberitahu bahawa sapi Zahrah telah melahirkan seekor anak sapi yang besar. Berita baik itu membuatkan kekecohan dan keriangan seisi rumah.

Hari-hari dijalani dengan bosan oleh Lamia kerana dia tidak melakukan sebarang pekerjaan, sebaliknya ayahnya dengan mudah mendapat nasib baik diterima bekerja di perusahaan nyonya Mudiha. Hanya jamilah yang sering datang menceriakan hari-harinya. Pagi itu, jamilah dan suaminya berjumpa dengannya untuk menawarkan pekerjaan kepada Lamia sebagai setiausaha. Hal demikian kerana Syarif benar-benar memerlukan seoarang setiausaha untuk menguruskan perusahaannya. Pada mulanya pelawaan itu menarik perhatian Lamia namun kegusarannya lebih meninggi terhadap Adham kerana dia tahu Adham tidak begitu menyukainya. Syarif dan Jamilah meyakinkan bahawa segala pekerjaan di perusahaan dibawah tanggungjawab Syarif dan tidak ada kaitan dengan Adham. Oleh itu keputusan untuk mengambil pekerja adalah tugas Syarif.

Jamilah kemudian membawa Lamia melihat mejanya kemudian membawanya ke satu bilik yang dipenuhi oleh piala-piala yang bersadur perak yang disimpan dalam almari. Suasana dalam bilik itu tersergam pegap dan menyeramkan. Jamilah menunjukkan segala dokumen mengenai penternakan, pendataan yang dilakukan dan menjelaskan tugas-tugas yang sering dilakukan untuk perusahaan itu. Jamilah turut menjelaskan bahawa mereka mempunyai doktor haiwan persendirian bagi perusahaan penternakan yang bernama Bilal. Doktor Bilal dan Badariyah dikatakan bagai mempunyai perasaan sesama sendiri namun oleh kerana Badariyah wanita terhormat dia menjaga kelakuannya, sementara Bilal juga telah berumah tangga namun ditinggalkan isterinya kerana tidak mampu melahirkan zuriat. Tiba-tiba muncul Adham mengarah Lamia mengikutinya. Belum sempat Lamia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai setiausaha Syarif, Jamilah memotong dan meminta Lamia mengikut sahaja kehendak Adham. Lamia keliru kerana seakan terpaksa berbohong. Namun untuk menjaga hubungan baik dia menuruti sahaja.

Setiba di kandang sapi, Badariyah menemui Lamia berkata mengenai anak sapi Zahrah yang baru lahir. Kemudian ingin membawa Lamia melihatnya, namun dia perlu berjumpa Adham dahulu. Lamia hanya melihat ari jauh. Bagi Lamia Adham dan Badariyah seperti pasangan yang serasi,Cuma sayangnya Badariyah tidak menaruh hati terhadap lelaki dingin itu. Entah bagaimana, tanpa disedari beberapa minit selepas melihat kemesraan mereka Lamia diulit rasa cemburu. Sedangkan pada awal perkenalan mereka Adham berkelakuan tidak sopan, sinis, mendapat cercaan dan hinaan dan ketidakpercayaan dari Adham. Kekeliruan itu, membuatkan Lamia segera memalingkan pandangannya.

Di pejabat, Lamia menjalani tugasnya dengan cermat, segala dokumen disusun rapi dan diselesaikan dengan elok. Melihat kerajinan Lamia dia mendapat pujian daripada Jamilah. Jamilah ketika itu sedang berinsiatif membersihkan piala-piala perak. Lamia mempelawa dirinya untuk membantu Jamilah.Tiba-tiba Adham datang menegur siapa yang mengeluarkan piala perak di ruang tamu. Jamilah kemudian menjelaskan bahawa dia ingin membersihkan piala-piala usang itu. Berlaku pertengkaran diantara mereka, Kelakuan Adham yang sinis dan sentiasa berprasangka menguris hati Jamilah. Jamilah kemudian berlalu sambil menangis. Tidak cukup dengan itu, Adham juga bertindak mencemuh Lamia dan ayahnya sengaja berpindah di rumah mereka sambil mengandaikan mereka sedang merancang sesuatu. Pencerobohan mereka di kebun juga dibangkitkan semula oleh Adham. Kata-kata Adham tidak munasabah menyebabkan Lamia sekali lagi bertengkar dengan Adham.

Kesombongan diraut wajah Adham memualkan Lamia. Lamia kemudiannya menjelaskan kehadiran dia dan ayahnya bukan merancang sesuatu seperti yang diandaikan oleh Adham, sebaliknya mereka berpindah ke desa itu kerana ayahnya pernah 20tahun tinggal di tanah  itu, sudah semestinya dia ingin kembali menghabiskan sisa hidupnya. Semua yang berlaku adalah tanpa sengaja. Selepas menjelaskan hal yang sebenar Lamia meninggalkan Adham.

Keesokkan harinya Badariyah menemui Lamia, dia mengundang Lamia untuk ke sebuah pesta dansa yang akan diadakan pada hari sabtu. Menurut Badariyah Adham yang mengundangnya. Ketika menemui Adham, kelihatan doktor Bilal sedang duduk berbual-bual dengannya. Adham menjemput Lamia untuk menghadiri pesta dansa, sementara Bilal mengajak Lamia untuk turut serta dan berangkat bersama-sama dengan mereka dengan kenderaan. Undangan itu diterima dengan hati yang ceria.

Lamia segera menuju ke pejabatnya, tanpa disedari nyonya Mudiha sedang memerhatinya. Sambil menyindir nyonya Mudiha bertanyakan kelapangan Lamia turun ke kandang semata-mata ingin menemui cucu lelakinya dan meninggalkan pintu pejabatnya terbuka dan dimasuki oleh orang asing. Lamia tersentak namun segera mendapatkan kepastian kerana dia telah menutup pintunya. Lamia kemudiannya meneka adakah orang asing itu berfizikal besar dan pendek jika benar, maka orang tersebut adalah mekanik yang ditugaskan untuk melihat peralatan yang tidak berfungsi. Jawapan yang diberikanoleh Lamia, mengurangkan prasangka nyonya Mudiha terhadap dirinya. Soalan bertalu-talu ditanya kepada Lamia untuk memastikan Lamia bukan perempuan murahan yang menggoda dan mengejar harta cucunya. Berlaku perdebatan diantara mereka tentang erti cinta dan pengorbanan kasih sayang dalam kekeluargaan, yang akhirnya membuka satu rahsia mengenai status Adham hanya sebagai cucu angkat. Oleh sebab itu, nyonya Mudiha sangat memihak dan menjaganya. Tidak seperti cucunya Syarif yang mengingkari perintahnya mengahwini Jamilah.

Di malam pesta, kelihatan semua sedangmenikmati acara yang berlangsung begitu juga Lamia. Sekali sekali jelas terlihat kelakuan Adham turut berubah menjadi peramah dan dan penuh kasih sayang.Mereka berbicara sambil memerhatikan tingkah Badariyah dan Bilal yang sedang memadu kasih di suatu sudut. Kemesraan Bilal dan Badariyah dihalangi dengan sikap saling menghormati namun penuh rasa yang mendalam.
Di lular rumah kelihatan Jamilah berlari mendapatkan Adham dan Lamia dengan cemas. Dia mengkhabarkan kehilangan 5 piala perak dan nyonya Mudiha hendak menemui Adham dengan segera. Tiba di perkarangan rumah, Lamia berusaha tidak menyertai perbincangan kerana dia sedar bahawa dia merupakan orang luar. Ternyata kehadiran Lamia tidak disenangi oleh nyonya Mudiha, malah dia dituduh berkemungkinan mencuri 5 piala perak berharga itu kerana minggu lepas Jamilah dan dia yang membersihkan piala tersebut. Tuduhan tidak berasas itu benar-benar menyentap perasaan Lamia, lalu berlaku sedikit kekecohan sehingga hal berkenaan ingin dilaporkan kepada pihak polis. Mujur Syarif bertindak membela lalul memohon maaf terhadap Lamia. Tiba-tiba nyonya Mudiha mengarahkan agar setiap rumah digeledah. Lamia yang terhiris dengan tuduhan membenarkan rumahnya digeledah.

Adham mendahului keluarganya, menuju ke rumah Lamia. Lamia mengizinkan Adham memasuki rumahnya, tapi ternyata Adham tetap menanti yang lain untuk memeriksa setiap inci rumah Lamia. Berlaku pertengkaran diantara Lamia dan Adham, yang akhirnya mencetuskan kata-kata yang tidak disangka menuduh Lamia sebagai pencuri. Adham tanpa sedar mengatakan bahawa Lamia telah mencuri hatinya. Lamia terpaku bagai halilintar, diantara bahagia dan terkejut dan masih tidak mempercayai kata-kata yang dilemparkan oleh Adham. Tidak berapa lama, Jamilah dan suaminya tiba bersama nyonya Mudiha. Syarif dan Jamilah diiringi rasa bersalah kerana perlu menyelongkar rumah Lamia. Mereka tahu ibunya sengaja membuat onar. Sekali lagi berlaku pertengkaran diantara mereka. Syarif bertengkar dengn neneknya, sementara nyonya Mudiha terus menerus menyalahkan Jamilah yang menghasut cucunya untuk menggaut keuntungan hasil kekayaan dan meracuni pemikiran Syarif agar tinggal di luar. Lamia menjadi keliru dengan kekecohan itu, lantas mencelah dan memintak mereka segera menggeledah rumahnya kerana sebentar lagi polis akan datang. Jamilah dan Syarif dengan rasa bersalah memohon maaf dan menyiapkan pekerjaan mereka demi memuaskan hati nyonya Mudiha. Apabila tiba di bilik ayah Lamia, nyonya Mudiha mempersoalkan buku-buku yang terdapat di dalam kamar ayahnya. Kata-kata nyonya Mudiha seolah menuduh ayahnya yang kononnya mencuri buku-buku itu. Setelah selesai melakukan pengeledahan, ternyata piala perak itu tidak ada di rumah Lamia. Kekesalan dan rasa malu wujud di wajah Syarif dan Jamilah sementara nyonya Mudiha terus mencerca tanpa rasa bersalah. Dia terus meninggalkan Lamia, sementara dua cucu lelakinya di ajak menjawap pertanyaaan polis yang telah tiba. Jamilah menenangkan Lamia. Tidak lama kemudian, ayah Lamia pulang. Lamia menceritakan segalanya yang berlaku, walaupun pada sangkaan awal Lamia dia curiga bagaimana terdapat buku-buku mahal di dalam mamar ayahnya. Ayah Lamia menerangkan dia mencari duit dengan melakukan penjilidan buku dan memperbaiki lembaran buku-buku. Namun merasa kesal dengan perbuatan nyonya Mudiha yang bertindak menuduh dia dan anaknya.

Akibat pertuduhan tidak berasas itu menyebabkan nyonya Mudiha jatuh sakit dan diserang penyakit jantung coroner. Dia dihantar ke Hospital. Sementara itu, tuan Syarif menghantar surat memohon maaf pada keluarga Lamia kerana tindakan melulu neneknya dan mohon maaf atas ketelanjuran mereka mengeledah rumah Lamia sedangkan mereka tahu tindakan nenek mereka itu tidak berasas. Badariyah memberi khabar bahawa Jamilah dan suaminya berasa malu untuk bertemu Lamia justeru memberi surat memohon maaf sebagai tanda menggesali apa yang berlaku pada malam itu. Mereka juga berharap Lamia dapat datang ke pejabat dan bekerja seperti biasa. Lamia bekerja dan menguruskan hal perusahaan seperti sedia kala, hari-harinya semakin baik. Namun pencuri piala perak masih belum ditemui. Justeru itu, Lamia tidak boleh terlalu ramah dengan keluarga tuan Syarif kerana dia merasakan bahawa keluarga itu masih menyimpan curiga terhadapnya.
Ayah Lamia dalam masa yang sama cuba menebus kesilapannya yang terlalu mementingkan diri kerana banyak membuatkan Lamia menggorbankan masa remaja dan kuliahnya semata-mata memenuhi kehendaknya untuk tinggal di Desa dengan cara mengajak anak perempuannya pergi melawat abang-abangnya di Australia. Pada mulanya Lamia agak terkejut dengan cadangan ayahnya, kerana tidak mungkin dia akan meninggalkan ayahnya berseorangan menjalani sisa hidupnya di desa berseorangan. Namun Lamia meyakinkan bahawa jika sekadar menziarahi dia sepatutnya membawa ayahnya bersama. Tetapi ayahnya berdegil kerana khuatir hanya akan menjadi beban. Tapi Lamia tetap memujuk dan meyakinkan ayahnya, bahawa mereka masih mempunyai waktu untuk membincangkan semua itu, akhirnya kedua beranak itu bersetuju untuk membincangkan hal itu bersama.
Lamia bertemu dengan Jamilah dan sempat berbual-bual, dibenak Lamia dia ingin meluoakan Adham dan tekad untuk menemui nyonya Mudiha untuk memberi perkhabaran mengenai penghijrahan dia dan ayahnya. Lamia juga berfikir untuk memberi notis berhenti kerja jika perlu. Dalam masa yang sama tiba-tiba Maajid, inspektor polis yang ditugaskan mengendalikan kes kecurian datang bertandang. Jamilah mempersilakan Maajid masuk. Maajid memberitahu berita baik bahawa piala perak yang hilang telah ditemui namun mahkamah memerlukan salah satu saksi untuk mengenal pasti piala perak itu.
Lamia segera ke mejanya untuk memberikan notis berhenti kerja kepada nyonya Mudiha, namun surat itu ternyata tiada di mejanya. Tiba-tiba kedengaran suara Adham dibelakangnya. Adham memberitahu bahawa surat Lamia ada padanya. Adham sengaja memancing Lamia dengan mengatakan bahawa abangnya, Syarif dan Badariyah meninggalkan keluarganya sekarang giliran Lamia. Perbuatan Lamia dianggap sebagai tergesa-gesa dan seolah dirancang. Lamia menjelaskan bahawa dia dan ayahnya pergi untuk menziarahi abangnya di Australia. Adham kecewa dengan jawapan Lamia dan cuba untuk memujuknya. Namun Lamia sedaya upaya memalingkan wajahnya agar Adham tidak dapat meneka perasaan sebenar yang sedang bergelojak di hati Lamia. Adham tidak dapat menerima kata-kata Lamia, kemudian meninggalkan Lamia termanggu di pejabat. Dengan perasaan yang meronta untuk memberitahu perasaanya yang sebenar Lamia segera mengejar Adham. Puas dia mencari akhirnya lamia menemui Adham mematung di kandang seorang diri bersama ratusan ternakkannya. Lamia cuba memanggil Adham tetapi Adham kelihatan tidak mendengar. Lamia menangis lalu merangkul Adham erat-erat dan meletakkan kepalanya di dada Adham. Tanpa berkata apa-apa Adham binggung melihat Lamia yang teresak menangis dalam pelukannya, seolah bermimpi gadis itu memeluknya. Akhirnya Lamia memberitahu perasaannya terhadap Adham. Adham bahagia dalam tidak percaya.

Tiba di bilik nyonya Mudiha, Adham dan Lamia tersekat untuk menyatakan hasrat mereka untuk bersatu kerana bimbang akan kesihatan nyonya Mudiha. Belum pun sempat mereka memberitahu nyonya Mudiaha terlebih dahulu mengutarakan bahawa dia ingin menikah dengan ayah Lamia. Pengakuan itu mengejutkan semua pihak, noynya Mudiha juga mengakui kesilapan dan keangkuhannya. Ayah Lamia cuba menolak kerana dia sedar akan statusnya yang tidak begitu berharta, namun nyonya Lamia mengatakan dirinya lebih rugi dan miskin kerana kehilangan kasih sayang cucunya sendiri. Jika kehadiran Adham dan Lamia hendak mengusulkan mengenai masa depan mereka biarlah dia turut sama merasai kebahgian hidup berdua seperti cucunya. Ayah Lamia segera menenangkan nyonya Lamia dan setuju dengan pinangan nyonya Mudiha, dalam masa yang sama dia juga merestui hubungan Lamia dan Adham cucu angkatnya untuk menikahi Lamia.

SINOPSIS BUKU-Diantara Shaf Malaikat.

SINOPSIS BUKU-Diantara Shaf Malaikat.

Sungguh, hidup ini tidak sederhana!

Sejuta prahara begitu perkasa menghentam kepala dan batin Hanif. Bahkan, kala Hanif berupaya menyandarkan semua bencana hidupnya ke kursi spiritual, ke pelukan Ilahi Rabbi, prosesnya pun amat sangat pelik!
Ada gumpalan cobaan hidup yang harus dijalani seorang diri. Ada keperihan yang tak berkesudahan. Ada kesepian dan keterasingan yang selalu saja membentang. Amat sangat lama prahara itu menghunjamnya. Hanif mengalaminya bertahun-tahun. Terutama, sejak sang ibu tercintanya, sang panutan hatinya, sang pembawa lentera hidupnya, menghembuskan napasnya yang terakhir di saat dia masih haus kasih sayang dan bimbingan keagamaan di masa kanak. Juga kala Hanif mulai mengenal bisikan-bisikan cinta dari sosok-sosok perempuan bernama Ken Umi, Fatma, juga Listyani.
Di Antara Shaf Malaikat ini adalah sebuah novel religi inspirasional yang siap membentak-bentak batin setiap pembacanya bahwa untuk mencapai maqam hidup yang bahagia sangatlah tidak mudah. Sapuan gelombang harus dihadapi dengan jiwa tegar! Layak Anda baca dan Anda petik lautan hikmah yang ditawarkannya!

Really, life is not simple!

Millions are so powerful hurricane hit the inner head and Hanif. In fact, when Hanifable to leverage all the disasters of his life to the spiritual seat, into the arms of the Divine Master, the process was very, very strange!

There are lumps trial period must be living alone. There are endless keperihan. There is loneliness and isolation are always present. Very, very long time the hurricane was . Hanif experienced it for years. Especially, since his beloved mother,her role model himself, the bearer of his lantern, the latest blow breathing when hewas still thirsty of love and spiritual guidance in the child. Also, when Hanif started to know whisper-whisper of love from the figure, the figure of a woman named Ken Umi,Fatma, was also Listyani.

Shaf Angels Among these is a religious novel completed inspirational inner rage atevery station the reader that to achieve a happy life is not easy. Be faced with a waveswept hardcore soul! You read and you are eligible to quote the wisdom offered by the sea!












SINOPSIS BUKU – DIANTARA SHAF MALAIKAT

 (MUHAMMAD B. ANGGORO)


Judul buku bertajuk ‘Diantara Shaf Malaikat’ karya Muhammad B. Anggoro menceritakan kisah Hanif merupakan seorang anak muda yang Muallaf. Dia yang ditinggalkan oleh ibunya disaat dia masih memerlukan bimbingan rohani daripada ibunya. Dalam keluarganya ayah Hanif bukanlah seorang muslim. Dia menjadi keliru dan terumbang ambing mencari kepastian terhadap keyakinan agama yang akan dianuti oleh keluarganya, meski akhirnya dia menjadi seorang muslim yang taat, bercita-cita tinggi, dan optimis.
Hanif bertekad dan dengan rajin belajar ke sana ke mari untuk memperdalamkan ilmu agamanya. Selain itu dia juga punya keinginan besar untuk menjadi penulis. Untuk mewujudkan impiannya itu dia merantau ke Jakarta demi mencapai cita-citanya. Dalam masa yang sama dia ingin mengejar gadis yang telah mencuri hatinya, Ken Umi. Dia ingin gadis itu tahu bahawa cintanya terhadap gadis itu menjadikannya kuat dan keyakinan cintanya itulah yang membawanya mencapai cita-citanya dan untuk memiliki Ken Umi.
Namun disaat-saat kejayaannya bergelar seorang penulis ternama, dia tidak dapat mengubat hatinya yang kecewa akibat tidak dapat menyunting Ken Umi yang telah bersuami. Kenyataan itu benar-benar menjadikan Hanif menutup hatinya walaupun dalam masa yang sama hadir dua wanita yang menyimpan perasaan terhadap dirinya dan mengagumi Hanif, namun hatinya hanya untuk Ken Umi. 

Listiyani merupakan janda yang mempunyai anak. Pertemuannya dengan Listiyani membuatkan janda beranak satu ini jatuh cinta pada Hanif namun Hanif merasa tidak dapat memberikan hatinya kepada Listiyani malah dia menolak cadangan orang tuanya,yang ingin menjodohkannya. Hanif melupakan dan meninggalkan Listiyani demi mengejar cintanya,iaitu Ken Umi.
Hanif tinggal di tempat baru dan bertemu dengan Fatmawati Indri Prameswari. Ternyata gadis manis itu juga jatuh cinta padanya. Setelah Fatma mengenali Hanif, dia merasa dirinya dibohongi oleh Hanif kerana beranggapan Hanif sama seperti lelaki yang pernah dikenali sebelum-sebelum ini, gemar menghabiskan masa berhibur setiap malam namun hal yang berlaku adalah sebaliknya dia berasa rendah diri kerana mengetahui Hanif merupakan lelaki yang taat pada agamanya. Fatma kembali dengan sikap lamanya bermabuk-mabukan adakalanya pergi sehingga berminggu-minggu tanpa khabar.
Fatma menyedari bahawa Hanif begitu berbeza dengan dirinya,malah dengan lelaki yang pernah dikenali sebelum ini. Dimata Fatma, Hanif adalah jejaka yang alim dan boleh dijadikan teladan. Akhirnya Fatma mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Hanif dan tidak mahu bertemu lagi dengan Hanif. Persoalan cinta yang berlaku begitu dalam dirinya dirasakan berbeza dan rumit.

Sementara bagi Hanif pula, kejayaanya menjadi seorang penulis membuat dia merasa segala kejayaan itu hanya bermakna bagi gadis yang dicintainya dan selayaknya dibanggakan terhadap Ken Umi. Penolakan cinta Ken Umi kerana telah bernikah dengan lelaki lain, membuatkan Hanif merasa tiada ada gunanya lagi dia hidup di dunia ini. Hanif menjadi manusia yang lupa pada tuhan-Nya dan menjadi liar di kehidupan malam yang menjadikannya sakit.
Namun, hidayah itu selalu datang tanpa diduga. Hanif kemudiannya menyedar kesalahan-kesalahan yang telah dia lakukan dan kelalaiannya.  Akhirnya Hanif menginsafi dirinya dan ingin kembali bertaubat, dan berusaha untuk menjadi salah satu diantara shaf malaikat.
Hanif menghabiskan hari-harinya untuk bermunajat, tadarus dan beribadah kepada Tuhan. Kesihatan menjadikan dirinya kian susut dan menurun. Akhirnya Hanif meninggal dunia disaat dia dikejarkan ke hospital setelah diadakan wawancara tentang keberhasilan penerbitan novelnya.























SINOPSIS BUKU – DIANTARA SHAF MALAIKAT

 (MUHAMMAD B. ANGGORO)


Title of the book entitled "Between Angels Shaf “ by Muhammad B. Anggoro tells the story of a young Convert boy named Hanif. He was abandoned by his mother while he still needs the spiritual guidance of his mother. While his father is not a Muslim. He became confused and gone astray seeking assurance of religious beliefs to be embraced by his family, though eventually he became a devout Muslim, ambitious, and optimistic.

Hanif was determined and studied diligently goes to deepen the knowledge of his religion. Besides that he also had a great desire to become a writer. To realize his dream the finally make a move and he traveled to Jakarta in order to achieve his ambitions. At the same time he wanted to pursue a girl who has stolen his heart, Ken Umi. He wanted her to know that his love for her strength and confidence makes her love for him is that to achieve his ambitions, and to have Ken Umi.

But the moment when the successful title-renowned writer, he could not treat him the frustration caused can not edit Umi Ken has married. The fact that really makes him even close Hanif at the same time the two women present feelings towards him and admire Hanif, but his heart just for Ken Umi.

Listiyani is a widow with children.  Listiyani falls in love with Hanif. but Hanif felt unable to give his heart to Listiyani, he also rejected the suggestion of her parents, who want to make him married. Hanif try to forget about meeting Listiyani and left in pursuit of love, namely only for Ken Umi.

Hanif live in new places and meet Fatmawati Prameswari Indri. It turns out that sweet girl fell in love with him too. After recognizing Hanif, Fatma felt herself deceived by Hanif. At first she assuming Hanif is the same as men who had known before, who like to spending time entertainment every night but the thing that happened is the opposite of inferiority she felt knowing that Hanif was a devout man of religion . 
Fatma back to her old attitude partying and drinking. Sometimes she go out partying for weeks with no news. Fatma finally realized that there are so much difference between her and Hanif. In Fatma eyes, Hanif was a pious man and can be an example. Fatma finally decided go and leave Hanif. She also decided do not want to meet again with Hanif anymore. The question shall be so in love with him, felt different and complicated.

While with Hanif life he become successful and become a great writer. He dedicated his good workin writing, is only meaningful for the girl he loved and wanted to prove about his successful to Ken Umi. He suddenly felt the rejection of love for Ken Umi, when she was married to another man. With heartbroken leaving Hanif felt there was no longer any point in his life in this world when he losing his beloved one to other guy. Hanif became a forgotten man in his life to God and become wild, partying with night life which only makes him felt painful inside his heart.

However, guidance is always come unexpectedly. Hanif then sensitize the mistakes he did, and negligence. Hanif finally realize his wish to return and repent, and strive to be one of shafts angels.
Hanif spent his days for bermunajat, praying, Tadarus and worship God. Health declined to make him more and dropped. Hanif eventually died while he was rushed to hospital after a successful interview about publishing the novel.


SINOPSIS BUKU-Sujud Nisa di Kaki Tahajjud-Subuh.


SINOPSIS BUKU-Sujud Nisa di Kaki Tahajjud-Subuh.

Sebuah Novel Religius. Semua orang pasti punya masalah hidup. Pembezaannya ialah diantara pemenang dan pecundang iaitu terletak hanya pada kemampuannya untuk hidup berdikari, menaklukkan semua masalah yang tertangguh sehingga mampu meraih maqam kebahagiaan hakiki. Dan,buku ini adalah salah satu sebab untuk terus hidup adalah agama.
Melalui energi Tahajjud dan Subuh, Nisa yang lemah dan penuh masalah akhirnya berjaya meneruskan kehidupannya. Ada sujud, dzikrullah, air mata, doa, munajat, tawakkal, sabar, dan khusyuk. Novel ini meneladankan cara bertahan yang sangat luar biasa, bersendikan kekuatan iman, agama, dan hati!
Muhammad El Natsir, pengarang novel religius Tahajjud Cinta memberi ulasan bahawa “Novel ini membuatku optimis betapa Allah tak pernah jemu mencintaiku dan menolongku....” begitu juga dengan ulasan daripada Anam Khoirul Anam, pengarang novel Dzikir-dzikir Cinta. “Kartini adalah motivasi terulung! Novel ini telah membuktikannya. Kuat sebagai agama dan bertenaga sebagai inspirasi!”
Samsul Arifin, M.Ag., kandidat doktor, pensyarah UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta mengulas bahawa “Nisa senantiasa menemukan energi baru dalam menghadapi semua kemelut hidupnya setiap kali bersujud di kaki Tahajjud dan Subuh. Semua persoalan hidup yang dialaminya, yang sungguh menguras energi, perasaan, dan air mata, mulai dari gelegar cinta, cemburu, egoisme, kepercayaan diri, penantian, pengkhianatan, hingga kesendirian, berhasil dilaluinya dengan takzim dan khusyuk. Ya, di kala malam semakin tua, angin semakin beku menghempas wajah, di kaki Tahajjud-Subuh, Nisa bercumbu mesra dengan Sang Kekasih. Beralaskan sejadah air mata, doa, dan iman.... Inspirasinya sangat mencerahkan, maka bacalah....”

A religious Novel. Everyone has problem of life. Distinction bis between the winner and the loser is just the ability to live independently, to conquer all the pending issues so as to achieve ultimate happiness of the station. And, this book is one reason to stay alive is a religion.
Through Tahajjud energy and Dawn, Nisa is weak and full of problems were finally able to continue living. There are prostrate, dzikrullah, tears, prayers, Sinai, resignation, patience, and humility. This novel is a model way to survive is very unusual, the joint power of faith, religion, and faith!

Muhammad El Natsir, religious novelist Tahajjud love to comment that "This novel made me confident that God is never tired of loving me and help me .." as well as comments from Anam Anam Khoirul, novel zikir-zikir of Love. "Kartini is a leading motivational! This novel has been proven. Strong as powerful as a religious and inspirational! "

Samsul Arifin, M.Ag., candidate doctors, lecturers UIN Sunan Kalijagas commented that "Nisa always find new energy in the face of all the turmoil of her life every time Tahajjud and prostrate at the feet of the Dawn. All issues of life that had, which really drained of energy, feelings, and tears, from the rumble of love, jealousy, selfishness, self-confidence, hold, treason, to solitude, successfully passed the solemn and humble. Yes, on the night grows old times, the freezing wind hit her face, at the foot of Tahajjud-dawn, Nisa-friendly flirt with the beloved. Prayer mats lined with tears, prayers, and faith .Very enlightening inspiration, then read ...."


SINOPSIS BUKU – SUJUD NISA DI KAKI TAHAJUD~SUBUH

SEHABIS CUBA TERBITLAH BAHAGIA (KARTINI NAINGGOLAN)

Setiap manusia itu sebenarnya sama sahaja, tidak akan terlepas daripada masalah. Yang membezakan setiap manusia itu adalah hanyalah sejauh mana dia mampu bertahan dan bangkit daripada masalah tersebut. Lebih kurang seperti itulah mesej atau pesanan tersirat yang ingin disampaikan oleh novelis, Kartini Nainggolan di dalam karyanya “Sujud Nisa di Kaki Tahajjud-Subuh”. Nisa merupakan peneraju atau watak utama novel ini yang senantiasa dirundung masalah dan ujian dalam hidupnya. Watak akan membawa pembaca untuk melihat ketegaran wanita ini menyelesaikan setiap ujian yang mendatang dengan tabah.

Selepas SMA Nisa menuntut ilmu di kota Jogjakarta. Dia meninggalkan kota pada asalnya, malang dan tinggal di kota Gudeg dengan pas-pasan. Awalnya Nisa ingin bekerja ke luar Jawa agar dapat membantu meringankan beban kedua orang tuanya yang tergolong miskin dengan bebanan 13 orang anak. Sayang, i’tikad baik Nisa ditentang oleh ayahnya. Dengan modal pinjaman dari sana-sini, Nisa akhirnya berangkat ke Jogja dan diterima menjadi mahasiswi di salah satu perguruan tinggi swasta di Jogjakarta.

Kehidupan yang susah membuatkan Nisa berfikir keras bagaimana caranya agar dia dapat menghadiri kuliah setiap hari dan dalam masa yang sama membantu meringankan beban kedua orang tuanya. Dia mengambil keputusan untuk mengikuti sayembara penulisan novel dan akhirnya menjadi juara. Kehidupannya sedikit sebanyak telah banyak berubah. Jadualnya juga semakin padat. Kehidupannya menjadi serba cukup. Nisa juga sering diminta mengisi seminar-seminar mengenai penulisan, hingga suatu saat Nisa menjadi semakin akrab dekat dengan seorang pemuda yang bernama Fauzi.

Tetapi keakraban yang terbina ini mendatangkan ujian yang berat dalam hidupnya. Nisa mula didatangi oleh mesej-mesej yang berbaur mengancam hidupnya sekiranya dia masih mendekati Fauzi. Nisa menjadi keliru dengan ugutan-ugutan tersebut kerana hubungan antara dia dan Fauzi hanyalah seperti kawan biasa dan tidak lebih dari itu.

Konsentrasi Nisa sedikit terganggu kerana ternyata orang yang tidak dikenalinya itu tidak berhenti mengganggunya. Akhirnya orang yang tidak bertanggungjawab itu menyebarkan fitnah di seluruh universiti dengan meletak gambar bogel dengan (teknik super impose) Nisa melakukan zina. Malah gambar Nisa juga dieksploitasi dan disalah guna untuk tujuan menjatuhkan maruah Nisa. Hal ini menyebabkan Nisa tertekan dan harga dirinya hancur difitnah sedemikian rupa.

Nisa mengurungkan dirinya di dalam bilik selama beberapa hari kerana malu dengan sebaran fitnah tersebut. Dia tidak mempunyai keberanian menghadapi tekanan tersebut. Akhirnya dia mula dirasuk dengan tanggapan-tanggapan negatif terhadap orang-orang di sekelilingnya. Nisa mula menyalahkan kedua orang tuanya yang memaksanya kuliah di Jogja sendirian. Semenjak saat itu Nisa tersesat dalam pergaulan yang menyesatkan. Dia mula memaksa kedua orang tuanya menghantar wang saku kepadanya, dan menyelewengkan wang kuliah tersebut untuk tujuan berhibur. Hal ini berlarutan untuk jangka masa yang lama sehinggalah akhirnya hidayah datang dalam dirinya.

Suatu malam Nisa mengalami mimpi yang sangat aneh. Dalam mimpi tersebut dia dapat melihat kejadian-kejadian seperti apa yang digambarkan oleh alim ulama mengenai hari kiamat. Orang-orang berlumuran darah dan bau bangkai yang sangat menyengat. Susuk hitam besar dengan cambuk dari api yang terus-menerus menghujani mereka dengan cambuk api. Nisa juga termasuk di dalamnya. Dan, di dalam mimpinya juga dia dapat melihat lihat ada segelintir manusia yang kelihatan bersahaja, berdiri dengan senyumnya yang sangat mendamaikan.

Ketika bangun, Nisa sangat terkejut dengan mimpi yang dia alami. Fikirannya berputar-putar mencari jawapan kenapa hal itu boleh terjadi pada dirinya. Sejak bermimpi aneh, Nisa lebih banyak menghabiskan masanya dengan termenung dan memikirkan apa yang terjadi sebenarnya di dalam mimpinya tersebut. Hinggalah dia menyedari bahawa sebenarnya Allah telah memberinya hidayah untuk kembali lagi ke jalan yang benar.

Akhirnya Nisa mengambil keputusan bertekad untuk menjadi seorang muslimah yang sejati. Apabila tiba waktu malam, Nisa bangun dan bersujud di saat semua rakan-rakannya sedang tengah lena dibuai mimpi-mimpi indah. Nisa menangis, mengadu kepada Allah, dan memohon agar dia diberikan kekuatan baru untuk menjadi hambanya yang benar-benar bertaubat.

Satu hari sahabatnya, Ais, datang ke kuliah dan mengadu kepada Nisa bahawa dia telah diperkosa. Nisa terkejut mendengar aduan sahabatnya itu, namun apa yang lebih membuatkan Nisa menjadi lebih terkejut dan terkilan adalah apabila pada ketika itu juga Ais akhirnya telah membuat pengakuan perbuatannya terhadap diri Nisa, bahawa selama ini sebenarnya dialah yang memfitnah Nisa berbuat zina. Sahabatnya itulah yang telah membuat foto palsu (super impose) dan menjajahnya di lobi kampus. Nisa menjadi sangat terkejut sekaligus menjadi marah, tapi dia tidak tahu harus berbuat apa. Bagaimanapun Ais adalah sahabatnya yang telah menjadi teman berbagai dalam segala hal. Sesakit apa pun hati Nisa, dia akhirnya membuka pintu hatinya untuk tetap memaafkan Ais.

Menjelang masa-masa akhir kuliah, Nisa pulang ke kampung halaman. Ibu Nisa telah menjodohkan Nisa dengan seorang pemuda tamatan IPDN, Irsyad. Tak lama kemudian mereka pun menikah. Namun, kebahagiaan mereka berdua tidak kekal lama. Irsyad meninggal dunia kerana penyakit yang dideritanya sejak dahulu sebelum berkahwin dengan Nisa. Walaupun pedih Nisa tetap sabar dan tegar. Dia menjalani hari-harinya tanpa seorang suami. Setiap malam dia bersujud di sepertiga malam. Hingga dia Berjaya menyelesaikan pendidikan Strata 2-nya, kemudian hadir Iryan.  Irvan datang mendambakan cinta daripada Nisa, dan berhajat untuk menikahinya. Hal ini sekaligus menjadi penamat yang akhirnya memberi kebahagian  perjalanan panjang seorang Nisa (perempuan).

Kisah ini sungguh mengharukan dan cukup memberi inspirasi kepada para pembaca. Nisa mengajarkan pembaca untuk tetap tegar dan tetap berpegang teguh kepada Allah dalam menghadapi segala persoalan yang ada. kerana hanya dengan berpegang teguh kepada-Nya lah manusia akan mendapat balasan yang terbaik dari cubaan yang menimpanya. Keyakinan dan berfikiran positif kepada Allah yang membuat Nisa selalu kuat. Dan kita juga boleh jadi seperti Nisa.

Dari kisah ini, Kartini Nainggolan (penulis) ingin menyampaikan bahawa setiap orang tidak semuanya dan tidak selamanya buruk ataupun baik. Setiap orang pasti akan berubah, cepat atau lambat. Perubahannya bisa dari baik menjadi buruk, atau sebaliknya, dari buruk menjadi baik. Tidak ada kata terlambat untuk berubah. Asal ada kemahuan dalam diri kita untuk menjadi lebih baik, hal itu pasti terjadi. Sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat, bahkan ia lebih baik dari orang yang selalu beribadah siang malam tetapi tidak pernah mau bertaubat, dan merasa dirinya tidak mempunyai dosa..Ada banyak sisi positif dan pelajaran yang sangat berharga yang dapat dipetik dari kisah Nisa.  Novel ini baik sekali untuk dibaca oleh semua kalangan agar kita yakin bahawa janji Allah itu pasti benar.







SINOPSIS BUKU – SUJUD NISA DI KAKI TAHAJUD~SUBUH

SEHABIS CUBA TERBITLAH BAHAGIA (KARTINI NAINGGOLAN)


Every man is actually the same, will not escape the problem. That distinguishes every human being is just how far he was able to survive and rise of the problem. More or less as it is implied that the message or messages to be served by the novelist, Kartini Nainggolan in her "prostration at the foot Tahajjud Nisa-dawn." Nisa is the leader or the main character of this novel that has always afflicted the problems and trials in life. Hollywood will bring the reader to see the rigidity of these women completed all the tests ahead with fortitude.

After high school Nisa studied in Jogjakarta. She left town in the first place, poor and living in the city Gudeg with hand to mouth. Nisa originally wanted to work outside of Java to help ease the burden of parents who belong to the burden of 13 poor children. Unfortunately, both Nisa i'tikad opposed by her father. With a capital loan from here and there, Nisa finally went to Jogja and received a student at one private university in Jogjakarta.

Nisa makes life difficult to think how hard for her to attend classes every day and at the same time reduce the burden of her parents. She decided to pursue novel writing contest and eventually became a champion. She seems a bit much has changed. Schedule is also denser. She also seems to be versatile enough. Nisa also often been asked to fill-up seminars on writing, until a moment near Nisa become increasingly familiar with a young man named Fauzi.

But this brings camaraderie developed severe test in her life. Nisa first approached by the mixed messages threatening her life if she is still close to Fauzi. Nisa confused with the threat because her relationship between her and Fauzi was just like normal friends and not more than that.

Nisa concentration was slightly annoyed because people did not know that did not stop bothering her. Finally, people who are not responsible for the spreading rumors throughout the university to put naked pictures of (technical super impose) Nisa commit adultery. The pictures of Nisa’ was in purpose exploited and misused for the purpose of degrading Nisa. This causes stress to Nisa and dignity shattered slandered in such a way.

Nisa imprison herself in her own room for a few days because of shame of the spread such slander. She did not have the courage to face the pressure. Eventually she began possessed by negative responses to those around her. She start blaming her parents for forcing her to do her college in Yogyakarta alone. Since that time Nisa lost in the association of error. She began to force her own parents to sent her pocket money, and divert the money for college is fun. This lasts for a long time until finally the guidance came into her life.


All started with one night Nisa has a very strange dream. In the dream she can preview some events such as what is described by scholars on the Day of Judgement. The people covered with blood and the smell of carrion to shine. Big black profile with whips of fire which continues to ply them with whips of fire. Nisa is also included in her dream. And, isiden the dream also she can see a few people have seen the look casual, standing with a smile so reconciled. Everything in her dream seems so real and make her shocked and confious.

When awake, Nisa was very surprised with the dream that she experienced. Her thoughts swirled find the answer why it could happen to her. She keep asking what is the sign of guidance? Since the dream of a strange, Nisa spend more time with the dreamy and thinking about what actually happened in the dream. Until she realized that Allah has guided her to return to the path.

Nisa finally decided was determined to be a true Muslim. When arriving at night, she wake up and prostrated. When all her friends in the midst of flax saddled beautiful dreams. Nisa crying, complaining to God, and ask that her be given new strength to become a servant who truly repent.

One day her friend, Ice, coming to class and complained to Nisa that she had been raped! Nisa was surprised to hear complaints for what happen to her best friend. But after hearing some admit, what she heard shocked the most. Nisa become surprised and hurt when it was on the her best friend,Ice for the fact that he was slandered Nisa commit adultery. Ice was finally confessed her actions to Nisa, She admitted that she had made a false picture (super impose) and in the lobby it around their campus. Nisa felt betray and very shocked, she also felt angry. Nisa’ did not know what to do after heard all the confessed. No matter what, Ice is her best friend who had become friends in a variety of things. Even its hard to accept, felt betray inside her heart, she finally opened her heart to forgive permanent to Ice.

By the end of the lecture times, Nisa return to their homes. Nisa’ mother try to match Nisa’ with a young graduate IPDN, Irsyad. Soon after they knew each other, finally they were married. However, their happiness did not last long together. Irsyad died because he suffered from the disease before marriage with Nisa. Although painful, Nisa remain patient and hardcore. She underwent her days without a husband. 
Every night, she prostrated at the night. Until he successfully completed her 2-strata of education, then attended Iryan. Irvan came to crave the love of Nisa, and intends to marry her. It is well to finish the end of a long journey to happiness Nisa (women).

This story is very touching and inspiring to readers. Nisa teaches all readers to stay strong and hold fast to God in the face of problems that exist, because only by holding fast to Him the people will get the best response from the override attempt. Confidence and positive thinking to the God who made Nisa is always strong. And we can be as Nisa.

From this story, Kartini Nainggolan (writer) wants to convey that everyone and everything is not always bad or good. Each person must be changed, sooner or later. Changes can be of either is bad, or otherwise, from bad to good. Not too late to change. Original no desire within us to become better, it definitely happened. The best of those who do wrong are those who repent, but he was better than those who always worship day and night but never want to repent, and feel they have no sin .. There are many positive side and a very valuable lesson that can be learned fromNisa story. This novel is very good for reading by all parties that we believe that His promise is true.