Tuesday, July 5, 2011

Reunite Day I-City

Hari sabtu lalu, 2hb July aku sempat luangkan masa lepak ngan kawan-kawan se-UMS, Se-bilik & se-Hati sejiwa, kat i-City..Reunion tue berlangsung jam 9 malam. Planning sebelum nie memang nak jumpa pun, sebab masing-masing taw semua member dah ada kat KL. Cuma planning tue asyik tak menjadi je T^T sebab masing-masing kebetulan ada yang busy, atau ada hal yang tak dapat nak elak. Alhamdulillah, akhirnya dapat gak bergelak tawa, berkongsi rasa walaupun kejap dan tak semua dapat luangkan masa. Jom tengok gambar2 nie (ˇ▼ˇ)


si cantik manis Cik Mars (ˇ▼ˇ)

 nie dia wajah-wajah yang memeriahkan (ˇ▼ˇ)

 kanak-kanak 'rebenna' pakai reben\(ˇ▼ˇ)/

Cik Dolce, Cik Gaban dan Cik Mars \(ˇ▼ˇ)/

OTW ke Blue Apple utk mengisi perut\(ˇ▼ˇ)/

Mesyuarat Agung (ˇ▼ˇ)/
 hiaapp!tangkap hidung dia~(ˇ▼ˇ)~

 Cik Mars, Cik Ojie & saya\(ˇ▼ˇ)/

dapat naik kuda mainan pon jadik la..hee~(ˇ▼ˇ)

vroomm!vroomm!\(ˇ▼ˇ)/

sikit nak makan kapas tue-ingatkn ice(ˇ▼ˇ)/ huhu


 pakcik santa tertinggal keta\(ˇ▼ˇ)/




 Jejak kasih~(ˇ▼ˇ)~


 Dorang main ice kat dlm
aku ngn mas sakan amek gambar(ˇ▼ˇ)/


 Kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan suasana

 Kami\(ˇ▼ˇ)/


 Cubet hidung pakcik~(ˇ▼ˇ)~


 Untuk meneka ini mainan ke manusia.
maka aku menjadi dajal jap..hik.hik(ˇ▼ˇ)/



 Kembar?(ˇ▼ˇ)/




Anak beranak xleh berpisah
~(ˇ▼ˇ)~




 Cik Mars bersama pedang magiknya~(ˇ▼ˇ)/




 silakan order.esh..dah macam konvo plak kwn2 aku nie..(ˇ▼ˇ)




jom order~(ˇ▼ˇ)





black and white\(ˇ▼ˇ)/

nak balik dah~sebab dah lewat(ˇ▼ˇ)~



utk lebih clear leh tgk kat :  klik sini

Selalu salah


 **kalau nak layan lagu nie, kena keadaan tenang..hati lapang.oyea blog aku ada music lullaby korang leh paused jap box tue ada kat belah kanan 


..mungkin sebab itu..

Sisa

Lama aku terdiam.Aku telan tersekat. Pembuluh darah sesak. Terasa perit didalam hati.Aku keliru sekejap, tentang satu rasa yang menjadi sisa. Aku buka folder, kemas file. Mata aku meragui gambar ni.Aku cuba cari apa rasa ini. Masih tersisa belum habis.Kepingan gambar yang aku ingat aku dah deleted.Tapi rupanya tak kan pernah aku sanggup.Tidak pernah ada kekuatan untuk hapuskan. Walaupun aku tahu.Tapi aku kumpul sisa-sisa rasa untuk aku simpan rapat tersembunyi dalam hati aku (dalam-dalam)

Mata itu, mana mungkin aku lupa..kening itu.Redup sayu itu.Malah senyuman gelak tawa. Pertama kalinya sebuah rasa yang tidak pernah aku alami. Perasaan ingin bersama sampai akhir waktu. Menjadi satu kesakitan yang tidak mungkin sembuh atau terganti. Satu lagu yang aku dengar buat aku luluh.Terdiam.Tanpa sedar menusuk-nusuk..Terngiang-ngiang. Ya, benci. Itu sahaja cara untuk hapuskan kewujudan yang terjadi. Tapi jauh tersasar ada sisa yang aku rindu. Bukan benci semata. Sisa yang paling aku takuti. Sisa cinta. Mungkin menipu diri sendiri satu perbuatan yang memedihkan.Tapi perlu dteruskan untuk melihat bahagia.Bahagiakah..iya aku bahagia, cuma akan lebih membahagiakan bila sisa-sisa itu menjadi satu rasa abadi milik aku dan dia.

Entah.Mungkinkah sisa rasa yang pernah menjadi miliknya, menjadi milik aku..tidak pernah mahu melupakan.  Bagaimana jika ada sisa rindu untuk merindu aku?Bagaimana harus aku hadapi.Sedang aku juga punya sisa-sisa rindu.Yang sentiasa aku rindu.Mungkin suatu saat Tuhan mengizinkan aku tahu, yang sisa itu berbaki disebelah sana.Kesakitan dan rasa benci sebenarnya sisa cinta yang menguji. Semoga saja yang tersisa itu tidak pernah hilang. 


Aku terdiam.

Friday, July 1, 2011

Antara tanda sebelum datangnya Qiamat

“Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ” Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. “Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang ma’ruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” – Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai. ” – Sahih Muslim”

Wednesday, June 29, 2011

Salam Isra' & Mikraj


Salam Isra' dan Mi'raj ..Diharap sejak beberapa tahun kita memperingati peristiwa Isra 'Mi'raj nie, maka semakin dekatlah kecintaan kita dalam al-Quran, semakin merendah diri kita dalam solat hari dan malam untuk solat hari ini difardhukan,insya Allah:)

Bila umur kita semakin meningkat mudah-mudahan bertambah sayang lagi kita kepada Islam. begitu juga dengan amalan kita, mudah-mudahan semakin meningkat lagi amalan kita kepada Allah (di dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan agama Islam dan lebih merendah diri, merendah diri,'raja' dan hubb Satu ...)


Dengan memperingati isra' Miraj mudah-mudahan dalam diri kita akan bertambah semangat untuk mempertahankan Islam ...




*Salam Isra 'Mi'raj!