Tuesday, April 14, 2009

MERINDU



Ntah lama tak rasa penat camni..entah esok lusa ada tak lagi masa untuk aku rasa penat camni?Hari ni dah masuk 4 hari aku stay sekolah, tak tido mlm huhu..benda ni perkara biasa kat aku…yg part adventure tuh bila da masuk tgari @petang mata aku masih degil Xleh nak tido..Tuk myelamatkan mata aku Xrehat & badan yg penat tuh..Aku cover balik tido dalam ½ jam..tutup mata jap baring kat meja..Da segar sket, pastu sambung lagi cari keja tak siap…Time2 aku layan buat keja, aku wajib minum nscafe..Eerkk teringat plak nasihat Era ngn Piei, kawan aku nasihat nescafe tak baik tuk kesihatan, benda tu leh wat someone addict lastly resultnya?insomia tahap gaban..kepala akan sakit sebab tak hee..Aku paham gak tak leh minum sgt benda tuh tapi ntah la..aku tak le nak lari ar..minuman tuh le wat aku rilek+semangat (ehe cmana la tue?) time2 ada keja..

Lagi satu minumn 2 buat aku rasa bersemangat nak wat keja...Aku tak la melampau sgt sampai addict Nescafe kena minum 5gelas sehari..Cuma dalam 1week aku kena gak minum, tak kira la 3 kali seminggu atau 3gelas sehari.. yg penting dalam seminggu kena pekena Nescafe…Kalau x.huhu..rasa tak lengkap hidup kalau tak minum ehehe…ehmm aku amik contoh org mrokok la..rasa tak bleh kalau tak smoke cigarrates pas mkn..Aku lebih kurang cam tuh ar..aku kena minum Nescafe tuk recover semua stress dan semangat juang nak buat keja2 nie..hehe penat sket aku rehat jap..Aku singgah g surau, tak da orang jadik aku bersendiri jap dalam tue..cari try cari benda bermanfaat time rilek2 tu, tak sedar aku terlelap kat surau…huumm bangun ja da gelap..hmm, orait gak la lepak surau sorang2 lagi pun tenang sket..semua roommate aku balik kg masing2, kalau aku balik g bilik pun sama gak bersorangan..Ntah napa berani sangat aku ari nie rasa nak jenjalan kat area sps nie..so memalam tuh tak leh tido aku round2 ar..amik angin..time sunyi2 tu tak terfikir plak “akan terjumpa benda pelik tapi benar”atau takut jalan sendiri2…ok ja la tak jumpa apa2 pun hehe.. aku rasa damai ja sekolah ni kalau memalam, studio visual cam biasa ar terang cuma tak bising sgt arini..Time jenjalan aku singgah amik hot water buat milo(huhu Nescafe tak bawa stok pla) so lepak2 la kat foyer..Masa minum minuman panas nie best layan jiwa..hehe..

Aku teringat kat senior2 aku, tak lama lagi dorang akan grade..terasa rindu plak..Aku ni lain skit..bila terasa rindu, aku simpan dalam hati ja rasa rindu tu, tak reti aku nak tunjuk..tak tau camna nak tunjuk..(mgkin cara aku bukan bercakap tapi perbuatan@aksi..hee aku kan amik teater..”action speak louder than words”) camtu gak la bila aku terasa kasih atau rindu ngan seseorang yg dah lama aku nak jumpa..kadang2 selalu rindu..Kalau lama2 simpan rindu ni..perasaan dia cam tak kesampaian plak aku rasa...Hmm camni ar yang selalu terjadi kat aku….Suka sangat simpan lama2 dalam hati sampai..tak tersampai..sedih gak sebenarnya..tapi kalau tak bleh nak sampaikan camna gak kn?kubur ja la rasa tu..hehe..

Bila korang rindu seseorang apa la agaknya korang akan buat ek?korang contact X orang yang korang rindu tue?Apa maksud rindu pada korang?..rindu ni antara satu perasaan yang tak kesampaian disebab perkara tertentu sehinggakan korang rasa sakit sebab merindu atau terlalu bahagia merindu seseorang tu..atau satu rasa yang tertangguh sebab lama tak menjenguk, lama tak bercerita,lama tak bertanya kabar..lama tak bersua muka..hmm..lebih kurang cam tuh la kan rasa rindu tu?ka..kita selalu teringat tentang sesuatu sama ada benda tu menyedihkan atau mengembirakan..?Apapun perasaan rindu ni lumrah…Bila dah ditemukan satu detik..satu detik kemudian kita akan pasti akan meninggalkan pertemuan tue...Ada manusia memilih hanya menyinggah dalam satu pertemuan tu sekadar pertemuan, kemudian meninggalkannya supaya tidak ada rasa rindu. Ada pula manusia kadang-kadang memilih untuk menikmati sepenuhnya saat2 tu, menghargainya..sekurang-kurangnya kenangan dan saat untuk merindu sebab mengetahui masih tebal..tiba masa mereka kena tinggalkan dan beralih ke fasa yang baru pula..Kita rindu pada kawan-kawan, rindu suasana bahagia, rindu dimarahi, rindu berjumpa, rindu yang pelbagai..cuma nak menyampaikan mungkin berbeza..Cara aku..Kalau aku rindu seseorang tu..aku biasa sebut nama dia dalam hati..pastu mcm tu la..aku pupuk rasa tu dalam2…dengan camtu..aku akan selalu ingat orang2 yang aku rindu tu..

Saturday, April 11, 2009

INSOMNIA


Insomnia is defined as the inability to sleep or maintain sleep.


Three types of insomnia exists :

Transient insomnia - trouble sleeping over a period of a few nights.
Short-term insomnia - trouble sleeping for two or three weeks.
Chronic insomnia - poor sleep every night or most nights for more than 2 weeks.


What causes insomnia?
Insomnia may be a symptom of another problem, for example obstructive sleep apnea syndrome, a fever or other underlying medical conditions. It can be caused by any number of factors.


The 3 commonest causes of insomnia are, stress, anxiety and depression. Some other common factors include:
1. Susceptibility to insomnia: Some people are more prone than others
2. Persistent stress: Problems such as an unsuccessful career, marriage problems, or a chronically ill relative may contribute to poor sleep.
3. Psychiatric problems: People with depression, anxiety, schizophrenia and other psychiatric disorders have frequently disrupted and unrestful sleep.
What helps: Treatment of underlying conditions, possibly involving several types of treatment, often improves sleep.

Self Help Skills
Here are some tips for better sleep.
1. Regular exercise - Aerobic exercise and general fitness is important for good health. Exercise in the evening is best and try to avoid strenuous activity before bedtime.
2. Avoid large meals and excessive fluids before bedtime - This is in order to avoid reflux at night.
3. Environmental control. Light, noise, and ambient room temperature is most important and can disrupt sleep. The body's biological clock is particularly sensitive to light. Parents who need to sleep during the day may have to make child care arrangements to allow them to sleep.

Treatment
Insomnia is a symptom not a diagnosis. Some simple treatments: Improving sleep habitsCorrecting sleep misconceptionsControlling your sleep environmentBehavior managementLight therapyMedications

Medications
Sedatives – include sedating anti-histamines to benzodiazepines. Some hyponotics include eszopiclone (Lunesta), zaleplon (Sonata), and zolpidem (Ambien).
Sleep Promoters - Melatonin is secreted by the pineal gland, a pea-sized structure at the center of your brain. At night, melatonin is produced to help your body regulate your sleep-wake cycles. The amount of melatonin produced by your body seems to decrease as you get older. Melatonin not only is a powerful anti-oxidant, but can help in promoting sleep.
Ramelteon (Rozerem) is a prescription drug that stimulates melatonin receptors. Melatonin is a hormone produced by the pineal gland (located in the brain) during the dark hours of the day-night cycle (circadian rhythm). Melatonin levels in the body are low during daylight hours. The pineal gland responds to darkness by increasing melatonin levels in the body. This process is thought to be integral to maintaining circadian rhythm. Ramelteon promotes the onset of sleep and helps normalize circadian rhythm disorders. Ramelteon is approved by the Food and Drug Administration (FDA) for insomnia characterized by difficulty falling asleep.
Sleep Hygiene

Dos:
1. Go to bed at the same time each day.
2. Get up from bed at the same time each day.
3. Get regular exercise each day, preferably in the morning. There is good evidence that regular exercise improves restful sleep. This includes stretching and aerobic exercise.
4. Get regular exposure to outdoor or bright lights, especially in the late afternoon.
5. Keep the temperature in your bedroom comfortable.
6. Keep the bedroom quiet when sleeping.
7. Keep the bedroom dark enough to facilitate sleep.
8. Use your bed only for sleep and sex.
9. Take medications as directed. Its is often helpful to take prescribed sleeping pills one hour before bedtime, so they are causing drowsiness when you lie down, or 10 hours before getting up, to avoid daytime drowsiness.
10. Use a relaxation exercise just before going to sleep. (eg. Muscle relaxation, imagery, massage, warm bath, etc.)
11. Keep your feet and hands warm. Wear warm socks and/or mittens or gloves to bed.


Don'ts:
1. Exercise just before going to bed.
2. Engage in stimulating activity just before bed, such as playing a competitive game, watching an exciting program on television or movie, or having an important discussion with a loved one.
3. Have caffeine in the evening (coffee, many teas, chocolate, sodas, etc.)
4. Read or watch television in bed.
5. Use alcohol to help you sleep.
6. Go to bed too hungry or too full.
7. Take another person's sleeping pills.
8. Take over-the-counter sleeping pills, without your doctor's knowledge. Tolerance can develop rapidly with these medications
9. Take daytime naps.
10. Command yourself to go to sleep. This only makes your mind and body more alert.

RUANGAN MEDIA

PELAN PROMOSI DAN PUBLISITI FFM22 2009
BIL.
PROGRAM
PANEL / ARTIS
1.
SIDANG MEDIAA. Pelancaran Rasmi FFM22 Festival Filem Malaysia Ke-22 Kota Kinabalu Tarikh : 4 Mac 2009 (Rabu)Masa : 3.30 petangTempat : Dataran Karyawan FINAS Kompleks Studio Merdeka
- Y.B Dota' Seri Mohd Shafie Hj Apdal - Y.B Dota' Alias Ibrahim, Mayor DBKK
B. Sidang Media 2 : Hebahan Penyertaan FFM22 Tarikh : 16 Mac 2009 (Isnin)Masa : 3.00 petangTempat : Bilik Cempaka Sari, Kompleks Studio Merdeka
- Pengerusi J/K Pengurusan Penyertaan & Penjurian
C. Sidang Media 3 : Pengumuman Kategori & Anugerah FFM22Tarikh : 8 Julai 2009 (Rabu)Masa : 3.00 petangTempat : GSC Signature, Gardens Midvalley
- Pengerusi J/K Pengurusan Penyertaan & Penjurian
D. Sidang Media 4 : Siri Road Show - GEGAR KINABALU BAH! Tarikh : 21 Julai (Selasa)Masa : 3.00 petangTempat : One Borneo, Kota Kinabalu
- Pengerusi FFM22
E. Sidang Media 5 : Tayangan Filem & Perasmian FFM22 Tarikh : 28 Julai 2009 (Selasa)Masa : 3.00 petangTempat : One Borneo, Kota Kinabalu
- Pengerusi FFM22, Wakil MAFE, Wakil DBKK
F. Sidang Media 6 : Simposium, Bengkel & Lawatan Artis Tarikh : 31 Julai 2009 (Jumaat)Masa : 3.00 petang Tempat : USM, Sabah
- Pengerusi J/K Simposium
Semua media yang berminat menyertai FFM22, sila hubungi En. Fazli Abd. Aziz Jawatankuasa Induk Promosi & Publisiti di talian 012-6563474 untuk mendapatkan

Free Blog Content

PENYERTAAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)


Terdapat 5 kategori penyertaan (Filem Cereka, Filem Digital, Filem Pendek, Dokumentari dan Animasi) dan 3 jenis borang yang boleh dimuat turun untuk penyertaan FFM22-2009 iaitu:
Filem Cereka
Syarat-syarat Penyertaan Filem Cereka
Filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia untuk tayangan pawagam dalam format 35mm dan tempoh masa tidak kurang daripada 80 minit.
Filem-filem yang diterbitkan pada tahun 2008/2009 dan telah mendapat kelulusan penapisan Lembaga Penapis Filem (LPFM) sebelum atau pada 30 Jun 2009.
Filem-filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia sebelum ini.
Pengeluar Filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS, melainkan mereka yang dikecualikan di bawah seksyen 34A Akta FINAS 1981 (salinan fotokopi lesen berkenaan hendaklah disertakan). Bagi syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperolehi, pemohon boleh berikan nombor rujukan fail FINAS yang berkenaan.
Pengeluar filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan (satu borang untuk satu judul filem).
Borang Penyertaan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan:
1 salinan Lesen FINAS
1 salinan Sijil LPFM
1 salinan filem (35mm)
2 salinan filem di dalam bentuk DVD
2 trailer dalam format Beta SP atau Beta Digital
1 sinopsis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
1 senarai Nota Produksi (Production Note)
10 poster (9 hardcopy & 1 softcopy dlm format jpeg atau bmp)
1 set ‘still photo’ dalam bentuk jpeg atau bmp (softcopy)
1 lagu tema dalam format CD hendaklah disertai dengan liriknya.
Semua calon-calon mestilah warganegara Malaysia dan mestilah menjadi ahli persatuan-persatuan yang diiktiraf. (Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA).
Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai syarat pertandingan yang dinyatakan dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Semua Pengeluar Filem yang menyertai FFM22-2009 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma, sepanjang FFM22-2009 berlangsung. Bagi filem yang mengambil bahagian tetapi belum ada lagi tayangan umum, terpulang kepada penerbit untuk membenarkan filem tersebut ditayang semasa FFM ini.
Tarikh akhir bagi menerimaan semua penyertaan pertandingan filem FFM22-2009 ialah pada 6 Julai 2009.
Semua filem yang menyertai pertandingan digalakkan mempunyai sarikata dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
Muat turun borang penyertaan Filem Cereka.
Filem Digital
Syarat-syarat Penyertaan Filem Digital
Filem digital tempatan yang dikeluarkan di Malaysia untuk tayangan pawagam dalam format Digital dan tempoh masa tidak kurang daripada 80 minit.
Filem-filem yang diterbitkan pada tahun 2008/2009 dan telah mendapat kelulusan penapisan Lembaga Penapis Filem (LPFM) sebelum atau pada 30 Jun 2009.
Filem-filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia sebelum ini.
Pengeluar Filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS, melainkan mereka yang dikecualikan di bawah seksyen 34A Akta FINAS 1981 (salinan fotokopi lesen berkenaan hendaklah disertakan). Bagi syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperolehi, pemohon boleh berikan nombor rujukan fail FINAS yang berkenaan.
Pengeluar filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan (satu borang untuk satu judul filem).
Borang Penyertaan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan:
1 salinan Lesen FINAS
1 salinan Sijil LPFM
1 salinan filem format Beta SP atau Beta Digital
2 salinan filem dalam format DVD
2 trailer dalam format Beta SP atau Beta Digital
1 sinopsis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
1 senarai Nota Produksi (Production Note)
10 poster (9 hardcopy & 1 softcopy dlm format jpeg atau bmp)
1 set ‘still photo’ dalam bentuk jpeg atau bmp (softcopy)
1 lagu tema dalam format CD berserta lirik.
Semua penyertaan mestilah menjadi ahli persatuan-persatuan yang diiktiraf. (Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA).
Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai syarat pertandingan yang dinyatakan dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Semua Pengeluar Filem yang menyertai FFM22-2009 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma, sepanjang FFM22-2009 berlangsung. Bagi filem yang mengambil bahagian tetapi belum ada lagi tayangan umum, terpulang kepada penerbit untuk membenarkan filem tersebut ditayang semasa FFM ini.
Tarikh akhir bagi menerimaan semua penyertaan pertandingan filem FFM22-2009 ialah pada 6 Julai 2009.
Semua filem yang menyertai pertandingan digalakkan mempunyai sarikata dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
Muat turun borang penyertaan Filem Digital.
Filem Pendek / Dokumentari / Animasi
Syarat-syarat Penyertaan Filem Pendek / Dokumentari / Animasi
Bagi kategori Filem Pendek, Filem Dokumentari dan Filem animasi boleh diterima dalam format VCD atau DVD dengan durasi tidak melebihi 60 minit.
Hanya filem-filem yang diterbitkan pada tahun 2008/2009 sahaja layak menyertai pertandingan.
Filem-filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia.
Pengeluar filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan. (satu borang untuk satu judul filem).
Borang penyertaan perlu lengkap diisi dan hendaklah disertakan seperti berikut:-
2 salinan filem dalam format VCD atau DVD
1 sinopsis (hardcopy & softcopy)
3 poster (3 hardcopy & 1 softcopy dlm format jpeg atau bmp)
Still photo dalam format jpeg atau bmp (softcopy)
Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai Syarat Pertandingan yang dinyatakan.
Semua Pengeluar Filem yang menyertai FFM-22 2009 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma, sepanjang FFM-22 2009 berlangsung.
Tarikh akhir bagi penerimaan semua penyertaan pertandingan filem FFM22-2009 ialah pada 6 Julai 2009.
Muat turun borang penyertaan Filem Pendek, Dokumentari & Animasi.

KATEGORI-KATEGORI ANUGERAH FESTIVEL FILEM MALAYSIA(FFM)

ANUGERAH PERDANA (13 Anugerah)
Filem Terbaik
Pengarah Filem Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Sinematografi Terbaik
Penyunting Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik
Filem Dokumentari Terbaik
Filem Animasi Terbaik
Filem Pendek Terbaik
Filem Digital Terbaik
ANUGERAH CIPTA (12 Anugerah)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pengarah Harapan Terbaik
Pelakon Harapan Lelaki
Pelakon Harapan Wanita
Lagu Tema Asal Terbaik
Pereka Kostum / Busana
Poster Terbaik
Filem Komedi Terbaik
ANUGERAH KHAS JURI5 Anugerah dan mengikut keputusan JURI-JURI

Free Blog Content

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-22




Festival filem malaysia ke persada dunia,UMS Kota Kinabalu, 5-8 OGOG ini....


PENGENALAN KEPADA FFM:
FFM (Festival Filem Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival tahun ini merupakan yang ke 22 dalam siri FFM. Buat julung kalinya, Festival Filem Malaysia akan bertandang ke Negeri Di bawah Bayu Kota Kinabalu, Sabah yang telah bersetuju menjadi tuan rumah bagi acara pengiktirafan industri filem yang berprestij ini.
Festival ini bertujuan meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mensasarkan kerjaya dalam bidang perfileman sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau KARYAWAN MUDA yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.




OBJEKTIF?
Objektif FFM-22 adalah untuk meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta menggalakkan penghasilan karya filem yang bermutu dan diterima di peringkat global. Menyebarluaskan Program Merakyatkan Filem (PMF) dalam menyemai sikap MENCINTAI FILEM TEMPATAN di kalangan masyarakat.


TEMA?


Tema FFM-22 2009 ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA”. Tema ini berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.


LOGO?
Logo Festival Filem Malaysia sedia ada dikekalkan dalam siri penganjuran festival bermula sejak Festival Filem Malaysia Ke-17 Kuala Lumpur 2004. Ia merupakan sebahagian usaha penjenamaan Festival Filem Malaysia sebagai medan pengiktirafan karyawan filem yang paling unggul dan berprestij.



Ia diilhamkan dari pergerakan obor yang menyala, simbolik kepada semangat juang karyawan filem tempatan untuk menghasilkan produk yang berkualiti, dinamik dan menarik perhatian penonton dalam dan luar negara.



Dua lingkaran filem yang membentuk obor adalah perlambangan hubungan erat dan kerjasama padu di antara penglibat industri. Terdapat kilauan cahaya bergemerlapan di lingkaran berkenaan yang memperlihatkan komitmen dan iltizam yang tinggi untuk memartabatkan industri perfileman Malaysia.

ANJURAN BERSAMA:
-Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
-Persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia.
-Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia(GAFIM)



SOKONGAN:
-Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
-Kerajaan Negeri Sabah.



LOKASI PENGANUGERAHAN RASMI:
-Universiti Malaysia Sabah-


Hakcipta Terpelihara © 2007 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

JADUAL AKTIVITI FESTIVAL FILEM MALAYSIA KALI KE-22


Aktiviti – aktiviti FFM-22 2009 yang dirancangkan adalah seperti berikut:-
BIL.
AKTIVITI
1.
TAYANGAN FILEM (PERCUMA) Tarikh: 7, 8 & 9 Ogos 2009Tempat: GSC One Borneo, Kota Kinabalu & Growball Cinemax Centre Point, Kota KinabaluPengisian: Tayangan filem cereka yang bertanding.
2.
SESI BERSAMA ARTISTarikh: 2 Ogos 2009 (Ahad)Tempat: One Borneo, Kota Kinabalu Masa: 3.00 petangTarikh: 3 Ogos 2009 (Isnin)Tempat: Warisan SquareMasa: 5.00 petangTarikh:4 Ogos 2009 (Selasa)Tempat: KK PlazaMasa: 5.00 petangTarikh: 5 Ogos 2009 (Rabu)Tempat: Karamusing Shopping ComplexMasa: 5.00 petang
Sesi ramah mesra bersama calon/artis FFM 22
Persembahan hiburan oleh artis/calon FFM 22
Kuiz FFM 22
Sesi Autograf
3.
PERASMIAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA & TAYANGAN FILEM PERDANA Tarikh: 5 Ogos 2009 (Rabu)Tempat: One Borneo, Kota KinabaluMasa: 8.00 malamPengisian: Ucapan aluan penganjur dan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat. Acara perasmian sesi memperkenalkan barisan pelakon tayangan perdana dan jamuan ringan.
4.
BENGKEL PENERBITAN VIDEO Tarikh: 3 - 7 Ogos 2009 ( Isnin - Jumaat )Masa: 8.00 malamTempat: Akan dimaklumkan kemudianPengisian: Bengkel yang dikendalikan oleh FINAS kepada pelajar, syarikat produksi dengan bimbingan tenaga pakar industri.
5.
SESI LAWATAN ARTIS TOUR KK & JAMUAN MALAM BINTANG KENANGAN SABAH Tarikh: 6 Ogos 2009 (Khamis)Masa: 10.00 pagiTempat: Akan dimaklumkan kemudian
6.
LAWATAN AMAL BERSAMA ARTIS Tarikh: 7 Ogos 2009 (Jumaat)Masa: 3.00 petangTempat: Rumah Aman Princes Anne/ Rumah Kebajikan Orang Cacat Kota KinabaluPengisian: Lawatan artis bersama melakukan kerja-kerja amal dan menyampaikan sumbangan.
7.
SIMPOSIUM Tarikh: 7 Ogos 2009 (Jumaat)Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari Tempat: University Malaysia Sabah, Kota KinabaluPengisian: Acara perasmian dan pembentangan kertas kerja berkaitan pembangunan industri.
8.
MALAM ANUGERAH Tarikh: 8 Ogos 2009 (Sabtu)Masa: 8.30 malam Tempat: Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu Pengisian: Persembahan hiburan dan penyampaian hadiah
hak cipta terpelihara-Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Friday, April 10, 2009

kelam kabut~uhuhu LEITHNYA T_T

Addeehhh…~ari ni aku rasa hidup aku tersangat kelam kabut..huhuhu.. Tadi aku baru ja abis final teater pengarahan..huu..rasa penat sangat ari ni..semalam lepas kelas pengarahan..jam 2 petang tu laju ja, tangan aku mnaip tuk assgmnt bi aku..huhuhu tapi hampeh tul..tak dapat print..trus aku rasa nak marah ja…nasib bek aku motivasi diri..aku trus buat buku prompt, tetiba pn.Z mgs ada klas jam3..time tuh aku kat studio ngn baybie n ima..Apa lagi..trus otomatik cari geng2 gtau ada klas.Spatutnya ada group last patut bentang Xbentang lagik..then tetiba Tam datang dengan poyo bgitau aku bebudak teater lain kat dewan tengah set up teknikal…huhuhu..kelam kabut kami mgatur ayat…sebab jap g pn.Z nak masuk kelas..Nasib ar mood dia baik, pn.Z cakap kalau kami Xdapat g klas petang tue,mknanya ari selasa (study week..huhu) kena ganti balik klas..Slamat jgak la…so sejam tuh dimanfaatkan untuk set up apa2 yg patut….kami ada rehearsal jam 4 petang tuh..

Aku time tue sangat sangat kelam kabut tak menang tangan…tak tau nak buat mana satu…jam5 tuh aku ada kelas ganti lagik..ngn lecture bi pasal reading assgmnt..huhuhu Tak sempat nak tgk produksi aku pform rehearsal..Aku tpaksa lari g PPIB g klas bi. Klas tuh abis jam 7mlm,adoooi jam7 tu plak aku kena lari g pg anjung siswa..Kami ada meeting last kat bilik mesyuarat mpp. Balik agak lewat gak..jm10malam…bayangkan meeting ja da makan 2/3jam set aku,kostum aku tak siap lagik…..arrrr pas ja abis meeting trus aku lari jalan kaki lalu DC yg gelap tuh…huhu..Bukan apa, aku kena balik g sekolah..tolong kawan2 aku buat set/kostum/props..esok ak pform tuk Festival Teater kanak2..masa on the way g Sps..otak aku trus tfikir…adoooooh buku prompt tak siap g..haaampeh…memang kelam kabut tak tau nak siapkan mana satu dulu….

Sampai ja aku trus g Dewan Resital, aku g back stage…stay dlm dewan dulu..tgk2 rupanya ada lagi kumpulan tak abis rehearsal..huhuhu..Aku jumpa ja Baybie trus discuss pasal buku prompt kami. Kami trus bebagi tugas mana patut siapkan…Mj plak ada kat Scene Shop tgh bz buat kostum tuk bebudak 1st year..(eh..lupa plak gtau, aku satu group ngan Baybie ngn MJ tuk pengarahan teater kanak2 ni)..Aku pun tak nak kacaw dia buat kostum…baybie jam 11 tu nak balik kg.C dah…Aku trus buat mana yg patut dulu..Baybie tolong aku handle pelakon 1st year..Mj buat kostum..Aku plak cam gaban trus berabis pulun siapkan prompt book…huhuuhuhu..Aku tak le pokus buat kat dalam dewan sebab bising sangat.1st tue aku buat kat luar dewan, kat area scene shop..tapi ramai plak lalu lalang..Adoi trus aku g foyer sorang2 buat keja kat sana..Memang binggung gak la buat sendiri2 takda Baybie ngn Mj…tapi nak buat camna kan?kena gak usaha…sebab masing2 faham masing2 ada keja kena siapkan..

Tengah buat buku prompt tuh sorang2 dari jam 11 dekat sampai jam3 pagi aku rasa tak best dah….sebab perasaan sunyi kat foyer tuh..dah pelik2..paham2 la bila sendirian..kat foyer sps nie…banyak benda je pelik2..bunyi org berjalan2 la..padhal takda org pun kiri kanan..huhu…udara da semakin pelik sekitar jam3lebih tuh..aaar….huhuhuhu aku trus msg c’Mu tanya dia dah tido ke bloom,sebab aku taw dia kat dewan…sebab geng2 yang lain semua d dewan. Lama gak dia reply msg aku..sebenarnya tujuan aku msg tanya dah tido ka blum tu nak panggil dia teman aku buat buku promt kat foyer..tak pun amik aku…huhu…tapi memandangkan dia lambat reply aku tak tahan dok sorang kat foyer tuh..huhhuhu…trus aku blaah..jalan hati2..toleh kiri..toleh kanan…memang aku rasa pelik ja environment time tuh(aku ni kalau tak sedap hati ada la maknanya tuh…something huhuhuh)
Masuk dewan ja..msg c’Mu baru sampai..Semua bebudak teater masih segar mata buat buku prompt..hehehe..lawak gak time tue sebab semua semangat berabis dok pulun siapkan assignment..Sempat lagik dorang memain..men piano..nyanyi2 lepas tension..sebab nak siapkan buku prompt..hehe.

Aku tgk jam dah jam 7pagi..adoi tak tido la..maknanya..jam7.lebih teknikal datang buka muzik memekak awal pagi..aku tension terus tak leh pokus menaip..Tam dah bising suh kami sambung buat keja kat scene shop,dia risau sebab dewan tak set up lagik….aku susah hati gak tak dapat tolong dia…nak buat camna buku prompt tak detail lagik..banyak butiran kena masukkan dan taip…jam8 kepala aku dah pening2 huhuhuhu…tapi masih teruskan buat buku tuh…Sebenarnya aku dah siapkan sebulan lalu lagik sebahagian buku prompt tue..tetiba time klas Dr.Andy,format yang dia nak mesti ikut yang dia bagi….aaarrr apa yang aku dah siapkan tak sama cam format dia….(part sama pun cuma sebahagian ja.) aadooiii tu la aku trus pulun siapkan buku prompt tuh…tak masuk lakaran pentas/lighting/kostum/komen individu pengarahan…..mata aku start da mgantuk…huhuuhu dekat jam9 patut da start,tapi ada penilai tak sampai lagi..so Festival tu start dalam jm9lebih….aku tengok baybie, mj bertungkus lumus tolong siapkan pelakon…huhhuhu…aku tak sempat say “BREAK A LEG “ tuk produksi aku yg nak perform time tuh….huhhhuhuhuhuhuhuhu!rasa bersalah dan kelam kabut trus……….aku tawakal doa dalam hati ja mudah2an performance produksi aku berjaya buat ngan baik…dalam bz buat menaip2,baybie mintak aku tolong bg que kat Zul (budak muzik)..tuk audio produksi…kami…Huhuhuhu aku antara mo tak mo jaa time tue sebab otak aku masih memikirkan buku prompt yg kena hantar ari tuh gak…….huhuuhuhu tak print lagi tuh…Tapi bila aku fikir2 balik, bek aku berhenti rehat jap menaip tolong bg que apa salahnya…lagi pun untuk kumpulan aku gak..Pastu aku tolong la gi bahagian audio..ada Zul sana time tu tgh jaga audio..dia bg sound effct tuk group yg tgh pform time tu….

Lepas da selesai masuk produksi aklu plak buat psembahan…huhuhu aku rasa berdebar dah…sebab aku risau buku prompt patut kena bagi tuk dinilai masa bebudak tugh perform…huhhu aku redha jaa…Ntah camana tetiba bila tengok performance produksi aku…aku terkejut ngan pelakon2 aku yang buat perubahan..dorang buat all out time tuh..hhuhuhu terharu aku tak sangka dorang bleh buat terbaik time pform…selama ni latihan commedia yang aku nak produksi aku tonjolkan tak perna menjadi..tapi ntah camna time performance tuh semua pelakon2 aku jadi sangat bagus!aku yang tengah tension pkir nak siapkan banyak keja trus terketawa tgok psembahan dorang…Aku paling suka watak Niah jadi Angsa,,hahahahha memang dia pandai bawa watak tuh..Amy la lah yg bawa watak itik betina tetiba vokal di aok time tue…jelas…aku btul2 rasa hilang da tension..Shuhadah yang slalu aku tegur dari segi lokonan mechanical..time pform huuuhu trus natural ja atas pentas..Ningkan yg slalu tak datang latihan,tak hafal dialog bleh buat dengan baik ari tuh..aku suka watak itik jantan mcm gayua itik comel btul2 hahaha..LAza plak kurang lincah..tapi nampak bersahaja..Aku risau dia lupa dialog, nasib baik time last dia pandai improvise..hehehe..Aku trus rasa hilang ngantuk…rasa nak ketawa ja enjoy tgk pementasan teater…TAHNIAH!!TAk sia2 korang datang latihan,aku suh buat lontaran vokal..lari sana sini..hasilnya bila korang perform kat pentas…semuanya buat all out….Aku berterima kasih sangat ngan produksi aku..bebudak 1st year yg jadi pelakon2 aku….huhuhu aku sayang korang!!Trimaseh banyak..fuh legaa..Last bila da abis..Aku sambung buat buku prompt…..huhuhuhu tension aku dtg balik..sebab aku kena mnaip2 mata aku da start ngantuk balik ngam2 baybie datang…aku mintak dia tolong sambung..kira2 jam2 aku g sofa baring rehat jap(sebenarnya tido..huhu) aku bangun jam4 petang dah…adoi…pening kepala.!lenguh tido kat kerusi….(kalau aku dah mgantuk semua tempat pun aku bleh landing tido…huhuu…)nasib bek aku tak tido bertiarap kat lanatai…(tapi tak senonoh plak perangai kan…hee)Buku prompt da settle tinggal nak print tapi tak sempayt gak petang tu…sebab pementasan tak abis lagi.

Last time sesi Viva dr.Andy cakap buku prompt hantar hari isnin…waaa…selamat….aku rasa penat gila ari nie….bukan sebab lari2 sebab tapi sebab otak aku asyik berfikir nak siapkan banyak benda….arrr…hari ni memang penat gila..sekarang nie pun aku tak tido malam gi..uhuuhuh..jam 9pagi ni kena gi Labuan ada kunjungan hormat ke UMSKAL…adehhhhh letih.

Aku akan updated pasal Festival Teater Kanak2..karang...skg nak :c nak p landing jap..huhuu (@_@) ngantuk woo~

KABINET MALAYSIA TERKINI

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah
KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan
KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun
KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Tuesday, April 7, 2009

“We find it hard to feel sorry for others who are in pain when it seems no one feels sorry for our pain”

"Setiap kali aku memaling ..Kelihatan tak sempurna...Dalam aku mencari..Sesuatu sebahagian dariku..."

BERLARI KE LANGIT


Lari hingga mengejar kaki langit.
Aku cuba lari dan lari
Berlari sehingga lupa
untuk toleh kebelakang.

Suatu suara menepis
Cupingku
Membisik pada hatiku.

Tolehlah kebelakang.
Lihat.
Amati
Jejak kaki
Tapak yang aku tinggalkan.

Serabut
Bengkok.
Datar.
Lekuk.
Menyimpang
Lurus.

Menung dan termangu berfikir.
Iktibar bebas melakar hidup ini.
Aku asyik meneroka.
Mencapai hingga menyentuh langit
Kembara ini
Punya erti tersendiri dalam
Langkah yang berliku

Tapak dibelakang meninggalkan
Kesan untuk aku pulang
Mencari langkah pasti
Jika aku tersesat dan terbabas.

SESUDU ASAM GARAM KEHIDUPAN

“Kehidupan hanya boleh difahami dengan melihat ke belakang namun ianya mesti hidup dengan memandang ke hadapan”

“Hidup seperti permain chess..yang mempunyai pandangan ke hadapan akan menang”

“Setiap makhluk dilahirkan bersendirian dan akan mati bersendirian”

“Keupayaan adalah harta orang miskin”

“Kunci kejayaan ialah apabila kita dapat membezakan antara perkara yang berkaitan daripada yang tidak berkaitan”

“Wajah mencerminkan perasaan kita yang sebenar, menunjukkan emosi sebenar kita”

“Berbohong ketika bergurau atau dalam keadaan serius perlu dielak kerana semua itu tetap dosa”

“Mata umpama kamera, merakam setiap yang berlaku menzahirkan apa yang tersirat dan mampu menyampaikan hasrat dihati”

“Jika anda tak tahu arah tujuan anda, mungkin anda sudah terlepas apabila sampai disana”

“Kesabaran adalah penyelesaian terbaik untuk setiap masalah”

“kerja adalah ibadah, kerja adalah meditasi apabila ia dilakukan dengan semangat yang betul”

“kebijaksana adalah wap air, kemahsyuran adalah kebetulan, kekayaan boleh terbang, hanya satu yang kekal..peribadi.”

“Jika inginkan sesuatu, berusaha! Jika gagal kita tidak akan terkilan kerana kita sudah berusaha.”

“Kadangkala manusia terlalu takut untuk berdepan dengan realiti hidup, ingatlah walaupun pahit jadilah manusia yang berani”

“Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal dirinya sebelum ia mengawal orang lain”

“Usah beri pujian yang berlebihan atau keterlaluan kerana pujiasn itu sebenarnya mengandungi kepura-puraan dan sifat golongan yang munafik”

POTRET TAK BERBAHASA


Diam.
Membisu.

Dalam aku merenung wajahku.
Tiada yang kulihat pada wajahku
Melainkan potret yang bisu
Dibentuk dan dicipta oleh-Nya

Aku ibarat bayang-bayang
Merasanya didalam hati..
Itulah aku dalam sifat-Mu.

Pada jasadku terikat dan terbatas..
Menerbitkan perasaan dan merasa.
Wahai aku..yang engkau tidak tahu..
Ingin sekali aku membaca yang tak terlihat.
Ingin sekali aku mendengar apa tak terluah.
Jauh aku merangkak pada layar mata
Ingin mengenal didalam yang tidak berbahasa.

Duhai aku..
Engkau sebagai anak.
Engakau sebagai wanita
Engkau sebagai kekasih
Engkau sebagai kawan
Engkau sebagai Hamba..

Kerana diri pasti tahu
Cahaya itu masih ada di sebalik keinsafan.

KERAIAN YANG GAH

Gah memandang langit majlis
Antara silu dan dina.
Sorot mata meliar mencari
Antara wajah yang dikenali.

Dari jauh tersipu si dara
Menjeling uda yang asyik memandang.

Dalam ramai aku semakin hilang.
Antara wujud dan tenggelam.
Aku bersuara didalam hati..

Manusia..
semuanya
Berbeza-beza.
Aku terawangan bila dingin
Yang menerpa menghiris kulit

Ada yang tersenyum
Ada tenang
Ada yang bergemelapan dengan hiasan
Ada yang mendabik dada
Ada yang memandang penuh hasad

Manusia..
Keraian hari ini demi memperingati
Keringat yang kau tumpahkan.

Mataku berlari lari memandang
cuba mencari sesuatu
Tuntas terlahir perlukah aku disini?
Apa erti aku duduk disini?
Sedang mereka bersorak gempita.

Sementara suasana berasyik
Memukau pendengar dan penonton
Bingkas aku bangun mencari udara
Sedari tadi gelisah

Aku layak disini jika
Aku selayaknya untuk ada disini.
Keraian untuk mereka
Biarlah gah menangkat lelah mereka.

Kutinggalkan mahligai indah itu.
Mencari peluang untuk aku berkongsi
Keraian tentang gah yang patut
Aku miliki.

KALBUKU SEBATANG SUNGAI



Kalbuku sebatang sungai dalam diriku.
Arusnya nelayan tua menjaring takwa
Mengalir tenang dalam diriku.

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Hulunya sebuah lubuk menyimpan rahsia
Hilirnya saujana lautan putih terbuka

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Menghirup rimbunan takwa dalam diriku
Melontar longgokan kemungkaran
Ke luar diriku

Kalbuku sebatang sungai dalam diriku
Diriku alif dalam diriku.

Sunday, April 5, 2009

ERTI

Apa ertinya kesunyian?
Apa ertinya pemberontakkan?
Apa ertinya perjuanganku?
Apa ertinya suaraku?

Semuanya itu berkait
Di dalam kisah hidupku.

Untung aku masih hidup.
Ma, nyamperin bertiga.
Satu tidak pernah aku kenal.
Satu tidak mahu mengiyakan aku.
Satu melukakan aku.
Pa, tidak pernah merasa apa yang ku rasa.

Satu persatu.
Setiap satu melukakan aku.
Punya keluarga bukan yatim.
Setiap rasa berubah didepanku.
Aku bertanya
perlukah aku menyalahkan nasib
Sementara aku masih hidup.

Ya.
Aku punya rumah.
Tapi tidak faham kenapa aku masih diluar?
Adakah aku membenci derita?
Tidak.Derita membantu mengajar aku.
Mengajar aku hidup sebagai seorang aku.
Adakah aku suka untuk derita?
Salah.
Aku bukan orang putus asa
Walaupun menderita.

Pemberontakan.
Bahasa diam kadang2 kehabisan kata-kata
Walau tidak bersuara.
Berontak dengan menulis.
Gelodak semangatku memberontak.

Ditakdirkan menjadi suara kalian
Adakah luar biasa?
Salah.Kataku:
Dan saya cuma manusia.
Sebenarnya tiada istimewa
Untuk ukuran dunia.
Sebenarnya adalah sangat,
Sangat biasa.

Bila bicara tentang
Perjuangan.
Jangan berkata ‘Cuma’
Biar dipihak mana.
Aku tetap berjuang.
Salah.tetap salah.
Benar Jauh sekali takut.
Nyata:cuma manusia.
Bukan siapa-siapa.

Suaraku.
Sekadar kata.
Tersudut antara kecewa.Benci.Gembira.
Rasa cinta?
kecintaan perlu perjuangkan.

Jangan berkata ‘cuma’
Kalau bicara tentang cinta.
Cinta itu peristiwa dalam roh.
Roh.Bagaimana bisa dijelaskan dengan akal?
Kita hanya bisa melukiskan bayangannya.
Yang ragamnya berlaksa-laksa.
Peristiwa di dalam roh tak bisa dijelaskan.
Ia hanya bisa dialami.
Apakah kamu bisa mengalami pengalaman rohku?

Ya.Memang.
Rohku mencinta.
Aku sendiri tidak bisa mengerti aku.
Tapi setiap rasaku punya erti.

Friday, April 3, 2009

Pamplet Cinta

..Nyamperin matahari dari satu sisi,
Memandang wajahmu dari segenap jurusan.

Aku menyaksikan zaman berjalan kalang-kabutan.
Aku melihat waktu melaju melanda masyarakatku
Aku merindu wajahmu.
Dan aku melihat wajah-wajah berdarah para mahasiswa.
Kampus telah diserbu mobil berlapis baja.
Kata-kata telah dilawan dengan senjata.
Aku muak dengan gaya keamanan semacam ini.
Kenapa keamanan justeru menciptakan ketakutan dan ketegangan.
Sumber keamanan seharusnya hokum dan akal sihat
Keamanan yang berdasarkan senjataa dan kekuasaan adalah penindasan.

Suatu malam aku mandi di lautan.
Sepi menjadi kaca.
Bunga-bungaan yang ajaib bertebaran di langit.
Aku inginkan kamu,tetapi kamu tidak ada.
Sepi menjadi kaca.

Apa yang bisa dilakukan oleh penyair
Bila setiap kata telah dilawan dengan kekuasaan?
Udara penuh rasa curiga.
Tegur sapa tanpa jaminan.

Air lautan berkilat-kilat.
Suara lautan adalah suara kesepian.
Dan lalu muncul wajahmu..
Kamu menjadi makna.
Makna menjadi harapan.
…sebenarnya apakah harapan?

Harapan adalah karena aku akan membelai rambutmu.
Harapan adalah aku akan tetap menulis sajak.
Harapan adalah karena aku akan melakukan sesuatu.
Aku tertawa…
Angin menyapu rambutku.
Aku terkenang kepada apa yang telah terjadi.

Sepuluh tahun aku berjalan tanpa tidur.
Pantatku karatan aku seret dari warung ke warung.
Perutku sobek di jalan raya yang lengang….
Tidak. Aku tidak sedih dan kesepian.
Aku menulis sajak dibordes kereta api.
Aku bertualang di dalam udara yang berdebu.
Dengan bertemankan anjing-anjing geladak
dan kucing-kucing liar,
aku menyanyi menikmati hidup yang kelabu.

Lalu muncullah kamu.
Nongol dari perut matahari bunting
Jam dua belas seperempat siang.
Aku terkesima.
Aku disergap kejadian tak terduga.
Rahmatku turun bagai hujan
Membuatkan aku segar,
Tapi juga mengigil tertanya-tanya
Aku jadi bego!

Ya... mencintai kamu adalah bahagia dan sedih.
Bahagia karena mempunyai kamu di dalam kalbuku,
Dan sedih karena kita sering terpisah.
Ketegangan menjadi pupuk cinta kita..

Tetapi bukankah kehidupan sendiri adalah bahagia
Dan sedih?
Bahagia karena nafas mengalir dan jantung berdetak
Sedih karena fikiran diliputi bayang-bayang.
Adapun harapan adalah penghayatan akan ketegangan.

…nyamperin matahari dari satu sisi,
Memandang wajahmu dari segenap jurusan.


P/s : Rendra. Puisi dia salah satu buku puisi yang aku sangat suka.

Mengenalnya Satu Detik

Antara Oktober dan November..
Aku mencium bau angin dan hujan.
Aku menyebut didalam hati.
Kata-kata aku lepaskan dalam tangisku.

Demikian aku mengenalnya.
Menjadi rahsia.
Tapak tanganku menjadi saksi degup jantungnya.
Pernah.
Aku pernah mendengar degup jantungnya.

Demikian aku mengenalnya.
Adakah aku dendam kepada derita?
Aku meneka hidup ini satu teka teki.
Berada didasar.
Terkunci dilemari.

Kau meneka tapi tidak menemui jawaban.
Hari ini meneka menebak.
Esok kau terus meneka.
Mataku tetap saja kosong.
Tidak berperasaan.
Lantas kau nikmati mataku.
Terpesona.Imaginasimu menyentuh bibirku.
Tanpa sedari kau berbisik
Teringin mencuri bibir mungil.
Tanggapan kau mengenal jiwaku.
Tersedar.

Jauhkan tak perlu terucap.
Resah.Pusing.Kau tidak mengenal hatimu.
Lebih jauh.Semakin kenal.Indah menyayangi aku.
Semakin tebal rasa benci.
Benci melihat mataku kosong.
Nyata kau rahsiakan nyata.
Sengaja terbiarkan aku terasa.
Sengaja terbiarkan aku lupa.
Sedang aku mengenalmu resah.

Esok.Matamu menjamu redup mataku.
Akhirnya terdengar sedu dibalik mata.
Ah!!debar?Mana bisa.Mustahil..
Kau gugup atau terpanah?

Menangiskah aku.
Demikian aku mengenalnya.
Dalam rangkul erat.Hati menjadi erat
Berat.Ah!Aku tidak mengerti rasaku.
Tapi.suaranya degil sayang mata kosongku..
Demikian mengenalnya.
Dia mengingatkan aku pada catatan
Menarik aku menyandarkan dibahunya.
Bahagia mengusap lembut rambutku mengerti
Benciku.
Senduku.

Tangis semahunya pada bahunya.
Lewat pasti ada bahagia
Jangan pernah benci bahagia.
Demikian mengenalnya.
Kejauhan menjagaku.
Merindu ku kala bersendiri dan sepi.

Ketika Udara Bising

Ya, apakah ertinya sebuah kata yang ditulis di atas pasir?
Apakah ertinya undang-undang yang dicetak di atas air?

Derapan barisan langkah-langkah terdengar.
Barisan langkah-langkah siapa?

Tak ada apa-apa.
Tak terjadi apa-apa.
Kesepian tanpa keheningan.
Kebisuan tanpa angin.

Apakah ertinya janji yang ditulis di pasir?
Apakah ertinya pegangan yang hanyut di air?
Apakah ertinya tatawarna dari naluri rendah kekuasaan?
Apakah ertinya kebudayaan plastik dan imitasi ini?

Seorang gadis yang berwajah penasaran bertanya….

Aku mendengar derup-derap langkah-langkah berjalan.
Langkah-langkah siapa?
Dari mana datangnya?
……Kuman-kuman!
Yang tumpah bersama ludah yang mereka semburkan
Yang penuh kebohongan dan penjilatan!

Kemudian aku bertanya:
Di dalam kemelut kentut zaman ini,
Deru-derap barisan siapakah itu?
Deru-derap barisan penindasan?
Ataukah deru-derap barisan pembebasan?