Wednesday, June 8, 2011

Mimpi menyebabkan RINDU?

Pedih gila mata.. semalam..dan semalam tak taw napa aku asek terbangun tepat jam 12 malam..(serius TEPAT jarum pendek & jarum pjg menghala kat nombor 12) huhu agak scary sebenarnya sb fikir balik...(saja xmo pikir byk) Bangun2 ja terasa malam lebih sunyi dari biasa..Walaupun aku biasa tido sorang ja kat dlm bilik ni tapi bila housemate aku plak dah pindah kedah, hurm....lain mcm sunyi rumah ni. Kesunyian menyebabkan aku menghadap-Nya. Air paip malam tu yang terasa lebih sejuk menyerap kulit muka aku..Kali ni mata aku tambah pedih, bukan sebab mengantuk tapi sebab rindu. Aku sebut rindukah? huhu..

Lately, aku buat keja tapi ntah..tetiba ja ada flash back asek terjadi dalam diri aku...flash back image seseorang, buat aku termenung. Nak kata rindu? tak kot..cuma kadang-kadang terlintas tanpa sedar. Aku tak mintak untuk ingat, tapi TERLINTAS.huhu Aku gila bayangkah? Aku rasa tak kot, tapi mungkin masih ada rasa ingin tahu keadaan cuma aku diamkan..sebab aku dah boleh sedikit demi sedikit redha. Walaupun aku jarang fikir tentang flash back tu tapi kedatangan mimpi buat aku gelisah. Mungkin ini faktor teringat2..myebabkan terbawa ke mimpi...so bila benda tu terjadi akan menyebabkan timbul rasa rindu.huhu.

hurm....sekian.(=______=")>







p/s: tak sabar tunggu!

Thursday, May 26, 2011

AWAK..sila kahwin!!


Pernah tak korang hadapi situasi berhadapan dengan manusia yang selalu nak MARAH memanjang..atau selalu nak buat muka KETAT semacam, langsung TAK SENYUM..tapi asyik naaaak CEPAT (kalau dia bagi kerja kat korang), asyik naaak STRESS memanjang..Kadang-kadang bila manusia macam ni marah, orang sekeliling akan terkena tempiasnya.Paling digeruni bila dengar sahaja nama korang kena panggil dah sah2 lepas tue kena maki atau kena tengking.phew....(rilek dah la, kan? auw~)


Kadang-kadang aku terfikir, apesal eyh??Sekali tak mengapa, dua kali tak mengapa..tiga kali aku still boleh memahami, tapi kalau dah BERKALI2...DAH lama2 ?? sudah tentu anda dah immune dengan perag 'hai' (perangai) dan sikap 'manusia' macam ni. 

mungkin faktor umur kot?



atau faktor hubungan sesama MANUSIA? 


atau faktor tempat kerja?


atau relationship dengan teman wanita atau teman lelaki?


atau mungkin...


sebenarnya 
kurang mendekatkan diri dengan PENCIPTA.

kadang-kadang tanpa disedari 'manusia' macam ini tak sedar mereka adakalanya bertindak kasar dengan mempamerkan gerakan2 external yang membuatkan kita rasa mual atau naik menyampah..sebagai contoh menghempas pintu, hempas fail, hempas mana2 boleh hempas..huhuhu..atau mungkin 'manusia' yang suka MENUNJUKKAN kemasaman wajah dengan muka ketat, berkerut2 dahi, kekasaran dari segi bahasa beranggapan sekiranya mereka bertindak sedemikian mereka akan digeruni atau ditakuti....

Grrrrrrrr~~

oPSS!anda silap...tindakan macam itu sebenarnya akan membuatkan mana-mana individu sekalipun akan naik menyampah..atau lebih teruk lagi orang sekeliling akan mempersendakan dan ter'mengata'........kerana sikap yang menjengkelkan anda.

whaaaat??


Aku memang berhadapan dengan 'manusia' macam ni..(aku rasa korang pun pernah, cuma masalah lebih kurang sama cuma situasi kita berbeza) Pada mulanya aku berpendapat, 'manusia' macam ini teeerlalu banyak kerja tahap dewa kot...sehinggakan 'manusia' macam ni bersikap kurang mesra dan  hilang adab2 kesopanan dan kesusilaan (pergh~) 

Tapi aku silap kot hmm....So, aku observ lagi..lagi...dan lagi..Cuba anda selidik rata-rata manusia macam ni kena treat dengan bos mereka kasar, contohnya selalu kena marah bos (walaupun dia 'kononnya' orang kepercayaan bos) akibatnya manusia macam ini akan lepaskan API kemarahan mereka pada orang sekeliling-dengan cara mencari KESALAHAN orang lain. 

Aku observ lagi apa punca kenapa 'manusia' macam nie nak stress manjaaaaaaaaaaaaaanng~~ nak buat muka K.E.T.A.T semacam..?

cuba korang selidik relationship 'manusia' ni dengan orang sekeliling dia.

Disukai atau dibenci?? 
hehe...TETT!!!
kalau banyak yang buat muka herot bibir...
percayalah, 'manusia' macam ni saAAAaangat tak menjaga perasaan orang sekelililng dia.

bagi dia..AKU PEDULIK HAPA?! (duh uh! =__=")

kadang-kadang aku rasa 'manusia' yang saja buat muka k.e.t.a.t, sebab nak tunjuk kat semua orang bahawa 'dialah orang yang SERIUS' segala hal..pergh~! atau lebih tepat lagi nak minta perhatian.. 

*YES!please show me a lil' bit "attention" coz saya tengah MARAH, TENSION, BENGANG, KUSUT, BANYAK KERJA NAK BUAT LAGI..

hmm....yela~sebab dia kurang didekati oleh sesiapa-akibatnya sikap 'manusia' macam ni akan jadi yang kurang mesra dan kurang senyum.muka ketat...

nampak muka dia je?
kita pun naik stress.
nampak muka dia je?
kita sendiri seolah2 dunia nak kiamat
nampak tekanan tahap gaban~
perghh~

cuba bawa mengucap sikit, istigfar banyak2...atau tenangkan diri.
Kawal, tapi redakan dengan meluah dengan orangyang kita percayai.
(ceh aku pandai je cakap aku sendiri nak meluah, byk diamnya berbanding luah~cet!hey...hey tapi aku meli=uah kt org2 yg aku percaya :D ahaks~)


hurm...bak kata opis-mate aku..cuba selidik dia tue dah kahwin tak??atau...kalau dia dah kahwin, dia ada anak tak?...atau cuba tengok anak dia terlalu ramai tak?? kalau belum kahwin sila KAHWIN! 

HOH??!!ahahaha..aku nak tergelak bila dengar ayat tue.Tapi ada betulnya, sebab kata opis-mate aku kalau dia ada orang yang boleh menjaga dia, sekurang-kurangnya dia boleh nak luahkan rasa stress memanjangnya tue, atau kalau dia ada anak dia akan berfikir kesian orang yang aku marah ni agaknya macam ni lah dia kena maki atau marah kat tempat kerja??

Kan elok je kalau kita tahu nak handle perasaan marah, tensen, kurang mesra....relationship kita dengan orang sekeliling akan baik, malah bila kita bermasalah orang2 tertentu akan datang dah bertanya tentang problem kita. Tak perlu berkasar-sama ada tindakan atau bahasa. Jagalah peribadi anda sebab kita semua saling bergantung..Bila anda susah anda akan mermerlukan bantuan orang yang anda tak SUKA atau orang yang anda marah atau benci.Kalau rasa diri perlukan kaunseling dan bantuan, bantulah diri..nescaya anda akan dapat hidup bermasyarakat :D 

p/s: (umapama lagu) senyum~~ tak perlu kata apa2...(bak kata opis-mate aku yang dah immune dengan perangai salah seorang opis-mate kitaorang yang kurang mesra alam..ehem tak kahwin lagi?SILA KAHWIN!) 

Saturday, May 14, 2011

Penemuan ganjil spesis laut di Greenland




"Swallower" From the Abyss
Photograph courtesy Henrik Carl, Natural History Museum of Denmark
Chiasmodon harteli termasuk dalam kelompok ikan yang dikenali sebagai swallowers kerana kemampuan mereka bagi menelan mangsa lebih besar dari diri mereka sendiri (foto, spesimen diawetkan, perutnya ternyata hyperextended).Spesis ini juga adalah di antara 38 spesis baru yang pernah dilihat dari Greenland. Penemuan habitat Chiasmodon harteli's, berpunca daripada masyarakat Greenland telah banyak menangkap ikan selama lebih dari satu abad.
Pada kedalaman ini yang cetek, ianya masuk akal bagi menganggap bahawa "setiap spesies ikan yang tidak diketahui,berkemungkinan akan ditemui pada hasil tangkapan seperti yang berlaku pada hari ini," 

Alien of the Deep

Photograph courtesy Julius Nielsen, Greenland Institute of Natural Resources
Spesis ikan umpama ini kelihatan seperti makhluk asing dari filem Alien, ia bagaikan mimpi buruk yang menjadi nyata apabila "Longhead Dreamer"Anglerfish (Chaenophryne longiceps)spesis asing ini ditemui disekitar perairan Greandland.
Menurut sebuah kajian baru-baru ini yang dipimpin oleh ahli-ahli biologi, Peter Moller dari Sejarah Museum of Denmark di Copenhagen, spesis the dreamer, boleh membesar dengan kebesaran 6,7 inci dan panjangnya adalah  17cm, ia merupakan 1 dari 38 spesis ikan yang ditemui di sekitar pulau Artik buat pertama kalinya.
Ia merupakan sepuluh  spesies baru di Greenland yang juga merupakan penemuan baru bagi ilmu pengetahuan dalam bidang sains. Semua keputusan mencatat sebanyak 38 spesis baru yang telah dijumpai sejak pengkaji melakukan kaji selidik tersebut dan terakhir adalah pada tahun 1992.
Terbitan Jurnal Zootaxa,ada bulan februari mengatakan peningkatan suhu lautan akibat pemanasan global-kemungkinan besar menyebabkan ikan asing berpindah ke daerah berkenaan-dan peningkatan memancing di laut mungkin bertanggung jawab atas lonjakan ikan yang wajah segar banyak kelihatan di Greenland.

New Shark Swimming off Greenland

Photograph courtesy Greenland Institute of Natural Resources
Spesies catshark Iceland, termasuk ikan ini tertangkap semasa pengkaji sedang menjalankan kajian mereka, spesis ikan yu kecil ini adalah antara beberapa spesis baru yang ditemui di perairan Greenland bagi pertama kalinya.Ikan yu kecil ini telah dijumpai di lautan lain di kedalaman antara 2.645 sampai 4.625 kaki (800 dan 1.410 meter), spesis ini dikatakan memakan pada ikan-ikan kecil, cacing laut, dan crustaceans seperti udang galah dan ketam.

Pasukan menangkap tinjauan mengatakan, penemuan spesies laut dalam seperti catshark ini ditemui berkemungkin disebabkan oleh peningkatan pemancing di laut sekitar Greenland dan akibat daripada pengebom ikan secara haram. Menurut mereka lagi, 5 dari 38 spesis penemuan baru-bagi spesies ikan laut dalam di Greenland, mengatakan relatif bagi ikan jenis ini agak jarang ditemui oleh penduduk.



Unexpected Shark Species

Photograph courtesy Henrik Carl, Natural History Museum of Denmark
Ini merupakan spesis Dogfish Portugis. Ikan ini adalah salah satu daripada empat spesimen tersebut ditemui di Greenland sejak tahun 2007. Laporan baru mengatakan bahawa ikan jenis ini disenaraikan sebagai sepsis ikan yang hampir terancam oleh Persatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Laut, spesies asli sebelumnya telah dikenal diperairan Greenland. Dalam satu kajian penemuan ini adalah  salah satu pencarian yang paling tak terduga.
Menurut kajian penemuan habitat sepsis Dogfish Portugis ini biasanya mendiami  kawasan perairan di selatan lebih dari Lautan Atlantik barat.Nilai komersial penangkapan spesis ikan Dogfish Portugis oleh para nelayan-umumnya bagi tujuan minyak hati, yang digunakan dalam kosmetik. (Related: "Sharks Killed for Oil Used in Swine Flu Vaccine.")


Icy Stare

Photograph courtesy Peter Rask Møller, Natural History Museum of Denmark
Grenadier Mediterranean, atau rattail (digambarkan dengan ekspresi mulut yang terbuka luas) merupakan ikan yang pertama kali terlihat sekitar Greenland pada tahun 1998. Bagi pengkaji laut dalam melaporkan dalam tinjauan mereka, sebahagian besar spesis yang ditemui di Greenland seperti Grenadier ini, mempunyai nilai komersialnya tersendiri. Kemasukannya sudah terbukti dari relatif pemanasan-air laut telah meningkatkan nasib dari industri perikanan tempatan,menurut  pemimpin pengkaji perikanan Peter Moller. Untuk Greenland, paling tidak, pemanasan lautan "tidaklah buruk mana-itu pasti,"katanya.


Double-Baited Anglerfish

Photograph courtesy Henrik Carl and Peter Rask Møller, Natural History Museum of Denmark
Anglerfish merupakan spesies di Greenland Linophryne Bicornis. Spesimen ini diangkut naik dari kedalaman 4.685 kaki (1.428 meter) pada tahun 2009. Unjuran dihadapan kepala Anglerfish yang panjang, boleh digoyangkan. Ia merupakan senjata baginya untuk memancing ikan yang lain mendekatinya dan akhirnya menjadi makannya .

Menurut kumpulan pengkaji, walaupun nelayan telah meneroka kedalaman hampir 4.920 kaki (1,500 meter) kedalamam air laut di Greenland namun sebenarnya kedalaman selebihnya masih belum diterokai.




Eat Me
Photograph courtesy Henrik Carl, Natural History Museum of Denmark
Ikan ini mungkin tidak kelihatan begitu menyelerakan apabila kita melihat fizikal luarannya. Ikan ini memiliki kulit bertompok dan gigi yang tajam, sesiapa yang melihatnya sudah tentu ternganga sebentar sebab ingin memastikan adalah ini benar-benar ikan ataupun seekor raksasa laut. 

Ikan ini adalah spesis Lophius piscatorius-ia juga dikenali sebagai "monkfish" oleh penggemar seafood. Menurut pemimpin kajian Peter Moller, ikan ini boleh membuktikan tambahan yang lazat untuk industri perikanan Greenland.


Walaupun monkfish agak jarang di Greenland, namun sesetengah nelayan mengambil keuntungan terhadap laut yang bersuhu hangat di pulau berkenaan-sama seperti relatifnya spesies ikan yang jarang ditemui termasuklah ikan whiting, ikan pearlsides Mueller, ikan , Blackbelly rosefish, dan ikan snake pipefish. "Monkfish sangat mahal dan popular" ikan ini terdiri sebagai suatu species komersil yang berpotensi dari semua ikan baru yang lain dicatat dalam tinjauan ini, kata Moller.