Sunday, March 15, 2009

CERiTA DALAM CERiTA

Hari nie..aku bcakap dengan seorang budak yang umur sebaya dengan aku..Dia nampak letih ja..macam demam..aku cuba senyum kat dia, dia balas senyuman aku..tapi cam tak ikhlas ja huu~..Aku tunggu dia bersuara..tapi tak juga dia bersuara..Lama jugak dia mendiamkan diri..30minit..berlalu dia masih diam..satu jam lepas tu aku renung dia..Aku pandang bibir dia macam ada sesuatu yang dia nak cakap tapi tak terluah..Dia senyum lagi,tapi tak bersuara.Cuma diam ja.Sebenarnya aku dah lama kenal budak nie. Dia ada peribadi yang sukar diramal. Aku pun pelik dengan perangai dia. Bila dia sedih dia asyik diam ja, macam sedang berfikir..kadang2 aku tak bleh baca fikiran dia. Cuma satu yang aku faham tentang budak ni, dia ni jenis yg tak pandai meluah perasaan dia. Kalau dia senyum nampak manis ja, macam sangat bahagia. Bila aku tengok mata dia dalam2..ada sesuatu disitu. Ada yang dia simpan yang dia tak suka orang lain tau.Lama cam tu dia bsuara.Reaksi muka dia dah berubah, aku dengar dia mengeluh berat. “bapak ngan mak aku gaduh lagi..”
Aku tengok ja dia..Seblom ni dia penah ceta kat aku jugak..pasal family problem.dah banyak kali dia cakap kat aku wlaupun tak 100% aku tau masalah dia, tapi aku memang ksian kat dia..Dia tak suka myusahkan sesapa jadi dia selalu tanggung masalah sendiri2..Aku nak tolong tapi tak tau camna nak tolong dia..Aku Cuma mampu mendengar keluhan dia(itu pun kalau dia cerita-budak ni kira degil jugak takmo share masalah ngan sesapa) kalau tak mdengar pun, akku cuba buat dia senyum..aku nyanyi tuk dia..aku bercerita ngan dia..dapat buat dia senyum pun dah kira membahagiakan dia..hmm..
Aku nampak dia tunduk. Aku tanya dia perlahan..”bila dorang gaduh?” dia cakap hari khamis tu..aku tak berani tanya banyak2, aku tau dia dah banyak bersedih. Dari mata dia aku boleh faham perasaan dia..Lepas tu dia cerita lagi..”adik aku msg tadi..adik aku cakap bapak ngan mak aku gaduh. Bapak aku pukul mak aku sebab dia dah melampau sangat..” ada nada sedih kat suara dia dia cuba tutup dengan senyuman..tapi aku faham..Aku terus dengar lagi cerita dari dia..”mak tiri aku marah adik aku..masa tu adik aku jaga gerai mak aku, hari hujan..jadi adik aku cakap dia nak balik awal. Mak tiri aku maki adik aku.Dia cakap adik aku tak ikhlas tolong dia.Dia marah maki adik aku depan orang ramai..lepas tu adik aku kena halau suruh balik hujan2..huu~” aku tengok mata dia dah mula berair..aku diam..
“Bila adik aku sampai rumah, bapak aku marah adik aku. Bapak aku tanya kenapa dia balik basah2 tak bagitau g amik dia?adik aku..cuma diamkan diri ja..dia takut nak bagitau bapak aku yg mak tiri aku yang halau dia balik..dia kan cuma budak ja..macam manalah dia nak mengadu?Aku sedih aku tak ada kat sana..aku tak ada kat sana..takda sapa nak tolong dia..” budak tu menangis..antara kecewa dengan mak bapaknya dan rasa bersalah terhadap dirinya sendiri kerana tak dapat tolong adiknya..”Bila mak tiri aku sampai bapak aku marah mak tiri aku..tapi mak tiri aku melawan..lama2 dorang gaduh.adik aku nampak bapak aku pukul mak aku..dia msg aku bagi tau aku family aku gaduh lagi..”
Aku diam..aku tengok budak tu nangis,aku pegang kepala dia.Rupanya dia demam.Aku suh dia tido..rehat..Lepas tu dia dah ok sikit dia masuk tido..Yang herannya..masa dia tido tu aku nampak dia nangis lagi..Aku sedih tengok dia, tapi aku tak boleh buat apa..huu…

No comments:

Post a Comment