Sunday, March 22, 2009

INGATKAH LAGI?




Kawan..
Ingatkah lagi?
Kita pernah ketawa bersama,
Kita berkumpul bagai satu keluarga.
(Entah esok masih ada lagikah masa begini?)

Kawan..
Ingatkah lagi?
Kita berkongsi makan megi..
Walaupun lapar kita tetap gembira..
Kawan..Gelas aku,gelas kau juga..
Air pun kita kongsi..
Ingatkah lagi?(Esok lusa..entah bila masih ada lagikah seperti ini?)

Kawan..
Ingatkah lagi?
Malam hari kita bernyanyi beramai-ramai..
Walaupun suaraku lebih merdu,
Aku tetap membiarkan suara sumbangmu
melalak lebih dariku
Kawan..kau mesti mengaku hakikat ini..
Suaraku lebih sedap..
(Esok lusa aku mesti merindu suaramu)

Kawan..
Ingatkah lagi?
Aku demam,kau ketawakan aku..
Tapi jauh didalam hatimu kau berdoa aku..
Kerana aku sedar raut mu yang bersimpati.
Kau bertentang dengan sikapmu sebenar..

Kawan..
Ingatkah lagi?
Kita menonton wayang beramai-ramai?
Masa kita keluar bersama teman tapi mesra bersama2..
Wayang tu dah tutup..
Tapi kita tetap keluar makan angin bersama..
Ingatkah lagi?(Entah adakah masa untuk kita keluar bersama lagi?)

Kawan..
Ingatkah lagi aku mengadu masalahku..
Walaupun hakikatnya aku tahu penyelesaiannya..
Sengaja aku ingin mendengar bebelanmu..
Jadi kau marah aku..
(Esok,lusa..aku akan sunyi jika tiada bebelanmu..)

Kawan..
Andai hari ini aku pergi,
Jangan pernah sesali..
Sebab aku selalu ada didalam hatimu..
Merindu saat kita berkumpul bersama.

Kawan..
Andai kita berjumpa lagi..
Sambutlah aku dengan senyummu yang paling bahagia!
Kerana kita akan bercerita panjang
Minum dikedai kopi..
Bersengkang mata malam itu,
mengenang
Saat-saat kita bersama.

No comments:

Post a Comment