Nampaknya...kat papan notis ada lembaran blog aku difotostat oleh pihak yang mungkin sedar suara aku patut dilaungkan pada seluruh sekolah seni.. HARAP2 bila ditampalkan benda tu adalah pihak yang dapat BERFIKIR SEJENAK, sebab tujuan aku nak menyedarkan pihak2 yg patut sedar kesalahan masing2..aku nak ucap TERIMA KASIH sebab tampal.(maklumla orang berbudi kita berbahasa). Aku tak berniat nak menyindir maaf kalau terasa tapi KALAU DAH HAKIKATNYA BENDA TU MACAM TU YANG BERLAKU. Kenapa aku patut berdiam dirikan??SUARA PELAJAR, kita kena SUARAkan dan itu tugas aku menyuarakan suara dorang yang terasa diperguna dan 'teraniaya' sebentar.(walaupun bukan ke saluran atasan..)Kat sini pun kira dah memadai, nak nampak bukti..hasilnya "BLOG AKU DIFOTOSTAT" kat notis board sekolah SPS..(harap2 niat untuk meyedarkan bukan memalukan). RESPON dari pelajar..dorang bersetuju ngan kenyataan aku..hurm?yang tahu hal sebenar mestilah myokongkan, yang tak tau..geleng kepala je la.
Aku nak komen tentang persembahan malam kedua RESITAL GRADUAN TARI sebagai penonton...Apa yang aku nampak, adanya improvement kat bahagian MC. Aku kenal kak suria tu, dia memang pakar part protokol dan MC ni. Jadi layaklah dia yang mengacara majlis tu malam semalam. Tempat untuk slide diletakkan dibahagian bawah aku rasa agak strategik berbanding malam pertama. Kalau slide diluar curtain senang nak cover keja2 teknikal yang bertugas bump-in dan bump-out set. Dari segi lighting plak nasib bek adanya bantuan dari MEGABOOGIE sound and lighting, jadi keseluruhan perform dapat diselamatkan.
Bila aku tgk audience sikit,aku da start risau..tapi bila dah jam 7 lebih audience dah mula masuk ke dewa. Persembahan pertama kami dihidangkan dengan persembahan ZOMBIE dari group Alice. Aku tergamam sekejap sebab choreography gerak tari tu memang wooow..penari menari ikut beat muzik, gerak pun seragam...tahniah kepada kumpulan Alice!betul kata miss Ning, memang unik dan kreatif. Tapi..part mesejnya agak kabur??Anti klimaks pada akhir persembahan menyebabkan aku tertanya2..kenapa adanya lagi 'watak zombie' muncul diakhir psembahan?Mungkin tujuan utama Alice adalah ingin menunjukkan kemunculan watak zobie last tu adalah kesinambungan daripada zombie yang telah berakhir..tapi bagi aku mesej tu tak sampai. Semalam bila aku berjumpa dengan salah seorang penari Alice, bertanya tentang anti klimaks tu..(baru aku faham..tapi itu pun selepas dijelaskan) kalau aku sendiri yang melihat tak faham maksud yang nak disampaikan....maknanya?inikan lagi panel penilai..?Kesimpulannya gerak tu tak dapat menyampaikan maksud yang jelas..komen penilai kalau tarian tu gerak zombie, kenapa gerak patahan hanya diawal saja ditunjukkan.. aku difahamkan salah seorang panel penilai yang menilai malam tu agak pelik melihat persembahan ALice. Bukan apa, cuma penilai tu cakap dia TAK PERNAH tengok gerakan tu..dan tak faham maksud gerak tarian yang dibawa oleh group ni...kostum tu memang sesuai untuk zombiee..cuma berbanding dengan group Ebing, rasanya kostum ebing lebih baik.(Tapi kalau difikirkan kalaulah zombi pakai kostum 'menarik' agak lucu la plakkan?err ngam la kostum+makeup zombie tu nampak seram skit). Apapun aku suka ngan tarian Alice. Tahniah Alice and all your dancer..lega skit bila da selesai pformkan..
Persembahan kedua dari group Ebing, membawa elemen abstrak pula bagi aku hmm..agak biasa aku lihat..maksud aku ada beberapa gerak tu macam pernah aku tengok..ada part tangan penari menggerakkan tangan arah lutut. Kalau tak silap aku gerak tu pernah dibawa oleh penari 'cengkerang putih' time malam Aspresiasi seni..if something tu pernah dilihat sebelum ni..agak rapuhkan?Pendapat aku, sepatutnya karya asli adalah yang belum pernah dipentaskan..Sesuatu yang baru dan fresh...Bila aku berpendapat begini, ada penilai yang komen, gerak ebing tak asli..aku tak faham part mana yang tak asli tapi apapun aku tak berani komen biar penilai jelaskan apa maksud mereka karya tu tak asli..(kena tunggu time postmortem huhu) komen aku sebagai penonton plak..cuma nak komen..penari2 tak seragam, sayang sekali. Yang jelas menonjol cuma victor, resty ngan ebing ja..(mungkin dah biasa nampak dorang pform dan menari dgn baik jadi bagi aku nampak dorang sja yg mnonjol) yang lain aku tak nampak sharp sangat..time penari diangkat keatas tu aku faham, dorang nak sampaikan mesej ada satu semangat baru (positif)..tapi bila penari diturunkan..ala..cam tak ngam..(kan bagus kalau ending macam tu?)..thats my opinion la. Aku sekadar mengkritik sesuatu yang membina.
Aku faham bukan senang nak buat choreography ni..nak melatih pun satu hal..kesungguhan penari mjadi asas baik dan buruk satu persembahan tu. Yang create idea nak membentuk tari satu part kena jaga, nak membawa gerak tu satu hal lagi...So,memang la sukar. Penat lelah dorang patut dipuji. Tapi sebagai performer kita kena bersedia dari semua aspek. Aku harap bila aku menghumban pandangan aku, mengkritik sebagai penonton dan jemputan korang kena terima la..sebab tu hak aku, akukan penonton yang datang melihat persembahan? Overall, aku lebih puas hati dengan persembahan malam KEDUA berbanding malam pertama..Termasuk penambahbaikan yg dibuat hari.
Persembahan selingan..penari dari luar patut diberi respon yang baik juga. Ternyata dorang pun bagus dalam membuat psembahan..Penglibatan sekolah luar menunjuk minat dorang kat sekolah ni (SPS). Bakat kreatif jangan disekat TAPI di polish dan diajar dengan teknik yang betul(Eerr..kalau sekadar imitasi gerak tapi tak tau 'maksud' semua orang boleh buatkan?kalau pun bukan maksud tapi pembawaan gerak tari dan attitude dalam gerak pun penting) Aku nak tanyala berapa orang yang datang tengok persembahan say "congrates" kat penari2 yg bertungkus lumus buat show malam tadi??bagi aku la kan, kita sebagai penonton yg datang kenala tau mghormati sekurang2nya say CONGRATES la....kalau sekadar datang melihat dan enjoy 1, 2 jam...pastu balik, bek tak payah kan.
At least, singgahla kat kejap tgk pameran diluar resital tu atau bertanya kat penari jenis apa tarian yg dorang bawa, konsep apa..barula ada pengisian yang kita bawa balik...jadi tak rugi kita datang SEBAB dpt ilmu dan ada sesuatu baru yg boleh kita dipelajari (bukan hanya sekadar melihat).
Apapun aku tak sabar tunggu hari persembahan ketiga RESITAL GRADUAN TARI nak tengok apa santapan tarian malam ni untuk penonton..Harap2 tak mendukacitakan.
CERMIN-CERMINKAN DIRI TU SIKIT.
ReplyDeleteHIDUP YB AYU ROHAIZAH ROSLI!!!
BRAVO
SEMANGAT
to buah mangga-btul..btul..btul..yang pelik lembaran blog aku da kena bukak..erk..mungkin risau kot aku mengkritik benda yang btul??hee~
ReplyDeleteTweety_marish
ReplyDeleteBagi saya tak kisah nak komen apa-apa.lagipun komen tu boleh membuka minda kita....ada orang mengatakan komen ni menjatuhkan Sekolah SPS.Tapi bila difikirkan balik kita sebagai pelajar ada hak untuk menyuarakan sesuatu...go yoyo_gaban...suara anda adalah suara hati kami yang tidak luahkan.....
Trima kasih.To Tweety_marish : tQ..sebab bg komen disini.Semua org ada hak bercakap dan aku terbuka menerima kritikan membina baik untuk diri sendiri dan org lain. Kita kena blajar menerima dan mendengar pandangan orang demi kebaikan.Mana yg keruh kita buang..yang jernih kita ambil dan sematkan didada.
ReplyDeleteaku just nak memperbetulkan fahaman org2 yg tersalah anggap.Tak ada niat@komen nak saling menjatuhkan seseorg atau menjatuhkan sekolah sendiri. BENDA TU TAK BETUL.aku harap tak ada org cuba putar belit apa yang cuba aku sampaikn..niat aku cuma nak berkongsi rasa dan memperbaiki kelemahan.
Ternyata kritikan itu lebih baik dari orang yang memuji-muji kita.Kita tidak akan tahu kelemahan kita yang sebenarnya.Cuba kita fikirkan sejenak mengapa ada yang mengkritik? sebabnya,orang lain yang melihat apa yang kita lakukan.Mengapa kita harus melenting bila dikritik? walaupun nyata kritikan itu membina namun sesetengah orang tidak dapat menerima apa yang disampaikan.
ReplyDeleteBila dilihat kembali keseluruhan kritikan tersebut ternyata kita selalu leka dengan dengan hal-hal yang dianggap remeh.Hal remeh temeh itu yang selalu menjadikan isu yang besar,walaupun hal tersebut tidak besar.Impaknya isu kecil menjadi hangat.
oleh itu,kita harus belajar menerima pendapat dan kritikan orang lain walaupun perit hati menerimanya.Kita bukannya selalu di kemuncak dan ada masanya kita akan jatuh juga.
Thanks for your komen..hohoho
ReplyDelete