Monday, April 27, 2009

ROSYAM NOR-pilih Kasih





ROSYAM bersama pengacara Pilih Kasih iaitu Reza Mohamed, Raja Azura serta hos Jurnal Harian, Pasha. Program realiti TV cungkil bakat baru dalam bidang lakonan.
PENGALAMAN lebih dua dekad, selain merangkul pelbagai pengiktirafan terbaik dan popular, profil seni aktor berwibawa, Rosyam Nor diperkasakan bersama misi baru menerusi program realiti, Pilih Kasih.

Idea menerbitkan program Pilih Kasih itu lahir ekoran kesedaran untuk memberi ruang dan peluang selain menjadi batu loncatan kepada pencinta dunia lakonan untuk mengasah dalam seni l“Seseorang pelakon perlu ada bakat untuk digilap menjadi hebat. Menerusi program Pilih Kasih, kami menyediakan peluang kepada mereka yang berbakat tetapi tidak mempunyai ruang mengetengahkannya supaya tampil dan mencuba kemampuan,” katanya.
Menerusi program realiti yang ditangani nama berpengalaman seperti Rohani Yousoff dan Erma Fatima sebagai tenaga pengajar, kesemua bakat terpilih akan dilatih untuk menjadi anak seni yang serba boleh dan memenuhi kriteria untuk diketengahkan ke layar perak.
Pilih Kasih’ yang mula bersiaran di TV2 mulai 11 April selama empat bulan, akan melatih bakat-bakat yang terpilih hingga menjadi seorang pelakon yang versatil serta mampu memenuhi kriteria yang diingini dalam filem ‘Kekasih’.

Berdasarkan sinopsis ‘Kekasih’, filem ini mencari lima pelakon untuk melakonkan lima watak utama. Pastinya lima peserta terbaik yang bakal kekal di dalam ‘Pilih Kasih’ merupakan satu risiko yang perlu Rosyam tanggung untuk menerbitkan ‘Kekasih’ kerana mengetengahkan pelakon baru sebagai tunjang utama."Di dalam program ini saya mahu berkongsi cerita dan pengalaman menjadi pelakon dengan penonton. Saya juga mahu memberi pendedahan kepada orang di luar sana bahawa kerjaya sebagai pelakon merupakan satu jalur pekerjaan yang baik dan memberikan impak kepada seseorang sekiranya dilakukan dengan betul dan ikhlas," katanya.

Ditanya tentang kekuatan program tersebut Rosyam menegaskan kekuatan ‘Pilih Kasih’ terletak kepada barisan penerbitannya yang berpengalaman luas dalam industri pembikinan filem, drama, dokumentari dan video. Katanya elemen tersebut sangat penting untuk menerbitkan sebuah program yang berkualiti."Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan rutin sebenar anak seni. Ini kerana melalui program ini mereka akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri yang mana ianya merupakan tugasan mingguan yang perlu mereka lakukan.



Pengisian program Pilih Kasih memperlihatkan peserta didedahkan mengenai realiti sebenar menjadi anak seni dengan menyempurnakan tugasan di bawah pengawasan pengarah berpengalaman seperti Along Kamaruddin dan Amy Maziah.
Peserta juga didedahkan dengan kelas lakonan drama muzikal yang dipimpin Erma Fatima sebagai tugasan kedua mingguan dan akan diadili setiap minggu ketika Malam Perdana.

Suatu janji Rosyam, nasib finalis Pilih Kasih tidak akan terabai selepas tamat pengajian kelak kerana dia merangka pelbagai peluang untuk mereka.
Mereka bakal menjadi wajah baru untuk mengisi pelbagai slot penerbitan drama dan filem yang semakin berkembang.

Menerusi slot selama 90 minit itu, penonton disajikan dengan tiga segmen iaitu Filem Pendek yang memaparkan hasil lakonan setiap peserta menerusi tayangan drama bersiri selama 10 minit
Peserta juga diberi skrip untuk menjayakan segmen teater dan mempersembahkannya secara langsung, selain menunjukkan bakat menerusi lakonan monolog sekali gus menilai tahap kemahiran lakonan mereka.
Persembahan peserta akan menerima kritikan daripada Rosyam dan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah.
Program Pilih Kasih yang memulakan siarannya pada 25 Mei ini menyatukan Raja Azura dan Reza Mohamed sebagai pengacara, manakala Jurnal Harian pula dikendalikan bakat baru, Pasha Abdul Rahim.

INFO: Uji bakat
DIADAKAN di lima zon berbeza selama lima minggu dan terbuka kepada bakat berusia 18 hingga 35 tahun. Sesi uji bakat bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam. AEON Bukit Indah, Johor Bahru - 11 April Kompleks Terminal One, Seremban - 12 April KB Mall, Kota Bharu - 18 April Berjaya Megamall, Kuantan - 19 April One Borneo, Kota Kinabalu - 26 dan 26 April Queensbay Mall, Pulau Pinang - 2 Mei Plaza Alam Sentral, Shah Alam - 3 Mei The Spring, Kuching - 9 dan 10 Mei

2 comments:

  1. wei!!! citer la skit experience ko msk audition ni, maklumat pasal audition ni dh tau dh... hahaha... mantap la korg sbb dgr citer ramai bdk ums masuk...

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu..takde mantapnye pun abgku..huhu.banyak benda kena fikiq pas da terpilih.jap2 nanti yo post tentang experience masuk audition nie..

    ReplyDelete