Friday, September 4, 2009

CATATAN BUAT ABAH



Bukan sengaja kupalingkan muka
Dari menatap sewajah kasihmu
Tapi terkadang-kadang ada rasa
Tak mahu kau baca..

Bukan juga tak kuhargai
Huluran tanganmu yang mendakapkan
Tapi ada kala ada rahsia,
Terpenjara dalam dada tak ingin kau tahu

Maaf kalau terluka
Atau tertambah segaris duka dikerut dahimu

Maaf abah..
Tapi hati yang satu ini harus kusimpan
Sendiri-sendiri.

1 comment:

  1. Kesedaran adalah matahari.
    Kesabaran adalah bumi.
    Keberanian menjadi cakerawala.
    Dan perjuangan
    adalah perlaksanaan kata-kata.

    ReplyDelete