Salam semalaysia dan selamat myambut azam baru, tahun baru..TAHUN 2010.
2009 ..AGAKNYA APA SUMBANGAN KITA DALAM TAHUN NI? DUNIA DAN AKHIRAT..adakah kita berada di satu tahap membuatkan orang sekeliling berpuas hati dengan prestasi diri kita atau adakah kita telah mencapai azam tahun sebelum2 ini?
Mari bersama renungkan kala menyambut kelahiran tahun baru. 12 bulan?Terlalu banyak kenangan, terlalu banyak cerita..terlalu banyak usaha (berbaloi atau sia-sia diri kita yang menentukannya).Tanya diri, adakah kita semakin matang menguruskan diri dan kewangan kita demi masa depan..hurmm..perancangan seterusnya masukkan dalam matlamat harian kita di tahun 2010. InsyaAllah apa jua yang diimpikan dan ingin dicapai akan terlaksana. Tanya diri, kita berubah ke satu tahap yang lebih baik mencapai kejayaan, untuk kepuasan diri atau kepuasan orang lain?atau sekadar ingin dipandang tinggi..mendapat pengiktirafan orang lain?atau untuk kebahagiaan diri kita? *(setiap soalan yang aku utarakan itu korang dah temukan jawapan. Jawapannya ada dalam hati korang.)
Apapun yang kita capai pada tahun ini berbanggalah kerana kita telah berusaha sedaya yang termampu. Dan jadikan pengalaman semalam sebagai hadiah diri untuk kita belajar mengenai sesuatu yang belum pernah kita alami. Setiap orang yang kita lihat berjaya..atau memiliki kelebihan yang lebih luar biasa dari diri kita. Kita boleh simpulkan ianya sebagai rezeki orang tue, atau kita berfikiran seperti ini:
“Setiap orang yang berjaya, hebat..atau pencapaian dirinya lebih baik daripada diri kita,hmm.. sebenarnya memiliki cerita disebalik kejayaan itu. Setiap yang orang yang Berjaya mempunyai cerita derita mereka tersendiri dan akan mengalami kesakitan terlebih dahulu sebelum mereka mencapai kejayaan itu..”
“Setiap cerita derita dan kesakitan itu akan berakhir dengan kejayaan atau kebahagiaan.Jadi terimalah kesakitan itu dan bersedia untuk mendapat kebahagiaan atau kejayaan.” *(bergantung pada penerimaan diri seseorang individu)
Biarlah masa lalu berlalu..biarlah masa lalu reda dan tenang. Apa yang pasti hari ini,sekarang..biarkan hari yang bakal mendatang, tempuhi jangan sekali dihalang. Pastikan kita melakukan yang lebih luar biasa dari biasa. (pasti) niat kita adalah semata-mata ingin mendapatkan keredhaanNya.
Kesabaran..kepercayaan dan keinginan untuk merubah diri atau sosial dalam masyarakat boleh terlaksana jika kita menginginkannya. Jika kita tertinggal atau terlepas peluang yang sangat kita inginkan..jangan menangis dan kaburi mata kita dengan airmata, kerana ia akan menutup peluang lain yang lebih bermakna didepan mata kita..
p/s: No matter how you feel, get up, dress up and show up! Welcome year 2010…^_^
No comments:
Post a Comment