Tuesday, January 19, 2010

HATI SETIA



Tuhan aku perlukan CINTAMU..
Kala aku kehausan dahagakan kasih dan sayang..
Kau wujudkan sang Cinta mentadbir kerajaan hatiku..
Saat doaku didengari untuk mendapat kebahagiaan
Aku diuji..?
Adakah benar bahagia ini menyintai aku?
Bukankah aku mahu bahagia?
Lantas Cinta yang KAU tiup dihatiku
Menjadikan aku batuan kristal yang mudah untuk
Retak..Pecah dan berderai..
akhirnya luka akibat
Percikan hempasan yang berselerak..


Tuhan..
aku telah menemui Cinta
Tapi betapa Maha pemurahnya DIKAU
KAU berikan lagi aku sang cinta...
Yang mencintaiku
Dan kini aku teruji dan keliru
Bahagia...
Cinta..
Perasaan yang kau titipkan
Menyakitkan aku..
Menyedihkan aku..
Membuat aku tersepit...


Aku sujud dan berdoa semula..
Betapa PengasihNya wahai Penciptaku
KAU agungkan istilah SETIA.
Dalam bahagia ini aku diajar untuk SETIA..
Aku sepatutnya bersyukur
kerana aku disayangi dan dicintai
Maafkan aku bersedih tanpa berfikir maksud sebalik
HiKMAH ini..

No comments:

Post a Comment